Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Februari 28, 2011

Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.



Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.


 
Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/01/koleksi-kata-kata-hikmat-hikmah.html#ixzz1Eerl956Y


Sabtu, Februari 26, 2011

"Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu




"Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah yang mentadbir serta menguasai segala-galanya." [Az-Zumar : ayat 62]

“Dan tidak ada sesuatu pun kecuali dia bertasbih kepada Allah s.w.t dengan memuji-Nya.” [Al-Isra’: ayat 44]

Sesungguhnya semua makhluk yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t akan berhenti, menundukkan kepalanya, merendahkan diri kepada Allah s.w.t, mengakui anugerah yang dilimpahkan kepadanya. Akan tetapi masih banyak tersisa di alam ini makhluk yang kecil lagi rendah, diciptakan daripada setitis air mani, tetapi tiba-tiba dia menjadi musuh. Dia berjalan di suatu lembah, sedang alam seluruhnya berada di lembah lain. Dia tidak mentaati Allah s.w.t, tidak tunduk kepada-Nya dan tidak bertasbih kepada-Nya, walaupun semua makhluk yang ada di sekitarnya tekun berzikir dan bertasbih kepada Allah s.w.t.

Sesungguhnya makhluk ini adalah manusia yang bermaksiat kepada Allah s.w.t. Padahal Allah s.w.t adalah Maha Besar, alangkah rendah dan hinanya dia ketika menyendiri di alam yang teratur ini. Sesungguhnya syaitan selalu berusaha menyesatkan manusia dan menghancurkannya dengan berbagai cara, di antaranya menghiasi kemaksiatan dengan keindahan serta mengajak manusia untuk melakukan kemaksiatan tersebut agar ia mendapat murka Allah s.w.t.

Demi Allah, tidaklah kita mengungkapkan semua perkara ini kecuali kerana rasa takut kita terhadap wajah-wajah yang putih akan berubah menjadi hitam pada hari kiamat. Kita bimbang wajah yang bercahaya ini akan menjadi gelap, tubuh yang segar akan dibakar api neraka.

“Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada.” (Al-Hajj: 46)

Tanda-Tanda Suami Curang



LELAKI TIDAK PUNYA SIKAP TELITI SEPERTI WANITA, SEBAB ITULAH BANYAK KES KECURANGAN DAPAT DIKESAN OLEH ISTERI SENDIRI DENGAN MUDAH, SUAMI YANG T DAK SETA INI BERUSAHA  MENUTUPI HUBUNGAN SULIT MEREKA TAPI KURANGNYA SIKAP BERHATI-HATI MENYEBABKAN MEREKA MENINGGALKAN BEBERAPA PETUNJUK YANG MEMBOLEHKAN ISTERI MENJEJAKI AKTIVITI `GELAP' MEREKA. PERHATIKAN TUJUH TANDA YANG ADA DI BAWAH INI SEKIRANYA MERASAKAN LELAKI YANG ANDA KASIHI SEDANG BERMAIN CINTA DENGAN WANITA LAIN. IA MUNGKIN DAPAT MEMBERI KEPASTIAN TERHADAP PERASAAN CURIGA ANDA ITU.
 Mempertahankan sebuah percintaan itu lebih sukar dari mendapatkannya

