Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, September 29, 2010

Beginilah keadaan anak yang disembelih....AL-Fatihah.

sumber dr blog ilmuan...
Sudah takdirmu begini wahai anak.
Salam,
Gambar ini dari kiriman sahabat.
Kita bukan menyalahkan takdir....bukan pula menyalahkan tuhan.....ini sudah tertulis di Azali lagi. Bila dan dimana serta tarikhnya sekali dan jam serta pukul berapa..kejadian ini berlaku Qadha dan Qadar Allahnya begini. Justeru itu kita perlu redha.
Bukan kehendak dan kemampuan kita bagi menepis segala dugaan ini.
Memang sangat berat dugaan ini... Nabi Allah Ibrahim pun..... nak terima hakikat untuk dia menyembelih anaknya Ismail... juga perlu mentarbiahkan dirinya bagi mempastikan imannya tetap teguh kepada Allah Taala...Ini kan pula Si isteri, orang biasa-biasa aje yang kehilangan anak disebabkan disembelih oleh si Suami yang mempunyai masalah mental.
Atas sebab "MENTAL" itulah ..dia kena terima keputusan anaknya disembelih..... seredha-redhanya.... InsyaAllah. Semoga Allah memberi Keampunan dan Rahmat yang sangat BESAR berupa SYURGA untuk si ibu, Nik Suzila Nik Hashim demi kesabarannya menempuh dugaan ini.
amin...

Konflik keluarga pasangan muda

Azman bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi. Beliau mengambil upah membuat roti kebab di sekitar Kuala Lumpur dan kadangkala menjual peralatan bantu mengajar (ABM) di sekolah-sekolah. Beliau juga pernah tinggal dan bekerja di luar negara dalam tempoh yang agak lama kerana membantu emak saudaranya menguruskan restoran. Pendek kata, Azman seorang yang ringan tulang.

Kelebihan Azman dari segi fizikal dan penampilan adalah seorang yang kemas, bergaya dan petah bercakap. Pengalaman beliau sebagai jurujual banyak membantunya untuk memikat dan meyakinkan ibu bapa Sabariah agar menerima lamarannya. Walaupun kurang berada, keluarga Sabariah yakin bahawa Azman lebih sesuai dengan Sabariah apatah lagi kedua-duanya saling jatuh cinta.

Sabariah adalah nama yang mudah diingat. Beliau merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik yang sebahagian daripadanya telah berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Sabariah melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan selama empat tahun dan berjaya menamatkan pengajiannya. Seterusnya berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pegawai penyelidik di sebuah jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. Sabariah, sebagai anak bongsu, sangat bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya untuk membuat keputusan penting seperti perkahwinannya dan apa yang patut dibuat semasa berkonflik dengan Azman. Dari segi amalan beragama, Sabariah seorang yang taat dalam menunaikan ibadah solat tetapi Azman kelihatan tidak mengikut kealiman isterinya itu.

Senario konflik keluarga yang berlaku Bersama Azman dan seorang anak lelaki, Sabariah tinggal di kawasan perkampungan yang berpenduduk padat. Rumahnya dilengkapi bengkel membuat alat bantu mengajar yang dibuat sendiri oleh Azman untuk pasaran di luar negara. Setiap satu alat berkenaan dijual dengan harga RM40.00. Di samping itu, Azman juga menjual tulisan khat yang dibingkaikan dalam pelbagai bentuk. Sebulan atau dua bulan sekali, beliau akan keluar kawasan bagi menghantar pesanan dan biasanya akan tinggal di sana selama seminggu. Azman menggunakan perkhidmatan AirAsia kerana tambangnya lebih murah dan dapat mengurangkan kos hidupnya.

Manakala Sabariah berulang-alik dari rumah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan menaiki bas setiap hari, wang gaji digunakan untuk keperluan harian bagi menampung perbelanjaan Azman yang seringkali keputusan wang. Pernah sekali Sabariah meminjamkan RM400.00 daripada saudaranya untuk membeli tiket kapal terbang bagi membolehkan Azman menghantar pesanan ke luar negara.

