Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, April 07, 2011

http://noreen-homecooking.blogspot.com/2008/11/chocolate-batik-swiss-roll.html

kuih bom

Bahan-bahan (15 biji):
Bahan2 untuk doh:
200gm tepung pulut
1 camb tepung gandum
1 camt air kapur
200ml air
secubit garam

bijan secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan2 inti:
1/2 biji kelapa parut
60gm gula melaka/gula merah
20gm gula pasir
50ml air

cara:
  1. cara membuat inti: jerang gula melaka, gula pasir dan air sehingga larut
  2. kemudian tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut
  3. kacau di atas api sederhana panas sehingga inti agak kering
  4. angkat dan biarkan sejuk sementara membuat doh
  5. cara membuat doh: masukkan kedua2 tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan, kacau rata
  6. kemudian masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan
  7. bahagikan doh kepada 15 biji dengan setiap satu seberat 30gm (saiz bergantung pada masing2) dan bentukkan menjadi bulat
  8. setelah itu ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan dan isikan 1 camt inti kelapa, tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat
  9. lakukan proses ini sehingga habis doh tadi digunakan
  10. ambil satu doh golekkan ke atas bijan supaya elok melekat menutupi keseluruhan
  11. lakukan sehingga habis
  12. panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan gorengkan sehingga masak dan keperangan
  13. angkat dan hidangkan
  14. sesuai sebagai hidangan pagi dan petang
  15. jika tidak mau digoreng kesemuanya bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara tanpa digolekkan dengan bijan
note: petua untuk kuih bom tidak meletup dan merekah - minyak mesti banyak dan biar digoreng terendam, minyak jangan terlalu panas, jangan digoreng terlalu lama, terus menggoreng selepas siap dibuat dan jangan dibiarkan pada suhu bilik




liya n family









tazkirah


Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya perkara yang aku amat bimbang menimpa umatku ialah menurut hawa nafsu dan panjang angan-angan, menurutkan hawa nafsu akan menutup segala pintu kebenaran dan panjang angan-angan akan menyebabkan lupa pada akhirat." (HR al-Bukhari)




Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...