Jika suami yang anda kenali seorang yang tidak kisah tentang penerampilannya tapi mula berubah bersikap, pertama yang harus anda curiga jika seorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambu  atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain. Kata psikologi Stephanie Buehler, pakaian baru, kasut baru, dan aroma minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki sedang mencuba, atau sudah, berlaku curang.
Ada sesetengah isteri yang berasa lega bila suami tidak mahu melakukan hubungan seks, tidak perlulah mereka penat melayani nafsu suami di malam hari. Tapi tahukah anda bahawa itu salah satu petanda kecurangan suami. Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks dengan anda, tak mustahil dia mungkin telah mendapatkan keperluannya dari orang lain. Menurut psikoterapi Dr. Tina Tessina, petanda lain yang juga boleh menunjukkan bahawa suami tidak setia adalah keberaniannya mencuba teknik bercinta baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia telah mendapatkan latihan ekstra di ranjang yang lain, siapa tahu?
Perhatikan juga perubahan yang satu ini, menurut Danine Manette, penulis buku Ultimate Betrayal, pasangan anda kemungkinan besar berlaku curang jika dia mula keluar rumah lebih awal untuk ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah, atau sering ke luar daerah. Perhatikan juga berapa banyak waktu yang dihabiskan di luar rumah untuk aktivitiaktiviti bukan urusan pejabat. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya.
Selain itu beri perhatian lebih jika pasangan tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari anda. Jika dia berkata bahawa dia sedang bekerja lebih masa tetapi tidak mengangkat telefon atau membalas SMS anda, maka itu petanda buruk.
Berhati-hati jika melihat senarai bil kad kredit suami dihabiskan untuk tujuan, membeli barang yang mahal, penginapan di hotel atau makan malam dengan belanja yang tinggi tapi bukan bersama anda. Orang bercinta selalunya akan saling berhubungan tak kira masa maka anda boleh saja mengesan telefon suami nombor mana yang kerap dihubungi dan menghubunginya. Mengapa? Sebab hubungan sulit boleh dikesan dengan melihat senarai panggilan
Begitu juga dengan emailnya yang dapat memberi petunjuk atas apa yang telah terjadi. Jika dahulu dia dengan mudah memberikan kata kunci email dan membenarkan anda membuka telefon bimbit tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak membenarkan anda menyentuhnya maka lakukan siasatan lanjut.
Jika pasangan anda cuba menutup perbuatannya, dia akan berusaha untuk mengubah nombor pin telefon atau menghapuskan semua senarai panggilan telefon atau SMS yang diterima. Jika itu yang terjadi, kemungkinan besar insan tersayang anda sedang berlaku curang terhadap anda.
Jika dulu pasangan anda seorang yang penyayang dan melayani anda dengan baik sekali tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah, mengkritik cara anda bergaya, berbicara, memasak dan sebagainya, itu tanda jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Begitu juga jika anda dan pasangan mudah bertengkar, dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya.
Jika itu yang terjadi, dia mungkin sedang mencari jalan untuk melepaskan diri dari anda dan mengakhiri hubungan yang ada. Atau mungkin juga dia sedang membanding-bandingkan anda dengan teman barunya. Tapi ada juga yang terjadi sebaliknya, suami bersikap sangat manis dan lembut, berbeza dengan perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana merasa bersalah atas perbuatannya yang bermain kayu tiga.
Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah `sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tidak dapat anda kenal pasti boleh menjadi petunjuk sebarang kecurangan. Pastikan bil perbelanjaan suami sesuai dengan alasan-alasannya. Jika dia berkata ke gimnasium pada satu malam tapi sebulan kemudian anda melihat ada bil makan malam di restoran yang mahal, anda sudah dapat `memerangkap' dirinya,
Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih meyakinkan lagi daripada perasaan anda sendiri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya seperti pulang lewat, ghairah seks menurun, cara layanan yang lain macam dan pelbagai lagi.
Menurut kajian ramai wanita yang mengakui mereka melihat tanda-tanda yang ganjil pada suami, tapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran. Namun jika anda sudah melihat tanda-tanda di atas pada suami anda terpulang pada anda untuk melakukan tindakan selanjutnya sama ada mula berbincang, memperbaiki hubungan atau memutuskan. Fikirkan jalan sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka.Kerana fakta-fakta yang dikemukakan diatas ini bukanlah alasan bagi anda untuk mengambil jalan singkat juga, iaitu dengan menjadikannya alasan untuk berpisah. Jadikanlah fakta-fakta tersebut sebagai panduan untuk mencari kebenaran dan bertindaklah dengan bijak. Kerana dia adalah suami anda. Dan ayah kepada anak-anak anda. Selamatkanlah dia dari kesilapannya sendiri.


Jumaat, Februari 25, 2011

SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W.



Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:

1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka.

 Adab itu sebaik-baik sifat. 

Taqwa itu sebaik-baik bekalan. 

Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.


 2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. 
Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. 
Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.




3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya.

 Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w.,

 “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab,

 “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).

” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” Sayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” 

Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”


4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat:

 – Memberi maaf ketika marah.

– Bersedekah ketika kesempitan.

– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. 

– Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.


5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu.

 Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).


6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amal
amal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.

7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.

8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.

9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati
 buta fikiran, lalai dan prasangka.
10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.

11. Buta hati akan lupa zikrullah.

12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.





Hati seorang Ibu

Sumber dr blog ilmuan~~ 



Khas buat pembaca yang masih mempunyai ibu. Selepas membaca kisah ini lekas-lekas lah balik dan memohon maaf sekiranya jika pernah menyakiti hati mereka atau pernah mengherdik mereka secara sedar atau tidak. Ibu juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan. Kadang-kadang memendam perasaan pilu tanpa menunjuk kepiluan hatinya kepada anak-anak. Cuma kita yang tidak tahu menyelami perasaan mereka. Di sebalik ungkapan "tak ada apa-apa" dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan "apa-apa" yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jadi renung-renunglah kata-kata itu yang tersirat dihati seorang ibu.

Tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu jujur, adakalanya sikap ibu  tidak memuaskan hati kita sebagai anak kerana ibu juga seorang manusia biasa, lebih-lebih lagi ibu yang sudah tua. Hatinya lebih sensitif dan sesetengahnya cerewet.




Beberapa bulan yang lalu hati aku tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun aku turut diserang rasa yang demikian. Aku cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..!

Sewaktu balik ke kampung, aku bertemu dengan guru mengaji Quran. Aku ceritakan perkara yang aku alami.

"Mungkin ada buat silap dengan ibu kot. Cuba ingat,"katanya.

Aku tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan aku diuji sebegini rupa? Puas aku memikirkannya. Seingat aku, walau ke mana aku hendak pergi dan apa yang aku nak buat, tak pernah aku lupa memberitahu ibu. Meminta maaf memang aku jadikan kebiasaan dalam diri. Aku balik ke rumah ibu, lalu aku ceritakan peristiwa yang aku alami itu.