Sabariah tidak menyedari bahawa Azman telah menjalin hubungan dengan seorang gadis Sarawak. Kejayaan Azman memikat gadis berkenaan memang menakjubkan. Beliau mampu mengajak gadis ini bagi bekerja di Kuala Lumpur dan menanggung perbelanjaannya untuk seketika. Gelagat dan tindak-tanduk Azman tidak pernah disedari oleh Sabariah ataupun keluarganya sendiri. Hubungan yang berjalan selama setahun itu akhirnya pecah dan diketahui umum setelah Azman memaklumkan kepada Sabariah bahawa beliau mahu berkahwin satu lagi.

Apa lagi, Sabariah melenting dan mengamuk. Dia menangis dan mengadu kepada ibu bapa dan adik-beradik yang lain. Hidupnya ketika itu sungguh muram. Kerjanya turut terjejas dan terpaksa mengambil cuti bagi menenangkan perasaannya.

Ketika berhadapan dengan situasi sukar seperti ini, Sabariah memberitahu Azman yang dia akan memanggil ibunya untuk datang dan menyelesaikan masalah mereka berdua. Sabariah yakin, ibunya seorang yang lebih tahu selok-belok rumah tangga dan masalah mereka akan dapat diselesaikan. Hasrat ini ditentang oleh Azman sambil mengancam akan menceraikan Sabariah jika ibunya datang ke rumah mereka.

Dalam keadaan begini, Sabariah keliru dan berasa tertekan dengan sikap Azman. Bagi membantunya membuat keputusan, beliau mendapatkan nasihat rakan-rakan dan akhirnya memutuskan untuk memanggil ibunya datang. Walaupun dibantah keras oleh Azman, kedatangan ibu Sabariah adalah rentetan awal perjalanan hidup Sabariah sebagai ibu tunggal. Beliau diceraikan oleh Azman dan proses penceraian berkenaan mengambil masa selama tiga bulan.

Sementara menunggu hari disahkan talak oleh Mahkamah Syariah, Sabariah merasakan hidupnya sangat tertekan, tidak bermotivasi dan putus harap. Beliau juga menghubungi rakan-rakan untuk meminta pandangan dan sokongan. Ketika ditanya pendapat beliau terhadap Azman, jawabnya ringkas, "Dia sangat teruk." Ini bermaksud Sabariah sangat membenci Azman.

Tengah hari setelah Sabariah disahkan cerai talak tiga, beliau mengucapkan terima kasih dan syukur kepada rakan-rakan yang telah memberi semangat kepadanya.

Selepas bercerai, Sabariah tinggal di rumah saudaranya bersama anak lelaki. Beliau berulang-alik dari Sungai Buloh ke Kuala Lumpur setiap hari dengan pengalaman hidup yang baru. Baru kerana serba-serbinya perlu dilakukan sendiri. Beliau juga belajar memandu kereta. Sebagai sokongan daripada keluarga, ibunya telah membayar deposit kereta untuk memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja. Setelah lima bulan berlalu, Sabariah telah mula menunjukkan keceriaan untuk meneruskan hidup. Dorongan dan sokongan keluarga serta rakan-rakan untuk tabah menghadapi cabaran hidup menjadikan peribadi Sabariah semakin kental dan utuh. Kini, beliau cuba mendapatkan sebuah rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya dapat hidup bersama anaknya.

Azman, setelah lima bulan, masih bergelut dengan cinta gadis Miri, bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara hidup dan tinggal sementara bersama rakan-rakan bujang. Gadis Miri yang disayangi akan meninggalkan Kuala Lumpur kerana tidak percaya lagi dengan Azman.

Punca-punca konflik dalam keluarga Sabariah Bagi keluarga muda Azman dan Sabariah, konflik dalam rumah tangga sangat mudah berlaku. Isu-isu remeh dalam kes ini tidak menggugat keutuhan rumah tangga mereka. Bersama seorang anak lelaki, Azman dan Sabariah merancang untuk menambah bilangan anak tetapi Sabariah keguguran kerana terlalu kerap naik turun bas ke tempat kerja.

