Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Julai 26, 2010

Atasi baran dengan bacaan ruqyah

Saya mempunyai suami yang panas baran. Dulu tidaklah sebaran ini, ia masih boleh dikawal. Sekarang tak boleh tanya atau tegur sikit pasti dia melenting. Kalau bergaduh dia suka keluar malam dan balik pukul 2-3 pagi. Saya cuba berlembut dengan mengikut rentak dia tapi saya rasa tertekan. Beban keluarga diletakkan di atas bahu saya. Anak sakit, perbelanjaan anak-anak, duit dapur hampir semua saya yang urus.

Perasaan syak kuat menguasai saya. Mana tidaknya dia pernah ada perempuan lain. Banyak kali perkara ini terjadi tapi saya maafkan dia kerana fikirkan anak-anak. Saya cuba berbincang tapi semua usaha saya berakhir dengan pergaduhan. Sikapnya itu membuatkan saya tawar hati dengannya. Namun saya masih sayangkan dia dan pernah ajak dia dapatkan kaunseling tapi saya dimarahi.

Kadang-kadang hendak rasanya berpisah dengan dia tapi memikirkan anak-anak, saya batalkan niat itu. Hingga sekarang saya cuma mampu bersabar dan berdoa supaya dia lembut hati dan menjadi suami yang penyayang serta prihatin kepada keluarga. Apa yang merisaukan saya, kadang-kadang marah saya agak keterlaluan dan menyimpan perasaan dendam terhadapnya. Rasa bersalah memang ada tapi bila bergaduh semua itu saya tolak tepi. Apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan:

Saya turut bersimpati di atas apa yang terpaksa puan tempuhi. Namun, begitulah pahit maung ujian kehidupan, bukan hanya puan seorang malah setiap insan yang dilahirkan di bumi ini pasti ada suratan ujian masing-masing yang tidak dapat dielakkan seperti firman Allah dalam surah al-Mulk, ayat 2: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup – untuk menguji dan menzahirkan siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun. (67:02)

Walau bagaimanapun, Allah SWT telah memaklumkan kepada kita mengenai hal ini seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 155: Bahawasanya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut serta kelaparan, dan menghadapi masalah kekurangan harta benda, kehilangan jiwa dan berkurangannya hasil tanaman serta buah-buahan. Maka berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Allah SWT kemudiannya ‘mendidik’ kita tentang apa yang perlu dilakukan apabila ujian kehidupan mengundang dalam ayat seterusnya (2:156): (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka lantas berkata: “Sesungguhnya kami ini adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali.

Jadi, perbanyakkanlah lagi sabar sambil berzikir ayat ini:

“Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un”

Allah SWT telah menjanjikan orang-orang yang membuat amalan ini dengan tiga perkara:

1. Doa (kurniaan),

2. Rahmat dan

3. Hidayah daripada-Nya di dalam ayat seterusnya (2:157)

: Mereka itulah orang-orang yang akan dilimpahi dengan berbagai-bagai kurniaan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang sentiasa mendapat petunjuk hidayah-Nya.

Bagi mengatasi masalah baran suami puan, cubalah membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan

ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’

21:69

21:69

ini semasa barannya muncul: Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (21:69)). Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yang membakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah. Amin.

Apabila berhadapan dengan sikap keras hati suami puan, bolehlah mencuba bacaan ruqyah dari

Surah al-Naml, ayat 30:

16:30

Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.

27:30

Sesungguhnya (perutusan itu) dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (27:30).

Ia bersempena kisah Nabi Sulaiman yang mengajak Ratu Saba’

yang bernama Balqis agar memeluk Islam. Akhirnya, hati baginda menjadi lembut untuk memeluk Islam setelah membaca kepala surat perutusan daripada Nabi Sulaiman di atas. Mudah-mudahan bacaan ruqyah puan walaupun dalam diam akan melembutkan hati suami puan untuk kembali bertanggungjawab kepada keluarga dan bersedia untuk berbincang elok-elok dengan puan dengan izin Allah. Amin.

