Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Mei 13, 2010

Panduan tidak sombong

Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]
  • Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.
  • 1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
  • 2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
  • 3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
  • 4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
  • 5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
  • 6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah

Hasad & Ghibthah

Al-hasad (الحَسَد) ialah perasaan agar nikmat yang diperolehi oleh seseorang itu akan lenyap atau perasaan benci terhadap nikmat yang diperolehi orang lain. Al-hasad (الحَسَد) ialah perasaan tidak puas hati akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan. Perasaan hasad adalah perasaan yang tidak baik dan mesti dihindari oleh kita semua. Al-ghibthah (الْغِبْطَةُ) ialah perasaan iri hati yang positif, yakni perasaan ingin mendapatkan nikmat seperti yang dimiliki orang lain TANPA diiringi dengan perasaan agar nikmat iitu lenyap dari orang itu dan tidak pula diikuti dengan rasa benci. Perasaan ghibthah adalah perasaan yang baik.

Was-was

Menurut Yahya bin Muaz ar-Razi, syaitan tidak bekerja, sedangkan manusia sibuk dengan
pekerjaan dan pelbagai urusan. Syaitan sentiasa melihat manusia, sedangkan manusia tidak dapat melihat syaitan. Manusia juga selalu lalai dan lupa perangkap syaitan, tetapi syaitan tidak melupakan manusia. Al-Imam Ibn al-Qaiyyim mengatakan, tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Imam al-Ghazali mencadangkan cara mengatasi was-was dengan tidak memberi perhatian atau layanan kepada was-was itu. Anggaplah hasutan dan seruan syaitan itu seperti salakan anjing. Anjing kian garang dan galak menyalak apabila ia diberi perhatian, sebaliknya ia lebih cepat memberhentikan salakan apabila kita tidak menghiraukannya

Gopoh

  • SATU daripada penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan ialah tindakan bergopoh-gapah (isti'jal). Mengikut Imam al-Gazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja. Dalam keadaan bergopog-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.
  • Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: "Dan manusia mendoakan kehajatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah" (al-Isra' : 11) Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.
  • Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.
  • Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.
  • Menurut Imam al-Ghazali : Sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.

~KEMBALIKAN suasana dulu2

  • coretan dr blog~~~~http://atehqshe.blogspot.com/
  • Salam,
  • BIAR SABAN HARI BERTEMU,BERSAMA DIRUMAH NAMUN ADA KALANYE JAUH DI SUDUT HATI SEORANG ISTERI TERASA RINDU PADA SUAMI YG HAKIKATNYE BERADA DISISI.KERINDUAN TAK LAIN TAK BUKAN KARANA SIKAP SUAMI YG SEMAKIN BERUBAH SETELAH LAMA BERUMAH TANGGA.....
  • Kesibukkan suami dgn kerjaya dan ursn hidup menyebabkan hubungan intim tidak seintim dulu...Tiada lgi panggilan manja atau gurau senda yg menghiburkan hati.tiada lagi mase2 romantis,perhatian malah senyuman...
  • 1)PENDENGAR YG SETIA....
  • Ramai suami menadah telinga tapi sebenarnye tidak mendengar apa yg diperkatakan isteri.Saat isteri mahu membuka mulut bercerita,suami sudah angkat kaki..
  • Walhal isteri ingin cerita dan dengar keluh kesah mereka didengari...Tapi sering kali pada suami ini hanya membuang mase,malah ade yg menganggap sebagai leteran yg menbingitkan telinga....
  • 2)MENGHARGAI...
  • Semua insan mahu diri mereka dihargai....termasuklah isteri.Seorang suami yg selalu menghargai isteri dalam sikap mahupon perkataan tentu akan selalu dirindukan oleh isteri.Penghargaan yg diharapkan oelh isteri bukanlah mahal atau besar.cukup sekadar,belaian mesra,perbuatan2 kecil seperti pujian jika isteri memask atau memberi ciumana selamat pagi,sudah memadai....
  • 3)TIDAK SUKA MENYALAHKAN....
  • Tiada isteri yg sempurna jadi isteri xlari dari melakukan kesilapan,kesalahan,ketika isteri membuat kesalahan,suami sebaiknyer menegur cara yg betul,bukan dgn kasar atau menyalahkan hingga beremosi...
  • 4)BOLEH MENERIMA PANDANGAN ISTERI...
  • Walaupon suami adalah ketua keluarga namun seharusnye tidak bersikap autokratik. Sebaiknyer mengamalkan sikap yg baik,suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama bukan hanya ditentukan sebelah pihak sahaja.
  • 5) ROMANTIS..
  • Isteri mana yg tidak merasa bahgia memiliki suami yg penyayang,romantis...memang agak susah suami menunjukkan rase sayang dan cinta kepada isteri setiap hari...
  • Tetapi suami bolih melakukan pada ulangtahun perkahwinan,atau hari lahir isteri.Sesekali ajak isteri keluar berdua-duaan habiskan mase bersama..
  • 6)MEMBANTU URUSKAN RUMAHTANGGA DAN ANK...
  • Inilah suami idaman isteri,iaitu suami yg mahu membantu dan melakukan kerja rumah,
  • Dalam kesibukaan mencari nafkah,suami maseh sempat meluangkan sedikit waktu membantu isteri..walaupon hanya tolong bancuhkan susu anak....Bantuan ini pasti dihargai ...
  • sekian,

