Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Mac 30, 2011

Jangan Ambil Barang Yang Bukan Hak Kita

sumber dr rujukan fb~

Islam merupakan agama yang menghormati hak individu yang lain dan amat melarang keras kita merampas dan mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Banyak sekali hadis Nabi saw yang melarang perkara ini. Antaranya ialah :

Dari Ummu Salamah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya engkau sekalian selalu mengadukan persengketaan kepadaku. mungkini sebahagian darimu lebih pandai berhujah dari yang lain, lalu aku memutuskan untuknya seperti yang aku dengar darinya. Maka barangsiapa yang aku berikan kepadanya sesuatu yang sebenarnya adalah hak saudaranya, sebenarnya aku telah mengambil sepotong api neraka untuknya." ( Imama al-Bukhari dan Muslim)

Amat pelik apabila kita dapati ada manusia yang tamak sanggup mengambil sesuatu yang bukan miliknya seperti tanah, wang ringgit dan sebagainya. Malah mereka sanggup menipu sehingga sanggup bersumpah untuk membenarkan penipuannya. Sungguh malang mereka ini kerana terdapat satu hadis mengenai perkara ini.

Sabda Rasulullah saw bersabda :

“Sesiapa yang merampas hak seorang Muslim dengan sumpahnya maka sesungguhnya Allah s.w.t telah memastikan neraka untuknya dan mengharamkan untuknya syurga.” Seseorang bertanya baginda: “Walaupun benda itu sedikit wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Walaupun sebatang kayu sugi.” ( Imam Muslim)

Hadis ini amat mengerikan kerana walaupun hanya mengambil sebatang kayu sugi yang tidak bernilai pun akan menghumbankan seseorang itu ke dalam neraka dan haram memasuki syurga.. na’uzubillah.

Mungkin ada yang berkata “hadis di atas ialah merampas harta milik orang lain tetapi kalau mengambil harta kerajaan tidak mengapa…”

Ungkapan itu tidak benar. Pengambilan sesuatu yang bukan hak kita sama ada dari individu Muslim atau milik kerajaan adalah haram. Dalilnya ialah hadis-hadis yang lain riwayat daripada Umar bin Khattab r.a. beliau berkata:

“Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah s.a.w. datang menghadap kepada beliau, kemudian berkata: “Si fulan itu mati syahid, dan si fulan itu mati syahid,” sehingga akhirnya mereka menyebutkan nama seorang laki-laki lalu mereka berkata: “Si fulan itu juga mati syahid.” Lalu Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak, sama sekali tidak. Fulan itu saya lihat dimasukkan ke dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi hadits) sehelai baju kurung (daripada harta rampasan).” ( Imam Muslim)

Lihatlah…seorang yang mati berjihad di jalan Allah pun boleh tidak terlepas dari dihumban ke dalam neraka hanya kerana dia mengambil kain selendang milik rampasan perang.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah dan jangan sekali-kali mengambil sesuatu yang bukan hak kita kerana akibatnya akan dimasukkan ke dalam neraka walaupun benda yang diambil itu bukan sesuatu yang bernilai. Semoga Allah merahmati kita dan membuang sifat tamak dari hati kita semua.

sumber dr blog ilmuan..

 "Weh, korang tahu tak, dalam banyak-banyak jenayah kat dunia ni, jenayah apa yang paling besar?"
"Mestilah membunuh, kan?"
"Tak."
"Eh, kenapa pula? Bukankah membunuh orang tu satu jenayah yang besar?"
"Ya, tapi bukan yang PALING besar."
"Emm. Kalau macam tu, mestilah mencuri atau merompak, sebab kita mengambil hak orang lain, betul tak?"
"Salah."
"Aik? Hmm. Merogol eh?"
"Hmm, salah juga tu."
"Sy give up. Jenayah apa yang paling besar ni?"
"Tinggal solat."



Kalau kita bercakap mengenai jenayah, mesti terbayang pembunuhan, kes rogol, merompak, mencuri dan sebagainya, kan? Tapi kita tak pernah sedar, yang tinggalkan solat itu pun dikira sebagai satu jenayah yang berat. In fact, meninggalkan solat itu merupakan jenayah yang paling berat sekali di muka bumi ini.

Kenapa? Menunaikan solat itu kan hukumnya WAJIB. Sebagai umat Islam yang melafazkan kalimah syahadah, kita wajib menunaikan segala arahan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Suruhan solat itupun sesuatu yang penting, kan

Bila Allah nak memfardhukan solat, Allah tidak mewahyukan kepada Jibril untuk diberitahu kepada Rasulullah SAW. Namun ketika peristiwa Israk Mikraj, Allah telah menyampaikan sendiri pesanan itu kepada baginda SAW.

Allah S. W. T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Allah tidak menggunakan Jibril untuk menyampaikan pesanan tersebut, tetapi Allah sendiri memberitahunya kepada Rasulullah SAW. Tidakkah ia sudah menunjukkan betapa pentingnya SOLAT itu?

"Apa yang membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam, eh?"
"Ala, senang je. Kau tengok nama dyorang. Kalau nama Islam macam Abdullah tu, Islamlah tu. Kalau nama macam Yap Ah Loy tu, sah-sah bukan Islam."
"Eh, tak semestinya. Kalau kat China tu, ramai je orang Islam. Tapi sebab dyorang semua tu Cina, mestilah nama dyorang pun nama Cina, kan? Ng lah, Chien la, Yap la. Macam mana?"
"Kalau macam tu, tengok pakaianlah, kan? Jubah tu semua, orang Islam je pakai, kan?"
"Betulkah? Kalau kat Arab tu, jubah memang pakaian tradisional, kan? So mestilah orang Arab semua pakai jubah, dah tu memang baju dyorang. Tapi dyorang tak semestinya beragama Islam, kan?"
"Hmm. Kau ni, memang suka bergaduh dengan aku, kan?"
"Mana ada gaduh... Dah memang kita tak boleh nak judge orang itu sama ada dy Islam ataupun tak menggunakan nama atau pakaian yang dipakainya."
"Habis tu?"
"Kalau orang Islam, SOLAT. Kalau orang kafir, TAK SOLAT. Kan?"


Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...