Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Januari 22, 2011

kenangan si liya~~selepas kemalangan 2004





14 Cara Menangani STRESS

Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.

1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.

2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.

3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

6. Membentuk pengurusan masa yang baik.

7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.

11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.

14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.

Ingat-Ingat Sebelum Nak Makan....

  • Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya
= cermat, tertib, tidak boros.
  • Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan
= boros, tidak berapa peka, kurang teliti.
  • Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)
= sabar, tidak suka marah.
  • Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)
=suka marah, tidak dapat mengawal diri.
  • 80% penyakit berpunca daripada makan.
  • Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas
faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)
  • Nabi kunyah 40 kali ketika makan.
  • Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.
  • Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.
  • Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut
adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.
  • Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.
  • Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.
  • Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.
  • Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.
  • Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.
  • Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.
  • Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb....
(by Dr Fadzilah Kamsah)
sumber dr blog~~~

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...