Bagi pihak puan juga, perlulah melakukan muhasabah diri. Contohnya mengkaji sama ada waktu puan mengajukan cadangan untuk berbincang itu sesuai atau tidak. Orang lelaki biasanya ada anginnya yang tersendiri terutamanya tidak mahu diganggu ketika sedang sibuk dengan sesuatu, dan biasanya apabila puan bertanyakan sesuatu ketika dia lapar, mengantuk, bersedih, penat atau tertekan akan membangkitkan kemarahannya.

Puan juga digalakkan memperbanyakkan

istighfar kerana dalam Surah Hud,

ayat 3

Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya)

Berdoa adalah sinonim dengan kehidupan seseorang Muslim, hatta solat itu pun maksud asalnya doa. Amalan berdoa menjadi simbol penyerahan diri kita kepada Allah dan betapa kita sentiasa memerlukan Allah al-Samad – tempat bergantung. Puan boleh bermunajat kepada-Nya, pohonlah apa jua permintaan puan dalam bahasa Melayu sekalipun di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Allah kan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Serulah dari 99 Nama-nama-Nya yang Indah (Asma’ Allah al-Husna) dalam doa puan, seperti Ya Razzaq Ya Fattah agar Allah melimpahkan rezeki keluarga puan dan seumpamanya, semoga ia segera dimakbulkan. Amin.

Sebagai satu alternatif, puan juga boleh mencuba bacaan ruqyah

dari ayat 200, Surah Ali Imraan yang bermaksud:

3:200

3:200

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya). (3:200)).

Satu lagi amalan baik untuk perlindungan keluarga puan, bacalah Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim. (Maksudnya: Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.) Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. [Sumber: Sunan Abu Daud, juzu' 3, hal. 132, bil. 5088].

Semoga keluarga puan terpelihara di dalam perlindungan Allah terutamanya anak-anak puan daripada mudarat perceraian. Amin

~ Utusan

KELEBIHAN WANITA HAMIL

  • Hikmah berbuat baik cukup banyak dan merupakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita yang tidak dimiliki oleh lelaki..
  • Solat Wanita Hamil Lebih Baik Dari 80 Rakaat Solat Wanita yang Tidak Hamil
  • Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama
  • Wanita Hamil Perolehi Pahala Puasa Di Siang Hari dan Pahala Ibadat Di Malam Hari
  • Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .
  • Pahala Wanita Bersalin
  • Wanita yang bersalin kata Nabi SAW, 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji
  • Malahan Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang diberi susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya
  • Wanita yang beri susu badannya kepada anak yang menangis maka Allah beri pahala 1 tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
  • Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

ketenangan adalah cahaya yang nampak ketika engkau mengingat Allah.