SImPTOM aWAL gANGGUAN JIN...

sumber dr blog kekawan alam maya~~~~http://atehqshe.blogspot.com/
.1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gil

tazkirah

Imam Hasan al-Basri berkata: "Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah."

  • subahnallah.......walhamdu
  • lillah...wala ila ha ill lallah......allahuakhbar..
  • ...........dengan mengingati allah hati menjadi tenang..........
  • SATU daripada penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan ialah tindakan bergopoh-gapah (isti'jal)...
  • Menurut Yahya bin Muaz ar-Razi, syaitan tidak bekerja, sedangkan manusia sibuk dengan pekerjaan dan pelbagai urusan. Syaitan sentiasa melihat manusia, sedangkan manusia tidak dapat melihat syaitan. Manusia juga selalu lalai dan lupa perangkap syaitan, tetapi syaitan tidak melupakan manusia...
  • Rasullulah s.a.w bersabda, "Redha Allah tergantung pada redha ibu dan bapa, dan murka Allah bergantung pada murka ibu dan bapa mereka." (Riwayat: al-Hakim) * Dari Abu Usaid Malik bin Rabi'ah As Sa'idy ra. berkata: suatu ketika kami duduk di hadapan Rasulullah saw...
  • Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri...

Istiqamah Dalam Iman

Soalan:
Bagaimana untuk menjaga hati.....agar sentiasa kukuh keimanan kita? Adakah ayat tertentu yang perlu dibaca?
Nik Farhan, Sg. Buloh
Jawapan:
Untuk tetap dalam keadaan beriman kepada Allah, senantiasalah melaksanakan segala yang difardhukan Allah dan hiasilah diri dengan ibadah-ibadah sunat, serta hindari dari segala macam perbuatan maksiat. Sila rujuk buku-buku berikut: 1. Iman & Amal Soleh DN 201 2. Tasauf Moden DN 104 3. Penghalang Kesucian Batin DN 109 4. Tinkatan Ma'rifat DN 166 5. Dosa-dosa Besar DN 220

Diantara ayat-ayat atau doa-doa yang perlu anda amalkan adalah seperti berikut: 1. Surah Ali Imran ayat 8-9 2. Surah Ali Imran ayat 192-194 3. Surah Ibrahim ayat 40-41.

