Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Mei 25, 2010

Faedah Berkawan Orang Berilmu

ORANG berilmu mempunyai tempat yang baik dalam Islam. Menggunakan ilmu yang ada padanya, dia bukan saja dapat mengamalkannya, malah diajar kepada orang lain supaya memberi manfaat dan kebaikan.

Justeru, Islam sangat menggalakkan umatnya bercampur dengan orang berilmu.

Lukman Al-Hakim berpesan kepada anaknya: “Hai anakku! Duduklah bergaul dengan orang yang bijaksana dan redalah dengan perkataan mereka, nescaya akan bertambahlah kebijaksanaan dalam dirimu.

“Hai anakku! Hendaklah engkau duduk bergaul dengan orang yang kuat berzikir mengingati Allah kerana ia akan menghidupkan ilmu serta memperbaharui perasaan khusyuk dalam hati.”

Sebaliknya, jika kita berkawan dan menjadi orang jahat sebagai rakan, nescaya akan terpengaruh dengannya.

Dalam hal ini, Lukman berpesan kepada anaknya : “Hai anakku! Sesungguhnya orang yang keji, lagi kotor dan celaka adalah Sekiranya dia di bawahmu, dia menolakmu. Sekiranya dia di atasmu, dia menindasmu.

“Sekiranya engkau bersahabat dengannya, maka dia menyusahkanmu dan sekiranya dia berpisah denganmu, dia tidak akan mengucapkan selamat jalan kepadamu.”

Lukman berpesan lagi katanya: “Hai anakku! Sesungguhnya orang yang keji, lagi kotor dan celaka adalah sekiranya dia beramal, dia melakukan yang buruk.

“Sekiranya dia duduk, dia membuang masa. Sekiranya dia dikayakan, dia tidak berpuas hati.

“Sekiranya dalam keadaan fakir, dia berputus asa. Sekiranya dia gembira, dia melakukan kejahatan. Sekiranya dia bersedih, dia berputus asa.”

Menyatukan kembali pasangan

amalan ke 6
amalkan ayat
surah al-imran ayat 103
maksudnya:
Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kami berpecahbelah dan ingatlah akan nikmat allah kepadamu

bahulu mekar kukus

assalamualaikum..ermm tetiba rase rajin jugak nak jalan2 umah kekawan...ermm umi suka jengguk umah kak anis..
http://anissdairy.blogspot.com/
.kak anis seorang ibu yg suka masak ..ermm memang bertuah sungguh...punya ibu seperti kak anis ni..umi pandai copy n paste jer ..bila lak nak buat ni..
kak anis mintak kebenaran nak simpan resepi2 ni ya
Bahan-bahannya:
125 gram tepung
1 st double acting baking powder
1 st ovallete
120 gula halus
1 sb pes coklat
1 biji telur
70 ml air suam
70 ml susu segar/cair
sedikit esen vanilla
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali pes coklat dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
2. Kemudian dipukul hingga kembang dan gebu macam adunan hendak buat bahulu.
3. Bahagi dua adunan tadi. Satu diwarnakan dengan pes coklat dan satu lagi dibiarkan warna asal.
4. Masukkan adunan tadi berselang-seli di dalam acuan kuih lompang.
5. Kukus dengan api kuat selama 15 minit.

WANITA JAHAT SENJATA SYAITAN ?...

