Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Mac 26, 2011

KATA-KATA MUTIARA YANG MENGGUGAH JIWA


“Tiga sifat manusia yang merusak adalah :
Kikir yang dituruti,
Hawa nafsu yang dituruti,
Serta sifat mengagumi diri sendiri yang berlebihan”
(Nabi Muhammad SAW)



“Nilai manusia bukan bagaimana dia mati, melainkan bagaimana ia hidup.
Bukan apa yang diperoleh, melainkan apa yang telah di berikan.
Bukan apa pangkatnya, melainkan apa yang telah diperbuat
dengan tugas yang diberikan Tuhan kepadanya”
(Ministry)



“Tiada-nya keyakinanlah yang membuat orang takut menghadapi tantangan,
dan saya percaya pada diri saya sendiri”.
(Muhammad Ali)

“Alam memberi kita satu lidah, akan tetapi memberi kita dua telinga, agar supaya kita dua kali lebih banyak mendengar daripada berbicara.”
(Rouchefoucauld)

“Kebencian atau dendam tidak menyakiti orang yang tidak anda sukai. Tetapi setiap hari dan setiap malam dalam kehidupan anda, perasaan itu justru menggerogoti anda”
(Norman Vincent Peale)



“Untuk dapat berbahagia,
buatlah dahulu orang lain berbahagia”
(Creed)

“Musuh yang paling berbahaya di atas dunia ini adalah penakut dan bimbang. Teman yang paling setia hanyalah keberanian dan keyakinan yang teguh”
(Andrew Jackson)

“Saya tidak pernah menjumpai seseorang yang menderita karena terlalu banyak berkerja. Lebih banyak orang yang menderita karena terlalu banyak ambisi tetapi tak cukup berusaha”
(Dr. James Mantague)

“Cara mudah menghindari kegagalan :
Tidak mengatakan apa-apa,
Tidak melakukan apa-apa
Dan tidak menjadi apa-apa”
(Denis Waitley)

“Karena cinta duri menjadi mawar
Karena cinta cuka menjelma anggur segar”
(Jalaluddin Rumi)



Perempuan lebih ramai masuk Neraka

Allah berfirman: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

 Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

 “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
 (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

 “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)



Sabda Rasulullah s.a.w : 

“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )




Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:





 “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya :
 “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : 

“Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. 

Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata :
 ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ 
” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)




Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya.





 Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : 

“Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : 

“Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Keranakamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)



Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami



Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.




1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.





3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.


alhamdulillah



ermm tak sabar menunggu cuti sekolah lagi nak je gi ambik anak2 balik ganu..

Tanda-tanda Kiamat Semakin Hampir


> > 1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

> > 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.

' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
> > - Sahih Bukhari
> >
> > Hakikatnya : dah jadi dah...
> >
> >
> > 2) Zina bermaharajalela.

> > 'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
> > kiamat akan datang.' - Sahih Muslim
> >
> > Hakikat : dah nampak dah...
> >
> >
> > 3) Bermaharajalela alat muzik.
> > 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terj! adi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah
> >
> > Hakikat : S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...
> >
> >
> > 4) Menghias masjid & membanggakannya.
> > 'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.
> >
> > Hakikat : memang dah nampak dah...
> >
> >
> >
> > 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
> > 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak pe! rbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
> > tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.
> >
> > Hakikat : ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...
> >
> >
> >
> > 6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
> > 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
> > padanya kecuali orang2 yang hina &! ; buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad
> >
> > Hakikat : boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
> >
> >
> >
> > 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

> > 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh L!uka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh2 orang mulia' - Riwayat Thabrani
> >
> > Hakikat : lihat saja manusia bernama George Bush, Ariel Sharon....
> >
> >
> >
> > 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
> > 'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
> > dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad
> >
> > Hakikat : jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
> >
> >
> >
> > 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

> > Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
> >
> > Hakikat : fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string, ala dedah tak abis-abis.)...
> >
> >
> > 10) Bulan sabit kelihatan besar.
> > 'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani
> >
> > Hakikat : tak caya gi tengok...
> >
> >
> > 11! ) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
> > 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim
> >
> > Hakikat : try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...
> >
> >
> > 12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
> > 'Sesungguhnya sebelum datang! nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad
> >
> > Hakikat : tengok kes peperangan Iraq dan terbaru, iran diheret ke penipuan Amerika dan Britian...
> >
> >
> >
> > 13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
> > 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim
> >
> > Hakikat : Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...
> >
> >
> >
> > MAKA DENGAN ITU, TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN² LAIN!
> >
> > Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:
> >
> > 'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'



Dua Kejahatan Disegerakan Balasannya Di Dunia


Ada pun yang berlaku di dunia ialah :

1. kehilangan keceriaan wajah,

2. pendek umur dan

3. sentiasa dalam keadaan susah.


Manakala tiga balasan di akhirat ialah :

1. kemurkaan Allah,

2. balasan yang buruk, juga

3. azab di Neraka. "

Rasulullah menjelaskan bahawa apabila seseorang itu berzina, maka akan keluarlah iman daripada dirinya seumpama awan yang melindungi atas kepalanya, kemudian apabila ia hilang, iman itu kembali semula.

Dalam sebuah hadis lain, riwayat Al-Hakim, baginda bersabda maksudnya : "Barang siapa berzina ataupun minum arak, Allah cabutkan daripadanya iman, seumpama manusia menanggalkan pakaian daripada kepalanya."

Hadis-hadis di atas dan juga hadis-hadis lain yang tidak dijelaskan di sini menyatakan bahawa seorang hamba yang melakukan zina, imannya telah keluar daripada dirinya. Bermaksud andainya dia benar-benar beriman kepada Allah, dia tidak akan berzina.

Apabila seseorang itu telah terjebak dengan zina, dia akan ketagih dan sentiasa terangsang. Tidak ada sesuatu pun yang hendak ditakutkan, lebih-lebih lagi sekiranya kedua-dua pihak pandai menyimpan rahsia, tidak mengandung dan tidak ditangkap basah. Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan memahami hukum syariah, dia akan memahami bahawa zina itu adalah termasuk dalam salah satu dosa besar yang membinasakan.



Sekiranya seseorang itu terlepas daripada balasan dunia, kerana undang-undang itu tidak dilaksanakan, tiada undang-undang zina atau kerana sebab lain, balasan di akhirat tetap sedia menanti kecuali mereka yang bertaubat.

Allah berfirman maksudnya : "Mereka yang tidak menyembah Tuhan yang lain selain Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian, nescaya dia mendapat balasan dosanya, akan digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan hina, kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
(Surah al- Furqan ayat 68-70).

Bukan sahaja perbuatan zina itu larangan Allah, bahkan berjinak-jinak dengan punca-punca terjadinya zina juga dilarang.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Jangan kamu hampiri perbuatan zina kerana ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan."
(Surah Al-Isra’ ayat 32)

Imam Ahmad mengatakan:
”Aku tidak tahu ada dosa yang lebih besar setelah membunuh jiwa daripada zina.”

Kepapaan boleh berlaku kerana perbuatan zina menyebabkan lahirnya anak zina yang tiada hak untuk mendapat harta pusaka.

Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam maksudnya : ”Yang paling banyak menjerumuskan manusia ke dalam Neraka adalah mulut dan kemaluan.” (Riwayat Tirmizi)

Ibnu Mas’ud r.a berkata: ”Tidaklah muncul riba dan zina pada suatu daerah kecuali Allah akan mengizinkan kehancurannya.”

Akibat daripada berleluasanya zina maka lahir penyakit berjangkit dan kerosakan akhlak dalam masyarakat. Ia menimbulkan pecah belah keluarga dan krisis rumah tangga. Dan kerosakan keturunan manusia dengan lahirnya anak tak sah taraf (anak luar nikah). Kesemua ini menyebabkan keruntuhan budaya dan tamadun hidup manusia. Apabila berlaku demikian, hati tertutup untuk menerima taufiq dan hidayah daripada Allah s.a.w. Memohonlah keampunan daripada Allah s.w.t. atas segala kemungkaran yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).

