Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Julai 29, 2010

Cinta plastik perempuan penggoda

Di hati seorang isteri, apa yang sentiasa didoakan adalah untuk mengecap kebahagiaan rumah tangga hingga ke akhir hayat bersama suami tersayang.

Namun dugaan Allah tidak siapa tahu, ia akan datang tanpa diduga untuk menguji kesabaran seorang isteri dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Tujuan saya hanyalah untuk memberi amaran dan nasihat kepada kaum lelaki supaya tidak terpedaya dengan kecantikan, kelembutan yang ditonjolkan oleh sesetengah perempuan. Selamilah akhlak mereka sebelum terpedaya.”

Begitu amaran yang dikirim oleh Zara (bukan nama sebenar) kepada saya untuk dikongsi bersama pembaca setia minggu ini.

Kita ikuti kisah Zara untuk teladan bersama;”Saya seorang isteri dan ibu berusia awal 30-an. Telah berkahwin hampir 15 tahun. Rumah tangga saya bahagia sebelum ini tetapi hujung tahun lalu ia mula dilanda badai.

“Satu hari, suami pulang dengan keadaan marah dah kecewa. Saya menjadi amat hairan sebab dia mengamuk tanpa sebab.

“Berkali-kali ditanya, akhirnya dia mengalah dan menceritakan sesuatu yang membuat jantung saya bagaikan terhenti seketika. Rupanya ada rahsia yang dia sembunyikan daripada saya.

“Dia marah sebab teman wanitanya yang berasal dari Pantai Timur menjalin hubungan istimewa dengan lelaki lain. Lelaki itu juga kekasih orang.

“Semuanya bermula ketika suami bekerja satu pejabat dengan perempuan itu di sebuah syarikat automotif terkenal di Shah Alam. Setelah mengetahui hubungan mereka saya telah bersemuka dengan perempuan itu. Ketika itu saya sedang sarat mengandung.

“Saya berjumpa dengannya kerana dia adalah tunangan orang dan bercinta pula dengan suami orang. Saya sangka dia akan berubah dan malu dengan saya tetapi tidak… dia semakin galak mahu hubungan mereka diteruskan. Di hadapan saya dia merayu-rayu suami saya supaya jangan tinggalkan dia.

“Tidak cukup dengan itu dia juga mengirim SMS kepada saya meminta supaya membenarkan dia menjadi madu saya, tetapi saya tidak layan.

“Dalam keadaan penuh kecewa saya mengumpul kekuatan, memohon petunjuk daripada Yang Esa dan mendapatkan nasihat daripada motivator, ustaz-ustaz, ibu bapa, sahabat-sahabat dan melalui pembacaan buku-buku motivasi dan membaca al-Quran.

“Sebagai usaha terakhir suami saya telah bertemu dengan teman lelaki baru perempuan itu dan bercakap dari hati ke hati dengan dia sebagai lelaki.

“Daripada pertemuan ini, barulah mereka tahu yang perempuan yang mereka cintai itu telah menipu mereka. Padan muka mereka!

“Malang menimpa perempuan itu apabila bapanya meninggal dunia pada hari terakhir Ramadan. Di dalam keadaan berkabung , ibunya telah menelefon dan memarahi saya dan meminta saya supaya jangan mengganggu anaknya.

“Dia marah kerana saya menghalang cinta anaknya dengan suami saya. Adakah kerana dia sendiri telah bermadu, dia harus menggalakkan anaknya mengikut jejak langkahnya ?

“Ibunya telah mengetahui yang anaknya berkawan dengan suami saya dan teman lelaki barunya secara serentak tetapi kenapa tidak ditegah dari awal-awal lagi. Atau adakah ibunya memang menggalakkan anaknya menjadi perampas suami dan kekasih orang?

“Tindakan si ibu seolah-olah tidak melihat perjalanan hidup anaknya yang tidak menentu – bertunang selama 8 tahun dan kecundang dalam hidupnya. Jenis ibu apakah yang merestui semua ini?

“Setelah disiasat akhirnya baru saya dapat tahu rupanya memang perempuan ini memang makhluk perosak, hobinya bercinta dengan suami orang!

“Sepatutnya dia perlu berfikir panjang dan matang dalam menyelesaikan masalah ini dan memberitahu ibunya yang dia berkawan dengan suami orang.

“Bukan dengan cara mementingkan diri sendiri sehingga tidak memikirkan akibatnya. Kenapa dia tidak bersetuju apabila suami saya hendak memutuskan perhubungan mereka secara baik suatu ketika dulu?

“Yang dia tahu hanyalah memujuk rayu untuk menyambung kembali hubungan dengan suami saya dan apabila berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dia terus melayannya. Apabila diberitahu lelaki itu telah ada kekasih dia akan menangis.

