Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Januari 25, 2011

9 PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBINCANG DENGAN LELAKI.

1.Jangan ceritakan tentang lelaki lain yang dalam diam-diam mencintai anda. Yang lepas kira tutup buku sahajalah. Buka buku baru. Biar pasangan anda tahu sendiri dan anda hanya perlu diam demi kebaikan perhubungan ini.
2.Membenci ibunya memang lelaki/suami paling pantang. Cuba ambil hatinya kerana bakal mak mertua anda tetap menjadi sebahagian kehidupan anda. Suka atau benci ibu mertua anda kena terima kehadirannya.
3. Cerita tentang kecurangan yang anda buat belakangnya. Elok disimpan sampai mati dan bertaubat kerana berlaku sebelum menjadi isteri atau temannya. Jika berlaku selepas menjadi isterinya elok berterus terang akan kesilapan anda. Jika bernasib baik anda tidak diceraikan. Dosa besar jika curang kepada suami. Walaupun suami tidak tahu tetapi Allah yang tahu perbuatan anda.
4. Jangan juga ceritakan tentang keburukan tentang kawan baik lelaki/suami. Kawan tu penting bagi mereka. Bagi anda, kawan pasangan anda sekiranya tidak mencampuri urusan rumahtangga atau kerjayanya adalah lebihbaik anda jangan ambil pusing.
5.Jangan membanding-bandingkan dia dahulu dan sekarang, lagi-lagi tentang kegagahannya, buruk padahnya. Pada masa yang lepas Si dia mungkin gagah dalam serba serbi. Kena ingat manusia akan berubah mengikut masa. Jika dahulu rambut kemas dan tidak berkedut sana sini. Bila dah lama semua itu akan hilang dimamah usia.
6. Jangan buat dia patah semangat terhadap pekerjaan yg dia lakukan. sebaliknya cubalah bantu. Jika tidak berkenan dihati anda. Berdoa supaya pasangan anda berjaya. Anda tumpang gembira atas rezki yang akan diterima nanti jika pasangan anda berjaya.
7. Bercerai. Memang satu perkataan yang lelaki tidak boleh dengar. eloklah dhindarkan. Silap-silap makan tangan atau kes-kes yang sering kita takuti yang pernah berlaku iaitu si isteri disimbah dengan asid. Ada yang kena pelakong sampai masuk hospital. Berpisah biarlah secara berhikmah. Ikutlah peraturan yang ditetapkan dalam Islam.
8. Kalau anda pendapatan melebihinya, jangan lah nak diperbesarkan, hal tersebut akan menyinggung perasaan dia terutama jika anda berkelulusan tinggi, pasangan anda hanya lulus SPM. Memang cukup sensitif bila anda bercakap dihadapan kawan-kawan atau saudara mara anda.
9.Bila berjumpa dengan teman lelaki lama, tak perlulah terlalu ghairah dan tak perlu ceritakan perasaan itu kepadanya. Yang ini yang paling lelaki tidak suka. Terutama sekali jika bekas teman lelaki anda seorang yang telah berjaya dalam hidupnya dan memiliki segala-segalanya dan pasangan anda masih ditakuk yang lama iaitu cukup-cukup makan sahaja.
Wasallam.

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...