  • assalamu 'alaykum warahmatullahi wabarakatuh“Semoga kesedihan yang saya alami bisa berlalu dan kebahagiaan segera menggantikan deritaku”
  • Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. (ar-Ra’d:28)
  • Dengan sangat jelas Allah menunjukkan bahwa cara untuk meraih ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup adalah dengan mengingat Allah.
  • Cobalah keberuntunganmu dengan menggunakan buku yang bermanfaat atau kaset yang akan mendatangkan faedah, baik dengan cara membaca atau mendengar. Dengarlah senandung tilawah untaian kata yang terdapat didalam kitab Allah. Satu ayat bisa mengubah kepribadianmu, dapat menembus relung hatimu dan dapat mengubah perasaanmu. Bersamanya engkau meraih hidayah dan cahaya. Kemalasan, keraguan, prasangka dan kekhawatiran akan hilang bersamanya.
  • Ya Allah! Sesungguhnya aku adl hambaMu anak hambaMu dan anak hamba perempuanMu . Ubun-ubunku di tanganMu keputusan-Mu berlaku padaku qadhaMu kepadaku adl adil. Aku mohon kepadaMu dgn tiap nama yg telah Engkau gunakan utk diriMu yg Engkau turunkan dalam kitabMu Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yg Engkau khususkan utk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku cahaya di dadaku pelenyap duka dan kesedihanku.” (137)121-121. “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari menyedihkan dan menyusahkan lemah dan malas bakhil dan penakut lilitan hutang dan penindasan orang.” (138)(137) HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani hadits tersebut adl sahih. (138) HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam senantiasa membaca doa ini lihat kitab Fathul Baari 11/173.35- DOA UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM122
  • Pelajarilah tumpukan buku sunnah (hadits) dan bacalah perkataan sang kekasih (Muhammad Shallallahu alaihi wassalam .) DALAM KITAB Riyadh ash-Shalihin, niscaya engkau akan mendapat obat keberhasilan dan ilmu bermanfaat yang akan menjagamu dari kehinaan, akan melindungimu dari kebodohan, serta akan menyembuhkanmu dari segala penyakit.
  • "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut, aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir, aku berlindung kepada-Mu dari dikembalikan kepada umur yang paling hina (pikun), aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia, dan aku berlindung kepada-Mu dari adzab kubur."
  • [Hadits Shahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 2822, 6365, 6370, 6390) dari Sahabat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu]
  • " Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir. " (QS. Al-Baqarah: 250)
  • Penawar hatimu ada adalah wahyu, baik Al kitab maupun sunnah.Allah ta’ala berfirman (yang artinya) :
  • “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu al-Kitab dengan benar, maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan agama untuk-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya agama yang murni itu merupakan hak Allah.”(QS. az-Zumar: 2-3)
  • Pesan Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam kepada Ibnu ’Umar radliyallaahu ’anhuma :”Wahai Ibnu ’Umar, agamamu ! agamamu ! Ia adalah darah dan dagingmu. Maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambilnya. Ambillah dari orang-orang yang istiqamah (terhadap sunnah), dan jangan ambil dari orang-orang yang melenceng (dari sunnah)”
  • Bersabarlah dirimu di atas Sunnah, tetaplah tegak sebagaimana para Shahabat tegak di atasnya. Katakanlah sebagaimana yang mereka katakan, tahanlah dirimu dari apa-apa yang mereka menahan diri darinya. Dan ikutilah jalan Salafush Shalih, karena akan mencukupi kamu apa saja yang mencukupi mereka.”[Syarh Ushul Itiqaad... Ahlis Sunnah wal Jamaah 1/174 no. 315]
  • Imam Syafi’i rahimahullah berkata : “Jika kalian mendapatkan sunnah milik Rasulullah Shallallahu 'Alahi Wasallam, maka ikutilah dan jangan menoleh kepada pendapat siapapun”
  • Kenikmatan sanubarimu ada dalam keimanan. Kesenangan hatimu ada dalam shalat.
  • Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :“Akan dapat merasakan lezatnya iman yaitu orang yang merasa ridha ALLAH sebagai RABB-nya, merasa ridha Islam sebagai agamanya, dan merasa ridha Muhammad -shallallahu ‘alaihi wasallam- sebagai utusan (dari-Nya).” (HR. Muslim dalam Kitab al-Iman, hadits no. 34, lihat ...Syarh Nawawi [2/86])
  • Ibnul Qayyim berkata, “Barangsiapa yang menginginkan kejernihan hatinya maka hendaknya dia lebih mengutamakan Allah daripada keinginan hawa nafsunya. Hati merupakan bejana (untuk mengenal) Allah di atas muka bumi yanag diciptakan-Nya. Maka hati yang paling dicintai-Nya adalah hati yang paling lembut, paling kuat dan paling jernih.
  • Umar bin Al Khoththob –radhiyallahu ‘anhu- mengatakan,...“Sesungguhny
  • a di antara perkara terpenting bagi kalian adalah SHALAT. Barangsiapa menjaga shalat, berarti dia telah menjaga agamanya. Barangsiapa yang menyia-nyiakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tidak ada bagian dalam Islam, bagi orang yang meninggalkan shalat.“ ( Al-Hadist )
  • Keselamatan hatimu bermuara pada keridhaan, dan ketenangan jiwamu tergantung pada sikap rela.
  • Senyuman yang tersungging dibibirmu adalah kecantikan dan keindahan wajahmu. Jilbab menjadi pelindung harkat dan martabatmu. Dan ketahuilah bahwa ketenangan adalah cahaya yang nampak ketika engkau mengingat Allah.
  • Amr bin Ibnu Abasah mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Tempat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah saat ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan shalat pada sepertiga malam yang akhir. Karena itu, jika kamu mampu menjadi orang yang berdzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah." (HR. At Tirmidzi, Ahmad dan dishahihkan oleh At-Tirmidzi, Al-Hakim, Adz-Dzahabi, dan Al-Albani).
  • Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. (ar-Ra’d:28)
  • Wassalam ,

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...