sumber dr blog agama

http://yaneyms.blogspot.com/
Aduhai sahabat-sahabat wanita ku sekalian, jangan sesekali kita lupa akan peringatan Allah SWT yang bermaksud :Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nuur 24:31) Memanglah ada PERINGATAN Allah SWT kepada kaum Adam perihal menjaga mata pandangan, seperti firman-Nya : Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah an-Nuur 24:30) Wahai sahabat-sahabat ku, walaupun MEMANG ada peringatan Allah Taala kepada kaum Adam, tetapi berapa keratkah di kalangan mereka yang benar-benar menjaga pandangan mereka dan janganlah kita lalai kerana mereka ini mudah lupa, sering leka, gemar tergoda dan akan menyalahkan kaum Hawa juga akhirnya, jadi adalah lebih baik wajar kita menjaga diri kita sendiri daripada terjerus seperti mereka… huk... huk... Kaum Adam jangan marah... ek... Memang kita tidak mampu menghentikan hobi mereka yang suka sangat ‘usha-mengusha’ kaum hawa kerana bagi mereka, amat RUGI jika tidak ‘usha-mengusha’kaum Hawa. Namun kaum Hawa berkuasa mengubah diri sendiri daripada ‘diintai’ oleh mereka yang bermata keranjang ini. Saya teringat kata-kata yang agak famous yang sering disebut-sebut oleh kaum Adam. Dikatakan (entah siapa yang kata? Nabi SAW tidak pernah berkata begini), wanita dikurniakan dengan 1 akal 9 emosi. Manakala lelaki dikurniakan 9 akal 1 nafsu. Secara pemahaman literal membawa maksud wanita mampu mengawal 9 nafsu emosinya dengan hanya 1 akal, sebab hampir tidak pernah saya dengar ada kes perempuan mer*g*l lelaki, kan? Tetapi lelaki memerlukan keupayaan 9 akal untuk mengawal hanya 1 nafsunya. Kuang... kuang... kuang.... Adakah ini menunjukkan Allah SWT tidak adil dalam mengurniakan keupayaan akaf fikiran manusia mengikut gender? Hemmm.... Sejak azali lagi dan di dalam Islam sendiri, lelaki perlu sentiasa di depan dan wanita di belakang, menyokong lelaki. Wanita di zaman Rasulullah SAW menjadi penyokong kuat kaum lelakinya. Tetapi dunia kini hampir mempunyai fakta yang terbalik pula. Tak mengapalah.. . Lelaki dan wanita dilahirkan supaya lengkap-melengkapi. Kita kaum Hawa beralahlah.. . Beralah bukan bererti kita kalah, sebenarnya besar ganjaran untuk kita di kampung akhirat nanti, insya Allah. Allah SWT menyebut dalam surah ali-‘Imran ayat 14 yang menyatakan bahawa antara perhiasan dunia ini ialah wanita, maksud firman-Nya : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” Jadi, kita tidak berhias pun, masih dikatakan hiasan dunia, apatah lagi jika kita berhias berlebih-lebihan. .. ingat tu! Sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua golongan ahli (penduduk) neraka yang kedua-duanya belum pernah aku melihatnya; (iaitu) kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi (lembu) yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan (kedua) wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) sama seperti bertelanjang(pakaian terlalu ketat dan nipis, tidak menutup sebahagian aurat sebagaimana yang diperintahkan oleh agama yakni yang dapat dilihat rupa bentuk tubuh kepala dan badan) dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu (yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka) rambut mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadis riwayat Muslim) Ini lagi satu versi hadis yang berlainan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan),berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.” (Hadis riwayat Ahmad) Menurut Muhammad Isa Daud dalam bukunya Dialog dengan Jin Islam, bahawa iblis mempunyai tentera yang berkeliaran di seluruh tempat. Mereka merupakan syaitan-syaitan peronda. Antara mereka ada yang berkumpul di jalan-jalan untuk menyambut kaum wanita yang keluar rumah dalam keadaan bersolek (berlebih-lebihan dalam berhias atau bertabaruj). Janji Iblis Sesungguhnya Iblis akan sentiasa berusaha mengganggu dan menyesatkan keturunan Adam agar berpaling daripada kebenaran. Ia tidak akan membiarkan manusia itu beriman dan taat melakukan suruhan Allah SWT. Allah SWT mendedahkan janji Iblis ini dalam surah al-A’raf ayat 14 hingga 17, maksud firman-Nya : Iblis berkata, “Berilah tempoh kepadaku (untuk menggoda manusia) hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).” Allah berfirman : “Sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu amsa yang tertentu).” Iblis berkata : “Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh-sungguh menghalangi mereka (daripada) jalan-Mu yang lurus. Kemudia aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka. (Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” Godaan wanita Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Usamah bin Zaid r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi kaum lelaki dengan sebab kaum wanita.” Imam