Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Jumaat, Mei 21, 2010

Semua Masjid Wajib Adakan Demo Bantah Judi Sukan

ulasan dr blog~~~

tentang hari ini::::
.
.
sebab umi tak pergi ikut abah ke..masjid batu 6..kalau tak mesti dapat dengar Tuan Guru Haji hadi baca khutbah..tentang.. bantahan judi haram tu...ini ialah artikel yg berguna dr blog sahabat~~~

http://cipantapirtenuk.blogspot.com/

Kalu korang prihatin... bab isu halal haram nih.. gua mintaksemua Masjid wajib adakan demo bantah judi sukan... tak kira dimana... walau jamaah masjid tue sikit... tapi kena wajib buat demo bantah judi sukan esok selepas solat Jumaat..
Kalu ader mana-mana masjid yang tak berminat nak buat demo bantah judi sukan selepas solat Jumaat esok... maka gua anggap.. keseluruhan kariah masjid tue memang la penyokong kuat judi nih... Ingat.. bala dari Allah tak datang pada pembuat maksiat sahaja... tapi... seluruh masyarakat setempat... So... walaupon korang ader sorang atau dua orang jer yang nak berdemo kat mana-mana masjid esok selepas solat Jumaat... maka wajib korang buat.... Gua harap gak khutbah Jumaat esok dan seterusnya... kena bawak ayat berkaitan larangan judi... kalu ader makmum yang membantah... maka sohih lah... makmum tue penyokong kuat judi ... dan wajib la makmum tue bertaubat nasuha dan mengucap kembali dua kalimah syahadah... Kepada mana-mana Imam dan Khatib... lu orang jangan takut nak baca khutbah tentang larangan berjudi... jangan takut dengan manusia..... boleh jatuh kufur kalu takut dengan manusia... patutnya takutlah hanya kepada Allah S.W.T. Jadi... gua nak tengok semua masjid di Malaysia buat demo anti judi selepas solat Jumaat... ini perkara wajib nih...

Demo Bantah Judi Sukan

Bhai... gua setuju kita anjurkan demo bantah judi sukan... memang patut pon kita anjurkan... kalu kita orang yang mengaku Islam tapi... masih buat tak kisah jer bab hukum hakam nih... mmm... tak tau la gua nak kata camana... aper jenis Islam la nih... Patutnya... demo bantah judi sukan nih bukan PAS yang lead.... tapi.. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang lead bab agama nih... Jamil Khir yang patut lead.... pastue... para Mufti dan Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang lead... dan yang paling patut sekali .. adalah para Sultan dan Raja-Raja Melayu yang "kononnya" (gua tak hina institusi sultan aaa... jangan bodo baca "out of context") menjadi penaung dan payung Agama Islam di Malaysia... tak pon.. geng-geng kat JAKIM dan IKIM yang tolong sama lead... Patut diorang nih la yang lead.... tapi... hehehe... yang geng-geng gua sebutkan kat atas nih... gua rasa ... takkan nak turun dan lead the demo.... depa setakat tengok jer dari rumah atau opis diorang jer... sokong pon tidak... membantah demo yang dibuat tue mungkin la... Sebab apa... sebabnyer.. diorang nih dah kenyang ... biler dah kenyang... tue yang tak boleh nak bergerak tue... kenyang apa.... tau-tau sendiri sudah la... Biler pikirkan balik aaa... pasai apa jadi camnie... kenapa geng-geng yang konon menjaga kepentingan Islam dok buat pekak nih.... rupa-rupanya... memang ader hadith Rasulullah yang cerita bab nih... kat akhir zaman... pemuka-pemuka nih makin banyak... dan yang menjahanamkan Islam tue bukan orang lain.... orang yang kononnya menjaga kepentingan Islam... Oh yer... PERKASA dan PEKIDA gua tak dengar pon komen diorang bab isu judi nih... atau memang PERKASA dan PEKIDA ader jugak join tumpang sekaki ngan projek Vincent Tan nih... hahaha... oh yer... YADIM aper cerita... takkan senyap gak... Buat sesapa blogger yang kat Perak tue.. tolong aaa... cek tengok.. sama ader Mufti Harussani ader join samer... kat KL dan Selangor... telong tengok yer.. ader tak Jamil Khir Baharom join demo... tengok sama ader tak Mohammed Khusrin pengarah JAIS tue turun sama demo... hahaha... Oh yer... lupa la pulak.... tolong tengok sama Mashitah Ibrahim, Ma'amor Osman dan Pirdaus Ismail bekas imam besar masjid negara tue ader tak join demo.... hahaha.... Nakhaie dan Dasuki Ahmad.. for sure takkan turun punya.... diorang dah jauh tersesatnyer... hahaha
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz0oYmnrh7S Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz0oYm7kGhY

~AWARD N MUNGEE..

Ermmm assalamualaikum..salam hari jumaat syukur umi..hari ni selesai menjalankan misi...program..upu./...cawangan daerah kampung tok hjembal..ermm misi tu terdiri dr muslimat2 kawasan dun kat tempat umi jer..heheh banyak pengalaman yg dapat hari ni...hari umi mengikut muslimat 2.menjalankan bancian penduduk..ermm seronoknyer dapat berjumpa2 ngen penduduk kampung hehehe
.
.
.
.
tugas yg bert gak ni..heheh baru je gi banci bukan nyer gi kempen heheh
.
.
.
balik umah ...nak jengguk blog heheheh...syukur lah ader hadiah dr kekawan blog yg baik hati.
http://atehqshe.blogspot.com/
terima kasih atih sudi bagi award dan bunga tanda persahabatn ...semoga persahabatn kat alam maya ni akan kekal hingga kita berjumpa..betul2 di luar sana ya...terima kasih banyak2 dr umi sekeluarga..penghargaan dan salam ukhwah...semoga persahabatan ini di rahmati Allah hendaknya aminn
http://atehqshe.blogspot.com/

MURUNG CABANG PENYAKIT JIWA...adakah anda.....??