“Air mata sinonim dengan perempuan plastik ini. Mungkin disebabkan air matanya juga, ibunya telah memilih untuk memarahi dan menghina saya tanpa menyiasat latar belakang dan perangai buruk anak perempuannya terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk kepada suami saya yang mana benar dan yang mana salah sebelum dia tersesat jauh.

“Saya bersyukur kerana kini dia telah kembali ke pangkal jalan. Tapi itu tidak bermakna saya akan menerimanya sepenuh hati seperti pada mula-mula dulu.

“Walaupun tiada kepercayaan lagi terhadap suami, saya hanya mampu berdoa semoga cinta akan kembali berputik di hati kami demi masa depan rumah tangga dan kehidupan anak-anak.

“Semoga pengalaman saya dapat memberi iktibar kepada para isteri supaya sentiasa melakukan yang terbaik untuk keluarga.

“Dan yang paling penting, jadilah ibu yang baik untuk anak-anak gadis anda agar mereka tidak terjebak dalam kehidupan kotor seperti gadis plastik yang hadir dalam hidup saya,” kata Zara.

Itulah tabiat kebanyakan lelaki! Tidak pernah puas dengan apa yang ada. Bak pepatah, tiada beban batu pula yang hendak digalas. Bukankah baik jika tumpuan seratus peratus diberikan kepada isteri dan anak-anak yang sedia ada?

Kemampuan? Semua orang boleh mengaku ada kemampuan tetapi sejauh mana kemampuan dan tanggungjawab itu boleh dilaksanakan juga perlu diambil kira. Bukan seperti bertukar pakaian, kotor basuh sudah jemu ditolak ke tepi.

Insan yang bernama wanita, isteri dan ibu bukan barang mainan, bukan juga untuk dijual beli. Oleh itu wahai kaum Adam dan suami, hargailah isteri anda. Jika sepuluh pun wanita yang anda temui dan boleh membahagiakan anda, ia hanya bersifat sementara kerana yang pertama itu adalah yang terbaik anugerah Allah S.W.T kepada anda. Di situlah kebahagiaan abadi sebenarnya!.

Salam

~ Utusan

KISAH CINTA SEORANG SUAMI

Artikel cinta ini berdasarkan kisah yang benar.

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ......... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun. Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi. Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian. Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian. Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur. Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah. Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing. Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya. Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu." Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ......... "Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ..... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu. Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya. "Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..." Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ? Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ? Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu... Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno... Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa? Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru... Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur... Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik... Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya. Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?

SUAMI YANG PANAS BARAN

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak semenjak subuh lagi.

Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sesampai mereka di perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB.

Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata, Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!! Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar tol lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.

Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala si isteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter. Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba -tiba si suami memanggilnya semula.

Suami : Nak pergi mana? Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi! Suami:Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu! Isteri : ???? @#%$*!?>/&$( %#@#@$%&^%*&^?>&%$#^!@~>

Airmata Tengku...

Airmata Tengku...