Konflik yang sangat kritikal meletus setelah Azman memaklumkan kepada Sabariah bahawa beliau ingin menambah isteri. Sebagai isteri, Sabariah berfikir hasrat Azman ini tentulah pelik kerana mereka baru beberapa tahun berkahwin. "Kegatalan" Azman untuk berbini lagi juga menjadi persoalan kepada Sabariah kerana tahap kewangannya yang lemah, malas mengerjakan solat dan dikhuatiri tidak mampu memberi keadilan.

Azman, dengan ego sebagai suami dan lelaki, menggunakan ancaman untuk menghalang Sabariah mencari penyelesaian daripada pihak ketiga. Keegoan Sabariah juga ada. Sebagai isteri, dia juga berasa berhak untuk menidakkan hasrat Azman. Cuma keegoan Azman lebih dominan dan beliau tidak teragak-agak untuk menceraikan Sabariah.

Peranan mediator yang dibawa masuk untuk menyelesaikan konflik tidak membantu meredakan hubungan Azman dan Sabariah. Sebaliknya, ibu Sabariah menjadi penghalang kepada jalan perdamaian bagi mengekalkan hubungan suami isteri. Komunikasi yang berlaku ketika berhadapan dengan mediator lebih banyak menjurus kepada peluasan jurang konflik dan mengelak daripada menutup ruang-ruang yang positif kepada perdamaian. Hal ini memang dijangkakan kerana Azman tidak suka mediator berkenaan berperanan dalam konflik tersebut. Selain berat sebelah, mediator juga pasti mendominasi keadaan.

Sabariah tidak keseorangan untuk berhadapan dengan cabaran Azman. Faktor ini menjadi perangsang kepada beliau untuk berani menyahut cabaran Azman bagi memanggil ibunya datang. Pengaruh kawan-kawan yang memberi nasihat menguatkan azam untuk berhadapan dengan ugutan Azman. Rakan-rakan sepejabat Sabariah mencetuskan motivasi dirinya serta keupayaan menanggung kesusahan jika beliau mengambil tindakan bercerai.

Sabariah menolak keras gadis Sarawak yang dilihatnya menjadi pencetus konflik. Kehadiran orang ketiga ini menimbulkan keresahan kepada beliau tanpa ada apa-apa yang boleh diselindungkan lagi. Pergaduhan yang berlarutan akan mengundang kecederaan fizikal yang menjadikan keadaan akan bertambah kritikal.

Strategi Sabariah menghadapi konflik Konflik rumah tanga yang dihadapi Sabariah adalah lumrah pasangan muda. Rasa panik dan tertekan tidak banyak membantu beliau untuk menggunakan tindakan yang lebih bijak bagi menyelamatkan rumah tangganya. Daripada latar belakang konflik, Sabariah menggunakan tiga strategi yang difikirkan sesuai dan dapat membantu beliau untuk menamatkan konflik dengan cepat.

1. Konfrontasi Sabariah bersemuka dengan Azman mengenai jangka masa hubungannya dengan gadis Miri berkenaan. Pengalaman yang cetek semasa berhadapan dengan situasi ini memberi kegemparan kepada Azman kerana beliau telah berangan-angan untuk memiliki dua orang isteri. Namun, Azman sebagai ketua keluarga mempunyai autoriti ke atas tindakannya yang difikirkan boleh diterima Sabariah. Malangnya sifat agresif Sabariah untuk berhadapan dengan Azman menunjukkan penolakan yang sangat kuat daripada isterinya itu bagi menyelesaikan konflik berkenaan.

2. Khidmat Profesional Konflik Sabariah dengan Azman memberi ruang kepada pegawai di Jabatan Agama Islam untuk memberi nasihat termasuk hak penjagaan anak, nafkah dan tanggungjawab bekas suami ke atas anak. Sabariah dilihat telah bersedia dengan apa juga tindakan yang akan dilakukan oleh Azman. Sebaliknya Azman masih berkeras ingin meneruskan hubungan dengan gadis Miri berkenaan. Tahap pendidikan dan keupayaan berfikir yang tinggi membolehkan Sabariah membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat.

