Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Januari 08, 2011

perjalanan ke kuantan,,mencari umah sewa untuk adik dan adik iparku,,alhamulillah,,selamat semuanya

Simptom-simptom Gangguan Saka

Di antara tanda-tanda saka tersebut mula hendak berdamping dengan tuan barunya
ialah tuan barunya itu akan mendengar suara-suara tertentu antaranya ialah :
1) Kedengaran bunyi loceng
2) Kedengaran bunyi suara angin
3) Kedengaran suara ombak
4) Terasa ada sesuatu masuk melalui jari-jari hingga terasa sejuk.
Bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami masalah gangguan saka, di antara tanda-tanda atau simptom-simptomnya adalah :
1) Mimpi bayi atau menyusukan bayi (bagi perempuan)
2) Mimpi mengandung dan bersalin (bagi perempuan)
3) Mimpi jatuh dari tempat tinggi atau berada di tempat tinggi
4) Mimpi melihat haiwan seperti ular, anjing, unta, tikus, serigala, kucing dan sebagainya.
5) Kedengaran bunyi gigi berlaga ketika tidur.
6) Menangis, ketawa atau menjerit-jerit ketika tidur.
7) Berdiri dan berjalan ketika tidur.
8.) Mimpi berada di tempat sunyi.
9) Mimpi berada di kawasan perkuburan atau tempat kotor.
10) Mimpi buruk dan menyeramkan seperti melihat sesuatu yang mengancam diri atau makhluk yang menggerunkan.
Namun adakalanya, insan tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana kebiasaannya mimpi itu berlaku dalam keadaan ‘kena tindih’. Adakalanya orang berkenaan tersedar dalam keadaan cemas dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, bertakbir atau sebagainya.
11) Kerap rasa berdebar-debar.
12) Resah dan gelisah sehingga takut dan cemas berjumpa orang ramai termasuklah kaum keluarga. Ada juga kes sehingga pesakit berkenaan takut untuk menunaikan solat Jumaat atau solat berjemaah serta menghadiri majlis keramaian seperti kenduri-kendara.
13) Sering rasa seperti hendak mati.
14) Suka bersendirian dan mengasingkan diri.
15) Menghadapi masalah skizofrenia.
16) Mengalami masalah istihadah atau kitaran haid yang tidak normal (di kalangan perempuan).
17) Mengalami penyakit kanser, fibroid atau mempunyai ketumbuhan dalam badan.
18) Mengalami penyakit yang diistilahkan sebagai penyakit keturunan seperti gout, kencing manis, darah tinggi dll.
19) Kesakitan pada anggota badan terutamanya tulang belakang, belikat.
20) Mengalami masalah zuriat.
21) Cepat panas baran.
22) Susur-galur keturunan ada yang menjadi bomoh, pawang, bomoh patah, tukang urut, atau mak andam.
23) Mengetahui perkara-perkara yang mustahil diketahui oleh orang lain.
24) Kesan lebam pada anggota badan. Ada tanda . . @ ∴ pada bahagian yang lebam @ pada tubuh badan.

Perlu ditegaskan di sini bahawa tidak semestinya seseorang yang mengalami simptom-simptom di atas pasti mengalami saka, ia bergantung kepada kombinasi simptom dan susur galur keturunan.

Ada kemungkinan mereka yang mengalami simptom di atas diganggu oleh saka milik orang lain (tidak diarahkan tuannya) ataupun disihir (jin belaan yang diarahkan tuannya untuk mengganggu) ataupun jin atau syaitan yang tidak bertuan.

Gangguan Saka

Pengenalan :
Gangguan saka ialah gangguan jin yang datang dari asalnya dibela oleh keturunan keluarga pesakit.
Saka bererti bahawa salah seorang daripada keturunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, moyang, ibu atau bapa yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau bantuan-bantuan jin.
Jin-jin ini akan berpindah kepada keturunan yang berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia. Ini berlaku apabila waris yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan jin-jin yang mendampinginya sebelum waris itu meninggal dunia.
Kadang kala waris itu sengaja hendak memberi atau menghadiahkan ilmu atau jin itu kepada anak-anak atau cucu-cucit yang dia telah memilih sebelum dia meninggal dunia.
Apabila ini berlaku, waris itu berupaya melakukan sesuatu yang pernah dilakukan oleh orang yang menurunkan saka tadi yang pada kebiasaannya melibatkan usaha rawatan, biarpun tanpa proses pembelanjaran.
Salah satu dari ciri-ciri yang ada pada makhluk jin ini ialah kesetiaan pada tuan yang mempunyainya. Sekiranya tuan empunya jin itu tidak membebaskan jin-jin didalam kekuasaan dia, jin-jin tersebut akan sentiasa berkhidmat kepada tuan empunya hinggalah tuannya itu meninggal dunia, dan jin-jin ini kemudian akan berdamping dengan anak-anak atau cucu-cicit tuannya itu.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit :
Ada dua jenis gangguan saka ia itu gangguan dari jin-jin dan keduanya dari ilmu-ilmu batin yang ditinggalkan oleh waris-waris pesakit.
Sintom :
Kadang kalanya pesakit tidak mengetahui yang dirinya didampingi oleh jin-jin saka ini.
Sintom gangguan saka adalah serupa dengan sintom gangguan jin. Ia kadang-kadang berbeza di antara pesakit-pesakit.
Simtom yang selalu dirasa oleh pesakit adalah:
1. Sakit anggota badan - bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim dan sebagainya.
2. Gangguan emosi dan perasaan.
3. Gangguan pemikiran dan minda.
4. Gangguan tidur
(Untuk keterangan lanjut sila lihat dibawah sintom-sintom gangguan jin dan sihir)
CARA RAWATAN PERUBATAN SYIFA' AL-HIDAYAH
1. Jin-jin saka didalam tubuh badan hendaklah dikeluarkan melalui cara batin (dengan keizinan Allah s.w.t) dan pesakit hendaklah datang berjumpa Syifa Al-Hidayah.
2. Membaca ayat-ayat AL-Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit saka ini.
3. Minum air mineral yg ditawarkan dan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memohon sembuh dari penyakit saka ini.
SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT GANGGUAN SAKA:
(Pesakit hendaklah berjumpa Syifa Al-Hidayah terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)
A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah Asy-Asyu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t. B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:
1. Surah Al-Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
C. Amalan Minggu Kelima dan Keenam:
1. Surah Al Baqarah ayat 1 hingga 20, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Rahmaan ayat 21 hingga 60, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...