"Aku ceraikan kamu Tengku Amira dengan talak tiga!" suara Asmadi terketar-ketar. Dia tidak berganjak dari kerusi dan terus tunduk memandang lantai.
Di hujung meja, Tengku Amira juga tunduk. Air mata menitis. Walaupun dia yang meminta untuk di ceraikan, dia tidak menduga sama sekali suaminya akan menjatuhkan tiga talak sekali gus!
Tiada pergaduhan.
Tiada orang ketiga.
Kenapa?
Asmadi tahu jawapannya, dan jawapan itu lah yang membuat hati nya merajuk! Dia lebih sedih dan sayu memikirkan nasib anak-anak yang akan di tinggalkan seorang ibu, demi harta!
Harta yang dulunya mewah umpama kehidupan kerabat di Raja, tiba-tiba hilang di tiup angin perubahan udara politik negara. Asmadi telah di istiharkan sebagai se orang muflis. Dari rumah banglo mewah, mereka berpindah menyewa rumah teres di pinggir bandar.
Sebak Asmadi menuturkan kata-kata halal yang paling tidak di sukai Allah. Kesebakan menusuk kalbu bagai sembilu tajam dan halus. Puas dia memujuk Tengku Amira untuk bersabar melayari ombak kehidupan mereka yang tiba-tiba bergelombang bagai lautan Cina Selatan di musim tengkujuh. Namun, Tengku Amira yang mula-mula nya meminta, ahir2nya mendesak dan memaksa. Dua orang anak-anak mereka berusia tujuh dan sebelas tahun sering melarikan diri ke bilik mereka setiap kali mama dan abah mereka bertukar kata-kata mengenai masa depan rumah tangga yang terus bergoyang.
Elis, anak perempuan sebelas tahun, berbisik kepada adiknya Aris, "Adik jangan risau ye dik, kak Elis akan sentiasa bersama Aris!"
Aris menyembunyikan kepala di bawah bantal. Badan nya bergegar dengan sendu. "Kenapa mama dan abah selalu marah2. Apa salah kita?" Suara Aris di antara sendu.
Elis baring di sebelah Aris. Dia memeluk Aris yang memeluk nya kembali. Airmata Elis menitis ke bahu Aris. Dia berbisik, "Kita tak salah apa2. Mama ingin pergi jauh untuk bekerja. Abah akan bersama kita dan kak Elis tak akan tinggalkan Aris!"
"Kenapa mama tak sayang kita? Aris nak ikut mama!" Aris masih teresak-esak.
Tengku Amira mengadap Kaabah, menadah tangan. Airmata mencurah bagai hujan di dini hari, sejuk bagai embun membasahi pipinya. Wajah anak-anak kadang2nya tersenyum mengintai dari belakang pintu, sewaktu dia pulang dari kerja. Kadang2nya, wajah murung si Aris mengadap pinggan nasi, tanpa menjamah walaupun sebutir. Terbayang wajah Elis, bertelekung di sejadah memohon doa supaya mama dan abah terus bersama dan keluarga mereka kembali seperti dulu-dulu, bergembira dan bahagia! Tengku Amira menangis memohon keampunan dari Allah, keampunan dosa terhadap anak-anak yang tidak bersalah, sebaliknya anak-anak yang begitu mengharapkan kasih sayang dari mama yang berpaling tanpa menoleh ke belakang lagi.
"Pulanglah sayang, pulang lah walau pun sebentar. Anak-anak kita merindui mu!" begitulah sebaris ayat yang terpampang di FB status Asmadi. Sejenak selepas membaca ayat itulah Tengku Amira memohon cuti kecemasan dan datang melutut di depan Kaabah.
"Ya Allah, jika aku bersalah, maka aku memohon keampunan Mu. Jika ini yang terbaik untuk ku dan anak-anak ku, maka aku memohon Kamu berilah aku kekuatan menghadapi cabaran ini ya Allah" Tengku Amira mengulangi. Kedua tapak tangan menutupi wajahnya, air mata kuyup membasahi pipi, menitis ke telekong.
Ketika dia bangun, di rasai bahunya di cuit dari belakang. Tengku Amira menoleh, dan ingin segera berlalu tetapi orang yang ramai berpusu-pusu menghalang jalan keluar.
"Amira!" tegur wanita muda dengan senyuman menguntum. Wanita itu kemudian menyambung, "Saya Alina!"
"Alina?" Tengku Amira berbisik perlahan. Dia terasa seram sejuk. Wajah, suara, bentuk badan wanita itu saling tak tumpah seperti nya. Tengku Amira mengamati wajah itu, padangannya tertumpu ke bibir Alina. Di sudut kiri di bawah bibir Alina ada tahi lalat. "Astaghfirrullah, Ya Allah, adakah ini dugaan Mu juga Ya Allah!" Tahi lalat itu, sama seperti tahi lalat di muka nya sendiri!
"Saya ingin membantu, sila ikut saya!" Alina menghulur tangan memimpin Amira ke arah Bab Abdul Aziz.
"Siapa kamu?" tanya Tengku Amira. Suara nya perlahan tetapi tegas. Dia ketakutan bercampur keliru! Peluh dingin mula memercik di wajahnya.
Alina tidak menjawap sebaliknya terus memimpin Tengku Amira keluar dari Mesjidil Haram. Mereka melintasi hotel Hilton, terus berjalan menghala ke jalan di belakang hotel tersebut. Di tepi jalan ada limosin hitam bercermin gelap menunggu. Alina membuka pintu belakang dan meminta Tengku Amira memasuki. Sebaik Alina menyusul masuk dan menutup pintu, Limosin hitam menjalar menyusur jalan menghala ke arah Jeddah.
