Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Ogos 12, 2010

aiskrim untuk berbuka pose

ermmmmmmmm isi dalam bekas tupperware ni,,lagi cantik,,heheh
nak pomot bekas tupperware ni jer ni heheheh
murah jer rm 6 aja satu tu heheh
  • 2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke)
  • 2 cawan coffemate
  • 1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis)

Cara-cara

  1. blendkan bahan2
  2. tersebut sehingga berbuih
  3. (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas.. pastu masuk dlm fridge..
  4. setelah agak beku..
  5. keluarkan semula & blend lagi skali.
  6. . then baru masukkan semula dan biarkan beku... pastu leh la makan.. he he

Untuk pengetahuaan kita

  • Sumber dr blog ilmuan~~~http://resepirahsiaku.blogspot.com/
  • Magnet yang merbahayakan kesihatan anda
  • Satu kajian dari Princeton University telah membuat penemuan yang menakutkan akibat dari kesan magnet yang dilekatkan pada pintu peti ais anda, boleh menyebabkan makanan yang anda makan mendapat kanser. Mungkin betul juga kajian tersebut, semakin hari semakin banyak pesakit kanser yang dikesan dan menerima rawatan di hospital kerajaan. Kalau kita pergi ke rumah saudara atau kawan-kawan. Lihatlah pada pintu peti ais mereka dipenuhi berbagai magnet yang cantik dan berwarna warni. Mungkin senang nak melekatkan bil atau nota kecil yang penting. Jumlah magnet yang dilekatkan kadang-kadang sampai berpuluh banyaknya.
  • Dulu ada satu kajian mengatakan bahawa makanan yang kita makan sekarang banyak mengandungi bahan toksik dan bahan kimia berbanding zaman dahulu. Tapi rupa-rupanya kita sendiri yang menyebabkan makanan yang disimpan di dalam peti ais itu tercemar oleh "pancaran sinaran electromagnet". Kadang-kadang berminggu-minggu kita menyimpan makanan seperti ikan, daging ayam sebelum dimasak. Pada tahun 1990an, telefon bimbit Motorola, jika diletak pada sudu akan melekat kerana magnetnya sangat kuat. Banyak kes barah otak dilapurkan sehingga syarikat tersebut terpaksa memberhentikan pengeluarannya.
  • Kanser sel selalunya terjadi apabila satu sel sahaja yang "active" dan ia mula merebak diam tanpa pesakit mengetahui perkembangannya. Kanser adalah seperti "time bomb" dan hanya diketahui pada "stage 4" apabila pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam yang berpanjangan, loya dan tidak bermaya serta kurang selera. Selalunya pada "stage 4 " sudah terlewat untuk menerima rawatan, hanya rawatan kemotrapi yang menyakitkan sahaja diberi rawatan pada pesakit kanser.
  • Kadang-kadang rawatan kemotrapi belum tentu dapat menyembuhkan pesakit kanser tapi sangat menyeksakan sehingga habis semua rambut gugur. Yang paling menyakitkan iaitu apabila mengambil air tulang "bone marrow". Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemotrapi akan sampai satu tahap, akan berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi dan pasrah akan hidupnya. Jangan biar orang kesayangan anda menerima nasib yang sedemikian.
  • Ini bukanlah untuk menakutkan pembaca tetapi kita boleh membuat pemeriksaan awal mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan berpandu daripada darah kita, ia dapat mengesan sel kanser jika baru nak "active". Pada peringkat awal ini, rawatan dapat membunuhnya terus sel yang "active". Jangan ingat dalam minda kita, ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah untuk kita. Jika umat Islam sehat maka agama Islam pun kuat. Jika umat Islam lemah, musuh-musuh Islam akan menang.
  • Pelbagai andaian mungkin benar juga mengapa sesetengah ahli keluarga mereka menghidap kanser ternyata datangnya dari makanan yang kita makan. Sejumlah penyelidik dan saintis di Princeton 's University telah menemui sesuatu yang menakutkan!. Untuk beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus.
  • Kajian oleh Penyelidik
  • Kumpulan pertama yang diberi dengan makanan disimpan di peti ais tanpa magnet. Kumpulan kedua dengan makanan yang disimpan di dalam peti ais tapi dengan beberapa hiasan magnet dilekatkan pada pintu peti ais. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana "pancaran sinaran elektromagnet" yang keluar dari magnet hias di pintu mempengaruhi sumber makanan. Dari hasil kajian klinikal menyatakan bahawa kumpulan tikus yang diberi makanan yang "terpancar sinaran electromagnet" mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% makanan lebih tinggi untuk mendapatkan kanser berbanding dengan kumpulan tikus lain.
  • Kerajaan tidak boleh menjelaskan atau persatuan kesihatan/institusi untuk memberikan kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan untuk menghilangkan atau menanggalkan magnet dekoratif dari peti ais anda dan meletakkannya jauh dari makanan.
  • Sila sampaikan maklumat penting ini kepada kenalan dan saudara anda. Mencegah lebih baik dari merawat. Semuga kita terhindar dari penyakit kanser yang banyak membawa keburukan dan kedukaan sesebuah keluarga bahagia.
  • Aqidah anda tentang kuasa magnet.
  • Pada hukum tauhid. Semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah shj. Dan kuasa pancaran hanya sifat ma'niyah. Sifat ini berdiri dengan zat iaitu hal kelakuan pancarannya, dikeranakan dengan satu kerana. Jika kehendakNya, bukan kuasa magnet boleh menyebabkan kanser. Semuanya kerana kehendak Allah SWT. Yang menjadi asbab penyakit tersebut jika terdedah pada zat oleh sifat kelakuannya.

peringatan untuk kita

  • ‎11 jenis manusia yang didoa malaikat
  • 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
  • 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
  • Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
  • 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
  • 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
  • 5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
  • Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
  • 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
  • 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
  • Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
  • "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
  • Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
  • 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
  • 9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
  • 10. Orang yang sedang makan sahur.
  • Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
  • 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
  • Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
  • Wallahualam selamat beramal kengkawan...smile

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...