Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Jumaat, Julai 09, 2010

Derita akibat suami berzina

DALAM kesibukan masing-masing, saya mengambil kesempatan berjumpa dengan Puan Nora di tempat yang dijanjikan, lantas membawanya ke Seremban, kebetulan untuk bertemu kawan. Kerana perjalanannya tidaklah begitu jauh, kami singgah di sebuah restoran untuk berbual panjang.

''Saya hairan dengan kelakuan sesetengah wanita, mereka langsung tak takut dosa dengan membuat maksiat dengan suami orang, sedangkan dia sendiri sudah bersuami dan berkeluarga, '' cerita Nora.

''Sudah lama saya tahu hubungan suami saya Farid dengan Zehan melalui cerita kawan-kawan, dan melalui SMS yang Farid terima. Tetapi bila ditanya, Farid tak mengaku. Sebaliknya mendakwa Zehan yang sering mengganggunya. Hubungan mereka sudah jadi cerita sepejabat. Akhirnya rahsia terbongkar, bila saya tahu dia tuduh Zehan yang menggodanya. .

''Memikirkan Zehan yang suka menggoda Farid, satu hari saya pergi bersemuka dengan Zehan di gerai dia menjalankan perniagaan. Dia menafikan. Tapi bila Farid balik rumah saya pula kena marah. Farid mengamuk mendakwa saya pergi serang Zehan. Malah dia menggugut akan memukul saya kalau saya jumpa Zehan lagi. Peliknya kalau dia tak kenal Zehan kenapa marahkan saya jumpa Zehan.

''Sebenarnya ini bukan kali pertama Farid buat hubungan dengan isteri orang dan gadis-gadis, sudah banyak kali, tetapi semuanya saya sabar kerana memikirkan anak-anak masih kecil dan saya bimbang pelajaran mereka terganggu kalau kami bercerai. Oleh itu mengalah.

''Perangai buruknya bila dah bercinta, duit memanjang tak ada, kitalah tempat dia meminta bila 'sesak'. Bila tak dapat dia mengamuk dan akan berakhir dengan tabiat suka memukul. Sejak kecil anak-anak saya sudah biasa melihat saya kena pukul. Alasan Farid, saya jahat dan bodoh sebab itu kena pukul.

''Sejak peristiwa saya bersemuka dengan Zehan, hidup saya semakin terganggu, Zehan menghantar banyak SMS bukan sahaja kepada Farid, dengan pujuk rayu dan meminta simpatinya, malah lebih kerap kepada saya.

''Tetapi ayatnya bukan mohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya, sebaliknya dia memaki hamun saya di samping mendakwa dia akan bertindak supaya saya bercerai dengan Farid dan dia akan berkahwin dengan Farid.

''Demi anak-anak supaya saya tak bercerai, saya cari jalan hendak bertemu suami Zehan. Dengan bantuan kawan yang bersimpati saya berjaya menjejaki suami Zehan, Zul, sambil menceritakan apa yang berlaku di luar pengetahuannya.

''Malangnya Zul menafikan, tidak percaya apa yang saya ceritakan. Tetapi berjanji akan bertanya dengan Zehan. Oleh kerana saya sering dapat SMS maki hamun daripada Zehan, saya hantarkan kepada Zul biar dia tahu. Tetapi Zul mendapat cerita salah dari Zehan.

ketakutan ''Akibatnya, saya pula menjadi musuh Zul. Satu hari ketika saya ke kedai saya telah dipukul dari belakang oleh Zul. Kerana ketakutan, saya lari ke sebuah butik kecantikan berdekatan. Zul ikut masuk dan terus memukul saya. Bila saya bertanya, katanya saya jahat menganggu rumahtangganya. Saya melaporkan kejadian itu kepada polis. Bila saya mengadu hal ini kepada Farid, saya pula kena marah.

''Peristiwa itu masih dalam siasatan, sungguh saya tak sangka Zul berani memukul saya, sedangkan kebenarannya dia yang telah dipermainkan oleh isterinya yang membuat hubungan dengan suami orang. Malangnya Zul tak percaya.

''Satu hari saya dapat panggilan telefon daripada seorang wanita bersama ibu dan suaminya yang saya tidak kenali, mereka menasihatkan saya supaya segera berubat, kerana katanya kalau tidak rumah tangga saya akan hancur dan suami saya terus jadi bodoh seperti Zul suami Zehan. Saya terkejut dan bertanya lebih lanjut.

''Dalam perjumpaan dengan saya wanita ini menunjukkan gambar-gambar Zehan bersama keluarganya. Katanya gambar-gambar dirakamkan ketika mereka menjadi kawan baik. Mereka bersahabat lebih 20 tahun lamanya.. Dia juga mengaku mereka anak beranak disuruh oleh Zehan mengganggu saya di telefon satu ketika dahulu.

''Katanya kini mereka sedar atas kesalahan yang dilakukan, kerana rumahtangganya juga hampir musnah. Setelah berubat kini baru dia insaf dan meminta maaf daripada saya.

''Daripada wanita ini saya mendapat alamat rumah ibu Zehan. Katanya saya patut cuba pergi meminta bantuan, mungkin ibunya boleh menasihatkan Zehan.

