Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Februari 22, 2011

SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ


Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW,

 Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, 

katanya:

1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.


3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu,
 nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, 
anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. 
Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama.
 Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat.
 Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. 
Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. 
Anggotamu menyerumu berbuat dosa. 
Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. 
Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. 

Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). 
Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya.
 Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. 

Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.



4. Sayidina Abu Bakar berkata:


 Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:


 – Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. 

– Syukur perhiasan kepada nikmat – Sabar perhiasan kepada bala.

– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.

 – Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.

 – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.

– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.

 – Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.




5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya


hingga dia menceraikan perhiasan itu.


6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.


7. Dia berkata kepada para Sahabat: 

Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.

Hidup Adalah Anugerah

Pada suatu hari ada seorang gadis buta yg sangat  membenci  dirinya sendiri. Karena kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, 
tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya.
Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk menemani dan menghiburnya.

 Dia berkata akan menikahi gadisnya itu kalau gadisnya itu sudah bisa melihat dunia.
Suatu hari, ada seseorang yang mendonorkan sepasang mata kepada gadisnya itu Yang akhirnya  dia bisa melihat semua hal, termasuk kekasih  gadisnya  itu .
Kekasihnya  bertanya  kepada gadisnya itu ,
 ” Sayangggg … sekarang kamu sudah  bisa melihat dunia. Apakah  engkau mau menikah denganku?”
 Gadis itu terguncang saat melihat bahwa kekasihnya  itu ternyata buta.  

Dan  dia menolak untuk menikahi si pria pacar-nya itu yg selama ini sudah sangat setia sekali mendampingi hidupnya selama si gadis itu buta matanya.
Dan akhirnya si Pria kekasihnya  itu  pergi dengan  meneteskan air mata, dan kemudian menuliskan sepucuk surat singkat kepada gadisnya  itu, 

“Sayangku, tolong  engkau jaga baik-baik ke-2 mata yg telah aku berikan kepadamu.”
* * * * *

Kisah di atas memperlihatkan bagaimana pikiran manusia berubah saat status dalam hidupnya berubah. Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat terhadap siapa harus berterima kasih karena telah menyertai dan menopang bahkan di saat yang paling menyakitkan.

Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata- kata kasar Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.
Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu, Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum engkau mengeluh tentang suamimu, ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan  untuk meminta penyembuhan sehingga suaminya 
TIDAK LUMPUH seumur hidup.
Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu, Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi  ke alam kubur dengan masih menyertakan kemiskinannya.
Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu Ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, 

tetapi tidak mendapatnya.
Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu Ingatlah akan para penganguran, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.
Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu, pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Tuhan karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini.
Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah, nikmatilah  dan isilah hidup ini dengan sesuatu yg bermanfaat untuk umat manusia.


NIKMATILAH dan BERI YANG TERBAIK DI SETIAP DETIK DALAM HIDUPMU, KARENA ITU TIDAK AKAN TERULANG LAGI  untuk waktumu selanjutnya !!!


7 golongan yang dinaungi Allah



Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu.
Rasulullah SAWmenggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:

Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu

1) Pemerintah yang adil. Pemimpin mestilah adil dalam melaksanakan tanggungjawab nya tidak kira siapa sahaja asalkan rakyatnya. Contoh utama pemimpin ialah Baginda Rasulullah melaksanakan Amanah yang diperintahkan Oleh Allah swt. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.

2) Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.

3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Seseorang yang gemar hadir ke masjid untuk mengimarah rumah Allah dengan ibadah dan menuntut  ilmu. Kecintaannya dengan masjid mendorongkannya untuk mencari ilmu untuk beramal mendapat naungan Allah di padang mahsyar.

4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat

5) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!
Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.

6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.
Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Wallahualam.


kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu??

kenapa lelaki mepunyai 
9 Akal dan 1 Nafsu??

 

DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal....


kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu?? DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal....

dalam hal ni kaum adam dan kaum hawa x puas hati...ada kaum adam kata"bnyk juga akal kaum adam..tp nafsu sikit..."ada pula kaum hawa kata"ish..jahat sagt ke aku ni sampai bnyk nafsu...tp akal aku sikit je.."

Sebenarnya dalam konteks ni yg dimaksudkan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu adalah mreka ada 9 fikiran dan 1 emosi...manakala wanita pula yg dikasudkan dgn 9 nafsu 1 akal ialah 9 emosi dan 1 fikiran...

cuba kalian fikir??

1)knp kaum wanita diberi satu keistimewaan iaitu beranak??knp??
knp lelaki tidak?

?
=kerana wanita ada 9 emosi...wanita ni seorg yg penyayang...dia sanggup membiarkan seorang makhluk tinggal didalam perutnya....dia sanggup bertahan selam 9 bulan 10 hri untuk biarkan seorg manusia tinggal didalm perut kita...itu disebabkan wanita mempunyai bnyk emosi...

cuba bg kaum lelaki yg mengandung??

?apa yg akan jd??
x pun suruhlah mereka ikat satu kampit beras seberat 10kg...apa riaksi mrk??


mereka x kan sabar untuk menghadapi beban yg bgtu berat...sebb mrk rasa itu seperti beban..susah untuk melakukan kerja...tp wanita tidak..dia sabar..malah dia kasih lg manusia yg ada dalam kandungannya...itulah keistimewaan wanita...

2)knp kaum adam dibg amanah untuk menguruskan talak???knp tidak wanita??
=krn lelaki mempunyai 9 fikiran...mrk boleh mgnuruskannya dgn berfikir...bkn dgn emosi..bygkanlah sekiranya kuasa talak di bwh kuasa isteri sudah tentu mrk akan mengurusnya dgn emosi..bkn dgn fikiran..

sekiranya talak di tgn kaum isteri..pasti banyak kaum adam tlh dudakan...(maaf sekiranya kasar)
itulah amanah kaum adam dan itulah keistimewaan kaum adam mempunyai 9 fikiran...

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...