Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Followers

Selasa, Mac 08, 2011

Pahala sedekah dapat dibahagiakan kepada 4 jenis

 seperti berikut (dipetik daripada Kitab Durratun Nasihin):

1. Sedekah yang mendapat 10 pahala iaitu memberi makan kepada fakir miskin.
2. Sedekah yang mendapat 70 pahala iaitu memberi sedekah kepada keluarga terdekat.
3. Sedekah yang mendapat 700 pahala iaitu memberi sedekah kepada kawan-kawan dan sahabat.
4. Sedekah yang mendapat 7000 pahala iaitu memberi kepada orang-orang yang mencari ilmu. 

Sedekah kepada orang-orang yang mencari ilmu seperti mereka yang melanjutkan pelajaran ke IPTA, luar negeri, pelajar tahfiz di pondok-pondok agama dan madrasah. Walaupun pelajar ini menerima pinjaman dan biasiswa tetapi tidak cukup untuk menampung sepenuh keperluan hidup. Dengan sedekah anda, maka ringan sedikit bebanan yang mereka tanggung.(Terutama pelajar dari keluarga yang miskin). Ada beberapa buah pusat tahfiz Al-Quran yang pelajarnya terdiri dari anak-anak yatim dibeberapa negeri yang tidak menerima bantuan kerajaan seperti di negeri Kelantan dan Kedah. Inilah tempat yang wajar dan sepatutnya menjadi keutaman untuk menerima sedekah anda.  

FirmanNya Allah SWT bermaksud:

"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memanfaatkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampuni kamu padahal Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS An-Nur ayat 22).

Selain dapat mengeratkan tali persaudaraan kekeluargaan, amalan bersedekah (kalau dengan kuih muih yang bermutu dan buah-buahan yang diimpot) boleh memberi peluang kepada orang-orang yang susah dan jarang-jarang bertemu makanan yang lazat dan berzat dapat turut merasai kenikmatan makanan seperti iti. Cukuplah walaupun jarang-jarang, namun ia boleh memberi erti yang besar kepada mereka di dalam merasai bunga-bunga kehidupan ini.





Oleh kerana amalan suka bersedekah itu adalah satu amalan yang mulia dan sangat terpuji, maka ianya telah menjadi satu ciri amalan orang-orang mulia dan sangat terpuji, maka ianya telah menjadi satu ciri amalan orang-orang mulia terutamanya para nabi dan rasul serta orang-orang salih sejak zaman berzaman. Para nabi terutamanya merupakan insan-insan yang sangat suka bersedekah. Mereka menjadikan amalan bersedekah sama pentingnya usaha mereka mencari kehidupan. Bahkan mereka menjadikan sebagai kamus hidup. Seakan-akan tak sah kewujudan mereka di dunia ini kalau amalan suka bersedekah itu tidak ada dalam dairi hidup mereka.

Nabi-nabi sejak Adam as sampailah kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw merupakan sumber kepada kehidupan kaum fakir dan miskin. Nabi Idris as menyedekahkan sebahagian besar hasil kerja menjahitnya kepada kaum fakir miskin. Nabi Nuh as hidup bersama-sama kaumnya yang miskin dan makan bersama-sama mereka apa yang ia makan. Nabu Hud as dan Nabi Salih as adalah pengikut mereka terdiri dari orang-orang hina yang tidak mempunyai harta. Tentunya mereka sering mendapat tidak sedikit habuan daripada nabi mereka yang juga merupakan pemimpin dan pelindung mereka.

Nabi Ibrahim as merupakan seorang nabi yang apabila mahu makan, ia akan mengundang sesiapa sahaja yang melintas di hadapan pintu rumahnya. Dipelawanya para tetamu itu makan bersama-samanya. Kalau tidak ada sesiapa yang melintas, ia akan keluar mencari tetamu sehingga sehingga tiga batu jarak dari rumahnya. Setelah tak ada juga barulah ia akan makan dengan anak-anak dan isterinya.

Demikianlah perilaku para nabi dan rasul di dalam hal suka memberi sedekah atau pertolongan kepada mereka-mereka yang memerlukan.

Dari itu untuk menggemarkan diri kepada amalan suka bersedekah perlu setiap individu muslim menyedari besarnya pahala kerana bersedekah. Dan amalan ini juga akan menyuburkan harta dan memanjangkan umur sebagaimana dinyatakan di dalam hadith Rasulullah SAW.


Dari itu marilah kita memperbanyakkan sedekah kita sedaya yang termampu. Semoga diketengah amalan yang mulia ini akan menjadi penyebab untuk kita dapat menggapai pintu syurga lalu membukanya dan terus masuk ke dalam untuk berlazat-lazat dengan nikmat-nikmat di dalamnya.

Wasallah. Jazakallah khairan.




Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...