''Beberapa bulan kemudian saya pergi ke rumah ibu Zehan, tujuan saya supaya ibunya yang lebih matang itu boleh menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengganggu rumahtangga kami. Malangnya, belum sempat saya bercerita, ibu Zehan menghalau saya dengan sebatang paip plastik yang diketuk ke lantai dan ke dinding sekuat hati supaya saya tidak menghampirinya.

''Esoknya Zehan bawa ibunya buat laporan polis menuduh saya serang ibunya. Kepada ibunya saya katakan bahawa Zehan mengacau suami saya. Zehan pula dengan bangganya mengaku di depan ibu yang dipimpinnya, bahawa dia bukan sahaja mengacau tetapi dia memang selalu berzina dengan suami saya. Pengakuannya itu didengar oleh ibu dan adik lelakinya.

''Rentetan peristiwa itu hubungan saya dengan Farid jadi tak tenteram, dia tuduh saya menghasut anak-anak kami yang telah dewasa dan telah bekerja dan menuntut di universiti membencinya. Katanya, semakin hari anak-anak jadi kurang ajar tak mahu bercakap dengannya.

''Setelah diceraikan barulah saya sedar tidak ada gunanya dipertahankan perkahwinan ini, kerana selepas peristiwa itu barulah saya tahu banyak keburukan Farid,'' katanya.

Menurut Nora, jiwanya semakin tenang dan tenteram. Kata anak-anaknya, ayah mahu bercerai kerana tak lama dia akan bersara, akan dapat banyak duit, dan dia merasa dia cukup mewah dan tidak mahu hidupnya diganggu. Kepada kaum wanita semua ambillah iktibar.. Sebaiknya kayakan diri sendiri.

Wanita Tidak Boleh Meminta cerai kerana Suaminya Ingin Berkahwin lagi

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir r.a yang menyebutkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda,
“Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya. Orang bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’ Lalu Iblis menjawab, ‘Engkau belum melakukan apa-apa lagi yang besar.” Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam melanjutkan,
“Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, “Aku mengikuti manusia sehingga aku tidak meninggalkan mereka melainkan aku telah berhasil memisahkan seorang suami dan isterinya.’’ Lalu iblis memanggilnya agar dia dijadikan dekat dengan Iblis dan berkata, “Sebaik-baik fitnah adalah usaha yang telah engkau lakukan.
(Hadis Sahih riwayat Muslim no. 2813) Seorang ulama’ ahlul sunnah pernah menyebutkan bahawa tidaklah ada perkahwinan melainkan seorang wanita itu pasti pernah meminta cerai daripada suaminya lantaran didesak oleh Syaitan. Sabda Nabi bermaksud:
"Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak." Dan lagi: "Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak."
(Riwayat Abu Dawud)
Apakah Seorang isteri boleh meminta cerai daripada suaminya kerana suaminya hendak berpoligami ?
Hukumnya ialah haram dan termasuk dosa apabila tidak menerima poligami kerana enggan tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt bahawa kaum lelaki dibolehkan untuk berpoligami.
Menolak untuk dimadukan adalah haram apabila tiada alasan yang munasabah dan dapat diterima oleh syarak.
Ini disebabkan oleh hadis yang menyebutkan :
"Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga."
(Hadis riwayat Abu Daud) Perbuatan mana-mana wanita termasuk isteri seorang artis atau ustaz yang meminta cerai kerana tidak rela dimadukan suaminya adalah salah dan tidak boleh dicontohi atau diberikan galakan.
Perlu diketahui bahawa isteri yang meminta-minta cerai dari suaminya adalah dicela menurut hukum Islam. Dan terdapat beberapa hadis lagi menyebutkan hal ini selain yang di atas seperti :
"Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa mempunyai sebab yang diterima Islam, maka diharamkan baginya untuk mencium bau syurga."
(Riwayat al-Hakim, 2/200, hadis yang sahih) Hendaklah kaum wanita bermuhasabah dan mengambil Al-quran dan As-sunnah sebagai panduan mereka bukanlah menurut hawa nafsu dan perasaan. Kaum perempuan itu kerap sekali mensyirikkan Allah dengan nafsu dan perasaan mereka.Ini pernah disebutkan di dalam sebuah hadis yang menyebutkan :
“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka. Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.”
(Hadis Sahih riwayat Muslim) Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj, melihat ramai ahli neraka adalah daripada kalangan golongan wanita. Sahabat di kalangan wanita bertanya kenapa? Lalu Baginda SAW menjawab:
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya salah seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka ini ialah wanita yang menggunakan lidah mereka menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”
(Hadis riwayat Muslim) Wallahualam. Bagaimanakah Hukum Suami yang mengabaikan isteri apabila hendak berpoligami atau mengabaikan tanggungjawab mendidik dan mentarbiyah keluarga kerana sibuk dengan kerjaya atau pelbagai sebab lain ? InsyaAllah kita akan bincang di dalam penulisan yang seterusnya berkenaan tanggungjawab suami dan larangan Islam terhadap pengabaian isteri dan anak-anak. Segala puji hanyalah bagi Allah swt Ya Allah kerana kejahilan dan kezaliman hamba-hamba-Mu terhadap syariat Islam mengakibatkan syariat Islam ditinggalkan dan diabaikan.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...