3. Intervensi Orang Tengah (Mediator) Membawa masuk ibunya sendiri sebagai mediator memberi tekanan kepada Azman untuk mempercepatkan penyelesaian konflik. Ketegasan mediator yang mencabar Azman untuk menceraikan isterinya adalah suatu kesilapan dalam hubungan suami dan isteri. Pada peringkat awal, Sabariah beranggapan kemasukan mediator dapat mengekang kemarahan Azman, sebaliknya pula yang berlaku. Azman bertambah marah dan mengambil keputusan segera menceraikan Sabariah. Strategi yang digunakan oleh Sabariah telah bertukar menjadi tragedi dalam hubungan suami dan isteri.

Kesilapan ketika menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu untuk menyelesaikan konflik sangat merimaskan. Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan sebaliknya bertukar menjadi hampa. Setelah dianalisis, pendekatan terbaik yang boleh digunakan oleh Sabariah ialah sistem S-TLC.

Sistem S-TLC ialah Stop, Think, Listen dan Communicate. Kaedah ini lebih sesuai bagi mengendurkan ketegangan dalam konflik. Sekiranya Sabariah menyedari bola berada di kakinya, beliau wajar berhenti daripada memikirkan penyelesaian jangka pendek. Ini kerana Azman telah menunjukkan kejujurannya dengan memaklumkan hasrat beliau untuk berkahwin lagi. Sebaiknya Sabariah merasionalkan keinginan Azman dan berbincang mengenai kesan dan akibat berkahwin lain. Sabariah boleh berhenti (Stop) daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan kerana belum tentu Azman dapat berkahwin dengan keadaannya ketika itu. Malangnya Sabariah mengambil pendekatan yang salah.

Beliau juga boleh berfikir (Think) bagi melihat akibat yang akan timbul kepada anaknya tanpa ayah. Keupayaan inilah yang dilihat sangat lemah, tambahan pula Sabariah mudah terpengaruh dengan kata-kata dan nasihat rakan-rakannya. Memang tidak dinafikan, ketika panik, Sabariah mudah membuat keputusan apatah lagi pada masa tersebut seluruh jiwanya telah putus harap. Mendengar (Listen) alasan Azman tidak ada dalam ingatan Sabariah ketika itu dan yang ada hanyalah kekecewaan.

Sabariah juga kurang mahir berkomunikasi (Communicate) dengan bahasa dan emosi yang memujuk. Kaedah memujuk mungkin dapat mengendurkan hasrat Azman bagi mengekalkan masa depan perkahwinan mereka.

Sistem S-TLC bukanlah dapat dipraktikkan dalam masa yang singkat sebaliknya memerlukan latihan yang berterusan. Ia boleh digunakan dalam isu-isu yang kecil, bersifat harian dan diaplikasikan bagi isu-isu yang lebih besar. Dalam kes ini, Sabariah wajar mendapat pendedahan untuk lebih banyak menggunakan kaedah S-TLC bagi menghadapi konflik dalam hidupnya pada masa hadapan.

Merenung Nikmat Allah

sumber dr ..ww.digitalmukmin.com/
ww.digitalmukmin.com/

PrintPDF

Cuba bayangkan segala kehidupan di atas muka bumi tiba-tiba terhenti seketika tidak kira manusia, tumbuhan, mesin atau komputer yang selalu kita gunakan? Bagaimanakah keadaan selepas itu ia kembali seperti biasa? Tentu kita semua bingung dengan peristiwa aneh tersebut. Namun sebenarnya di sebalik kejadian tersebut terdapat pelbagai hikmah yang dapat kita pelajari. Di sinilah kita perlu kembali menghitung dan memikirkan kembali siapakah Pencipta kepada seluruh kehidupan di atas muka bumi ini.Siapakah yang mengurniakan segala kurniaan dan nikmat yang tidak terhingga bilangannya kepada seluruh alam? Tanpanya segala kehidupan yang bernafas tidak akan hidup.

