Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Mac 24, 2011

Amalkan Ilmu


Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah.

"Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)

Jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan.” (Al-Ghazali)



Sabda Nabi SAW : Ertinya : “Sebaik-baik amalan di sisi Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit” (Muttafaq ‘alaihi , dari Aisyah)

*

Penghulu istighfar

dad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Penghulu istighfar ialah apabila seseorang mengatakan, 

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau).

(Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu ia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka ia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu ia meninggal dunia sebelum pagi hari maka ia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari) 



Hukum perempuan memakai wangian






  • Hukum perempuan memakai wangian

    Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.

    Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya dari wangi-wangian sebersih mungkin.

    Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian di dalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).






Dari Zainab ats-Tsaqafiyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jika di antara kalian, kaum wanita yang solat isyak(pada riwayat lain disebutkan; di masjid),maka janganlah memakai wangi-wangian di malam itu”
(HR Muslim)

Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah telah bersabda:

“Wanita siapa saja yang memakai dupa(kayu gaharu), maka jangan solat terakhir bersama kami.”
(HR Muslim)

Abu Musa al-Asy’ari r.a. berkata; bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Wanita siapa saja yang memakai wangi-wangian(perfume) lalu ia berjalan di depan suatu kaum (sekumpulan orang ramai), kemudian mereka mencium baunya, maka ia adalah penzina. ”
(HR Ahmad, Abu Daud, at-Tarmidzi an-Nasa’i)

Wahai PARA MUSLIMAH sekalian!

Hadith-hadith di atas sudah jelas memberikan petunjuk kepada kita tentang haramnya wanita-wanita yang keluar rumah dengan memakai perfume, sebab wanita  pemakai perfume yang berjalan didepan kaum lelaki akan merangsang ghairah dan daya tarik tersendiri bagi mereka.


Al-‘Allamah al-Mubar Kaafuriy r.a. memberikan komentar tentang hadith-hadith di atas dengan mengatakan bahawa, wanita-wanita tersebut adalah 
PENZINA,


sebab dengan perfumenya itu menyebarkan gejolak berahi para lelaki, sehingga mereka tertarik untuk melihat wanita tersebut. Siapa yang memandang wanita itu maka


 MATANYA TELAH BERZINA!


 Dengan demikian si wanita pemakai perfume tersebut penyebab 
ZINA MATA,


 sekaligus berdosa.

Kami berkata “memandang wanita yang menyebabkan sebagai pembuka pintu bagi zina kemaluan juga sama hukumnya. Maka kewajipan bagi setiap muslimah untuk tidak keluar rumah kecuali ada keperluan bersifat syar’i (yang dibenarkan oleh agama) dan memakai hijab, bukan baju yang nipis yang boleh menarik perhatian lelaki, juga tidak memakai wanigi-wangian. Jika telah kembali ke rumahnya, maka ia boleh saja memakai wangi-wangian asal tidak tercium baunya oleh lelaki lain selain suami dan mahramnya.”

Sumber : [30 larangan bagi wanita oleh Amir Abdul Mun’im Salim]





Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...