"Ke mana kamu membawa saya? Kenapa?" Suara Tengku Amira gugup.
Alina terus tersenyum, memandang jauh ke arah gunung2 batu batan membarisi di pengujung padang pasir gersang.
Limosin hitam berhenti di luar pagar tersergam, di kawal rapi oleh askar bersenjata. Sebaik melihat wajah Alina, pintu di buka, askar memberi tabik hormat.
"Ini lah tempat kamu! Ini istana, lambang segala kekayaan. Di sini semua nya ada, bag tangan berbagai jenama, barang kemas intan berlian, dan apa saja. Makan minum mu nanti di hantar ke kamar. Pakaian dari pereka fesyen terkenal dunia tersedia di kamar utama mu. Mandi mu nanti di siram bagai puteri raja - dan kamu lah puteri raja, walau pun suami mu itu sebenarnya akan bertukar-tukar mengikut siapa di antara putera2 raja di sini yang ber keinginan"
Tengku Amira terpinga-pinga!
Dia panik.
"Kenapa?" dia bertanya.
"Anak-anak kamu mendoakan supaya kamu memperolehi apa yang kamu hajati, supaya lekas kamu dapat pulang kepada mereka! Kamu sebenarnya terlalu inginkan kemewahan. Doa anak-anak mu telah di makbulkan!" Kata Alina tersenyum.
"Tetapi, tetapi.....tapi..."terketar-ketar suara Tengku Amira.
"Kamu bermaksud, tetapi anak-anak kamu juga mendoakan supaya kamu pulang? begitu?" Kata Alina, sambil tertawa sinis.
Tengku Amira mengangguk.
"Doa anak-anak kamu untuk kamu pulang juga telah di makbulkan! Aku akan ke sana, mengambil tempat mu. Kamu jangan risau, mereka akan berbahagia dan akan di sayangi seperti seorang ibu sepatutnya menyayangi!" Kata Alina, mata nya bercahaya dengan senyuman umpama senyuman seorang bidadari!
"Kamu jangan risau, kerana kamu juga akan bergembira, kerana inilah yang kamu inginkan sehingga kamu sanggup meninggalkan anak-anak mu!"
"Aku telah bertaubat!" Tengku Amira tersekat-sekat di dalam sedunya.
"Astaghhfirruulllahhh hal Adzimmmm Ya Allah ampuni lah dosa ku Y a Allah, sesungguhnya aku bertaubat, dan ingin pulang ke pangkuan anak-anak dan suami ku!"
Alina membiarkan Tengku Amira meratap. Senyumannya semakin manis, mewarnai suasana di istana itu.
"Mana mungkin kamu pulang kepada suamimu, dia telah pergi menemui Allah!" jawap Alina.
"Apa maksud mu?" pantas Tengku Amira bertanya.
"Asmadi seorang suami yang baik, penyabar, penyayang, dan sentiasa di dalam keimanan! Allah lebih menyayanginya. Dia pulang ke Rahmatullah seminggu lalu, mati di dalam tidur ketika memeluk kedua anak-anak mu!"
Tengku Amira meraung. Pintu limosin hitam masih tertutup rapat. "Elis, Aris, maafkan mama! apa jadi dengan anak anak aku?"
"Elis dan Aris selamat di dalam peliharan kami. Sesungguhnya kami sentiasa memelihara anak-anak yang tidak berdosa!" Jawap Alina, menjeling ke arah pemandu Limosin, se orang wanita berjubah putih. Baru ketika itulah Tengku Amira perasan yang pemandu itu seorang wanita. "Mana mungkin?" hatinya tertanya-tanya, "Mana mungkin wanita memandu, ini Saudi!"
Dia menangis lagi. Teresak-esak. Sendunya sayu. Tangisannya dari hati yang tiba-tiba merasai begitu kerdil dan menyesal.
"Kamu boleh keluar dari kereta sekarang, dan pergilah ke istana harta mu!" Alina membuka pintu Limosin hitam.
Tengku Amira melangkah keluar. Sinaran mentari hinggap ke pipinya, matanya berpinar. Dia cuba membuka matanya, tetapi cahaya matahari begitu menyilau pemandangan.
Sedikit demi sedikit, dia membuka matanya.
Dua wajah kanak-kanak tersenyum di kiri dan kanannya, memerhati.
Se orang mencium pipi kirinya. Se orang lagi mengucup pipi kanan nya.
"Tadi mama menangis!" Manja sekali suara Aris sambil memeluknya.
"Ya, mama menangis kuat tadi tau! Tu lah mama tidur siang lagi, kan dah bermimpi!" Kata Elis, sambil baring disisi Tengku Amira dan terus juga memeluknya.
"Asgtaghhhfirrulllah HalAdzim!" Tengku Amira mengucap panjang, memeluk Elis dan Aris.
"Mama sayang Aris, Mama sayang Elis!" airmata Tengku Amira mengalir sekali lagi, membasahi pipi. Tiba-tiba sayu hatinya mengingati Allayarham suaminya, Asmadi. Telah lima tahun suami nya pergi! Sejak itu, baru dua bulan ini sahaja dia tidak mengunjungi pusara suaminya setiap pagi Jumaat.
"Abang, Amira akan tunaikan janji kita kepada Allah untuk melakukan ibadah Haji bang! Ampuni lah Mira bang kerana terlalai!" Tengku Amira bangkit, menuju ke bilik air mengambil wuduk.
Azan Asar kedengaran dari Mesjid berdekatan!

Khasiat Ayat Kursi

Ayat Kursi.jpg

Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...