Muslim juga meriwayatkan dalah Sahihnya, daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kalian takut terhadap (godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita.” Imam Muslim dalam Sahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn al-Zubair, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya wanita itu, ketika datang dari depan, dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula. Oleh sebab itu, jika salah seorang daropada kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian, maka hendaklah dia segera mendapatkan isterinya, dengan demikian itu dapat menolak (gejolak nafsu) yang ada dalam dirinya.” Dalam satu hadis yang lain pula, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah maka syaitan akan menghias-hiasinya dan wanita yang paling dekat dengan rahmat Rabbnya adalah yang berada di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, dishahihkan Al Albani dalam Shahihul Jaami’) Syaitan ini ‘menghias’ kaum wanita itu agar kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya, agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah SWT. Adakah wanita itu JAHAT dalam segalanya? Eh.. Nanti ada pula kaum wanita yang marah-marahkan … jangan salah faham, ya… Mengenai fitnah (godaan) yang ada pada wanita, di samping fitnah yang ada pada harta dan anak-anak, di mana hal itu telah diterangkan di dalam al-Quran dan dianjurkan supaya mereka WASPADA dan MENJAGA DIRI dari fitnah (godaan) tersebut. Ertinya, daripada hadis di atas, ia menunjukkan bahawa wanita itu bukan jahat, tetapi mempunyai PENGARUH yang besar bagi manusia terutamanya kaum lelaki yang dikhuatirkan akan lupa pada kewajibannya, lupa kepada Allah dan terhadap agama. Selain masalah wanita, al-Quran juga mengingatkan manusia mengenai fitnah yang disebabkan dari harta dan anak-anak. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya harta-harta dan anak-anakmu adalah fitnah (godaan/cobaan bagimu); dan pada sisi Allah-lah pahala yang besar.” (Surah at-Taghaabun: 15) Firman Allah SWT lagi, yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman! Janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu mengingat kepada Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah al-Munaafiquun : 9) Selain dari itu (wanita, anak-anak dan harta yang dapat mendatangkan fitnah), harta juga sebagai sesuatu yang baik. Allah berfirman yang bermaksud, “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri dan menjadikan bagimu dan isteri-isterimu itu, anak-anak dan cucu; dan memberimu rezeki dari harta yang baik-baik…” (Surah an-Nahl: 72) Oleh kerana itu, dianjurkannya untuk waspada dari fitnah kaum wanita, fitnah harta dan anak-anak, hal itu bukan bererti ke semuanya bersifat jahat, tetapi demi mencegah timbulnya fitnah yang dapat melalaikan kewajiban-kewajiban yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Subhanallah. .. Tidak mungkin Allah SWT menciptakan suatu kejahatan, kemudian dijadikannya sebagai suatu keperluan dan keharusan bagi setiap makhluk-Nya. Makna yang tersirat dari suatu kejahatan itu adalah suatu bagian yang amat sensitif, realitinya menjadi lazim bagi kebaikan secara mutlak. Segala bentuk kebaikan dan kejahatan itu berada di tangan (kekuasaan) Allah SWT. Berkaitan fitnah wanita ini juga, Ibn Abbas mengatakan, “Tidak ada dalam kalangan orang terdahulu yang menjadi kafir, kecuali gara-gara wanita dan orang yang terkemudian pun kafir gara-gara wanita (juga).” Said Ibn al-Musayyab berkata, “Setiap kali syaitan berputus asa mengganggu seseorang, maka dia akan melancarkan gangguannya melalui wanita.” Demikianlah penyebab di mana pelaku maksiat semakin terjerumus dalam dosa. Antara syaitan ini ada yang ‘pakar’ membuat indah pada bahagian tubuh wanita, sehingga tertarik setiap lelaki yang melihatnya. Syaitan melakukannya siang dan malam, tanpa putus asa sehingga ramai manusia terjerumus kepada dosa dari fitnah wanita ini. Oleh sebab itu, Allah memberikan bimbingan bagi kaum lelaki untuk menjaga dirinya dari bahaya dan fitnah yang dapat disebabkan dan mudah dipengaruhi oleh hal-hal tersebut. Elok juga kaum lelaki mentelaah entry berkaitan Mata dan Bahaya Pandang Memandang. Diwajibkan juga bagi kaum wanita, agar waspada dan berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat yang diupayakan oleh musuh-musuh Islam untuk menjadikan kaum wanita sebagai medium perosak budi pekerti, akhlak yang luhur dan bernilai suci. Seruan untuk diri saya sendiri juga dan bagi para wanita Muslimah, kembalilah pada kudrat mu sebagai wanita yang solehah, wanita hakiki, isteri solehah dan sebagai ibu teladan bagi rumahtangga, agama dan negara. Mari kita sama-sama renung-renungkan....

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...