Amalan Yang Tidak Diterima Allah
Soalan:
Apakah perkara atau perbuatan yang boleh menyebabkan amalan seseorang itu tidak dapat diterima di sisi Allah S.W.T.?
Hamba Allah,KL
Jawapan:
Pahala kebaikan kita dapat hilang jika kita melakukan perkara yang dapat melenyapkan pahala kita tersebut umpamanya jika kita memiliki sifat hasud dan dengki. Abu Laits Assamarqandi dengan sanadnya daripada Al Hasan, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Hasud dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat atau kebaikan seperti api memakan kayu bakar". Pahala kebaikan kita juga akan musnah jika kita murtad daripada ajaran Islam dan hingga akhir hayat tanpa bertaubat. Perbuatan meninggalkan solat juga menyebabkan seluruh amalan kita tidak dapat diterima disisi Allah sebagai amal kebajikan yang diberi pahala. Sebab solat merupakan tiang agama, jika solat telah kita tinggalkan maka musnahlah segala amalan kebajikan kita, tidak ada tempat untuk bergantung. Wallahu A'lam.
Hakikat Insan Sejati
Soalan:
Bagaimana caranya untuk menuju kearah jalan hakikat insan yang sejati?
Hamba Allah, Perak
Jawapan:
Hakikat insan yang sejati maksudnya ialah insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Mereka menyerahkan segala kehidupan serta jiwa dan raganya hanya untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Mereka mengerjakan segala yang diperintahkan Allah dan meninggalkan yang ditegah-Nya, disamping menegakkan amal ma'ruf nahi mungkar. Insan sejati juga memperhatikan segala aspek kehidupannya dan mengaitkannya dengan ketentuan agama Islam. Ia memiliki akhlak yang mulia, menutup aurat, menghormati orang lain, sanak saudara, jiran tetangga dan tamu, hormat kepada kedua ibu bapa, menjalinkan silaturrahim dan sebagainya.
Tanda-Tanda Amalan di Terima Allah SWT
Soalan:
Apakah tanda-tanda yang amal ibadah kita di terima oleh ALLAH SWT?
Nazri, Sunway
Jawapan:
Begitu besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhlukpun yang mampu menghitung besarnya rahmat Allah tersebut. Rahmat Allah yang luas itu diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya tidak kira kepada orang yang beriman ataupun kepada orang ingkar. Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala kativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang Imam yang Menolak Ayat Al-Quran

Soalan: Bolehkah seseorang itu sembahyang dibelakang orang yang menolak ayat Al-Quran contohnya hukum hudud dan sebagainya?

Nasir, Kulim
Jawapan: Berhubung hukum orang yang menolak ayat-ayat Al-Quran seperti ayat-ayat yang menyentuh tentang hukum Hudud dan sebagainya haruslah dibuat penelitian terlebih dahulu. Andainya ia menolak dalam ertika ingkar akan ayat tersebut, tidak beriman dan mempermainkan ayat Allah secara jelas dan terang, orang ini diminta bertaubat dengan segera, kerana dengan perlakuannya itu ia telah menjadi seorang yang murtad, terkeluar dari Islam. Ia dikehendaki mengucapkan dua kalimah syahadah semula.

Jika ia mempercayai ayat-ayat tersebut, tetapi tidak dilaksanakan tuntutannya, maka ia dikira sebagai berdosa besar. Kedudukannya tak ubah seperti orang yang mempercayai kewajipan solat, tetapi ia sendiri tidak melaksanakan solat itu, maka ia dihukumkan telah melakukan dosa besar kepada Allah SWT. Seorang mukmin yang sejati akan menjauhkan diri dari melakukan dosa besar ini, apa lagi untuk melakukan suatu perbuatan yang menyebabkan ia menjadi murtad.

Bagi setiap mukmin yang sejati setiap ayat Allah yang memerintah supaya dilaksanakan hukum-hukumnya maka ayat itu hendaklah dilaksanakan tanpa banyak soal. Ulasan tentang perkara yang menyebabkan murtad ini telah dijelaskan secara terperinci di dalam kitab Tanwir Al-Qulub karangan Imam Najmudin Al-Kurdi, Al-Iman, Arkanuhu, Wa Nawaqiduhu oleh Muhammad Nuaim Yasin dan lain-lain. Sila rujuk kepada huraian mereka yang dinyata ini. Sila rujuk juga kitab Mastika hadis jilid yang pertama keluaran Pusat Islam Malaysia. diterima dengan perasaan redha.

Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.

Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan "bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar". Namun dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi. Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT.

Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram". (Ar ra'd ayat 28) Wallahu A'lam

Menghafal Al Quran dengan Berkesan Soalan: Ada terpendam di dalam hati saya untuk menghafal al-quran. Jadi saya ingin tahu akan cara-cara yang berkesan untuk menghafal Al Quran, seperti waktu yang sesuai untuk menghafal, pantang-pantang dan sebagainya. Saya berbesar hati jika ustaz dapat menjawab soalan saya kerana sudah sekian lama saya ingin menghafalnya?

Fazli, Kampar
Jawapan: Menghafal Al-Quran memerlukan kesabaran jitu, kerana ia merupakan mukjizat Allah yang diturunkan kepada nabi besar Muhammad SAW. Al-Quran merupakan cahaya dan ia mudah hilang kerana kegelapan maksiat. Untuk itu cubalah jauhi perbuatan buruk walaupun pada perkara yang ringan seperti mendengar muzik, berbual kosong dan sebagainya. Menurut pendapat penghafal Al-Quran yang berpengalaman, masa yang sesuai untuk menghafal Al-Quran ialah ketika sunyi terutama di waktu pagi. Walaupun begitu, anda harus berlatih untuk menghafal dalam setiap situasi sekadar termampu.

Cara menghafalnya pula berbagai-bagai. Namun kaedah biasa ialah dengan mengulangi 2-3 ayat secara melihat kepada Al-Quran kemudian cuba mengingatinya, setelah itu bolehlah berpindah ke ayat-ayat yang lain. Untuk menguatkan hafalan, anda dikehendaki mengulanginya selalu. Kalau boleh bacakan ayat-ayat yang telah dihafal di dalam solat fardu atau sunat rawatib. Harus diingat menghafal ayat yang baru adalah lebih mudah dari menjaga ayat yang telah dihafal.

Oleh kerana itu peruntukkan waktu khusus untuk mengulanginya. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, "sesungguhnya Al-Quran lebih cepat luput dari hati dari hilangnya unta yang terlepas dari ikatannya". Anda hendaklah juga menjaga makanan, agar tidak memakan makanan yang haram atau syubhah, kerana ia boleh memberi kesan kepada mutu hafalan.

Perbanyakkan ibadat sunat dan solat hajat. Jika anda merasa masih terlalu susah hendak menghafal cuba lakukan solat ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani yang menceritakan bahawa saidina Ali pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang hafalannya yang buruk, lalu Rasulullah SAW menyuruhnya mendirikan solat pada tiap-tiap malam Jumaat sebanyak 4 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah Al-Fatihah dibaca surah Yaasiin. Pada rakaat kedua sesudah Al-Fatihah dibaca surah Ad-Dukhan, seterusnya pada rakaat ketiga selepas Al-Fatihah dibaca surah As-Sajadah dan pada rakaat yang keempat selepas Al-Fatihah hendaklah dibaca surah Al-Mulk.

Setelah Saidina Ali melakukannya selama 7 kali Jumaat, beliau begitu gembira apabila memberitahu Rasulullah SAW yang beliau telah menghafal Al-Quran dan hadisnya dengan mudah. Diharapkan Allah SWT akan memberi taufik kepada saudara untuk terus menjadi generasi yang memelihara Al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Fadail Al-Quran karangan Ibn Katheir.

Lagak Pandai tetapi Bodoh

Soalan: Apakah hukum orang yang suka cakap besar dan tinggi padahal dia tidak tahu apa-apa?

Hamba Allah
Jawapan: Rasulullah SAW berjalan melalui sekelompok sahabat yang sedang berkumpul. Baginda bertanya; "Mengapa kamu berkumpul di sini ?" Sahabat menjawab: "Ya Rasulullah disini ada orang gila yang sedang mengamuk, sebab itu kami berkumpul di sini". Kemudian baginda bersabda: "Orang ini bukan gila, ia sedang mendapat musibah. Tahukah kamu, siapakah orang gila yang sebenar ?". Para sahabat menjawab: "Tidak ya Rasulullah". Baginda menjelaskan; orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur atau sombong, yang memandang orang lain dengan pandangan yang merendahkan, yang membusungkan dada, berharap syurga Tuhan sambil berbuat maksiat, kejahatannya membuat orang terganggu. Adapun orang ini dia hanya sedang mendapat musibah".