Islam memandang jenayah zina sebagai satu jenayah yang sangat keji dan tidak bermoral. Ia bukan sahaja membiakkan penyakit berjangkit seperti AIDS dan Siplis tetapi juga merosakkan sistem kekeluargaan, menghancurkan rumahtangga, menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat, melahirkan jenayah rogol yang berleluasa, wujudnya anak luar nikah tanpa bapa sekaligus membawa kepada pembunuhan bayi yang tidak berdosa.

Sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam maksudnya : "Jika zina dan riba sudah muncul di suatu qaryah bererti mereka sudah menghalalkan diri mereka untuk diseksa oleh Allah s.w.t."

Sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam lagi maksudnya : “Tidak ada sebarang dosa yang lebih besar selepas syirik selain daripada setitik air mani yang ditumpahkan oleh seseorang ke dalam rahim yang tidak halal baginya”.

Sebuah lagi hadis maksudnya : “ Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi mengutuk orang yang berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam Neraka dapat mengganggu ahli Neraka kerana sangat busuknya. ”

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, (kerana) sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan membawa kerosakkan."
(Surah Al-Israk ayat 32)

Berdasarkan ayat ini apa sahaja perbuatan yang boleh membawa kepada gejala zina seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, membaca buku-buku dan majalah lucah, melawati laman-laman web lucah serta menonton VCD / DVD yang membangkitkan selera syahwat hukumnya adalah haram.

Sahabat,
Marilah kita jauhi dan cuba membaiki masyarakat kita supaya gejala sosial yang parah seperti berzina ini dapat kita elakkan berlaku. Semua pihak samaada ibu bapa, guru-guru, jabatan agama Islam, jemaah Islam, persatuan bukan kerajaan (Islam), pihak penguasa polis . Rela, majlis perbandaran dan ahli jawatan kuasa masjid hendaklah bersatu tenaga menyekat dan menghalang daripada perkara maksiat berlaku dimerata tempat. Ketegasan pihak berkuasa adalah amat diperlukan untuk mengenakan undang-undang yang lebih tegas untuk mereka-mereka yang berdua-duaan dan menghampiri zina. Sekiranya diperingkat awal dapat dicegah maka gejala zina dan buang anak akan dapat di atasi insya Allah.

Kedua : Kejahatan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Islam meletakkan kewajipan terhadap setiap anak agar mentaati ibu dan bapa. Perintah itu bukan setakat meletakkan seseorang anak melakukan kebaikan, tetapi sebagai bukti keimanan dan ketaqwaan.

Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api Neraka.

Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.”
(Surah al-Ahqaaf, ayat 15)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya.”
(Surah an-Nisa, ayat 36)

Jelas, betapa pentingnya setiap anak menghormati ibu bapanya. Sesiapa yang derhaka terhadap ibu bapanya, maka Allah memberi balasan azab di dunia lagi.

Rasulullah menjelaskan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan daripada golongan Muslim.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.”
(Hadis riwayat Tabrani).

Hadis itu menjelaskan ‘tidak menghormati orang tua’ sudah dianggap boleh bukan daripada golongan Muslim. Apa lagi jika tidak menghormati orang tua yang menjadi ibu bapa sendiri. Kini menular gejala anak menganggap satu beban terpaksa menjaga atau melayan kerenah ibu bapa atau salah seorangnya. Tidak kurang juga kes anak menjadikan ibu atau bapa tidak ubah seperti orang gaji.

Menyakiti hati ibu bapa satu dosa besar. Apatah lagi dalam kes yang mana anak melakukan perbuatan yang mencederakan fizikal ibu bapa. Undang-undang manusia juga melarang sebarang perbuatan mencederakan fizikal terhadap seseorang. Hukuman daripada Allah tentulah lagi besar menanti di akhirat.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat berkat dalam kehidupan. Perhatikan nasib mereka yang membelakangi ibu bapa dalam kehidupan. Biarpun, secara luaran nampak ceria dan berjaya, hakikatnya mereka dalam pembalasan daripada Allah.

Pelbagai bentuk pembalasan daripada Allah diperlihatkan kepada anak derhaka. Kemelut kehidupan yang dihadapi kebanyakan manusia sekarang berpunca daripada menderhaka kepada ibu bapa.