Aku pohon padanya, "Mak, Lokman nak tanya dari hati ke hati, adakah Lokman pernah buat dosa dengan mak yang mak tak ampunkan?"

"Tak ada apa-apa. Mak restu dengan apa yang Lokman buat sekarang ini."

Emak menjawab! Aku masih tak puas hati. Esoknya aku tanya lagi. ibu masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu aku munajat dengan Tuhan minta Allah SWT tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, aku mengadap ibu sekali lagi. Ibu ketika itu sedang berehat di sofa. Aku pandang wajah ibu, aku genggam erat tangannya erat-erat,

"Mak, Lokman pohon sekali lagi, tolonglah mak luahkan apa yang terbuku di hati mak. Lokman tahu Lokman ada buat salah, tapi mak tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi.

"Tak ada apa-apa"

Tingkah ibu semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Lokman ada satu kisah yang mak susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mak terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mak boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.

" Aku terkedu. Mak menyambung,

"Lokman tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Lokman ingat tak?" ibu mula menangis. Aku tunduk. Selepas SPM Lokman ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Lokman tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Lokman bagitau mak Lokman nak melanjutkan pelajaran. Mak merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Lokman terus bekerja. Berkali-kali Lokman minta dan merayu pada mak nak sambung belajar juga.

Akhirnya mak terpaksa melepaskan Lokman belajar dalam hati yang penuh terpaksa."

Aku benar-benar terkejut. Ibu menyambung lagi,

"Cuba bayangkan ketika itu kalau mak tak izinkan Lokman pergi, mak rasa Lokman tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Lokman ketika itu adalah sebagai anak derhaka!"

Aku meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan ibu. Mulai hari ini mak ampunkan semua dosa Lokman. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mak luahkan. Mak harap mak dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.

" Ungkapan terakhir ibu terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf aku seakan membasuh dosa yang lalu".

Badan aku terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah SWT hati aku kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu aku selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Aku yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman aku ini kepada peserta kursus.

Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang aku harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, aku dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Lokman, bulan depan telefon saya.

Aku kehairanan! Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian aku menghubunginya dengan telefon.

"Ëncik Lokman terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.

Suara lelaki itu seakan sebak. Aku bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memohon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata",

" Orang tua bodoh. Tak ada otak'"

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu,

"Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak ke?  Buta ke? Seluar n! mahal tau!"

Akhirnya dosa si anak diampunkan. Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya.

Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.! dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa?.

Firman Allah swt:
"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36
Sesungguhnya Syurga dibawah tapak kaki ibu. Masih belum terlambat untuk kita memohon keampunan dari ibu yang masih ada. Bagi yang tiada ibu lagi hanya surah Al-fatihah dihadiahkan kepada mereka. Semuga Allah SWT menempat roh ibubapa ku dikalangan orang-orang yang beriman.




Ciri - Ciri Kemurungan..

ciri - ciri orang yang murung atau depress..

Bila masalah murung ni mesti melibatkan emosi seseorang kan??
Antaranya :


1 - Sengsara @ Susah @ Gelisah
2 - Kurang minat dalam membuat sesuatu kerja..
3 - Kurang keyakinan diri..


Rasa macam diri tak berguna dan asyik rasa bersalah je..Lepas tu asyik                 menyalahkan diri atas kesalahah masa lalu..


4 - Hilang motivasi dan tidak bersemangat.. 



5 - Asyik memikirkan tentang kematian, maut dan bunuh diri..





 Perubahan atau kesan pada badan : 

1 - Masalah dalam berfikir atau membuat keputusan dan mengingati sesuatu..

2 - Sakit - sakit belakang dan pening kepala..

3 - Lemah syahwat

4 - Gangguan masa tidur..

5 - Hilang selera makan..



Khamis, Februari 24, 2011

SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A.



Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, 
Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:


1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:

a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.

b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.

c. Ketika menyeru kepada kebaikan.


d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:

a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.



b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.

c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.

d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.

3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:

a. Hatinya berserta takut dan harap.

b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.

c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis.

 d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.



Rabu, Februari 23, 2011

SAYIDINA UMAR AL KHATTAB



1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:



– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.

– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.

– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.

– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.

– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.



3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.

4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.

5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: 
“Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. 

Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu 
sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah.

 Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman)

 kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”





SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ



Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: – Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat – Sabar perhiasan kepada bala.– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. – Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. – Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.

B. SAYIDINA UMAR AL KHATTAB

1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:

– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.

– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.

– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.

– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.

3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.

4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.

5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

 SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A.

Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:

1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:

a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.

b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.

c. Ketika menyeru kepada kebaikan.

d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:

a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.

b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.

3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:

a. Hatinya berserta takut dan harap.

b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.

c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis. d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.

D. SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W.

Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:

1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.
2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.

3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” ayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”

4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.

5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).

6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.

7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.

8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.

9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.
10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.

11. Buta hati akan lupa zikrullah.

12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.



Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...