Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Mei 16, 2011

Mana satu DSLR terbaik?



Untuk entri pertama, kami yakin agak ramai peminat fotografi kerap tertanya-tanya apakah Kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR) terbaik untuk mereka kalau mula-mula nak beli?
Antara soalan yang biasa ditanya kepada kami sendiri,
"Antara Nikon dan Canon, yang mana satu lagi bagus?" (Walaupun masih banyak lagi jenama lain)
Jadi, nak tahu yang mana satu yang paling bagus? jom baca sampai habis untuk entri kali ni. Mudah-mudahan semua dapat gambaran umum apakah yang terbaik untuk mereka yang mahu memulakan hidup di dalam dunia fotografi.
Kebanyakan pembeli pertama kali DSLR adalah orang-orang yang biasanya melakukan naiktaraf atau 'upgrade' dari kamera Point and Shoot (P & S) atau kamera kompak (compact camera), dan alasan mengapa kebanyakan orang ingin meng-upgrade ke DSLR mungkin kerana mereka berfikir DSLR akan mengambil foto lebih baik.(Betulke??Jom Kaji)
Walaupun secara teknikal dan umumnya, DSLR harus memberikan kualiti gambar yang lebih baik daripada P&S dan kompak, anda harus belajar tentang fotografi dan mampu menggunakan kamera dengan betul sebelum anda boleh mendapatkan keputusan yang lebih baik dengan DSLR.
Ingat! Kamera hanyalah alat.
BAJET / JULAT HARGA (PRICE RANGE)
Dah dapat gambaran sebenar DSLR kan?Sekarang jom kita tengok cara-cara memilih DSLR. Hal pertama yang biasa bermain di kepala kita bila kali pertama hendak membeli DSLR pastinya Harga! (Kalau tak da duit mcm mana nak beli ye tak?hehe)
Oleh itu, soalan pertama yang anda boleh ajukan pada diri sendiri:
"Berapa banyak wang/duit yang mampu aku nak gunakan untuk kamera DSLR?"
Haa..dah letak angka tersebut dalam hati? Jom kita tengok 3 kelas untuk kamera DSLR ni:
1. Peringkat Entri / Entry Level memerlukan kos sekitar RM1,800 - RM 3,500

Contoh kamera Entry_level
2. Peringkat Tengah / Intermediate Level memerlukan kos sekitar RM 3,500 - RM 8,000

Contoh kamera Intermediate Level
3. Peringkat Profesional / Profesional Level boleh mencecah sehingga RM16,000!

Contoh Kamera Professional Level
Jadi agak-agak dah tahu kelas mana yang mahu anda pilih?mudah kan?
  1. Tengok akaun ada berapa duit.
  2. Lihat banyak mana jumlah yang anda sanggup keluarkan.
  3. Pilih jenama mana yang menawarkan lebih banyak kelebihan kamera untuk bajet anda.
  4. dan yang terakhir, Beli~ ^_^



PERTIMBANGAN UMUM


Kami pernah mendapat soalan seperti apa sebenarnya beza antara P&S dan DSLR?

Harus diingat bahawa sekiranya anda telah membuat keputusan untuk membeli DSLR,ia sedikit berbeza dengan membeli kamera kompak dan P&S. Ini bermakna anda bukan hanya membeli sebuah kamera. Anda sebenarnya telah meletakkan diri anda untuk memiliki SELURUH SISTEM!