Allah bukan saja melarang melakukan perbuatan yang secara nyata menyakiti hati dan fizikal ibu bapa, bahkan menyebut perkataan ‘kasar’ juga ditegah. Allah memerintahkan agar anak bercakap dengan bahasa yang baik dengan ibu bapa.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.”
(Surah al-Isra, ayat 23).

Kewajipan anak terhadap ibu bapa berterusan biarpun ibu bapa sudah lama meninggal dunia.

Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang memiliki anak yang soleh yang memberikan balasan kebaikan kepadanya biarpun sesudah meninggal dunia. Anak soleh adalah kebaikan yang tidak putus-putus pahalanya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As r.a., bahawa sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya diantara dosa-dosa besar ialah seseorang itu melaknat (mencaci maki) kedua-dua orang tuanya (ibu bapanya),” lantas ditanyakan kepada baginda: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah seseorang boleh melaknat (mencaci maki) ibu bapanya sendiri?”.

Lalu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab: “Seseorang melaknat (mencaci maki) ibu atau bapa orang lain (kerana sebab-sebab tertentu), maka orang tersebut membalas cacian itu dengan mencaci maki (melaknat) ibu bapa yang mencacinya”.

Berdasarkan kepada hadis tersebut juga maka dapat disimpulkan bahawa Islam bukan sahaja menjadikan perbuatan menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar, malah perbuatan mencaci maki, laknat melaknat yang membabitkan mereka juga dikategorikan sebagai dosa besar.

Caci maki ibu bapa orang lain, serupa mencaci ibu bapa sendiri. Sesorang mungkin tidak menyedari bahawa dengan mencaci maki ibu bapa orang lain juga dikira seolah-olah mencaci ibu bapa sendiri. Itu semua tidak sepatutnya berlaku dikalangan orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud :
“Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah.”
(Hadis riyawat Imam Bukhari )

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
“Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang.”
(Hadis riwayat Anas bin Malik)

Sahabat yang dikasihi,
Banyak kita mendengar kisah-kisah benar berlaku apabila seseorang menderhaka kepada kedua ibu bapanya maka balasannya akan diterima di dunia lagi secara tunai. Kisah seorang sahabat Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bernama 'Alaqamah telah menyakiti hati ibunya bila di saat dia nazak dia tidak dapat mengucapkan kalimah syahadah hinggalah ibunya memaafkannya barulah dia boleh mengucapkan kalimah syahadah.

Kisahnya seperti berikut :
Pada suatu ketika di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, seorang sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bernama ‘Alaqamah, apabila ajalnya sudah hampir tiba, keluarganya sudah berkumpul dan mereka mengajarkan untuk mengucapkan kalimah “Laa ilaaha illallaah” beberapa kali tetapi sia-sia. Mulut ‘Alaqamah terkunci. Akhirnya mereka sampaikan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, dan baginda menyuruh beberapa orang sahabat melihat akan hal itu, keadaan ‘Alaqamah tetap seperti itu juga tidak berubah, mulutnya tetap terkunci.

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam menyuruh agar membawa ibunya kepada baginda. Setelah tiba ibu ‘Alaqamah, baginda bertanya mengenai diri ‘Alaqamah, dan ternyata dia agak kecil hati pada anaknya, dan dia tidak mahu mema’afkan kesalahannya.

Dengan helah Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengatakan kepada para sahabat yang ada di sana, supaya mengumpulkan kayu kering, dan tatkala ditanya sahabat apa gunanya, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengatakan untuk pembakaran ‘Alaqamah di hadapan ibunya. Mendengar yang ‘Alaqamah akan di bakar, maka ibunya dengan menangis, mengatakan, agar janganlah anaknya di bakar, dan dia bersaksi kepada Allah dan Muslimin yang ada di majlis itu mengatakan redhalah akan ‘Alaqamah, dan mema’afkan akan dia.

Setelah itu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam menyuruh sahabat menjenguknya . Belum sempat mereka mengajarkannya lantas ‘Alaqamah terus mengucapkan kalimah “Laa ilaaha illa llaah” dengan fasih dan lancar , dan dia pun mati dalam kalimah itu.

