Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Disember 30, 2010

Bacaan Untuk Menolak Gangguan Syaitan

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Cara Untuk Mendapatkan Kembali Barang Yang Telah Di Curi

Untuk mendapatkan kembali barang yang telah dicuri oleh pencuri, hendaklah membuat seperti berikut:
1. Anda mesti mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri.
2. Setelah anda mengetahui barang yang dicuri, barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali.
3. Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, anda hendaklah pula membaca Qulhu Allahu Ahad sebanyak 7 kali.
4. Baca selawat Nabi 7 kali seperti dibawah ini.
5. Bacakan: Ya Allah sebanyak 3 kali.
6. Bacakan ayat dibawah ini sebanyak 119 kali.
7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa:
"Ya Tuhanku, aku minta supaya dikembalikan barang (Nama tuan punya barang) yang telah dicuri secepat mungkin".
Setelah anda lakukan mengikut cara-cara yang diterangkan diatas, InsyaAllah anda akan mendapat kembali barang yang telah dicuri.
Wasallam.
Berkongsi Doa dari CikGu Aliaazuan.
اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا
"Ya Allah berilah gnjaran atas musibah yg menimpaku ini, dan gantilah dgn yg lbih baik drpnya.."
Seorg saudara ana penah dicuri wang oleh perompak. terus dia buat solat hajat, baca doa ni sbgai zikir sbnyak 1000x. tak smpat report polis pun, org kg dh buat tabung duit utk dia. Dgn izin Allah, Allah gnti blk duit dia 2 kali ganda drp yg kena curi tu...
Sorg kwn ana penah dicuri kreta kat sini, ana pun syor kat dia amalan yg sama.. tp slps buat, dia tetap report polis. Tak sampai smggu, polis jumpa kereta tu bersidai di tepi jln kat Perak..kunci masih ada tanpa sbrg kerosakan. Alhmdulillah dpt balik, smuanya dgn izin Allah. Yg penting kena yakin dgn amalan, insyaAllah Allah akan bantu. Wallahu alam.

Doa menghindarkan diri dari ilmu pukau.

Sihir pukau keatas mangsa selalunya terjadi dalam masa yang singkat dimana habis semua wang atau barang kemas yang dipakai diberikan atau diserahkan tanpa sedar kepada si pemukau tanpa paksaan.
Mangsa hanya akan sedar selepas si pemukau menghilangkan diri bersama wang dan barang kemas. Cara pukau melalui mata ke mata atau ditepuk dibelakang bahu mangsa.
Kepada wanita yang terkena sihir pukau, walaupun habis semua wang dan barang kemas diserahkan kepada sipemukau tetapi masih lagi bernasib baik kerana tidak kehilangan barang yang berharga iaitu maruah anda. Amalkan sebelum terlambat.
Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari:
Baca doa berikut:
“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah SWT hindarkan dari apa jua bahaya.
Inilah amalan yang diterima oleh syarak.
Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.
Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):
Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al- Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”
Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): “Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)
Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.
Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.
Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)
Ayat ini menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.
Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau ini, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya.
Waalahu a’lam.

Petua dan Amalan Supaya Isteri-Isteri Sentiasa DARA.

Sebagai lambang.
PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan .
Copy & Linkkan dalam blog anda jika mahu....untuk bacaan kaum wanita, ibu dan isteri tuan2 semoga ada manfaatnya.

Doa Pengasih untuk si Dia.

Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak dagu, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir.
Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar . Tak bau syurga bila mati.
maksudnya: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)
maksudnya: "(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)
Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini.
Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

DOA ketika memakai pakaian

"Segala puji bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku, sebagai rezeki daripada-Nya, tanpa daya dan kekuatan daripadaku."

DOA mendapat anak yang sempurna (tidak cacat) "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat (anak) yang baik (sempurna tidak cacat) sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu."

DOA mendapat anak yang berakhlak mulia dan menghormati Ibu bapa "Wahai Tuhanku, berilah aku kesanggupan supaya dapat mensyukuri anugerah Engkau, yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan supaya aku dapat mengerjakan perbuatan baik yang Engkau sukai, dan perbaikilah keturunanku, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." (Surah al-Ahqaf ayat 15).

