Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Jumaat, Disember 03, 2010

SUAMI IDAMAN~~

sumber dr:

BERTUAH SUNGGUH DAPAT SUAMI MCM NIE...

alkisahnya bermula~~~

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening,

rasa mual dan badany alenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morningsickness yang teruk

sekali bagi isterisaya.

Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur saja.

Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membacaAl-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidursehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasasaya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami.

Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilahwaktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketikaini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda keubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlahke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi AnNu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum diadilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logikakal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suarasaya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apapula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isterisaya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masadepan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidakakan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dancintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya 

AMARAN RASULULLAH SAW BUAT WANITA BERSANGGUL TINGGI.

Rasulullah SAW

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

patut la zaman sekarang ramai wanita suka bersanggul tinggi dan menganggap trend terkini.. yang bertudung pun tidak ketinggalan.

Bila Kasih Diberi, Mengapa Dikhianati?

Saya berbual dengan seorang sahabat tentang kasih sayang. Juga tentang bagaimana menghargai kasih sayang yang dikurniakan. Sebelum saya huraikan hasil perbualan kami, saya ingin menyoal anda dengan pertanyaan saya ini.

Kamu fikir, siapakah sebenarnya yang paling sayang kepada kamu?

Mungkin ada yang menjawab ibu, pasangan hidup, sahabat karib, dan lain-lain. Mungkin. Tetapi, jika ada yang memberikan jawapannya adalah Allah, ketahuilah bahawa jawapan kamu itu bersamaan dengan jawapan saya.

Ya, yang paling sayang kepada kita ialah Dia. Pencipta kita. Pembuat kita. Allah.

Bayangkan, kita sebagai manusia yang lemah ini pun akan sayang kepada sesuatu yag dihasilkan dengan titik peluh kita sendiri, bagaimana pula dengan Dia yang mengakui secara jelas bahawa Dialah Yang Maha Penyayang.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Perasaan Sayang Yang Makhluk Miliki Adalah Kurniaan Allah

Kita biasa melihat betapa sayangnya seorang ibu atau bapa kepada anaknya. Juga perasaan sayang seorang iteri kepada suaminya. Namun, biasakah kita melihat bahawa perasaan sayang mereka ini, Allahlah yang mengurniakannya kepada mereka.

Berkenaan perkara ini, sahabat nabi, Abu Hurairah R.A. ada meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya,

"Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah telah menjadikan kasih sayangNya terbagi dalam seratus bahagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisi-Nya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor ibu binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya." [riwayat Imam Muslim]

Bayangkan, betapa banyaknya kasih dan sayang yang Allah miliki. Maka betapa besarnya pula kasih sayang Allah kepada manusia kerana manusialah makhluk yag paling dikasihiNya.

Pernah suatu hari Sayyidina Umar datang menghadap Rasulullah s.a.w. dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu jika ia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api?" Para sahabat menjawab: "Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya."

Begitu sekali kasihnya Allah kepada hambaNya. Tidakkah kita patut berfikir untuk menghargainya?

Menghargai Kasih Sayang Allah

Kita ini, bila kita tahu ibu bapa sayang kepada kita, kita jadi tak tergamak untuk lukakan hati mereka. Tak sampai hati hendak buat perkara yang mereka tak suka kita buat. Tetapi, kita buat juga secara sembunyi.

Namun, Allah lain. Dia tak sama dengan orang yang kita sayang. Allah, bila Dia menyuruh kita berbuat sesuatu, atau melarang kita dari melakukan sesuatu yang lain, Dia sentiasa Melihat kita. Maka, di sinilah nilaian kepada sejauh mana kita menghargai kasih dan sayang yang Allah berikan.

Adakah kita tetap buat yang Allah larang?

Atau masih tak laksanakan perkara yang Dia suruh?

Sedangkan Dia tetap melihat apapun yang kita lakukan.

Tinggalkan Dosa Kerana Hutang Kasih

Kita selalu dengar ustaz-ustaz kita pesan supaya tinggalkan maksiat kerana setiap maksiat kita itu balasannya adalah neraka Allah. Neraka pula azabnya tidak terfikir oleh otak, tidak terucap pula oleh lidah. Betapa dahsyat.

Tapi masih ramai yang tidak tinggalkan maksiat.

Jadi, selain dari ancaman azab-azab yang sangat mengerikan itu, saya ingin mengajak kita kepada menghindar maksiat dengan menginsafi bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang kasih kepada Allah. Sangat banyak. Kasih Allah kepada kita bukan sekadar semasa kita hidup, bahkan sebelum kita hidup dan selepasnya.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahawa sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku" [riwayat Imam Muslim].