Sahabat,
Hanya mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa saja dua kejahatan yang termasuk di dalam dua dosa besar dan disegerakan balasannya di dunia ini dapat dijauhi. Kerana iman yang tertaman dihati ini akan melahirkan jiwa yang taat dan patuh kepada Allah s.w.t. dan menjauhi segala dosa dan larangan daripada Allah s.w.t. Jika kita telah melakukan kesalahan dan dosa segeralah bertaubat kepada Allah s.w.t dan mohonlah ampun kepada kedua ibu bapa sebelum mereka kembali menemui Allah s.w.t dan ketika itu penyesalan tidak berguna lagi.



7 MAY Hikmah Qanaah Sebagai Kunci Kebahagiaan Hidup

Sebagaimana firman Allah dalam S. At Taubah:105 “Dan katakanlah: “Beramallah kamu, Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang mu`min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha mengetahui akan yang ghaib dan nyata…”.
Rasulullah Saw. bersabda “I`mal lidunyaaka ka annaka ta`isyu abadan wa`mal liakhirataka ka annaka tamuutu ghaddan”, artinya bekerjalah untuk kehidupan duniamu seakan-akan kamu hidup selamanya, dan bekerjalah untuk kehidupan akhiratmu seakan-akan kamu meninggal esok hari.


Tentunya dengan mengharapkan Rahmat Allah Swt. untuk diri dan keluarga agar senantiasa menerima nikmat dan karunia yang telah diberikan Allah dengan penuh rasa syukur baik syukur secara lisan maupun perbuatan. Sebagaimana firman Allah dalam s. Ibrahim/14:7 yang artinya:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Kami akan menambah nikmat kepadamu, namun jika kamu mengingkari nikmat-KU, maka sesungguhnya adzabku sangat pedih.”

Orang beriman merasa senang dan puas menerima rezeki yang telah dikaruniakan Allah kepadanya, serta merasa bersyukur atas rezeki yang diterimanya. Makan dengan apa adanya akan terasa nikmat tiada terhingga jika dilandasi dengan qana’ah dan syukur. Sebab, pada saat seperti itu ia tidak pernah memikirkan apa yang tidak ada di hadapannya. Justru, ia akan berusaha untuk membagi kenikmatan yang diterimanya itu dengan keluarga, kerabat, teman atau pun tetangganya.
 arti qana`ah, bukanlah qana`ah merasa senang dengan segala kekurangan dan kehidupan yang rendah, lemah semangat dan kemauan untuk mencapai cita-cita yang lebih tinggi, mati keinginan untuk mencapai kemajuan moril dan materil, atau kelesuan untuk membebaskan diri dari kelaparan, kemiskinan dan kesengsaraan. Meski demikian, orang-orang yang memiliki sikap qana’ah tidak berarti menerima nasib begitu saja tanpa ikhtiar. Orang yang hidup qana’ah bisa saja memiliki harta yang sangat banyak, namun bukan untuk menumpuk kekayaan.
Kekayaan dan dunia yang dimilikinya, dibatasi dengan rambu-rambu Allah Swt. Dengan demikian, apa pun yang dimilikinya tak pernah melalaikan dari mengingat Sang Maha Pemberi Rezeki. Sebaliknya, kenikmatan yang ia dapatkan justru menambah sikap qana’ah-nya dan mempertebal rasa syukurn

Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam adalah manusia yang paling qana’ah, ridha dengan apa yang ada dan paling banyak zuhudnya. Beliau juga seorang yang paling kuat iman dan keyakinannya, namun demikian beliau masih meminta kepada Allah Swt. agar diberikan qana’ah, beliau berdoa:
“Ya Allah berikan aku sikap qana’ah terhadap apa yang Engkau rizkikan kepadaku, berkahilah pemberian itu dan gantilah segala yang luput (hilang) dariku dengan yang lebih baik.” (HR al-Hakim, beliau menshahihkannya, dan disetujui oleh adz-Dzahabi).





12 Adzab Meninggalkan Shalat

Dalam sebuah hadis menerangkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-


· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.



Kelebihan Ayat Kursi

Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)



Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...