Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Mei 17, 2010

hari yg penuh dgn........cerita

Assalamualaikum..ermm hari ni..isnin tanggal 17 hb 5 2010...
ermm ini malam sudah larut heheheheh....
umi duk ralit duk tenggok gambar2 tupperware kat blog kekawan indonesia...ermmm menyeronokkannn,',
comel2nyer tuperware di sana kan kan kan
,
,
,
tanpa ku sedari jam di dinding udahh...pukol 1 donggg..
patutlah abah mesej..mau tumbang udahhh dongggg..heheheh
tergeliat lidah kuu...berkecek indon heheheh.
.
.
.
cerita tentanh hari ini..eh ehe he kelmarin lahh.
.
.
pagi2 tadi....umi ngah di lamun asmaradana,...heheheh hujan renyai2 hajat hati nak sambung tido heheheh.
.
.
tersentak dr lamunan heheheeh..dek ketukan pintu dr kak pah heheheh tokey tempat umi jahit tu lah heheheh
.
.
.
ermm ader sedikit pembetulan katanya..nasib baik umi lom siapkan habis..kalau takkkkkkkkkkkkk
pecat lah jawabnyer..syukran syukran hehehe
inilak anak sedara ku yg comel lote..
ermm tadi ptg umi dah kidnap depa ni mai umah ummi...di sebabkan abah kijer malam ini..donggg
ini lak potret nya dia mabil oleh lioya waktu singgah sebentar sebelum balik umah ....umi singgah beli lips....celak mata..ermm ader aaahh barang2 secret untuk bulan ini...fuhhhhh memang berbaloi2,,,heheheheh'
promosi2
o
o
ermmm...salam..ni lah nak citerrrr
tadi pagi ke bandar jap..temankan abah kat hospiotalll
ramainyer..yg tunggu gilirannnnnnnnnnnn
.lps balik dr hospital..umi ajak abah singgah ambik tupperware yg starter kit 2 kotak..ermmmm
sononyerrr..disebabkan bulan ni adik umi yg boleh...ermm terlewat kit jer..dia nak kasi pezent tu buat bonda tercinta semperna hari ibu,,tp lewat sikit takpe kan bonda kan kan kan
selamat hari ibuuu
oppppp lom siap sepenuhnyerrrr...sebab dah lewat sgt balik dr kt..hari kangggg ader jemputan baca yassin untuk kenduri cukur rambut anak sepupu..dan bacaan yassin untuk bapak sedara yg sakit tenat....(barah usus) beliau sedang bertarung nyawa menahan penyakit...semoga kekawan2 umi sudi mendoakan bapak sedara umidi percepatkan sembuh..dan di panjang kan umurrr
beliau seorang bapak sedara yg sporting dan baik hati sgt2
alhamdulillah..n ramai nyer tetamu yg datang..semuanya dr kalangan muslimah aminnnnnnnnn
.
.
.
umi ngen kakak
hehehehe
kakak umi yggggg poyo jer tuuuu
ini bapak saudara umi..yg sedang sakit...dulu nya seorang yg periang..lucu..dan suka sgt buat lawak....
kesian umi tenggok..tabah nyer hati beliau serta keluarga menerima dugaan yg menimpa beliau...
aliya baru jer sampai..kul 4.30 ...umi dah siap2 baca yassin..dia sampai jer terus...makan..heheheh
time makanngggg ermm nasi....kuning..lauk gulai kambing dan gulai ikan tongkol heheh ermm best sungguhhhhhhhhhh
syukur...masih berpeluang ..berada di taman -taman syurga.....
majlis 2 agama beginilah di panggil taman2 syurga..dekat2kan lah hati2 kami..dgn majlis agama,,,dan majlis ilmu..aminnn
alhamdulillah selesai ....semuanya ..umi singgah umah bonda jap..hantar tupperware starter yg
adik dapat untuk giliran bulan 5 ni hehehe..sesaja umi ambik cepat kit..sepatutnya...26hb 5 ...hujung bulan,,di sebabkan tadi ...gi bandar..terus singgah ermm
aufi ngen sapa tuuuuuuuuuuuuu
geramnyer tenggok si aufi niii
kakak liya n aufiiiiiiiiiii
hehehheheh siap2 tayang agi tuh tuh tuh
bengkel..perabut adikkkkkkkkkk
ermmm
comel kan kan kan
.
umi n abah liyaaaaaaaaa

