Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Ogos 14, 2010

Sambungan dari Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Bersambung lagi kita di dalam topik Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka. Kali ini kita akan menyelami banyak lagi perkara yang bersangkut paut dengan pengenalan dan simbol-simbol yang digunakan oleh mereka. Adakah anda sudah bersedia? Baca bismillah dulu sebelum membaca seperti biasa yer.

3 NA = NAZI + NASA + NAVY

Ada sesiapa lagi yang masih tidak kenal dengan NAZI? Siapa tidak kenal dengan Adolf Hitler? Seorang pemimpin NAZI yang sangat berkaliber, eh berkaliber ke dia?. Siapa tidak kenal dengan sejarah NAZI yang telah membunuh ramai umat Yahudi yang berpegang dengan ajaran mereka yang betul dulu. Dan yang banyak ditinggalkan selepas itu adalah yahudi korup yang sudah banyak menyeleweng dari ajaran asal mereka. Sama seperti ajaran sesat di dalam Islam, yang banyak menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar, seperti munculnya RASUL MELAYU, RASUL WANITA, mengaku IMAM MAHDI dan sebagainya.

Di bawah ini adalah simbol / lambang kepada NAZI;

nazi

Ya , ianya adalah terlalu ‘familiar’ atau dikenali oleh anda bukan? Itulah dia lambang / simbol NAZI yang diberi nama Swastika. Asalnya juga merupakan simbol MATAHARI bagi pengamal2 ajaran purba, tetapi dihidupkan semula oleh Hitler dan menggunakannya sebagai simbol NAZI. Maka sila lihat pula gambar di bawah ini;

navy base nazi

Gambar di atas ini diambil dari gambar satelit. Ianya merupakan gambar sebuah bangunan di Amerika Syarikat sana. Tahukah anda bangunan apakah itu? Ya, itu lah dia bangunan pengkalan ‘Navy’ bagi tentera laut di California Selatan, Amerika Syarikat. Maka adakah bentuk itu terjadi secara kebetulan? Anda boleh fikir sendiri.

navy Logo

Gambar ini diambil pada tahun 2007 dahulu dan telah mendapat publisiti yang meluas. Bermacam-macam alasan dibuat bagi menutup hubungannya dengan pihak NAZI. Mungkin sekarang ini mereka telah mengubah balik bentuk bangunan tersebut. Tetapi sebab sebenar mengapa salah sebuah bangunan berek tentera Navy tu menjadi seperti lambang Swastika Nazi masih menjadi misteri.

Ini kerana mengikut sejarah NAZI dahulu, ianya disokong dengan dana yang besar dari pihak Illuminati sendiri.

Dan pengaruh NAZI bukan sahaja kepada NAVY, tetapi juga kepada NASA (National Aeronautic Space Administration). Di mana pengaruh NAZI kepada NASA adalah lebih kuat dengan banyak bukti termasuk lah dari bekas2 saintis NASA sendiri. NASA selama ini telah banyak melakukan PEMBOHONGAN / HOAX dan menyembunyikan fakta sebenar. Sebagai contoh tentang pendaratan Neil Armstrong ke bulan, itu hanya lah satu rekaan. Sebenarnya tiada manusia yang pernah jejakkan kaki ke bulan kerana keadaan di permukaan bulan amat merbahaya kepada manusia, dengan gas2 beracun dan sebagainya.

NASA_logo

Lagi pun, mungkin kerana Amerika sebelumnya tidak puas hati dengan Russia, kerana Russia menjadi negara pertama yang menghantar manusia mengelilingi BULAN, iaitu angkasawan Yuri Gagarin. Maka tidak ada pilihan lain, Amerika kononnya ingin melakukan satu perintisan dengan menghantar manusia menjejakkan kaki ke bulan.

Kenapa penjejakan kaki manusia di bulan adalah satu HOAX? Beberapa pakar sendiri telah menyatakan bahawa ianya hanya dirakamkan di dalam studio dan kesan cahaya dari cahaya matahari dari gambar yang diambil di permukaan bulan itu adalah TIDAK LOGIK sama sekali.

hoax on the moon

- Saintis2 roket NAZI dibawa masuk ke USA secara rahsia dan bertugas di NASA. Mereka digelar sebagai ‘Project PaperClip team’.

Project_Paperclip_Team_at_Fort_Bliss_crop

Project Paperclip Team

Walaubagaimana pun, bukanlah semua pekerja NASA dan NAVY Amerika itu terlibat dengan NAZI atau Illuminati. Tetapi maksud yang ingin disampaikan ialah pertubuhan2 itu sudah dikuasai oleh golongan pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai Illuminati itu.

NAVY dapat memonitor laut dan udara, sedangkan NASA dapat memonitor keadaan angkasalepas dan sewaktu dengannya. Perancangan mereka bukannya sembarangan tetapi diatur dari segenap sudut dan ceruk dunia ini.

.

Cop mohor kerabat diraja British pada produk2 di pasaran

Pernahkah anda melihat simbol yang digunakan oleh kerajaan British ini yang biasanya dipanggil sebagai ‘Coat of Arms’?

coat of arms - devil's seal

Perhatikan simbol2 itu di bangunan2 milik mereka

buckingham-palace-gate

Pintu pagar istana Buckingham, England

philip morris wall

Di dinding syarikat pembuat rokok ternama iaitu Philip Morris

Immigration Museum, Old Customs HouseBangunan Immigration Museum, Old Customs House, Australia

Chief Secretary's BuildingChief Secretary’s Building, Australia

Dan camam2 bangunan yang menjadi milik mereka lagi …….

.

Dan perhatikan simbol2 yang walaupun tidak 100% sama, tetapi asasnya begitu yang digunakan pada produk2 rokok dan arak sebagai tanda pengenalan mereka.

Philip-Morris

Philip Morris

Marlboro_logo

Marlboro

benson and hedges

Benson & Hedges

Dunhill International

Dunhill

camel

Walaupun rokok Camel tidak menggunakan simbol ‘Coat of Arms’, tetapi lihatlah terbentang di bahagian latarbelakang sana, segitiga piramid.

.

Produk2 arak dan minuman keras …….

Imperial-Blue-Whisky

Imperial blue whisky

vodka_russia

Vodka Russia

vat69c

Vat69

bells_whisky

Bells whisky

Dan camam2 lagi yang anda boleh lihat sendiri di pasaran sana ……. Amacam? Masih mahu hisap rokok lagi?

.

Orang2 atasan Illuminati adalah dikatakan mereka2 yang berketurunan dari puak Dan, salah satu keturunan Yahudi. Pendek kata, mereka juga adalah keturunan Yahudi. Dan ada juga pendapat yang mengatakan mereka berketurunan dari Firaun. Lagi pun ada 15 keturunan semuanya yang dikaji berada dalam tampuk pemerintahan Illuminati.

.

Lagi video logo2 bagi syarikat yang mereka gunakan

Symbols

.

Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat

Dapat melalui email yg bertajuk : Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat “Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi…

:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...