Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Disember 26, 2011

Doa-doa pelembut hati





Bacalah doa tersebut wahai isteri-isteri yang diluar sana sekiranya suami ada pasang niat nak kahwin lagi satu. Nak buka cawangan baru pula. Bukan hendak melawan takdir atau ketentuanNya. Jika itu yang tertulis di luh mahfuz, terimalah. Tapi berusahalah dengan yang cara baik kerana Allah SWT itu Maha Adil kepada hambaNya. 

Jangan ikhtiar cara yang salah seperti berubat dengan bomoh-bomoh siam kerana takut nanti terlibat dengan perkara yang syirik. Syirik termasuk dosa besar yang paling besar no.1. Kekal sebagai ahli neraka selama-lamanya. Ikhtiarlah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.



Terjemahannya:

Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya dan kepada orang yang diredai perkataannya.

Baca 3 atau 5 kali setiap kali selepas solat. Mohon kepada Alah SWT dengan niat suami tetap setia dengan satu isteri. InsyaAllah niat suami nak kahwin lagi akan hilang keinginannya dan akan terus tetap setia bersama anda sahaja. Selamatlah rumahtangga yang aman damai yang dibina selama ini.

Wasallam.


DOA UNTUK ANAK DAN SUAMI PANAS BARAN.



Pada wanita yang dianiayai suami, usah gentar atau takut. Allah SWT akan makbulkan doa-doa dari orang yang dianiayai. Ini merupakan ujian Allah SWT kepada suami dan kepada isteri. Sebagai isteri senjatanya hanyalah air mata dan doa. Maka perbanyakkan doa-doa. Merintih dan mengadu kepada Allah SWT akan kegundahan hati akan ada jalan keluar yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada suami agar panas barannya berkurang dan menjadi penyayang.

Bagaimana hendak mengamalkan doa-doa ini kepada suami atau anak-anak yang panas baran? Seperti biasanya diamalkan selepas solat. Untuk menyuruh suami atau anak-anak membaca doa-doa ini memang mustahil. 

Cara yang lebih berkesan dengan membaca pada air kosong dan dibuatkan kopi atau teh bagi suami minum. Tidak mengapa jika ahli keluarga lain yang minum bersama. 

Lakukan selepas solat asar jika menggunakan air kosong kerana ketika itu suami masih belum pulang dari tempat kerja. Dimulakan dengan Istighfar-3x, Shalawat Nabi-10x. Al-Fatihah-1x. Doa 1 dan 2 (3x). Penutup Salawat Nabi-10x.

DOA 1.


Maksudnya:

"Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!."(Surah Al-Anbiya: Ayat 69).

DOA 2.


Maksudnya:

22. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani23. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. 24. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (Surah Hasyur: Ayat 22,23,24)


Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...