Alangkah bagusnya jika kita dapat meluangkan masa walaupun untuk seketika merenung dan berfikir kembali segala kurniaan nikmat yang diberi oleh Maha Pemurah itu kepada kita. Allah s.w.t. berfirman :

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)

Dan kerana itulah al-Quran selalu menyeru dan menyuruh kita agar memikirkan dan mengenali nikmat-nikmat Allah yang tidak terhingga, menghargainya, mengakui segala kurniaan kepada diri kita dan menunaikan segala kewajipan dengan mensyukuri dan memuji nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan Allah. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan Allah kepada kita. Begitulah perangai kita yang tidak ubah seperti kacang lupakan kulit. Kita sering melihat manusia saling memuji apabila salah seorang di antara kita menghulurkan bantuan atau memberi derma kepada yang memerlukan. Tetapi di sebaliknya kebanyakan darinya tidak memberi pujian kepada yang lebih berhak dari mereka di atas nikmat yang telah dianugerahkan kepada manusia walaupun nikmat itu sangat besar dan berharga.

Sebaliknya segala kurniaan nikmat yang diberiNya banyak di kalangan kita menggunakannya ke arah keburukan dan membawa kepada menderhakaiNya. Kita tidak menyedari betapa bernilainya nikmat tersebut kepada kita dan setelah kehilangannya barulah ketika itu kita kembali kepada Allah dengan berdoa. Allah s.w.t. berfirman :

”Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah-lah(datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu, tiba-tiba sebahagian dari kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain). Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).” (An-Nahl: 53-55)

Sesungguhnya di antara nikmat yang terbesar dan teragung ialah nikmat Islam. Allah s.w.t. berfirman:

”Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Ma’idah: 3)

”Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.:”(Ali-Imran: 19)

”Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran: 85)

Sebahagian besar dari golongan kita tidak menyedari dan menghargai nikmat besar kerana mungkin mereka mewarisi Islam tanpa susah payah dan tidak berusaha untuk mengenal kebaikan di dunia dan akhirat. Nikmat Islam adalah segala-galanya dan tiada bandingan dengan nikmat yang lain. Hanya dengannya kita dapat merasakan kesempurnaan hidup maka kita perlu berusaha menjadi muslim yang sentiasa bersyukur kerana mendapat nikmat yang besar ini. Nikmat Islam adalah yang paling mahal dan tinggi nilainya kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan hingga ke hari akhirat.

Sekali lagi kita cuba membayangkan bagaimanakah jika penglihatan kita rosak atau tidak berfungsi hingga mengganggu aktiviti harian kita? Sudah tentu segalanya akan terganggu dan terbatas. Di tambah pula dengan hilangnya pendengaran dan pita percakapan kita? Tanyalah iman kamu sejauh mana kesabaran dan keredhaan kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Dengan ini marilah kita menggunakan segala nikmat-nikmat tersebut ke arah kebaikan untuk mentaati Allah. Baca dan renungilah ayat-ayat suci ini dengan memuji Allah kerana kurniaan rahmat dari-Nya.

”Hai manusia, apakah yang memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuhmu) seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.” (Al-Infithar: 6-8)

SUDAHKAH KITA BERSYUKUR? Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nahl ayat 18 yang tafsirnya: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Sesungguhnya sudah pasti kita tidak mampu menghitung atau mengira nikmat-nikmat Allah yang diberikan kepada kita tanpa meminta sebarang balasan. Justeru itu perlulah kita menyedari segala nikmat yang dianugerahkan tidak kira ketika sihat, suka, senang, mudah bergerak, bercakap, melihat, mendengar dan sebagainya yang digunakan dalam kehidupan seharian kita. Allah s.w.t. berfirman: ”Adapun manusia apabila Tuhannya menguji lalu memuliakan-Nya dan diberiNya kesenangan, maka ia berkata: ”Tuhanku telah memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka ia berkata: Tuhanku menghinaku.” (Al-Fajr: 15-16)

Maka perlulah kita menyedari bahawa hidup kita di dunia ini adalah ujian, kadang-kadang kita diuji dengan kebaikan atau musibah.

”Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenar-benarnya; Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan.” (Al-Anbiya: 35)

Setelah kita berusaha mencari dan memikirkan nikmat-nikmat ini sudah pasti seterusnya adalah menjadikan ianya bekalan iaitu ma’rifah dan jasa Allah terhadap diri kita. Dengan adanya bekalan ini, dapatlah kita menjadikan ia sebagai pendorong untuk mentaati, memuliakan, mengagungkan dan mensyukuri dengan baik kepada Allah. Seandainya Allah tidak memberikan rahmat-Nya kepada hamba-Nya, maka nikmat-nikmat itu akan berubah menjadi bala yang menyebabkan kecelakaan kepada manusia dan mendorong ke arah penderhakaan.

Sesungguhnya mensyukuri nikmat juga menunjukkan tanda hampirnya dan kecintaan seseorang kepada Allah. Orang-orang yang bersyukur memiliki kesedaran dan kemampuan untuk melihat keindahan dan kenikmatan yang dikurniakan Allah.

indahnyer memaafkan

  • kemaafan
  • Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??
  • Firman Allah SWT:
  • “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
  • (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
  • (Surah Al-Hujurat:11)
  • Rasulullah SAW bersabda:
  • “Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
  • (HR. Tirmizi)
  • “Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”
  • (Hamka)
  • “Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
  • (HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
  • “Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.
  • (HR. Bukhari dan Ahmad)
  • Firman Allah SWT:
  • “Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
  • (Surah Ali-Imran:134)
  • Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.
  • Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
  • “Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
  • (Luqman Al-Hakim)
  • Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.
  • Firman Allah SWT:
  • “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
  • (Surah an-Nur : 21)
  • “Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”
  • ~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Nasehat Seorang Ibu untuk Anak Perempuannya

Nasehat ini dia sampaikan ketika melepas putrinya itu menuju rumah suaminya saat dia dinikahkan. Dia berkata, “Wahai anakku, Kalaulah nasehat boleh ditinggalkan karena kemuliaan budi dan ketinggian nasab keturunan, maka aku tidak akan menyampaikannya padamu. Namun ia perlu disampaikan untuk mengingatkan orang baik dan menyadarkan yang lalai. Wahai anakku, jika seorang perempuan bisa melepaskan diri dari laki-laki dengan harta orang tuanya maka aku adalah orang yang paling bisa untuk itu. Tapi, itu tidak mungkin, anakku. Karena perempuan diciptakan untuk laki-laki. Dan sebaliknya, laki-laki diciptakan untuk perempuan. Wahai anakku, saat ini engkau akan melangkah dari rumah ini, dimana kamu hidup dan dibesarkan. Kamu akan berangkat ke lembah yang belum kamu ketahui sama sekali dan akan ditemani seorang yang tidak pernah kau kenal selama ini. Makanya, dengarlah pesan-pesanku. Jadilah engkau bagaikan budak baginya, maka dia akan berlaku seperti itu pula untukmu. Anakku, dengarkanlah, aku akan menyampaikan sepuluh wasiat untukmu. Jagalah wasiat ini. Ia akan menjadi penerang dan bekal bagimu dalam hidup. Pertama, setia dan patuhlah padanya. Kepatuhanmu padanya akan melahirkan keridhaan Tuhan. Kedua, qana’ahlah dengan apa yang diberinya. Sikap itu akan melahirkan ketenangan dalam jiwamu. Ketiga, peliharalah pandangannya padamu. Jangan sampai dia melihat padamu sesuatu yang tidak disenanginya. Keempat, pelihara penciumannya terhadapmu. Jangan sampai dia mencium darimu sesuatu yang tidak mengenakkan hidungnya. Kelima, Jagalah waktu makannya. Sesungguhnya rasa lapar itu bagaikan bara yang bisa membakar kapan saja. Keenam, jagalah waktu tidurnya. Sesungguhnya gangguan pada waktu tidur bisa menyulut amarah. Ketujuh, jagalah harta dan rumahnya. Sesungguhnya yang demikian membuatnya menghargaimu. Kedelapan, pelihara dan hormatilah anak dan keluarganya. Sesungguhnya hal itu melatihmu mengatur segala Sesuatu dengan baik. Kesembilan, janganlah kamu buka rahasianya. Jika kamu melakukan itu, maka tidak bisa dijamin dia akan menjaga janjinya padamu. Kesepuluh, janganlah kau melanggar perintahnya. Sesungguhnya yang demikian itu menyulut rasa cemburu dalam hatinya. Dan perhatikanlah dua perkara. Janganlah kamu menampakkan kebahagiaan padanya jika dia sedang dirundung sedih. Jangan pula engkau menampakkan kesedihan di kala dia berbahagia. Ketahuilah wahai anakku, sebesar apa penghormatanmu padanya sebesar itu dia akan menyanjungmu. Sejauh mana kamu bisa menyesuaikan pandanganmu dengannya seperti itu pula dia akan setia padamu. Anak gadisku, sesungguhnya kamu tidak akan mampu melakukan itu semua kecuali jika kamu mampu mendahulukan kerihdaannya atas keinginan pribadimu, dan jika kamu mampu mengedepankan hasratnya atas hasratmu. Semoga Tuhan melimpahkan kebaikan padamu. Selamat jalan Anakku.