Sebuah kamera DSLR sistem yang boleh terdiri daripada:
  • Bodi/Badan kamera
  • Lensa
  • Flash Light (Speedlite)
  • Aksesori seperti remote, bateri grip dll.
POINT BERGUNA UNTUK ANDA:
  • Setiap pengeluar kamera DSLR membuat sebuah sistem yang tidak serasi dengan komponen dari pengilang kamera lain. Contohnya, jika anda membeli DSLR Nikon, anda tidak akan boleh menggunakan lensa Canon (kecuali dengan adapter) dan perkara yang sama terjadi bagi unit flash.
  • Sistem kamera DSLR utama di pasaran berasal dari Canon, Nikon, Sony, sistem Four-Third (Olympus dan Panasonic). Fujifilm juga mengeluarkan DSLR yang boleh menggunakan lensa Nikon.
  • Canon dan Nikon mungkin mempunyai sistem paling maju dengan pelbagai pilihan lensa dan aksesori, masing-masing menghasilkan sekitar 60 lensa yang berbeza. Sony, sistem Four-Third dan Pentax berada di tangga ke-2, dengan masing-masing pembuat menghasilkan sekitar 30 lensa yang berbeza untuk masing-masing.
  • Ergonomi merupakan faktor yang sangat penting untuk dipertimbangkan dalam memilih DSLR. Setiap orang memiliki keutamaan yang walaupun berbeza pendapat.
Apakah kamera berasa selesa di tangan anda? Bolehkah kita mencapai butang-butang pada badan kamera yang sering digunakan ketika kamera tersebut dipegang?Adakah DSLR ini terlalu kecil atau terlalu besar? Terlalu ringan atau berat? Mampukah DSLR tersebut di'on' dan di'off'kan dengan pantas? Ini semua soalan-soalan yang perlu kita jawab sendiri apabila mencuba mana-mana DSLR.
JADI SISTEM APA YANG HARUS SAYA BELI?
Sepertimana kamera kompak yang tidak sempurna, begitu jugaklah sistem DSLR.
'Tiada sistem DSLR yang sempurna, masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri'
Kebiasaaanya, orang akan memilih Nikon atau Canon, namun ini tidak bermakna sistem lain tidak bagus dan teruk. Masih ada yang mampu menggunakan jenama selain Canon dan Nikon dan mereka mampu menghasilkan gambar yang menakjubkan dan hebat!
Jadi,
Sebagai berita buruk, anda sepatutnya tahu sendiri apakah yang anda mahu dari DSLR tersbut.
Manakala berita baiknya pulak, tidak kita apa yang anda pilih, setiap DSLR itu pasti ada kelebihan tersendiri (mungkin banyak kelebihan atau sedikit kelebihan sahaja yang membezakan)



RECOMMENDATION / SARANAN

Masih tidak berpuas hati dengan jawapan di atas?OK..OK..hehe
Secara peribadinya kami lebih suka membeli sistem yang mampu berkembang dan membangun dengan baik, jadi kami mengesyorkan sistem Canon atau sistem Nikon.
Entry Level
Buat peminat Canon - Canon EOS 500D, Canon EOS 550D
Buat peminat Nikon - Nikon D3000 , Nikon D5000



Intermediate Level


Buat peminat Canon - Canon EOS 50D atau Canon EOS 7D
Buat peminat Nikon - Nikon D90 dan Nikon D300s
PESANAN PENTING!
  • Ramai yang tersalah anggap ketika hendak pilih DSLR, mereka akan bertanya "Berapa Megapixel kamera ni?" . Sebenarnya soalan itu hanya akan menjawab persoalan tentang resolusi (resolution) sahaja. Percaya atau tak, ia tak akan ada kaitan dengan kualiti gambar! Kalau anda nk print billboard atau poster yang besar-besar gedabak. Haa..masa tu baru tanya soalan mcm ni. :)
  • Sekiranya kewangan anda terhad, anda boleh cuba membeli bodi kamera yang didatangkan sekali dengan 'kit lens'. Kebiasaannya kit lens mempunyai nilai optik dan kualiti yang masih boleh dikatakan dalam kategori baik dan bagus. Contoh, Nikkor 18-55 atau Canon18-55.
  • Cuba susun pembelian anda mengikut priority. Mula-mula beli bodi + kit -> kemudian beli Flashlight -> Kemudian beli lensa telezoom -> Bag -> .......... (terserah mengikut kepentingan kepada anda samada untuk kerjaya fotografi atau sekadar hobi sahaja)
  • Jangan termakan pujuk rayu jurujual (yang mungkin hanya nak duit~) mengatakan yang mahal adalah yang terbaik. Ikut bajet anda dan buatlah sedikit research dalam internet tentang kamera tersebut.
  • Bagi peminat Nikon, carilah badan yang ada focus motor supaya mudah untuk ada di kemudian hari. (d40, d40x dan d60 TIDAK memiliki focus motor ini bermakna anda harus mencari lensa yang mempunyai focus motor sendiri untuk menggunakan Auto Focus dan lensa sebegini kebiasaannya mahal!), bagi pengguna Canon anda tak perlu risau. :D
Oleh itu, SELAMAT MEMBELI! ^_^