DOA memperoleh isteri dan anak-anak yang bertakwa "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penambat hati (kami) dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah al-Furqan ayat 74). DOA mengekalkan kasih sayang suami/ isteri/ anak yang terpisah agar tertambat hati antara satu dengan lain "Wahai orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah, supaya kamu beroleh kemenangan." (Surau Ali Imran ayat 200). DOA kasih sayang/ pelembut hati suami/ isteri/ anak-anak "Taha (Hai manusia). Tiada Kami turunkan al-Quran supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Wahyu yang diutuskan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas singgahsana." (Surah Taha ayat 1-5). DOA memohon keampunan Allah "Ya Allah, kami telah menzalimi diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya masuklah kami ke dalam golongan mereka yang rugi." (Surah al-A'raf ayat 23). DOA memohon rahmat dan pimpinan Allah "Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami." (Surah al-Kahfi ayat 10). DOA menghindari diri daripada perangai dan nafsu jahat "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perangai buruk dan kerakusan hawa nafsu." DOA mendapat hidayah berkekalan daripada Allah "Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia (banyak memberi rezeki)." (Surah Ali Imran ayat 8).

Wasallam

I. PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA.......

Allah Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian.

Allah melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta serta melimpahkan rasa kasih sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumahtangga. Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang bermaksud;

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantara mu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, beerti sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.

A. Memilih pasangan hidup.

Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.

Dalam kehidupan bermasyarakat, seringkali kita dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, ujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha.

Beberapa pendapat tentang jodoh:

1. Jodoh merupakan takdir semata "Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk"

Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud : "Jodoh di tangan tuhan maka ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar. Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu ialah seringkali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan. Seringkali kita dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang." Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.

2. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari. "Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh. "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil iii. Pasangan ideal dalam erti; - bersikap baik terhadap isteri - dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan isteri - dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga kewibawaan isteri - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik - dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak v. Pasangan yang baik zahir dan batin

B. Sikap lelaki dan wanita yang diredai Allah

Islam menyuruh umatnya bekerjasama membina umat yang luhur. Cara yang paling utama ialah membina keluarga yang utuh. Oleh itu perkahwinan memang dituntut di dalam Islam kerana dari perkahwinan boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran Islam.

C. Suami yang diingini wanita

Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita ialah lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

D. Persediaan diri untuk berkahwin

1. Umur yang cukup dewasa Kedewasaan bermaksud: - dewasa fizikal - dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap diri sendiri. Ia mengakui kekurangannya, berkeinginan memeriksa motif tindakannya sendiri. - dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya - dewasa sosial, mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni, mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana ia berada. - dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu mempertimbangkan akibat perbuatannya terhadap orang lain.

Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25 - 30 tahun dan bagi wanita ialah antara 20 - 25 tahun. Penentuan umur ini sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat istiadat sesuatu tempat.

2. Bekal menyara hidup

3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga. Pengetahuan berumahtangga dianggap mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak dipelajari. Ini hanya disedari apabila telah berumahtangga. Di saat ini barulah diketahui banyak masalah yang perlu dihadapi.

4. Sihat jasmani dan rohani. Perkahwinan adalah percampuran lahiriah dan batiniah lelaki dan perempuan. Oleh itu keadaan kesihatan jasmani dan rohani amat diperlukan.

E. Memilih isteri idaman

Ada beberapa faktor dalam memilih isteri : 1. Faktor keagamaan dan akhlak 2. Faktor kecantikan dan kekayaan 3. Faktor keturunan dan kesuburan

Sifat-sifat wanita yang mulia: i. Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan membebankan suaminya ii. Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya. iii. Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela. iv. Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara suaminya v. Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya vi. Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya vii. Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama viii. Tidak menuntut cerai atau talak. ix. Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti. x. Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami. xi. Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah.

II. SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIPAN

A. Suami Teladan ialah: - Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya. Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak di senangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun. – Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya. – Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya. – Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga. Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu;

1. Tubuh badan yang sempurna - sanggup melaksanakan tanggungjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin. 2. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran positif. 3. Pengetahuan agama yang sempurna - untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup 4. Membelanjakan sebahagian harta - mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya.

B. Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri

1. Penuh kerinduan dan kasih sayang 2. Mencintai 3. Gagah dan berakhlak mulia 4. Kaya dan bijaksana 5. Memberikan cahaya kehidupan 6. Menegakkan kebenaran 7. Mulia di sisi Allah

C. Ciri-ciri Suami Teladan

- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah - suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah - suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.

1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:

a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan. b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya d. Menjaga hati dan perasaan isteri. e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri. h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.

2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:

a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai. b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan. c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

D. Suami yang penuh sentuhan kasih

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :

1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri. Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya. 2. Memberi pujian terhadap isteri Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri. Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita. 3. Menentukan batas tanggungjawab Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat. 4. Menghindari kritikan terhadap isteri Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat.Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin. c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama. d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak. f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya.Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita.Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri. 6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasihsayang. 7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri. 8. Memahami gelora jiwa isteri Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidupnya. 9. Membina kerjasama yang baik Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia. 10. Memenuhi keperluan peribadi Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga

1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna 2. Memberi nafkah kepada isteri 3. Menggaulinya dengan baik

a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepada nya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira. d. Memaafkan lkeslaahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia. e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya. f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya. g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum. h. Melindungi isteri dari api neraka.

4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki bersifat - berani dan gagah perkasa - ingin menolong yang lemah - ingin berkuasa - kasar dan tamak manakala wanita bersifat : - lemah lembut - pemalu - mempunyai perasaan yang halus - bersopan santun - penyabar. Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.

5. Membimbing isteri Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya: a. Mudah lupa dalam mengingati Allah Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya. b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya. c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti : 1. Janganlah suami dan ister marah pada masa yang sama. 2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain 3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang. 4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang. 5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu 6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa terhadap pasangan. 7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan 8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari. 9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf. 10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.

6. Membimbing anak Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya antaranya: a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya b. Memberi nafkah c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya.

III. CONTOH SUAMI TELADAN

A. Wanita dan Rumahtangga sebelum Islam

1. Zaman Fir'aun. Wanita di zaman Fir'aun berbeza masalahnya dengan wanita di zaman kuno yang lain. Di zaman ini mereka mendapat hak yang sama dengan kaum lelaki bahkan kadang kala mereka terima melebihi lelaki. Ini terjadi kerana bangsa Mesir kuno anggap kaum wanita lebih sempurna dari kaum lelaki. Contohnya Ratu Hatsyebsut - memerintah Mesir selama 22 tahun. Di kalangan raja dan pembesar pula, mereka mengamalkan poligami tetapi tidak mengamalkan pemberian hak yang sama pada isteri-isteri. Ini merosakkan hubungan antara lelaki dan wanita. 2. Zaman Yunani. Bangsa Athena Kuno sangat memandang rendah pada wanita. Wanita seperti barang perhiasan yang boleh dijualbeli di pasar. Pada mereka, kaum wanita adalah jelmaan syaitan yang jahat dan kotor. Kaum suami mempunyai hak sepenuhnya keatas isteri. 3. Zaman Romawi. Zaman ini lebih teruk sari zaman Yunani di mana kaum lelaki menyusun suatu undang-undang menyatakan kaum wanita tidak memiliki jiwa kemanusiaan, oleh itu wanita tidak dibangkitkan di hari akhirat. Selain dari itu, kaum wanita dilarang makan daging, ketawa malah kadangkala dilarang berbicara. Pada mulut wanita dipasang kunci "muzelir" agar tidak berbicara. Kekejaman mereka melebihi batas sehingga ada tradisi yang memberi hak kepada suami untuk membunuh isteri. Undang-undang ini diberi nama "Noema" di mana suami boleh membunuh isteri dan menyerahkan isteri kepada orang lain. 4. Negeri China. Pada zaman dahulu hingga abad ke 15, isteri para kaiser akan turut dikuburkan bersama suami yang mati, malah ramai wanita dipaksa membunuh diri. Tradisi ini juga dipakai oleh bangsa Skandinavia pada abad-abad pertengahan. 5. Negeri India. Pada pertengahan abad ke 20, janda dilarang berkahwin. Dalam adat suku kaum Tuda, pengantin perempuan mesti merangkak sampai ke tempat suaminya. Upacara ini berakhir setelah suami meletakkan kakinya di atas kepala mempelai wanita. 6. Farsi. Menurut agama Majusi, kedudukan wanita sangat hina. Wanita dianggap sebagai pangkal kejahatan dan kemurkaan dewa. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, wanita tiada nilai sama sekali. Pada masa dua abad sebelum Islam, di Perancis,sebahagian masyarakat mempersoalkan, apakah wanita itu haiwan atau syaitan? Namun dengan kedatangan Rasulullah SAW, Islam telah berjaya menyelamatkan kaum wanita dari kezaliman.

