Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Ahad, Julai 11, 2010

Al-Hadith : Neraka Yang Begitu Menakutkan

  • Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu (kerana amat menakutkan). Beliau s.a.w. bersabda: "Andaikata kamu semua tahu apa yang aku ketahui, nescayalah kamu semua akan tertawa sedikit dan akan menangis banyak-banyak." Para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu menutupi masing-masing wajahnya sambil terdengar suara isaknya. (Muttafaq 'alaih) Dalam riwayat lain disebutkan: Rasulullah s.a.w. menerima berita bahawa ada sesuatu tentang sahabat-sahabatnya, lalu beliau berkhutbah, kemudian bersabda: "Ditunjukkanlah syurga dan neraka padaku maka belum pernah aku melihat sesuatu yang melebihi penglihatanku pada hari itu tentang bagusnya syurga dan buruknya neraka. Dan andaikata kamu semua dapat melihat apa yang dapat aku lihat, maka nescayalah aku semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak-banyak." Maka tidak pernah datang pada para sahabat Rasulullah s.a.w. laitu hari yang lebih dahsyat lagi dari hari itu(tentang ngerinya khutbah yang diberikan oleh beliau s.a.w.) Para sahabat semua menutupi kepala masing-masing sambil terdengar suara esaknya.

» APakaH mkNE MimPI nI??

perbincangan dalam forum.....

sorg member aku tnye ape mkne mimpi dia...aku xdpt jwpn nk tnye korg2 kt cni kalau ade yg prnh tdengar ke?! { dia mimpi suasana org meninggal..bkn mimpi org yg meninggal cnth nye ada org kampung dia meninggal (tp xtau sape)..

selalu yg aku dgr kalau mimpi org meninggal mkne nye umur org yg kite mimpi 2 insya allah umur pjg..

tp ni dia mimpi SUASANA org2 kampung urus kn kematian...

huhu bila aku dgr pn agk menginsaf kn lah jugak diri aku ni...

mimpi bkn mainan tidur, ada mimpi merupakan signal dan ada mimpi merupakan gangguan syaitan, bergantung kpd tidur kita. kalau kita tidur dlm keadaan bersih dan berwuduk, jika mimpi yg sama berulang2, maybe itu adalah 'signal'. ustaz dr darussyifa ajar aku, kalau mimpi benda yg tak baik spt kematian, kebakaran dll, bila kita sedar atau tersedar, ludah 3X sebelah kiri dan tidur kembali mengiring ke sebelah kanan. ini adalah cara yg rasulullah ajar bg mengelak drp mimpi buruk itu terjd benar2 kpd kita.
bukannye ludah sampai terkeluar air liur basi ko , hish! naya sape yg tido belah kiri ko ..ala2 ludah gitu..huhu. takpe2, nanti aku cek balik hadith yg cakap pasal mende ni, aku konpemkan betul2 hadith mana riwayat sape, kitab apa ek. aku konpem later..yg pasti ko jgn ludah sampai air liur basi ko jatuh atas tilam

Lelaki syurga pasangan wanita soleh

  • Saya pernah terfikir iaitu kaum Muslimin yang soleh ketika matinya akan disambut oleh bidadari di alam Mahsyar. Kalau kaum Muslimat, siapa yang menyambutnya?
  • Fatimah,
  • Alor Setar, Kedah.
  • Jawapan: Bidadari yang saudari maksudkan itu di dalam bahasa al-Quran disebut al-Hurul Ain, al-Hurul jamak daripada perkataan Haura’ ertinya perempuan yang putih, manakala al-Ain asalnya Uyun, jamak daripada Aina ertinya perempuan yang jeli matanya. Maka, al-Hurul ‘Ain atau bidadari itu adalah perempuan yang putih bersih warna kulitnya lagi indah dan jeli keadaan dua matanya.
  • Bidadari itu bukanlah daripada kalangan perempuan dunia dan bukanlah anak Adam atau manusia. Jika kita melihat sebahagian hadis ada menyatakan paling kurang daripada isteri seorang dalam syurga adalah dua orang perempuan anak Adam, dan tujuh orang bidadari. Kalau manusia daripada tanah, bahan yang menciptakan bidadari adalah daripada mutiara sebagai mana sesetengah hadis.
  • Bidadari itu tempatnya di syurga dan bukan di padang Mahsyar seperti firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 4 bermaksud: “Orang yang bertakwa itu berada pada tempat yang sejahtera. Di dalam taman syurga dan segala mata air. Mereka berpakaian sutera halus dan sutera tebal, yang mana mereka duduk berhadapan. Seperti demikianlah Kami sandingkan mereka itu dengan bidadari.”
  • Kembali kepada pertanyaan saudari, kalau bidadari itu bahagian orang lelaki dari Muslimin, maka bagaimana pula dengan kalangan perempuan? Subhanallah.
  • Wanita di dunia ini jika meninggal dunia akan dipertemukan Allah SWT dengan suami mereka, dan jika ia masih gadis akan dipersandingkan dengan lelaki ahli syurga dengan segala kepuasan dan keredaan hati, tanpa sesuatu kekurangan dan kekecewaan dan mereka akan mendapat sesuatu nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas di dalam hati.
  • Satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Allah SWT berfirman: “Aku sudah menyediakan buat hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga serta belum pernah terlintas oleh hati seseorang.
  • Cubalah kamu membaca: Fala ta’lamu nafsum maa ukhfiya lahum min qurrati a’yun (Surah Sajdah ayat 17 yang bermaksud: “Maka tidak ada satu jiwa pun yang mengetahui kesedapan mata yang disembunyikan buat mereka).
  • Janganlah pula kalangan perempuan rasa iri hati disebabkan lelaki di syurga nanti disediakan bidadari kerana kaum wanita ahli syurga juga akan mendapat bahagian mereka disebabkan amal soleh yang mereka lakukan di dunia dulu.
  • Begitu juga janganlah ada wanita berasa iri hati disebabkan Allah SWT mengizinkan lelaki berpoligami tidak bagi wanita. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa ayat 32 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang telah dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang telah diusahakan dan bagi wanita pun ada bahagian dari apa yang mereka sudah usahakan.” Wallahualam.

Memadailah Kematian Sebagai Nasihat

Sayyidul (Penghulu) Istighfar

penghulu.jpg

Maksudnya:

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.” Amin

Penjelasan:

Sabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...