Pejuang cantik dari Syurga

Tangannya menengadah. Tremor kuat sehingga orang-orang menyangkanya ia menderita ayan. Dalam terik dan hujan, ia tetap menengadah. Menanti orang lain yang berbelas kasih untuk memberinya uang, walaupun hanya seratus rupiah saja. Ia sering diusir satpam. Menganggu pemandangan para nasabah, katanya. Ah.. apa hubungannya para nasabah dengan perempuan itu? Toh perempuan itu tidak masuk ke dalam bank! Kadang ia didorong, kadang ia ditendang. Enak rasanya bagi orang yang digaji satu juta setiap bulan untuk tidak memikirkan apakah hari ini ia akan makan atau tidak. Langit mulai gelap disertai rintik-rintik air yang diturunkan dari langit. Aku datangi perempuan itu kemudian mengangkatnya dan membantunya berjalan menuju tempat yang aman dari hujan. "Berapa penghasilan hari ini, Nak?" "Sedikit, Bu." "Ibu juga hanya sedikit. Malam ini kita tidak bisa makan nasi. Maafin ibu ya?" Dengan tangannya yang bergetar, Ibu membelai lembut pipiku. "Jangan meminta maaf, Bu.." Aku tersenyum. "Aku punya sesuatu buat ibu dari hasil tabunganku selama satu tahun." Aku membuka kantung plastikku. Ku ambil sehelai kain putih bersih tanpa noda yang ku beli dari obralan murah di pasar baru. "Kerudung ibu sudah rusak. Aku belikan yang baru.." Ibu tertegun melihat kain ditanganku, seolah-olah ia melihat benda yang paling mewah seumur hidupnya. "Alhamdulillah..." Bisiknya sambil meneteskan air mata. Aku tidak takut miskin, aku tidak takut diusir, aku tidak takut tidak makan, aku tidak takut dibunuh oleh preman pasar, aku tidak takut dirazia oleh polisi, aku tidak takut apapun. Satu-satunya yang paling aku takutkan adalah melihat ibu menangis. Kucium tangannya. "Selamat hari ibu.." Pejuang cantik dari surga itu memelukku erat dalam dinginnya hujan yang pekat.

