Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Ogos 17, 2010

Bila Tiada Baru Menyesal

1. Sudah menjadi lumrah manusia yang selalu lupa dan alpa pada diri sendiri inikan pula untuk mengingati kebaikan orang lain jauh sekali untuk membalas kebaikan tersebut walaupun dengan ucapan terima kasih.

2. kita seringkali di ingatkan agar sentiasa muhasabah diri kerana dengan cara itu kita akan terfikir dan berpeluang membaiki kesilapan yang mungkin tak pernah pun terlintas di benak fikiran.

3. Hubungan sesama munusia adalah sesuatu benda yang tidak akan terlepas daripada sesiapa pun kerana semua antara kita pasti melalui benda yang sama tidak kira pahit ataupun manis sesuatu hubungan tersebut. 4. Sebagai hamba allah yang selalu membuat kesilapan dan seringkali menyesal dengan perbuatan diri sendiri dilihat semua ini tiada kesudahan jika tidak ada usaha untuk memperbaiki kesalahan dan terus menerus dengan kelakuan sedemikian.

5. Kita sering terbayang dengan perasaan serba salah, kecewa dan sedih apabila ibubapa yang suatu ketika dahulunya banyak menasihati dan menyayangi diri kita tetapi kita balas dengan sesuatu yang mengecewakan mereka.

6. Kita sia-siakan kasih sayang kekasih yang sebelum ini banyak mengambil berat dan banyak memberi nasihat tetapi kerana ikutkan ego diri dan keras kepala kita relakan dia terluka.

Nuffnang Ads
7. Begitu juga dikalangan rakan-rakan, kita berkelahi dan cuba menegakkan pandangan kita sedaya mungkin dan akhirnya menjadi musuh yang tanpa diduga. 8. Tetapi bila tiada semua itu, baru terasa indahnya nasihat ibubapa, pentingnya hargai kekasih dan mulianya hati seorang teman. Benarlah kata orang tua-tua, bila sudah tiada menyesal pun tak berguna.

Bercinta Walau Dah Bersuami

. Dengan membaca tajuknya saja kita boleh agak dan dapat rasa bahawa berlaku kecurangan si isteri pada suaminya. Pada masa kini ianya bukan sesuatu cerita baru apatah lagi isu si suami yang curang mungkin dah basi bila mendengarnya.

2. Banyak yang kita dengar dan lihat bahawa pasangan yang mabuk asmara ini sudah bersuami dan mungkin telahpun mempunyai anak tetapi terlalu mengikut kehendak hati mereka terjerumus kearah kecurangan yang menjijikan.

3. Ada juga yang menghiasi di dada akbar tempatan kes bunuh kerana si suami dapat tangkap isterinya melakukan perbuatan zina dengan orang lain. Bagaimanakah rasa si suami pastinya kemarahan diluar kawalan.

4. Bila kita renung-renung kembali dimanakah silap agaknya? Ada juga yang mengatakan bahawa si isteri tidak lagi merasakan kasih sayang dan rasa cinta dari suaminya. Ada juga yang beranggapan bahawa suaminya pernah menuduh yang dia curang maka dia pun berasa marah dan melakukannya demi menuntut kata hati yang disakiti.

5. Macam-macam sebab yang diperolehi termasuk ada yang melahirkan rasa kecewa kerana masalah batin suaminya. Mungkin juga kita tidak menduga akan ujian yang mendatang kerana banyak kes yang berlaku curang adalah 70% diluar jangkaan masing-masing.

6. Ada faktanya kerana dalam dunia mengejar teknologi canggih, internet digunakan untuk berhubung tetapi disalahgunakan walaupun pada mulanya diterjemahkan untuk mencari kawan tetapi kini sebilangannya menjadi lawan.

7. Banyak juga skandal yang terjadi di tempat kerja malah lebih memalukan ada yang tanpa rasa segan silu singgah di Hotel masa rehat semasa waktu kerja. Harga diri bukan lagi menjadi keutamaan bagi mereka dan ingatlah jangan sesekali mengkianati kepercayaan yang diberi dari pasangan.

8. Apa yang terjadipun terserah kepada diri masing-masing, Pilihlah dunia mahupun akhirat. Pucuk pangkal adalah hati kita dan akhir kata dari saya paparan ini tidak mengambarkan mana-mana pihak kerana ini cuma sekadar untuk renungan semua

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...