Orang mukmin khusyuk solatnya

di petik dr blog ilmuan~~~~
Walaupun kita telah lama bersolat dalam hidup ini, adakah solat kita mampu mendapat jaminan Allah swt. Jadi penulis minta kepada pembaca membuka buku panduan solat dan belajar cara solat yang betul. Dalam solat, bacaan alfatihah wajib dibaca dengan betul. Sebutan ayat-ayat hendaklah betul makhraj-nya. Jika boleh tahu maknanya sekali lagi baik. Tidak boleh malu atau segan sekiranya kita tidak tahu solat dan wajib kena belajar dari ustaz. Ada setengah orang ambil mudah dalam solat. Janji orang lain tengok, aku juga sembahyang. Ada yang solatnya laju sebab nak kejar masa untuk tengok rancangan TV Astro. Solat macam ni penat dapat, belum tentu lagi diterima-Nya.
Adakala kepala kita berserabut dengan bermacam-macam masalah, kadang-kadang terlupa berapa rakaat kita dah buat. Ini nasihat untuk diri sendiri dan juga para pembaca sekalian, agar kita dapat khusyuk dalam solat. Masalah kita sampai bila-bila tak akan selesai selagi kita bergelar manusia. Satu masalah selesai satu lagi masalah timbul. Sampai bila pun tak akan khusyuk dalam solat. Jadi sebelum solat, kosongkan fikiran anda dahulu dari masalah duniawi. Baca astaghfar dahulu banyak-banyak insyaAllah akan khusyuk nanti solat itu.
Walaupun sudah lama bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah swt masih samar-samar dalam kehidupan kita. Allah swt memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud:
“Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2) Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak pembaca dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat. Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gayabersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.
Jenis Pertama Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada bezanya.
Jenis Kedua Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain. Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat. Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah swt. Jenis Ketiga Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan) , dia akan berjaya dalam solat.
Jenis Keempat Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Apabila teringat Allah swt secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya. Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat. Jenis Kelima Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah swt dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.
Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh muhasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan. Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah swt. Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, menjauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), melahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.
Wasallam.

`AMALAN MUDAH UNTUK MURAH REZEKI......

  • undefined
  • undefined
  • sumber dr blog sahabat alam maya
  • .
  • .
  • .
  • http://atehqshe.blogspot.com/
  • Salam kepada semua warga bloggers,hari ini saya nak kongsi amalan untuk memurahkan rezeki,amalan ini saya ambik dari kata-kata Dato' Dr. Fazilah Kamsah iaitu...
  • " setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
  • buat kamu...
  • Dari sumber Hadis pula.
  • "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
  • Huraian hadis :
  • - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
  • mahupun yang sudah tiada )
  • - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
  • kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
  • mereka berubah)
  • - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
  • bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
  • yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
  • oleh Allah
  • Kesimpulannya :
  • - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
  • doakan ibu bapa kita setiap hari
  • - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
  • dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
  • InsyaAllah
  • - Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
  • Marilah rakan-rakan semua kita cuba dan amalkan .
  • DICOPY DARI BLOG EN ROSLI....
  • http://panjiufuktimur.blogspot.com/

Fenomena biasa atau peringatan Allah?

BERLARI tanpa arah, menangis dan menjerit. Itulah gambaran jika berlaku bencana yang melanda bumi seperti gempa, tsunami, banjir besar dan taufan.

Suasana turut diselubungi perasaan pilu kerana masing-masing tinggal sehelai sepinggang selain meratapi ahli keluarga serta sanak-saudara yang terkorban.

Renung kejadian 12 Januari lalu apabila gempa bumi berkekuatan 7 skala ritcher menghentam kota Haiti. Akibatnya, ribuan nyawa terkorban dan banyak bangunan ranap menyembah bumi.

Keadaan seperti padang jarak padang tekukur. Mayat bergelimpangan tanpa sesiapa mempedulikannya kerana masing-masing mahu menyelamatkan diri sendiri.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan (demikianlah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya, sesungguhnya Ia amat mendalam pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Naml ayat 88).

Begitulah betapa hebat kejadian ciptaan Allah yang mampu merubah apa saja bentuk musibah sebagai peringatan kepada manusia. Mungkin juga ada benarnya sesetengah pihak beranggapan bumi ini sudah tua dan semakin hampir ke penghujungnya.

Berdasarkan pengalaman lalu, beberapa siri bencana seperti tsunami, mereka yang terselamat mengatakan kejadian yang dialami seolah-olah dunia mahu kiamat.

Allah Taala berfirman bermaksud: "Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dan daripada kehidupan dunia, sedang mereka lalai mengenai (kehidupan) akhirat." (Ar-Rum: 7).

