Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Ahad, Mei 16, 2010

selamat hari guru...

Assalamualaikum.. selamat hari guru..........buat guru2 ku...dan teristimewa buat guru2 puteriku di
SEKOLAH RENDAH AL-HAMD...
semoga jasa kalian dalam memberi ilmu kepada anak murid akan menjadi bekal dan amal jariah....berpanjangan kalian di sana...amin..
.
.
.
buat guru2 liya...semoga ...sepanjang liya bersekolah kami sebagai ibu bapa..sungguh terharu..kerana jasa dan pengorbanan mu..yg tak terhingga....
tiada kata2 yg dapat di luahkan hanya Allah saje yg dapat membalas..jasa2 mu itu..syukur ....mendapat guru2 sebaik kalian..terima kasih banyak2.atas jasa2...yg kalian curahkan untuk anak bangsa
.
.
.
.semperna hari guru yg jatuh pada 16 may 2010 .
sekolah aliya mengadakan suka nika di sekolah nyer...
kelmarin umi tak sempat nak buat kan hadiah untuk guru2 liya..pepagi tadi...dgn keadaan yg gopoh gapah...umi hanya...bungkus sempoi2 aja..cian liya...
.
.
.
hadiah untuk 10 org guru pun....tak sama...semuanya lain2....kelmarin...aliya duk umah tok..jd umi tak sempat lah nak....keluar beli...
.
'.
.
alhamdulillah ...hadiah yg masih tersimpan..kat almari masih ader....
semoga ..guru2 menerima nya....dengan ikhlas..
.
.
/.
hari ni kat sekolah aliya ader suka nika..katanya dia kene main..bawa bola dalam sudu....semoga aliya berbahagia yaaa..
.
.
.

REALITI TUGAS SEORANG GURU

cikgu

Tarikh 16 Mei setiap tahun ditetapkan sebagai sambutan Hari Guru setiap tahun. Sambutan Hari Guru disambut di peringkat kebangsaan hinggalah ke peringkat sekolah. Pelajar-pelajar yang mengenang jasa guru akan memberi hadiah, bekas pelajar yang masih mengingati gurunya akan menghantar sms ucapan hari guru walau pun semua itu tidaklah diharapkan oleh insan yang bergelar guru.

Sedar atau tidak sebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru murid-muridnya ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ;

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang Islam.

Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan lidah. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman.( Imam Muslim )

Kerjaya ini juga akan dapat saham akhirat yang tidak putus-putus dengan ilmunya yang diambil manfaat oleh pelajarnya dan mengamalkan hadis Rasulullah saw ;

قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثة صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

Apabila meninggal dunia seseorang maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya. ( Imam Muslim)

Semua yang disebut di atas akan diperolehi sekiranya dilakukan semata-mata untuk mencari reda Allah. Dengan kata lain niat hendaklah ikhlas. Alangkah ruginya sekiranya tugasan yang dilakukan hanya kerana menjalankan tanggungjawab mengajar semata-mata, cukup bulan dapat gaji dan elaun. Langsung tidak fikirkan macam mana dengan ibadat mereka, akhlak mereka dan masa depan mereka.

Sememangnya tidak dinafikan tugas guru pada masa kini amat berat dengan masalah keruntuhan moral. Dulu masalah disiplin pelajar berkisar dengan merokok, ponteng kelas, vandalisme tapi pada masa kini pelajar terlibat dengan minuman keras, pil khayal, merempit, curi dan yang paling membimbangkan ialah seks bebas. Semua ini adalah cabaran buat insan yang bernama guru. Apatah lagi pelajar masa kini tidak boleh ‘disentuh’ langsung. Silap hari bulan guru boleh disaman oleh ibubapa pelajar.

Sesungguhnya pengorbanan seorang guru terlalu besar. Namun terdapat pelajar langsung tidak menghargainya. Seorang guru boleh menghadiri kelas tambahan petang, malam malah mengorbankan cuti hujung minggu untuk membantu pelajarnya memperoleh kecemerlangan. Namun pelajar tanpa rasa bersalah ponteng kelas tersebut. Guru mencurahkan ilmu sebaik mungkin dan mengharapkan pelajar mengulangkaji serta mengamalkannya, namun mereka biarkannya ilmu itu hilang begitu sahaja. Guru sentiasa mendoakan untuk pelajarnya agar mendapat kecemerlangan namun pelajar setelah mendapat kecemerlangan terus melupakan gurunya. Guru sentiasa mengingati wajah anak didiknya walau pun telah bertahun-tahun, Cuma nama sahaja terlupa. Tapi pelajar sengaja mengelakkan diri bila bertembung atau buat-buat tidak kenal bekas gurunya. Semua itu guru tidak ambil kisah, janji di akhirat dapat ganjaran di sisi Rabb yang tidak pernah lupa, Tuhan yang tidak pernah terlepas pandang terhadap amalan hambanya.

Wahai insan yang masih seorang pelajar atau pernah bergelar pelajar. Doakanlah kebaikan untuk gurumu, ucapkanlah penghargaan dan terima kasih untuknya dan sapa dan bertanya khabarlah mereka bila bertemu. Percayalah, Semua itu amat mengembirakan hati mereka. Jadilah insan yang berterima kasih dan mengenang budi. Sesungguhnya sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia nescaya dia seorang yang tidak mensyukuri nikmat-nikmat Allah sebagaimana mafhum hadis Nabi. Siapalah kita tanpa guru. ‘TERIMA KASIH CIKGU’.

SELAMAT HARI GURU

umi ngen tugas

Assalamualaikum..citer hari ini...semalam tido umah bonda...pepagi tadi abah balik kijer terus datang ambik...tinggal liya umah bonda..petang baru pergi ambik..cian liya..merajuk tunggu umi ngen abah datang dan hantar baju...umi lupa baju dia tak bawak kelmarin..sampai jer terus muncung..ermm liya duk umah kak ipar kat airport...ermmmmm
maaf yer liya..hari ini umi kene siapkan langsir2 tu...umi start menjahit dr pagi...berhenti masak jap..mandi solat zohor..lps tu ambung semula..
penatttttttttttttttt
sgt2..ermmmm
abah tolong jugak...tolong...iron tadi..ermm tq yer abah
.
.
.
.
.
.
mlm lps solat magrib kak ipar hidanngkan nasi gorengg..
erm..lps tu..siap nak ke umah pak sedara ..lak abah nak gi tenggok,,sebab semalam kita pergi abah..lom gi agiii
.
.
.
.
puteri durian....tenggok...suker nyer dia makan durian..
kakak aliya alergik durian..sampai umi....mintak dia makan.....umi cakap..kalau liya makan sikit jer umi kan beli cadberry ..yang besarrr hhehehe
,
,
,
langsung toklehhh ..cebik jerr..aliya nmemang tak suka duyan hhuhuhuhu
alhamdulillah sherr dah siap..tunggu yang tebal jer agi lom siap..hari ni baru siap 5 keping jer taruk kertas gam..insyallah esok nak kene siapkan

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...