Sesiapa saja boleh mengalami masalah kemurungan tidak mengira usia, jantina atau bangsa malah kanak-kanak seawal usia lima tahun juga boleh mengalami kemurungan cuma simptom mereka berbeza daripada orang dewasa.

Bagaimanapun, mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi daripada lelaki kerana mereka lebih bersikap tanggungjawab dan mengambil tahu setiap perkara secara mendalam.

Penasihat Psikiatri Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr Daniel Zainal Abdul Rahman, berkata pesakit yang mengalami masalah kemurungan akan hilang keyakinan diri, berasa rendah diri serta hidup dalam dunia mereka sendiri.

Menurutnya, jika tidak dirawat segera penghidap masalah kemurungan akan berasa dunia mereka seolah-olah tamat di situ saja dan ini menyebabkan banyak kejadian bunuh diri berlaku.

"Disebabkan itu, mereka perlu mendapatkan rawatan pakar selain ubat-ubatan bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Ini disebabkan kemurungan bukan kelemahan peribadi tetapi penyakit yang menjejaskan otak yang memerlukan rawatan perubatan dengan segera," katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Antara sebab wanita lebih kerap berdepan dengan kemurungan ialah perubahan peringkat hormon yang dialami sepanjang hidup mereka terutama selepas mengalami haid, hamil, selepas bersalin, pramenopaus dan putus haid.

Hormon dalam badan akan berubah sepanjang tempoh kehidupan dan wanita paling banyak mengalaminya. Ia sedikit sebanyak memberi banyak tekanan dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu katanya, tekanan atau stres melampau juga boleh mendorong ke arah kelainan ini. Kadangkala kemurungan boleh berlaku walaupun kehidupan individu berkenaan sihat dan normal.

Antara penyebab tekanan termasuklah penat dalam usaha untuk mengimbangkan antara tugasan di rumah dan tempat kerja, mempunyai pekerjaan yang berat dan membebankan, status ibu atau bapa tunggal, masalah kewangan serta perceraian ataupun kematian pasangan hidup.

"Oleh itu, keseimbangan dalam melakukan kerja harian amat perlu untuk mengelakkan tekanan dihadapi dan lakukan perkara itu setakat termampu. Jangan memaksa diri melakukan perkara di luar kemampuan diri," katanya.

Namun begitu katanya, penyakit kemurungan juga boleh diwarisi sekiranya ada sejarah kemurungan dalam keluarga.

"Bagaimanapun sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat serta tidak terlalu bercita-cita tinggi hingga sukar digapai dan menyebabkan kekecewaan, maka ia satu cara hidup yang ringkas tanpa sebarang bebanan," katanya.

Malah ramai beranggapan seseorang itu gila jika berjumpa pakar psikiatri walaupun sebenarnya banyak masalah mental yang tidak ada kaitan dengan gila dan tidak kurang juga yang menganggap kemurungan sebagai masalah biasa.

Menurutnya, faktor kemurungan boleh berpunca daripada pelbagai sebab seperti kematian anggota keluarga, putus kasih, perceraian, krisis ekonomi dan bebanan di tempat kerja serta akibat penyakit kronik.

Biasanya pesakit yang mengalami masalah kemurungan akan hilang minat terhadap perkara yang menggembirakannya. Mereka juga berasa tidak fokus, mengasingkan diri, hilang selera makan atau gangguan tidur dan kurang memberi tumpuan terhadap kerja.

Dianggarkan terdapat 300 jenis penyakit tergolong dalam penyakit psikologi dan kemurungan adalah satu cabang daripada penyakit jiwa.

Penyakit kemurungan boleh memberi kesan kepada tubuh badan dan kehidupan sosial penghidapnya kerana ia satu penyakit yang menyebabkan seseorang individu berada dalam keresahan dan kegelisahan secara berterusan tanpa sebarang sebab munasabah.

Malah jika tidak ditangani secara rasional, masalah kemurungan ini boleh melarat kepada perkara lebih buruk hingga menjejaskan kesihatan diri individu itu sendiri.

Ia sebenarnya penyakit keempat di dunia yang paling berpotensi menyebabkan ketidakupayaan individu dari segi sosial kerana kebanyakan daripada penghidap masalah ini lebih gemar menyendiri tanpa bergaul dengan sesiapa.

Simptom kemurungan:

# Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan. # Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan. # Mudah berputus asa. # Perasaan bersalah dan tidak berguna. # Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur. # Hilang selera makan dan penurunan berat badan. # Berperasaan lebih baik mati, kadangkala disertai dengan cubaan bunuh diri. # Rasa tidak tenteram dan mudah marah. # Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.

Antara tip yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah kemurungan:

# Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam secara teratur serta mengambil pemakanan seimbang. # Dapatkan tidur mencukupi kerana tidur adalah elemen rehat paling penting untuk tubuh serta minda supaya dapat kembali bertenaga secara fizikal dan mental keesokan harinya. # Elak bersendirian serta luangkan masa bersama keluarga.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...