Apa yang berlaku adalah sebahagian kecil peringatan yang Allah tunjukkan kepada manusia supaya mereka mengambil iktibar dan tidak menyimpang daripada Islam.

Umat dan nabi sebelum Rasulullah s.a.w Allah timpakan azab pada masa itu juga. Ini yang berlaku kepada kaum Nabi Lut yang melakukan perbuatan homoseksual dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Kaum Nabi Nuh, Allah tenggelamkan bumi ini kerana mereka ingkar perintah Allah. Begitu juga pada zaman Nabi Musa, Allah menenggelamkan Firaun dan pengikutnya di laut kerana kedegilan menerima ajaran Islam.

Kita pasti tidak lupa dengan kejadian tsunami yang melanda Acheh pada Disember 2004 yang mengorbankan lebih 126,000 nyawa.

Gegaran itu melepasi 9 skala ritcher disenaraikan sebagai gempa bumi paling dahsyat pernah berlaku di Indonesia dalam tempoh 40 tahun.

Maha Suci Allah! Begitulah perancangan Allah yang di dalamnya terkandung pelbagai pengajaran yang sering dilupakan manusia.

Allah berfirman bermaksud: "Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (Surah al-Mulk ayat 1).

Apabila mengaitkan dengan kejadian bencana alam akhir-akhir ini, apakah ia sekadar fenomena biasa seperti yang saintis perkatakan atau Allah mahu manusia mengambil iktibar daripadanya?

Allah berfirman yang bermaksud: "Timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah mahu rasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat." (Ar-Rum: 41).

Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika timbul maksiat pada umatku, Allah akan menyebarkan azab seksa kepada mereka. Ummu Salamah lantas bertanya : Wahai Rasulullah, apakah pada waktu itu tidak ada orang yang soleh? Baginda menjawab : Ada! Ummu Salamah bertanya lagi : Apa yang akan Allah perbuat kepada mereka? Baginda menjawab : Allah akan menimpakan kepada mereka azab sebagaimana yang ditimpakan kepada orang yang berbuat maksiat, kemudian mereka akan mendapatkan keampunan dan keredaan daripada Rabbnya" (riwayat Imam Ahmad).

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Badli Shah Alauddin, berkata Al-Quran tegas menjelaskan sebab utama terjadinya peristiwa buruk di atas muka bumi adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri.

"Pelanggaran sistem Allah yang ada di laut dan darat menjadi penyebab terjadinya musibah.

"Ada mengatakan musibah sekadar peristiwa bersifat alami (natural), tidak kaitan dengan persoalan agama, yang lainnya mengatakan musibah adalah ketentuan dan takdir Allah tiada kaitan dengan dosa. Sebahagian lagi mengatakan musibah terjadi disebabkan dosa manusia," katanya.

Beliau berkata pendapat yang terakhir itu tidak dapat dinafikan kerana memang ada peringatan Rasulullah s.a.w.

"Terdapat lima penyebab datangnya azab dan seksa Allah (hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah) serta 15 perkara yang mendatangkan musibah dan bala bencana (Riwayat Tirmizi).

"Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila berlaku 15 perkara itu, tunggulah datangnya malapetaka berupa taufan merah (kebakaran), tenggelamnya bumi dan apa yang di atasnya ke dalam bumi (gempa bumi dan tanah runtuh) dan perubahan atau penjelmaan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain" (Riwayat Tirmizi, 2136).

Badli Shah berkata, perbuatan manusia juga menyebabkan ekosistem alam sekitar rosak, maka Allah memberikan teguran serta peringatan kepada manusia.

"Allah menurunkan musibah dan bencana bagi menunjukkan Dia masih sayang kepada hamba-Nya dan mahu manusia kembali semula ke pangkal jalan.

"Tidak kira sama ada gempa bumi, banjir, kemarau, tsunami dan penyakit, semua pelanggaran syariat Allah di alam semesta ini akan mengakibatkan kemurkaan Allah. Semakin besar pelanggaran manusia ke atas sistem dan syariat Allah, semakin besar peristiwa alam yang Allah timpakan ke atas mereka," katanya.

Allah berfirman bermaksud: "Maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang menggegar dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri" (Al-Ankabut : 40).

Katanya, jalan terbaik bagi mengelak kemurkaan Allah ialah segera bertaubat dan memohon keampunan.

Ibnu al-Qayyim juga menukilkan ucapan Ali bin Abu Talib dalam kitab Al-Jawabul Kafi : "Tidaklah turun musibah kecuali dengan sebab dosa dan tidaklah musibah diangkat Allah kecuali dengan bertaubat."