B. Rumahtangga Mithali

Rasulullah SAW telah bersabda, "Perasaan kasih adalah kecintaan suami kepada isterinya. Perasaan sayang adalah sayangnya suami kepada isterinya meskipun ada keburukan pada dirinya" (diriwayatkan oleh Ibnu Abbas) Perasan saling mencintai akan menjadikan pasangan suami/isteri seolah-oleh satu jiwa. Ia merupakan penawar segala-galanya. Perasaan ini akan mengalirkan rasa kebahagiaan hingga ujudlah> sebagaimana yang diucapkan Rasulullah "Baiti Jannati" (Rumahku Syurgaku).

C. Perhatian Suami Teladan terhadap isteri tercinta

Cinta suci adalah perasaan yang luhur yang mengangkat manusia ke darjat yang tinggi. Cinta merupakan motivasi dalam diri bagi diri manusia yang akan mendorong manusia untuk melakukan kebajian. Ianya juaga boleh diujudkan dengan cara: 1. Menghargai pendapat isteri 2. Sentiasa mendidik isteri

D. Bimbingan untuk kebahagian hidup

Bimbingan ini mestilah berlandaskan Islam dan cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

E. Kasih sayang suami Mithali

Rasulullah merupakan seorang hamba Allah yang pengasih dan penyayang dimana baginda mengamalkan: 1. Kasih sayang terhadap kaum muslimin 2. Kasih sayang terhadap orang-orang musyrik 3. Kasih sayang terhadap kanak-kanak 4. Kasih sayang terhadap hamba 5. Kasih sayang terhadap haiwan

V. HAKIKAT PERKAHWINAN

A. Tujuan Perkahwinan

Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani. Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya tak mudah dilupakan bagi orang-orang beriman. IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami. QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu. Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.

B. Walimatul Urus

Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah: 1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah 2. Menghindari daripada perbuatan membazir 3. Mengundang fakir miskin>

C. Hikmah Perkahwinan

Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaam pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman. Firman Allah SWT yang bermaksud:" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika> suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34) Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah.Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.

D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina

1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah keturunan kandungannya. 2. a. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab-> sebab perzinaan. b. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah tetapi belum boleh bersama selagi kandungan belum lahir kecuali kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri. c. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau tidak, tidak boleh dikahwini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu.Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh dikahwini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).

E. Mengetahui Masa subur isteri

Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap: a. masa haid b. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih. c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan mengberhentikan kedatangan haid. d. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru. Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur. Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari. Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu. Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan> kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur. Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru. hari 1 7 14 21 28> tahap -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-

F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan. Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya di sebelah kana, kekadanh di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan." Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran. Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :- Caranya : 1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki. 2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring. 3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar. Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari> Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus> Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.

G. Amalan suami semasa isteri mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung : a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut. c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll. d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah. e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak. f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh. g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba. i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan. j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti. k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri. l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung : a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri. c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri. e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. " f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak> adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.

J. Mengapa bayi lahir menjadi kenan

Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami ister melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.

