Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat.


mak aku selalu cakap. "kalau kau sembahyang tapi kau buat benda x senonoh. maksudnya sembahyang kau tu x betul. sebab sembahyang kau x boleh jaga kau dari buat benda tahpahape."

jadi, penagajaran dari hadis ni, kita boleh taulah yang sebenarnya solat yang kita lakukan tu diterima ataupun tak melalui perlakuan sehari hari dalam hidup kita.. oooo macam tu..

ok. macam mane pulak dengan firman Allah nie?

“Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang”.



ok. ape itu lalai dalam sembahyang, ade lagi hadis nabi aku nak tulis ni.. 


“Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya: Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w. menjawab: Dia tiada menyempurnakan rukuknya dan sujudnya. Atau Nabi menjawab: Dia tiada menegakkan pungungnya di dalam rukuknya dan sujudnya.


haaa.. see.. kita solat tapi kadang kadang kita x sedar kita sedang mencuri.. i mean.. kita x sedar yang sebenarnya ade perkara yang kita buat dalam solat tu salah. dalam solat kita yang salah.. perkara ni mungkin kecil jea.. tapi dia bagi efek yang cukup besar pada diri kita sebenarnya.. ok jom kita tengok gamba rukuk dan sujud yang salah dan yang betul punye..


ni gambar cara rukuk yang salah.




ok..ni konfirm lah ni bukan gamba org tgah rukuk.. tapi ade orang yang rukuk macam ni..
aku tengok kt masjid aritu..mase dulu-dulu. ustazah cakap salah cara macam ni.





haaaa..yang ni gambar rukuk yang betul.
ketika rukuk, nabi merenggangkan kedua telapak tangannya dan meletakkannya diatas lutut baginda.



ini cara sujud yang salah.dan cara yang betulnya adelah gambar dibawah. =)



ok.. ni lagi antara kesalahan kecil dalam solat kita.




cara yang betul.


oklah. harap gambar-gambar ni dapat perbetulkan kesalahan kita dalam solat. tak ada manusia yang sempurna.. kita melakukan kesalahan supaya kita dapat belajar sesuatu yang baru dari kesalahan tu.. 

last but not least

hayati hadis ni baek baek..


“Tidak sempurna solat seseorang sehinggalah ia membaca takbir, lalu ruku’, kemudian membaca sami’Allahulimanhamidah (Allah mendengar orang yang memujiNya), sampai dia berdiri lurus.


 Lagi sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


“Allah tidak akan memerhati solat hamba yang tidak meluruskan tulang punggungnya di antara ruku’ dan sujud” – Riwayat Ahmad dan Al-Tabarani.


berbalek pade firman Allah pasal neraka wail yang aku tulis kat atas tu.. no wonderlah kalau kita sembahyang 5 waktu sehari.. tapi still masuk neraka..