Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Jumaat, Februari 25, 2011

Hati seorang Ibu

Sumber dr blog ilmuan~~ 



Khas buat pembaca yang masih mempunyai ibu. Selepas membaca kisah ini lekas-lekas lah balik dan memohon maaf sekiranya jika pernah menyakiti hati mereka atau pernah mengherdik mereka secara sedar atau tidak. Ibu juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan. Kadang-kadang memendam perasaan pilu tanpa menunjuk kepiluan hatinya kepada anak-anak. Cuma kita yang tidak tahu menyelami perasaan mereka. Di sebalik ungkapan "tak ada apa-apa" dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan "apa-apa" yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jadi renung-renunglah kata-kata itu yang tersirat dihati seorang ibu.

Tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu jujur, adakalanya sikap ibu  tidak memuaskan hati kita sebagai anak kerana ibu juga seorang manusia biasa, lebih-lebih lagi ibu yang sudah tua. Hatinya lebih sensitif dan sesetengahnya cerewet.




Beberapa bulan yang lalu hati aku tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun aku turut diserang rasa yang demikian. Aku cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..!

Sewaktu balik ke kampung, aku bertemu dengan guru mengaji Quran. Aku ceritakan perkara yang aku alami.

"Mungkin ada buat silap dengan ibu kot. Cuba ingat,"katanya.

Aku tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan aku diuji sebegini rupa? Puas aku memikirkannya. Seingat aku, walau ke mana aku hendak pergi dan apa yang aku nak buat, tak pernah aku lupa memberitahu ibu. Meminta maaf memang aku jadikan kebiasaan dalam diri. Aku balik ke rumah ibu, lalu aku ceritakan peristiwa yang aku alami itu.

Aku pohon padanya, "Mak, Lokman nak tanya dari hati ke hati, adakah Lokman pernah buat dosa dengan mak yang mak tak ampunkan?"

"Tak ada apa-apa. Mak restu dengan apa yang Lokman buat sekarang ini."

Emak menjawab! Aku masih tak puas hati. Esoknya aku tanya lagi. ibu masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu aku munajat dengan Tuhan minta Allah SWT tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, aku mengadap ibu sekali lagi. Ibu ketika itu sedang berehat di sofa. Aku pandang wajah ibu, aku genggam erat tangannya erat-erat,

"Mak, Lokman pohon sekali lagi, tolonglah mak luahkan apa yang terbuku di hati mak. Lokman tahu Lokman ada buat salah, tapi mak tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi.

"Tak ada apa-apa"

Tingkah ibu semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Lokman ada satu kisah yang mak susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mak terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mak boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.

" Aku terkedu. Mak menyambung,

"Lokman tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Lokman ingat tak?" ibu mula menangis. Aku tunduk. Selepas SPM Lokman ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Lokman tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Lokman bagitau mak Lokman nak melanjutkan pelajaran. Mak merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Lokman terus bekerja. Berkali-kali Lokman minta dan merayu pada mak nak sambung belajar juga.

Akhirnya mak terpaksa melepaskan Lokman belajar dalam hati yang penuh terpaksa."

Aku benar-benar terkejut. Ibu menyambung lagi,

"Cuba bayangkan ketika itu kalau mak tak izinkan Lokman pergi, mak rasa Lokman tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Lokman ketika itu adalah sebagai anak derhaka!"

Aku meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan ibu. Mulai hari ini mak ampunkan semua dosa Lokman. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mak luahkan. Mak harap mak dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.

" Ungkapan terakhir ibu terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf aku seakan membasuh dosa yang lalu".

Badan aku terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah SWT hati aku kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu aku selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Aku yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman aku ini kepada peserta kursus.

Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang aku harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, aku dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Lokman, bulan depan telefon saya.

Aku kehairanan! Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian aku menghubunginya dengan telefon.

"Ëncik Lokman terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.

Suara lelaki itu seakan sebak. Aku bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memohon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata",

" Orang tua bodoh. Tak ada otak'"

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu,

"Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak ke?  Buta ke? Seluar n! mahal tau!"

Akhirnya dosa si anak diampunkan. Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya.

Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.! dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa?.

Firman Allah swt:
"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36
Sesungguhnya Syurga dibawah tapak kaki ibu. Masih belum terlambat untuk kita memohon keampunan dari ibu yang masih ada. Bagi yang tiada ibu lagi hanya surah Al-fatihah dihadiahkan kepada mereka. Semuga Allah SWT menempat roh ibubapa ku dikalangan orang-orang yang beriman.




2 ulasan:

shamam berkata...

Jauh d sudut hatiku...tika ni mmg tgh rindukan mak aku..apsal penangan rindu kali nih hebat sangat smpi demam2...aduss!!! tq atas info ini.

::Umiliya6677:: berkata...

sama2

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...