HUKUM TIDAK MEMBACA AL-QUR'AN

HUKUM TIDAK MEMBACA AL-QUR'AN

Pertanyaan Apa nasehat Syaikh yang mulia kepada orang-orang yang menghabiskan waktunya selama sebulan bahkan berbulan-bulan tetapi tidak pernah menyentuh Kitab Allah sama sekali tanpa udzur. Dan, salah seorang di antara mereka akan anda dapatkan sibuk mengikuti edisi-edisi Majalah yang tidak bermanfa'at?

Jawapan

Oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Disunnahkan bagi seorang mukmin dan mukminah untuk memperbanyak bacaan terhadap Kitabullah disertai dengan tadabur dan pemahaman, baik melalui mushaf ataupun hafalan. Hal ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

"Artinya : Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran," [Shad : 29]

Dan firmanNya,

"Artinya : Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rizki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karuniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri." [Fathir :29-30]

Tilawah yang dimaksud mencakup bacaan dan Ittiba' (pengamalan), bacaan dengan tadabbur dan pemahaman, sedangkan ikhlash kepada Allah merupakan sarana di dalam Ittiba ' dan di dalam tilawah tersebut juga terdapat pahala yang besar, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam

"Artinya : Bacalah Al-Qur'an, karena ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai penolong bagi orang-orang yang membacanya."[1]

Dan dalam sabda beliau yang lain,

"Artinya : Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Qur 'an dan mengajarkannya." [2]

Dan dalam sabda beliau yang lain,

"Artinya : Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah, maka dia akan mendapatkan satu kebaikan sedangkan satu kebaikan itu (bernilai) sepuluh kali lipatnya, aku tidak mengatakan 'Alif Laam Miim ' sebagai satu huruf, akan tetapi 'Alif sebagai satu huruf, 'Laam ' sebagai satu huruf dan 'miim ' sebagai satu huruf."[3]

Demikian pula telah terdapat hadits yang shahih dari beliau, bahwasanya beliau bersabda kepada Abdullah bin Amr bin al-Ash,

"Bacalah Al-Qur 'an setiap bulannya. " Dia (Abdullah bin Amr bin Al-Ash) berkata, "Aku menjawab, 'Aku menyanggupi lebih banyak dari itu lagi.' Lalu beliau bersabda lagi, 'Bacalah setiap tujuh malam sekali."[4]

Para sahabat Nabi mengkhatamkannya pada setiap seminggu sekali.

Wasiat saya kepada semua para Qari Al-Qur'an agar memperbanyak bacaan Al-Qur'an dengan cara mentadabburi, memahami dan berbuat ikhlas karena Allah Subhanahu wa Ta’ala disertai tujuan untuk mendapatkan faedah dan ilmu. Dan, hendaknya pula dapat mengkhatamkannya setiap bulan sekali dan bila ada kelapangan, maka lebih sedikit dari itu lagi sebab yang demikian itulah kebaikan yang banyak. Boleh mengkhatamkannya kurang dari seminggu sekali dan yang utama agar tidak mengkhatamkannya kurang dari tiga hari sekali karena hal seperti itu yang sesuai dengan petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Abdullah bin Amr bin Al-Ash dan karena membacanya kurang dari tiga hari akan menyebabkan keterburu-buruan dan tidak dapat mentadabburinya.

Demikian juga, tidak boleh membacanya dari mushaf kecuali dalam kondisi suci, sedangkan bila membacanya secara hafalan (di luar kepala) maka tidak apa-apa sekalipun tidak dalam kondisi berwudhu'.

[Fatawa al-Mar'ah, h.96-97, Dari fatwa Syaikh ibn Baz]

[Disalin dari kitab Al-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama. Al-Balad Al-Haram, Edisi Indonesia, Fatwa-Fatwa Terkini, Penyusun Khalid Al-Juraisy, Penerjemah Musthofa Aini, Penerbit Darul Haq] __________ Foote Note [1]. HR. Muslim, Shalah al-Musafirin (804). [2]. HR. Al-Bukhari, Fadha’il al-Qur’an (5027). [3]. HR. At-Tirmidzi, Fadha'il al-Qur 'an (2910). [4]. HR. Al-Bukhari, Fadha 'il al-Qur'an (5052); Muslim, ash-Shiyam (1159).

Quran 7:157

157
الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوباً عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأَغْلاَلَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُواْ بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُواْ النُّورَ الَّذِيَ أُنزِلَ مَعَهُ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Usaha Pemaparan Alquran Di Sini secara IKHLAS!

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...