K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

1. Menanam uri Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu. 2. Mengazan dan mengqamatkan anak Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. 3. Mendoakan anak Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa- Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:- a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat. b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT. c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah. d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT. e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa. Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu : a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128 b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38 c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74 d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40 e) Doa ketika memberi nama anak 4. Panduan menamakan anak Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya. Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.- Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah - Siapa yang berhak, ayah atau ibu. Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasab> kan kepada ayah bukan ibu. Pemilihan nama yang utama - Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: " Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi) - Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut. - Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang.- Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia. - Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al- Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama> -nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak. - Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak - Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang> boleh memalukannya. 5. Penyembelihan aqiqah Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat. Hikmah aqiqah. a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah. b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir. c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak. d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi. e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah. f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji. g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat. h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing. i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau. j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah. k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit. l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan. m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah. n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk> dirinya setelah diangkat menjadi Rasul. o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin. 6. Mengkhatankan anak Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. - Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib. - Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Raulullah dilahirkan sudah> berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail. - Hikmah dan kelebihan berkhatan a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan. b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT. c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam. d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin. f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam 7. Mendidik moral anak Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya : a. Pendidikan supaya bersyukur b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya. e. Pendidikan tentang soalt f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar g. Pendidikan supaya bersabar h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh i. Pendidikan kesederhanaan

L. Erti anak bagi orang tua Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya: 1. Anak sebagai rahmat Allah SWT 2. Anak sebagai amanat Allah SWT 3. Anak sebagai harta yang tergadai 4. Anak sebagai penguji keimanan 5. Anak sebagai alat untuk beramal 6. Anak sebagai saham di akhirat 7. Anak sebagai sumber kebahagiaan 8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua 9. Anak sebagai penyambung cita-cita 10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

VI. PETUA-PETUA UNTUK SUAMI

A. Petua menjaga hati isteri

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan. 2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah 3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan. 4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah. 5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain 6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri. 7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri. 8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya. 9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung. 10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi. 11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah 12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

B. Petua mencurahkan jalinan kasih

1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri 2. Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan - Senyuman - Perbualan mesra - Gurauan - Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain 3. Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami. 4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat - Suami sebagai contoh bagi isteri - Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung - Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa 5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.

C. Petua mengetahui cinta pasangan hidup

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam : 1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya. 2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan. 3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjuk kan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama. 4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan. 5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain. 6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan. 7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri. 8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan. 9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan. 10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang. 11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama. 12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

D. Petua menjadi lelaki pilihan

Ciri-ciri lelaki pilihan 1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya 2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama 3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran 4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup 5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran 6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat 7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu 8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela 9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik 10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf 11. Berhemah tinggi dan cermat 12. Sentiasa tenang dan waspada 13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri. Lelaki pilihan wanita 1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab 2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang 3. Berpendirian teguh 4. Bersikap terbuka dan matang 5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita 6. Mempunyai sifat kepemimpinan. 7. Boleh berbincang dan berterus terang 8. Penyabar 9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas 10. Cerdik dan bijaksana 11. Peramah dan mesra 12. Kerjaya yang terjamin 13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

E. Petua menghadapi pertengkaran

Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kera hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian. Hakikat Pertengkaran 1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan. 2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya. 3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang. 4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab. 5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar. 6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua-petua menghadapi Pertengkaran 1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan masalah secara bersama. 2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama lerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana, 3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar. 4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain. 5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri. 6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalaspertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat. 7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri. 8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.

F. Petua memilih wanita idaman atau perempuan

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya. Calon-calon isteri pilihan. 1. Wanita yang solehah 2. Wanita yang boleh melahirkan anak 3. Wanita yang bukan keluarga terdekat 4. Wanita yang berakal.

VII. PENUTUP

Sebenarnya masih terlalu banyak tujuan perkahwinan menurut ajaran Islam, namun secara amnya perkahwinan atau pernikahan menurut Islam antara lain bertujuan: 1. Menjamin proses kehidupan manusia 2. Memelihara masyarakat dari kehancuran budi pekerti 3. Mewujudkan ketenangan rohani bagi pasangan suami isteri

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...