Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Jumaat, September 23, 2011

Solat terakhir Rasulullah ( s.a.w)


Assalamualaikum wbt.

Tahukah kalian Surah Al-Kahfi ayat 110 adalah Surah terakhir yang Rasulullah baca dalam Solat Subuh baginda yang terakhir? 
Firman Allah: 
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖفَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
 "Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."

Cuba kita bayangkan jika kita berada di belakang Rasulullah ketika itu bagaimanakah perasaan kita? Sayu, terharu, sedih, semua bercampur baur. Pada pandangan penulis, ini adalah cara yang baik untuk kita mengingati dan mencintai Rasulullah secara langsung. 

Penulis juga pernah mendengar satu tazkirah ringkas dari TGNA, beliau mengesyorkan supaya kita kreatif sikit apabila kita menghayati makna dalam Al-Quran. Misalnya, firman Allah dalam Surah Al-Dhuha ayat 3:

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

"(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). "

Cuba anda tukarkan wahai Muhammad itu dengan wahai (nama kamu), penulis letak nama penulisla senang sebagai contoh:

"....(Bahawa) Tuhanmu (wahai Jannati) tidak meninggalkanmu Jannatidan Dia tidak benci (kepadamu Jannati,.... "

Lihat, seakan-akan Allah berbicara dengan kita sendiri! Bayangkan Allah kata sendiri pada kita Dia tidak mahu tinggalkan kita dan tak benci kita..Allah.....Sayang sungguh Allah pada kita kan? !

Walaupun bukan pada semua ayat kita boleh ubah dan bayangkan begini, tapi sekurang-kurangnya kita dapat belajar mencintai Allah dan RasulNya dengan lebih dekat. 
Sampai sini sahaja. Wassalam.






Khamis, September 22, 2011

kelebihan sedekah

SEDEKAH DAPAT MENUNDA KEMATIAN
                                             DAN MEMANJANGKAN UMUR

Kematian memang di tangan Allah. Namun, ada satu hal yang dapat membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda, iaitu kemahuan bersedekah, memberi, dan mengambil berat antara satu sama lain.

   Suatu hari, MalaikatMmaut mendatangani Nabi Allah Ibrahim, dan bertanya,"Siapa anak muda yang tadi mendatangimu,wahai Ibrahim?’
      " Itu sahabat sekaligus muridku,”jawab Nabi Ibrahim.
       "Ada apa dia datang menemuimu?’
     "Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan pernikahannya esok pagi.”
     "Wahai Ibrahim,sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.”

        Setelah berkata seperti itu,Malaikat Maut pergi meninggalkan Nabi Allah Ibrahim. Hampir sahaja  Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut,agar menyegerakan pernikahannya malam ini dan memberitahu tentang kematian anak muda itu esok. Namun, langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah...

         Esok paginya, Nabi Ibrahim melihat dan menyaksikan bahawa anak muda tersebut tetap dapat melangsungkan pernikahannya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun. Nabi Ibrahim melihat anak muda ini berumur panjang. Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Maut, apakah dia tidak berbohong ketika menyampaikan bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai esok pagi? Malaikat Maut menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut,tetapi Allah menahannya.

“Apakah yang membuatkan Allah menahan tanganmu daripada mencabut nyawa anak muda tersebut?”
"Wahai Ibrahim, pada malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh daripada kekayaannya. Ini yang akan membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya hidup.”

          Saudaraku, dimana pun anda berada, kematian ada tangan Allah. Dan, Allah memberitahu melalui kalam Rasulullah bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur. Jadi, apabila disebut bahawa ada sesuatu yang menunda kematian, itu adalah sedekah. Maka, tengoklah kanan dan kiri anda, lihatlah sekeliling anda. Jika anda mendapati ada satu-dua kesusahan, sesungguhnya andalah yang memerlukan pertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu diberikan Allah untuk memanjangkan umur anda. Apa yang tinggal adalah, apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Jika bersedia, kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur anda.

         Saudaraku, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan tiba dan tidak seorang pun yang mengrtahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka, mengeluarkan sedekah bukan sahaja akan memanjangkan umur, melainkan juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik, bukankah sedekah akan mengundang cinta Allah? Jika seseorang sudah dicintai oleh Allah, sekali lagi, tidak ada maslah yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah.
Mudah-mudahan Allah berkenan memanjangkan umur kita supaya kita semua berkesempatan untuk mengejar keampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita sambil mempersiapkan datangnya kematian. Amin..


                                                  MUTIARA KATA


Sedekah dapat menolak bala.Rasulullah  SAW bersabda,: bersegeralah bersedekah kerana bala tidak pernah mendahului sedekah.”


Sedekah dapat menyembuhkan penyakit. Rasulullah SAW menganjurkan,”ubatilah penyakitmu denagn sedekah.”

Sedekah dapat menunda kematian dan memanjangkan umur.kata rasulullah SAW,:perbanyaklah sedekah. Kerna, sedekah dapat memanjangkan umur,”






Rabu, September 21, 2011

Menangis kerana Allah


Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku"...- Ustaz Asri Rabbani

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..." (Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

"Berbahagialah orang yang telah sempurna cinta kepadaNYA.Kesempurnaan cintanya itu ialah kerana ia menginsafi tanasub(persesuaian),batin antara dirinya dengan Allah."

Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia![Ustaz Pahrol]

"Apa pun yang (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." (As Syura : 36)

"Demi Allah, dunia ini di akhirat kelak hanyalah seperti air yang melekat pada jari telunjuk salah seorang dari kamu yang dimasukkan ke dalam samudera luas. Oleh itu hendaklah dia merenungi bekalan apakah yang hendak dibawa untuk menghadap Tuhannya." (HR. Muslim)

"Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya." (Imam Syafie)

" Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka,sebuah Kitab (alQuran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. "(al A'raaf : 52 )

Kebahagiaan itu sebenarnya ialah pada mereka yang boleh bersyukur & bersabar. Bersyukur atas nikmat & bersabar atas ujian. Bersyukur atas kesenangan & bersabar atas kesusahan. (Susah itu tarbiyyah..Sabar itu indah)

"Taubat itu seperti perahu yang dilengkapi semua perlengkapan dan perbekalan, serta dikemudikan oleh pelaut yang mahir. Perahu taubat itu berlayar mengharungi lautan keagungan Allah, layarnya adalah cinta yang dalam kepada-Nya, terbentang ditiup angin nan lembut, iaitu angin kerinduan hamba kepada-Nya."(Al-Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.)

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Moge Allah kasih pada Hamba yang lemah ini.Ana tak layak bergelar solehah.lagi tak layak untuk digandingkan dengan lelaki soleh..Apepun..ana harap dapat yang terbaik dalam mengejar redhaNya..insya Allah..Barakallah..




Selasa, September 20, 2011

Ya Allah kami malu pada mu

"Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."

-- An-Nisa': 1

Assalamualaikum,DEngan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Sering kutitipkan doa agar kita semua sentiasa berada dibawah payungan rahmatNya dan hidayahNya Yang Maha Esa.Dalam kekalutan dunia pada tika ini daku amat berharap agar Allah sudi mengampuni dosa kita semua.Dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya,dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil,dalam keadaan manusia tidak lagi dapat menentukan yang mane pahala dan dose.Moge2 doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang-kala lupa padaNya.Kadangkala kita ingat kepadaNya tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya.

Buat permata islam yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi.Sesungguhnya islam itu bukan sekadar agama tetapi adalah cara hidup kita.Sama ada kita berpakaian,bertutur,belajar,bekerja,atau dengan perkataan yang lebih mudah,bermulanya kehidupan kita dari bangun tidur sehingga kembali tidur.Semuanya Allah telah gariskan untuk kita.Hatta,sebelum kita lahir,sehinggalah kita ditempatkan dalam liang lahad.Islam juge telah mengajar caranya,seringkali kite mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Islam itu tinggi,tiada yang tinggi selainnya”

Tapi sayang sekali kita yang merendah-rendahkannya,kita yang menjauhkan diri daripadanya,bahkan kita malu apabila islam itu menjadi identity kita.Kita lalai dengan kehidupan kita sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi buat kita sehingga kita lupa pada Allah sedang memerhatikan kita kullu lahzah.Masya Allah.Kita tahu adanya Allah tetapi kenapa kita melanggari perintahNya??Amar makruf nahi mungkar sering terabai!Sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi Segala Nikmat sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya.Astaghfirullah!!!Kita tahu benarnya Al-quran,tetapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya.Kita juga tahu adanya dosa dan neraka,bahkan tahu adnya syurga dan neraka.Tapi kita masih tidak memperdulikan perintah Allah Yang Maha Kuasa.

Buat mutiara islam yang Insya Allah bergemerlapan di bumi Allah.Prof Dr Hamka pernah berkata:kita boleh meghitung usia kita yang telah kita gunakan,tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal”.Persoalannya..Bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung didalam jasad kita sudah habis digunakan.Masihkah dikau ingat akan firman Allah SWT dalam Hadith QudsiNya yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah R.A,Aku sesuai dengan dugaan hambaku kepadaKu.Dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKu,jika dia ingat Aku dalam hatinya,Aku akan mengingatinya dalam hatiKU,Dan jika dia ingat kepadaku dalam lingkungan khalayak ramai,nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khlayak ramai yang lebih baik.Dan jika dia mendekatiKu sejengkal,Aku pun akan mendekatinya sehasta,Dan jika dia mendekatiKU sehasta,nescaya Aku akan mendekatinya sedepa.Dan jika dia datang kepadaKU berjalan,maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.”                                                              Hadis riwayat:syaikhani dan Tarmizi

Walaupun sebesar Bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan sesungguhnya Allah masih mengampunkan dosa kita.Subhanallah!Baiknya Allah.Oleh itu,kembalilah kepadaNya andaikata hidup ini jauh dari landasan yang dituntutNya.Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang makhlukNya.Setakat ini sahaja dahulu nukilanku buatmu.Kumohon jutaan kemaafan andaikata bicaraku sebentar tadi mengguris hatimutetapi sesungguhnya daku tidak sekali-kali bermaksud untuk melukaimu.Semoga dirahmati Allah selalu.Bertemu lagi.Kalau tidak didunia,Insya Allah di SYURGA FIRDAUS nanti.Ingat!Lakukan amalmu seiring dengan bicaramu.Bukan hanya petah berdakwah,tapi tidak mengikuti apa yang didakwah.Wassalam.

Kata-kata Pujangga: "Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...