Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Jun 05, 2010

Umat Islam hari ini ibarat Israel di zaman Musa

sumber dr blog ilmuan>>> http://ustaz.blogspot.com/

Kecoh dan heboh jadinya umat Islam di seluruh dunia apabila kapal bantuan Mavi Marmara yang merupakan salah sebuah daripada kapal-kapal yang memuatkan bantuan kepada rakyat Palestine diserang oleh Zionis-Israel. Setakat ini dilaporkan 19 maut dan 30 orang tercedera apabila komando Israel menyerang Flotila (kumpulan kapal bantuan) yang membawa 10,000 tan bahan bantuan dan 700 aktivis kemanusian pelbagai bangsa dan negara. Reaksi umat Islam sudah dijangkakan, mesyuarat tergempar, kutukan terhadap Israel dan demonstrasi jalanan secara aman yang akan terpaksa dihadapi oleh pihak kedutaan Israel di seluruh dunia. Reaksi ini sudah dijangkakan oleh Israel dan mereka sendiri cukup bergembira dan bersenang hati melihat umat Islam bertindak sedemikian. Ibarat menonton rancangan Sarkas, lucu melihat monyet yang terkinja-kinja bising apabila diusik. Ini adalah rutin dan Israel menghadapinya dengan bersenang hati. Umat Islam bersifat seperti bani Israel Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran, menceritakan kepada kita tentang kisah Musa apabila beliau berkata kepada bani Israel :“Wahai kaumku, masuklah kalian ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu akan menjadi orang-orang yang rugi.” (Al-Ma’idah : 21) Maka umat bani Israel di waktu itu menjawab kepada Nabi Musa as dengan berkata : “Mereka berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar daripadanya. Jika mereka keluar daripadanya, pasti kami akan memasukinya." (Al-Ma’idah : 22) Maka Allah memilih untuk menjadikan di antara mereka golongan yang masih beriman dan yakin dengan berkata : “ Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman."(Al-Ma’idah : 23) Namun umat bani Israel di waktu itu menjawab : “Mereka berkata: "Wahai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada di dalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya akan duduk menanti di sini saja." (Al-Ma’idah : 24) Inilah sikap bani Israel di waktu itu yang pengecut dan bacul yang telah berpindah dan berjangkit kepada umat Islam hari ini apabila kita semua telah diracuni oleh racun al-wahn. Apakah racun Al-Wahn itu ? Daripada Sauban r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :“Sebentar lagi akan datang umat-umat yang akan berkerumunan (untuk memperbutkan) kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan. Maka seorang bertanya: Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit? Baginda s.a.w menjawab : Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn? Baginda menjawab : Cinta kepada dunia dan takut mati” (Hadis riwayat Abu Daud) Kita masing-masing mengalih kepada satu sama lain dan menanti orang lain untuk pergi membantu Palestin dan kita biarlah duduk di belakang membantu secara selesa. Lebih lucu, ada sekelompok kecil umat Islam hari ini, kelompok tersisih yang merasa diri mereka suci dan terjamin syurga kerana menyangka jalan mereka ialah jalan yang satu daripada 73 jalan menganjurkan supaya umat islam di Palestin berpindah sahaja keluar dari situ ke negara-negara lain. Ini saranan yang cukup menunjukkan sikap sebenar mereka yang lebih mencintai kefasikan dan kekufuran berbanding Islam. Sekaligus menguatkan sangkaan bahawa operasi dakwah mereka di sekitar tanah arab dan asia tenggara yang kemungkinan dibiayai oleh Zionis. Mereka berpendapat isu Palestin bukanlah isu agama, umat Islam tidak perlu bersorak dan menghabiskan masa ke sana sebaliknya harus menumpu ke kelas-kelas agama milik ustaz mereka dan mendengar leterannya tentang bid’ah dan Islam tafsiran mereka. Cukup ajaib golongan ini apabila mempromosikan ketaatan kepada pemerintah sekular secara mutlak di atas nama sunnah. Tetapi apabila pemerintahan beralih arah kepada pemerintahan Islam suatu hari nanti maka anda akan menyaksikan pembelotan mereka apabila merekalah golongan yang pertama sekali akan mengundur diri daripada soff-soff umat Islam di atas alasan pelbagai yang akan direka oleh guru mereka. Berkata Musa: "Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu."(Al-Ma’idah : 25) Semoga Allah menetapkan kita bersama orang yang beriman yang yakin dan bertawakal kepada Allah SWT. Jika anda yakin bahawa dakwah baginda telah sempurna, jadikanlah mati anda di jalan Allah. Allah Swt befirman yang bermaksud : “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.”(Yusof : 111) p/s: Alangkah bagusnya kalau ada sesiapa yang boleh menulis buku bertajuk "Manual lengkap atau panduan untuk menjadi mujahid di jalan Allah serta persiapan-persiapan dan apa yang perlu dilakukan untuk membuat transformasi diri menjadi mujahid di jalan Allah SWT." Wallahu'alam.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...