Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Januari 08, 2011

Simptom-simptom Gangguan Saka

Di antara tanda-tanda saka tersebut mula hendak berdamping dengan tuan barunya
ialah tuan barunya itu akan mendengar suara-suara tertentu antaranya ialah :
1) Kedengaran bunyi loceng
2) Kedengaran bunyi suara angin
3) Kedengaran suara ombak
4) Terasa ada sesuatu masuk melalui jari-jari hingga terasa sejuk.
Bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami masalah gangguan saka, di antara tanda-tanda atau simptom-simptomnya adalah :
1) Mimpi bayi atau menyusukan bayi (bagi perempuan)
2) Mimpi mengandung dan bersalin (bagi perempuan)
3) Mimpi jatuh dari tempat tinggi atau berada di tempat tinggi
4) Mimpi melihat haiwan seperti ular, anjing, unta, tikus, serigala, kucing dan sebagainya.
5) Kedengaran bunyi gigi berlaga ketika tidur.
6) Menangis, ketawa atau menjerit-jerit ketika tidur.
7) Berdiri dan berjalan ketika tidur.
8.) Mimpi berada di tempat sunyi.
9) Mimpi berada di kawasan perkuburan atau tempat kotor.
10) Mimpi buruk dan menyeramkan seperti melihat sesuatu yang mengancam diri atau makhluk yang menggerunkan.
Namun adakalanya, insan tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana kebiasaannya mimpi itu berlaku dalam keadaan ‘kena tindih’. Adakalanya orang berkenaan tersedar dalam keadaan cemas dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, bertakbir atau sebagainya.
11) Kerap rasa berdebar-debar.
12) Resah dan gelisah sehingga takut dan cemas berjumpa orang ramai termasuklah kaum keluarga. Ada juga kes sehingga pesakit berkenaan takut untuk menunaikan solat Jumaat atau solat berjemaah serta menghadiri majlis keramaian seperti kenduri-kendara.
13) Sering rasa seperti hendak mati.
14) Suka bersendirian dan mengasingkan diri.
15) Menghadapi masalah skizofrenia.
16) Mengalami masalah istihadah atau kitaran haid yang tidak normal (di kalangan perempuan).
17) Mengalami penyakit kanser, fibroid atau mempunyai ketumbuhan dalam badan.
18) Mengalami penyakit yang diistilahkan sebagai penyakit keturunan seperti gout, kencing manis, darah tinggi dll.
19) Kesakitan pada anggota badan terutamanya tulang belakang, belikat.
20) Mengalami masalah zuriat.
21) Cepat panas baran.
22) Susur-galur keturunan ada yang menjadi bomoh, pawang, bomoh patah, tukang urut, atau mak andam.
23) Mengetahui perkara-perkara yang mustahil diketahui oleh orang lain.
24) Kesan lebam pada anggota badan. Ada tanda . . @ ∴ pada bahagian yang lebam @ pada tubuh badan.

Perlu ditegaskan di sini bahawa tidak semestinya seseorang yang mengalami simptom-simptom di atas pasti mengalami saka, ia bergantung kepada kombinasi simptom dan susur galur keturunan.

Ada kemungkinan mereka yang mengalami simptom di atas diganggu oleh saka milik orang lain (tidak diarahkan tuannya) ataupun disihir (jin belaan yang diarahkan tuannya untuk mengganggu) ataupun jin atau syaitan yang tidak bertuan.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...