Tips: Membeli kamera terpakai dan shutter actuations



Kamera Nikon D80 kini dijual kerana pengguna beralih kepada D90
Terdapat beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli badan kamera dslr terpakai. Antaranya adalah:
  1. Warranty.
  2. Pemilik asal kamera
  3. Shutter actuation atau bilangan shutter.
1. Pertama sekali apabila membeli kamera terpakai, kita perlu sedar bahawa warranty telah tamat dan seandainya rosak, kita perlu membaiki sendiri badan kamera tersebut. Keduanya, setiap badan kamera mempunyai tempoh hayat yang tersendiri. Umpamanya Nikon D80 memiliki jangka hayat 80 000 shutter click, jadi selepas tempoh itu, mirror lock up (bahagian yang berbunyi ketika mengambil gambar) perlu di calibrate semula, sensor juga perlu diservice.
Tanpa warranty, pasti sukar untuk menjaga isteri kedua kita nih.  Jangan risau, anda masih boleh beli sekiranya warranty telah tamat, cuma pastikan shutter actuation adalah, iaitu faktor pembelian yang ketiga. Saya akan sebut sebentar lagi.
2. Pemilik asal kamera juga perlu dipertimbangkan. Selidiki latar belakang pemilik kamera. Sekiranya beliau seorang jurugambar pro, jumlah gambar yang di ambil adalah banyak. Pernah saya bertemu seorang jurugambar di Ottawa dan berborak, beliau berkata kebanyakan majlis, beliau akan mengambil gambar melebihi 3000.
Namun tidak menjadi masalah kerana anda masih boleh memeriksa shutter actuation yang saya akan sebut sebentar lagi. Sekiranya anda berpeluang berjumpa dengan pemilik kamera tanpa melalui orang tengah, antara perkara yang patut anda lakukan adalah:
  • Tanya samada pernahkah kamera tersebut terjatuh.
  • Tanya pernahkah skrin panel badan kamera tersebut menunjukkan tanda error.
  • Minta untuk cuba mengambil gambar dan ambil sampel gambar tersebut untuk periksa shutter actuations.
  • Apakah sebab ingin dijual.
  • Tanya bolehkah dipulangkan sekiranya tidak berpuas hati dalam masa sehari. Ini memberi masa kepada anda untuk memeriksa dengan teliti.
  • Goncang kamera untuk memastikan tiada yang bergoncang di dalam body dslr itu.
  • Periksa kesan calar akibat jatuh dan hentakan secara teliti dan dekat.
3. Seandainya anda ingin menjimatkan masa anda, sebelum membeli dan membuat keputusan berjumpa, minta sampel gambar yang terbaru dari pemilik asal kamera. Kita akan memeriksa shutter actuations.
Cara-cara memeriksa shutter actuations.
  1. Pergi ke laman web ini:  http://drchung.new21.net/previewextractor/ dan scroll ke bawah sehingga berjumpa section dowload. Anda tidak perlu membaca tutorial tersebut kerana cara menggunakannya amat mudah.
  2. Run program yang anda dowload tadi.
  3. Terdapat tab untuk shutter count di bahagian atas kiri program tersebut. Tekan butang tersebut,kemudian tekan run.
  4. Tekan load image dan anda akan mendapat jumlah shutter camera tersebut.


Tekan butang shutter count untuk shutter actuations.
Sekiranya ia menyebut "Shutter Count not Found", itu bermaksud gambar tersebut telah di edit. Minta gambar yang original.
Sekiranya anda telah mencuba semua cara ini, saya ucapkan selamat berjaya. Pesan saya, shutter count adalah pentingkan kerana itulah yang melambangkan usia kamera dan bukannya tempoh masa sejak kamera tersebut di jual.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...