Sahabat-sahabat, tergamaknya kita membalas kasih sayang Allah dengan kemungkaran. Hamba apakah kita ini?

http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1195-bila-kasih-diberi-mengapa-dikhianati.html

4 PERINGKAT YG BOLEH MEROSAKKAN HATI...Jagalah hati dari empat tingkat dosa ini...!!!

  • Pernah dengar?
  • Imam Ghazali pernah berkata; "Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru."
  • Saya sudah jelaskan tentang permasalahan titik-tiik hitam yang akan sentiasa ada dalam hati kita dalam POST INI. Kita tahu apabila kita buat satu kejahatan akan tumbuh satu titik hitam dalam hati kita. Dalam post ni, dengan merujuk satu sumber yang saya rasa penting untuk dikongsikan bersama, saya nak tunjuk tingkatan-tingkatan dosa, tahap-tahap dosa. Cuba kita nilai kita sedang berada di tahap yang mana.
  • peringkat2 hati
  • 4 TAHAP YANG BOLEH MEOSAKKAN HATI :-
  • 1) Rasa bersalah dengan dosa
  • Ha, if first time buat dosa, akan timbul rasa menyesal, rasa bersalah, berdosa, ber ber ber lagilah kan? Jiwa kita resah sebab kita dah buat dosa melawan syariat/ undang-undang. Menurut pakar psikologi, setiap kali seseorang melakukan kesalahan of something, manusia ni akan diserang dengan rasa "guilt conscience". Means, sebagai contoh, sorang muslimin TERpegang tangan seorang wanita. Eh, tak pernah2 TER tiba-tiba terjadi pula. Sedangkan dia tahu perbuatan dia salah. Then mesti ada rasa guilty yang amat sangat sebab kita dah melakukan sesuatu kesalahan mahupun dosa yang kita tak pernah buat selama ni. We keep thinking how to get rid of the feeling. Seterusnya akan menimbulkan perasaan yang unwanted. Sangat tak selesa!
  • 2) Rasa biasa den
  • gan dosa
  • BUT, rasa bersalah jiwa resah gelisah ni tak lama. Bila kita buat kesalahan/dosa ni secara berterusan maybe untuk kedua kalinya or ketiga kalinya or berkali-kali, kita akan rasa biasa je dengan semua tu. Hari ni terpegang tangan perempuan, esok lusa TERbuat lagi. Berapa kali TER sampai membuang rasa bersalah dalam diri seseorang tu. If tahap pertama, bila kita menyesal kita akan menangis ingat balik semua tu, but berada pada tahap ini, air mata lansung dah tak turun mengalir sebab rasa biasa je even TER banyak kali pun. Kalau dulu pegang tangan je bila salam dengan perempuan bukan muhrim rasa macam kene renjatan elektrik tapi bile dah banyak2 kali buat, banyak2 kali salam dah rasa macam salam2 semua tu biasa je lah.Sedangkan dia tahu kepala yang tertusuk besi yang panas itu lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan muhrim.
  • 3) Rasa seronok dengan dosa
  • Dosa itu racun yang dah pun disalut kemanisan dan keindahan. Okey tahap ni, diri kita sendiri yang nak cari peluang untuk buat dosa/kesalahan. Rasa best bila buat kemungkaran, ketagih dengan maksiat akan terus membelenggu hati. Racun dosa tadi dah kita anggap nikmat. Tidak ada lagi rasa bersalah. No no no. Tiba-tiba saja je nak pegang tangan anak dara orang yang bukan muhrim. Sebab rasa macam best je buat macam tu. Oh, berjaga-jaga tingkatan hati pada tahap ini sudah memasuki zon berbahaya!
  • 4) Jadi pembela kepada dosa
  • Nafsu itu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan. Walaupun memang dirasakan begitu tapi kita tidak cukup kuat untuk menentang keinginan nafsu. Keseronokan melakukan dosa akan membuatkan perilakunya turut menjadi pembela dan pejuang kepada dosanya. Dosa akan dipromosikan sebagai suatu benda yang indah. Tengok saje dalam drama-drama, movie-movie yang kerap kali mempamerkan adegan berpegangan tangan (yang bukan muhrim) , sebab rasa benda tu tak salah, adegan wajib tayang. Adegan biasa lah tu. Dosa yang dipromosikan membuat hati semakin lalai....
  • Ingatlah, hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang resah dalam jiwa. Ha, if ada rasa resah or tak tenang ke sepanjang kehidupan kita, baiklah kita kembali mengenal hati kita. Sihat atau tidak? Boleh ikuti tips-tips ini. =) >>> http://dirikudrcinta.blogspot.com/2010/10/tips-meraih-cinta-allah.html
  • Lastly, kita kena tahu HATI kita ini sifatnya berbolak-balik. Kadang-kadang kita rasa iman naik kadang-kadang turun. Sekelip mata manusia boleh jadi baik sekelip mata juga manusia boleh betukar sebaliknya. Jagalah hati anda, hati kita, hati bersama.
  • Waallahu'alam~
  • brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)
  • http://www.tagged.com/jagaauratanda (tagged)
  • sumber:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...