●●Pil Pahit Itu Rasanya Manis●●

Bermula sewaktu ibu saya mengalami serangan jantung untuk yang ke-3 kalinya, pada seminggu yang lalu. Saya melihat betapa menderitanya ibu, dengan nafas yang sesak, wajah pucat pasi, tanpa daya, ibu dilarikan segera ke rumah sakit, langsung menuju UGD. Dengan sigap dan cekatan, dokter dan suster langsung memberikan oksigen, mengambil darah, menyuntikkan sesuatu dan memasang selang infus. Sebelum dipindahkan ke kamar rawat inap, ibu sempat di rontgent dulu, saya merasa sangat pilu dan berharap, mengapa bukan saya saja yang menanggung semua derita yang dirasakan ibu yang sudah tua, pada saat ini? Sekujur darah ditubuhku rasanya berhenti mengalir, yang saya rasakan hanya dingin , seolah ada aliran es yang menjalari. Mengapa cobaan ini datang lagi dan lagi? Saya benar2 merasakan kecemasan yang luar biasa. Pada saat itulah saya teringat pada ayat Al-Qur’an yang mulia, ketika Allah Yang Maha Kuasa berfirman : ” Dan Kami pasti mengujimu dengan sesuatu, berupa ketakutan dan kelaparan, berkurangnya harta benda, jiwa dan buah2an,tapi sampaikanlah kabar gembira bagi orang2 yang sabar” ( Al-Baqarah(2); 155) Ya Allah, tiba2 perut saya terasa nyeri! Tadi saya sok tau ya? Dan, tau tidak? bukan hanya Allah swt yang mengatakan demikian, Nabi Muhammad saw tercintapun mengingatkan kita : ” Kesulitan akan terus menimpa laki2 dan perempuan beriman, melalui tubuh, keluarga dan harta mereka , sampai mereka menemui Allah tanpa dibebani satu dosapun”(HR.Tarmidzi). Aku bertanya pada diriku sendiri, mengapa bahkan setelah Tuhanku dan RasulNYA jelas2 memberitahu cobaan2 yang akan menemani hidupku, aku tetap tidak mau bersiap diri utk menghadapi cobaan2 itu? Mengapa kita tidak siap, sahabat2ku? Ya Allah……..tidakkah seharusnya aku membekali diri dengan baik? Astaghfirullah…………Ampuni aku Tuhanku…… Tetapi, aku masih punya satu pertanyaan mendesak. Bagaimana jika, kalaupun aku sudah siap menghadapi semua cobaan yang akan datang, ternyata cobaan itu terlalu keras, terlalu berat, terlalu pelik dan terlalu sulit utk kutanggung? Disinilah aku teringat firman Allah dalam ayat yang indah ini : ” Allah tiada membebani seseorang kecuali menurut kemampuannya” ( Al-Baqarah (2) ; 286). Alhamdulillah ! Leganya…………….tidakkah kalian juga merasa lega ,sahabat2? Jadi, berapapun beban yang sudah atau akan mendatangi kita, kita pasti sanggup menghadapinya, tak masalah! Dan, tahukah sahabat? Tidak hanya IA berjanji bahwa cobaan2 itu adalah cobaan2 yang sanggup kita hadapi, namun, jika kita bersabar menghadapinya dengan senyum, IA juga menjanjikan hadiah istimewa bagi kita. Ya, aku tidak bercanda, sahabat2! IA, Al-Wadud, Yang Maha Mencintai, telah bersabda kepada Rasulullah saw : ” Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah swt menaikkan derajatnya atau menghapuskan dosanya” (HR. Muslim). Subhanallah! ……………….Pada saat inilah aku menyadari sesuatu yang luar biasa. Pertama, IA,Tuhan kita memberi kita peringatan awal mengenai jenis2 cobaan ( harta benda, keluarga, tubuh, kelaparan, ketakutan). Kedua, IA mengatakan tak perlu cemas, krn cobaan2 itu tidak akan sesuatu yang tidak sanggup kita tanggung. Ketiga, IA berjanji untuk kesulitan paling ringan yang kita hadapi pun (seperti tusukan duri) , IA akan menaikkan derajat kita atau menghapus dosa kita! Subhanallah, memang , Allah swt Maha Pengasih terhadap hambaNYA. Dan, seharusnya aku tau, jika aku sungguh2 percaya bahwa Allah adalah Perencana Terbaik, dan aku sungguh2 yakin bahwa Allah swt lah yang paling tau, seharusnya aku tidak merasa cemas setitik pun, setujukah sahabat?

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...