Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Februari 16, 2011

BAHAYA PLASTIK KEPADA KEHIDUPAN



Plastik merupakan sampah yang paling banyak terkumpul di tapak-tapak pelupusan sampah di negeri ini dengan kadar 70 peratus berbanding bahan buangan lain.

Bahan itu turut mencemarkan keindahan laut yang menjadi nadi utama masyarakat nelayan di negeri ini.

Kesan daripada pembuangan plastik ke laut bukan sahaja mengancam pendapatan nelayan, malah hidupan marin seperti penyu dan terumbu karang.

Berbanding dengan sisa bahan pepejal lain yang mudah terurai hanya dalam beberapa minggu, plastik mengambil masa lebih 20 tahun untuk reput.






Menyedari keadaan itu, Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia mengadakan Kempen Anti-Plastik di Sekolah Kebangsaan (SK) Terusan, Pulau Bum-Bum di sini baru-baru ini dengan kerjasama Majlis Daerah Semporna (MDS).
Lebih 100 murid dan guru sekolah itu mengambil bahagian dalam pelancaran kempen itu yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Sub-Komiti MDS, Pee Kien Wah.

Pengawai Komuniti Kesedaran dan Pendidikan WWF Malaysia di Semporna, Nattelee Lim berkata, penganjuran kempen antiplastik penting khusus bagi penduduk yang tinggal di pulau-pulau.

Ini kerana katanya, kebanyakan pulau di daerah itu seperti Bum-Bum masih menghadapi masalah kebersihan serius kerana kebanyakan sampah sarap adalah plastik.

''Buat permulaan dalam pelancaran Kempen Anti-Plastik kami mengagihkan sebanyak 200 botol guna semula kepada murid-murid SK Terusan.

''Tujuannya agar murid-murid berkenaan menggunakan botol tersebut setiap hari tanpa perlu membeli minuman dari luar yang kebanyakannya diperbuat daripada plastik.

''Dengan botol guna semula itu, mereka boleh membawa minuman sendiri dari rumah kerana ia lebih bersih dan menjimatkan," katanya kepada Utusan Malaysia.


Tahap kebersihan laut di Semporna kini semakin baik berbanding sebelum kempen kebersihan dijalankan di daerah itu.
<span>
Tahap kebersihan laut di Semporna kini semakin baik berbanding sebelum kempen kebersihan dijalankan di daerah itu.
</span>

Mengenai program tersebut, beliau berkata, pihak WWF Malaysia berharap ia mampu mendidik orang ramai terutama murid-murid mengenai kesan penggunaan plastik yang berleluasa dan perkara yang mereka boleh lakukan bagi mengurangkannya.

Katanya, WWF Malaysia akan mempelawa lebih banyak sekolah di daerah itu untuk menyertai Kempen Anti-Plastik pada masa akan datang.

Nattelee berkata, walaupun kempen itu mengambil masa untuk menunjukkan hasilnya, ia wajar diteruskan sebagai langkah awal mengawal pencemaran alam sekitar akibat penggunaan plastik berlebihan.

Jelasnya, semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan kejayaan kempen itu yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Nattelee berkata, terdapat tiga jenis plastik yang digunakan setiap hari iaitu beg plastik, plastik pembungkus dan botol plastik.

Katanya, plastik yang dijadikan bahan pembungkus diperbuat daripada bahan kimia polietilina, propilina dan polivinil klorida (PVC) yang dirawat dengan bahan pelembut (plasticizers).

''Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa bahan-bahan kimia ini berbahaya kerana ia boleh mendatangkan kesan kesihatan seperti kanser kepada pengguna.

''Walaupun terdapat kebenaran oleh pihak berkuasa untuk menggunakan bahan ini pada kadar yang ditetapkan tetapi timbul pula kesan lain akibat penggunaan plastik iaitu pencemaran alam sekitar," ujarnya.

Beliau menambah, pembuangan plastik juga mengakibatkan sistem perparitan tersumbat, bau busuk dan kesihatan.
Bukan itu sahaja, plastik yang dibuang ke laut akan menyebabkan kerosakan pada enjin bot jika tersangkut dan boleh mengancam penyu.

''Haiwan ini memakan rumpai laut. Fizikal plastik yang licin dan lembut seakan rumpai laut menarik perhatian penyu untuk memakan plastik.

''Malangnya, bahan ini tidak dapat dihadam oleh penyu kerana kita tahu plastik tidak mudah reput. Kebanyakan penyu yang memakan plastik mati kerana sistem penghadaman mereka tersumbat," katanya.

Bagi mengatasi masalah itu Nattelee berkata, orang ramai perlu berwaspada dan berusaha mengelakkan penggunaan plastik secara meluas.

Katanya, orang ramai digalakkan untuk menggunakan plastik yang tidak mengandungi bahan pelembut.



Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...