Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Mac 28, 2011

diaryumiliya~~28hb 3 2011

Assalamualaikum..ermm pejam celik2 ...dah nak masuk april doh,,erm hari 28hb3 2011..besday adik ku,,,si ibu aufi tu...
selamat hari lahir buat adik bongsu ku semoga panjang umur di beri kelapangan dalam hidup..
...
..
.

dan jugak besday rayyan si budak kecik,,yg cute,,iaitu sepupu liya,,anak sedara umi,,belah abahlah,,kat kb tu,,si rayyan happy besday ya...

,
,
,
hari ni hujan ,,,minggu ni hujan je...tak henti2 macam musim tengkujuh lak,,pelik kang...biasa2nyer bulan 3 ni...panas ceng.....
lah kat umah umi ni,,tp alhamdulillah tahun ni...hujan lebat sgt2..ader kat terengganu ni dah pindah umah lagi tu.
citer2 pasal banjir 2ni...teringat lak kat ibu ku yg tersayang sekarang duk umah kakak ku kat paka tu,,saja2 jalan2 ...umah anak2 ..
.
.
.
 nanti2 kakak hantar lah tu..huhuhu.bila teringat time hujan cengini,,mesti kalu ibu ku ader mesti dia suka rebus ubi2,,ni,,mula lah,,,duk sebut2 pasal ubi kayu lah,,ubi besar lah hehehe.
.
.
aku lak,,hari ni dr pagi hujan je manjang,,aku dokleh dok diam lah,,mula lah duk teringat nak buat gapo2 sian lak tenggok abah ngen mucuk tu,,nanti kalau takder per2,,mesti dia duk pejam celik2 je hehe
.







.
 hari ni,,,ambik gandum ..ermm uli2 lagi hehe...ingat kan nok wak,,,gettah.atai org panggil kuih tiramn tu,,yg gaul2 gula tu,
.
,. kli ni,,umi dok berapa xcited nak wak gettah sebab barui lagi buat nyer,,tetiba abah suh tukar plan lak,,nah suh buat sardin roll,,hehe nasib baik,,,adunan tu leh buat semua,,heheh...umi ingat nak wak,,,sardin rol sikit lps tu,,nak buat karipap kecik2 sikit ,,ermm tungguk,,..
kalau menjadi nanti umi snap gambarnyer dulu,,ermmm sekarang dah kul 5.30 ptg baru je nak gi beli,,sardinn dan ubi kentang,,huhuhu,,,

mlm ni abah kijer,,,walaupun hujan2 pun bersemangat nak buat ni,,buat banayk2 nanti leh simpan dalam peti ais je,,nak makan sennag goreng aja kan kan kan..


pesanan buat diriku~~


Jika kita cerita keburukan orang lain tetapi cerita tersebut tidak benar, ia dinamakan FITNAH.

Membuat fitnah adalah berdosa.

Jika kita cerita keburukan orang lain dan cerita tersebut memang benar, ia dinamakan GHIBAH
(mengumpat). Mengumpat pun berdosa.




Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.








Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.


subhanALLAH' dan,,,Masya Allah



Ucapan 'subhanALLAH' ini juga dikenali sebagai 'tasbih'. Terjemahan subhanALLAH ialah Maha Suci Allah. Bermakna Allah Taala maha bersih dan suci dari segala kekurangan dan kelemahan. Allah Taala Maha sempurna, tiada sedikit pun kekurangan dan kelemahan. SubhanALLAH !


Masya Allah (ما شاء الله) adalah frasa yang diungkapkan oleh seorang Muslim untuk menunjukkan kekaguman terhadap seseorang atau kejadian. Dalam hal ini, digunakan sebagai ekspresi penghargaan, sementara dalam waktu yang sama juga sebagai pengingat bahawa semua pencapaian boleh terjadi kerana kehendaknya. Terjemahannya kurang lebih adalah "Allah telah berkehendak akan hal itu".

Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .

Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat.

Tidak sesuai menyebut Masya Allah tatkala melihat sesuatu yang tidak elok atau dilarang, contohnya ketika terlihat wanita yang berpakaian seksi sebab kalimah itu bermakna “ Apa-apa yang Allah kehendaki “ , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya .

Talam Keladi

sumber dr

Bahan-bahan ( satu famili )

  • (utk lapis bawah)
  • 300 ml santan dari 150 gm kelapa parut (buang kulit)
  • Garam secukup rasa
  • 65 gm tepung beras
  • 1 tsp tepung gandum biasa
  • 100 gm keladi (yam), potong dadu & kukus separuh masak & lenyek2kan sedikit
  • 55 gm gula pasir
  • (utk lapisan atas)
  • 100 ml santan dari 100 gm kelapa parut (buang kulit)
  • Garam secukup rasa
  • 80 gm gula pasir
  • 2 tbsp tepung beras
  • 20 gm tepung jagung
  • 1 biji telor, dipukul sedikit
  • Sedikit pewarna unggu (purple or violet)

Cara-cara

  1. Campurkan semua adunan untuk lapisan bawah.
  2. P1030596_copy
     Panaskan kukusan pada api sederhana hingga air mendidih lalu letak loyang berukuran 8" bulat ber-griskan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan untuk lapisan bawah pada loyang tadi & kukus selama 10-15 min
  4. (lapisan atas): Di mangkuk lain, campurkan santan, garam & gula hingga sebati.
  5. Masukkan tepung beras & bahan2 lainnya. Gaul hingga sebati & tidak berbentil2; tapiskan.
  6. P1030572_copy
     Tuang adunan ini keatas lapisan bawah.
  7. Tutup semula kukusan tadi & kukus lagi selama 10-15 min atau hingga masak.
  8. P1030573_copy
     Alihkan untuk disejukkan & potong.
  9. P1030587_copy
     Gunakan pisau plastik & sapu sedikit minyak untuk memotong supaya tidak melekat.



KUIH TIRAM


sumber dr blog>
Inilah resepi yang saya buat. Sebenarnya bahan kuih nie simple saja cuma 'teknik' yang penting. Saya pernah bancuh tepung dengan sedikit garam dan air saja tanpa bubuh bahan tambahan lain, ia tetap menjadi. Jika anda lihat orang buat jadi cantik..itu sebab mereka dah mahir dan selalu buat. Anda pun boleh kalau selalu mencuba...jangan kecewa kalau percubaan pertama kurang menjadi.




Bahan-bahannya:-

3 cawan tepung gandum150ml air (+/_) (nak bagi lemak lagi, guna santan dalam kotak)
sedikit garam
sebiji telur

Gula pasir yang dimesin halus secukupnya
1/2 cawan tepung beras@ tepung jagung (saya guna tepung beras)
3/4 cawan minyak masak


Cara-caranya:-

  • Masukkan tepung kedalam bekas. Masukkan telur dan sedikit garam.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh. Jangan terlalu lembik (seperti doh karipap). Jangan terlalu ikut sangat kuantiti air diatas sbb ia boleh kurang/ lebih bergantung pada jenama tepung yang anda guna.
  • Rehatkan sebentar.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang kecil.
  • Guna mesin pasta. Mula guna no 8. Leperkan doh memanjang dan masukkan kedalam mesin. Tukar kepada no 6 dan kemudian kepada no 4 dan akhir sekali no 3. Biar sehingga ia menjadi sekeping doh panjang yang nipis.
  • Sapu sedikit minyak di belakang talam atau meja kerja anda. letakkan doh.
  • Bancuh tepung jagung/beras dengan minyak dalam bekas kecil. kacau rata
  • Guna sudu dan renjis bancuhan tepung jagung/beras dengan rata. Guna hujung jari, ratakan bancuhan atas doh.
  • Gulung dan potong kecil sebesar jari manis/ jari kelingking (kalau anda kurus, jari telunjuklah)

  • Tekan dengan ibu jari untuk leperkan dan ambil pengelek, gelek memanjang. Jangan tekan terlalu kuat.


  • Panaskan kuali dan masukkan minyak yang banyak. Guna api sederhana.



  • Apabila telah panas, masukkan satu keping doh dalam kuali dan guna 2 btg chopstik/2 ranting pokok bunga raya yang telah dibuang kulit dan dipotong rata bawahnya @ senduk yg bukan jenis besi, ketuk doh tersebut secara perlahan2. Jangan kuat. Ini supaya lipatan kuih tiram terbuka. Teknik ini adalah penting untuk anda dapatkan kuih tiram yang terbuka cantik. Lepas tu barulah masukkan doh yg lain. Ulang proses.


  • Angkat dan toskan dengan tisu masakan.

  • Blender gula pasir sehingga halus dan tabur atas kuih satu persatu.





  • SINAR CAHAYA AYAT KURSI



    Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
    pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
    terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
    kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
    sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan 
    lari bersama-sama dengan salam itu.

    Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

    1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
    Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

    2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
    dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

    3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
    akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, 
    Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

    4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
    Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
    setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
    rahmat padanya.

    5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
    Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
    memohon keampunan dan mendoakan baginya.

    6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
    akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
    yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

    7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
    niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

    Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
    "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...."

    "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
    untuk Akhirat-mu"

    Kami di ijabkabulkan~~

    ......

    .....

    Daisypath - Personal picture

    Daisypath Anniversary tickers

    Puteri ku sayang

    Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...