Begitu hina orang yang sombong tapi bodoh di sisi Rasulullah SAW sehingga baginda menganggapnya sebagai orang gila. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi dari takbur (sombong). Dan tidak akan masuk neraka orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari iman". (Riwayat Muslim) Sila rujuk buku:

Sebab-sebab Menjadi Kafir

Soalan: Baru-baru ini saya ada berbincang dengan sesorang tentang perkara yang menyebabkan kafir. Katanya, jika seseorang itu melakukan perkara yang haram, maka orang itu telah kafir. Contohnya jika tidak menutup aurat, maka hukumnya menjadi kafir. Sedangkan pada pengajian saya orang yang melakukan perkara yang haram akan berdosa selagi mana ia tidak menghalalkan hukum tersebut yakni menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Pada fahaman saya orang tersebut mempunyai fahaman yang silap. Saya minta supaya ustaz memberi penjelasan.
Romli, Pasir Mas
Jawapan: Dalam buku Nawaqidul Al-Iman iaitu sebuah buku yang membicarakan tentang perkara-perkara yang membatalkan iman, pengarang telah membahagikan aktiviti yang boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam kepada dua bahagian iaitu dengan perkataan dan juga dengan perbuatan. Setiap perkara atau perbuatan yang zahirnya menunjukkan seseorang itu ingkar atau tidak mempercayai atau memepersendakan salah satu dari rukun-rukun iman yang enam dan rukun-rukun Islam yang lima, ia dianggap murtad. Jika dilakukan secara terang terangan ia diminta supaya bertaubat dengan segera dan kembali semula kepangkuan Islam.

Jika ia enggan kembali semula kepada Islam, menjadi kewajipan kepada pihak pemerintah menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Sebalik jika perbuatan meninggalkan segala suruhan Allah tidak menunjukkan ingkar, tidak percaya atau tidak mempersendakan agama Islam, maka ia tidak dihukum sebagai murtad, tetapi hukumnya adalah berdosa besar, kerana meninggalkan suruhan Allah SWT itu. Untuk mendapat keterangan lanjut tentang masalah ini sila rujuk buku mastika hadis keluaran pusat Islam Malaysia.

Perbuatan membuka aurat adalah berdosa besar pada pandangan Islam, tetapi tidak mengkufurkan seeorang yang melakukannya. Walau bagaimanapun jika ia menghalalkan perbuatannya itu, ia dikira kufur dengan Allah dan terkeluar dari Islam. Perintah menutup aurat dalam Islam adalah perintah wajib, yang mesti dipatuhi oleh semua orang Islam. Tidak ada sebarang pengecualian. Selain tidak menutup aurat memakai pakain yang nipis juga adalah berdosa besar kerana pemakainya tidak dikatakan menutup aurat dalam ertikata yang sebenar, sebaliknya masih bertelanjang berdasarkan keterangan sebuah hadis yang sahih.

Menuduh Orang Lain Kafir atau Munafiq Soalan:

Apakah hukumnya jika kita menuduh seseorang itu kafir atau munafiq?
M. Rahmat , JB
Jawapan: Menuduh orang Islam kafir ataupun munafiq tanpa asas, maka berdosa. Namun jika orang tersebut jelas memiliki tanda-tanda kafir atau munafiq, berusahalah untuk berdakwah kepadanya menurut kemampuan masing-masing. Tanda-tanda orang kafir iaitu, suka memecah belah antara Allah dan Rasul-Nya, kafir kepada Allah dan Rasul-Nya, iman kepada sebahagian perintah Allah tetapi juga menolak sebahagian perintah Allah, suka berperang di jalan syaitan (thaghut), mengatakan nabi Isa anak Tuhan, agama dibuat gurau senda atau permainan, lebih menyukai kehidupan duniawi, mengingkari adanya hari berbangkit, menghalang manusia ke jalan Allah SWT. (Rujuk Al-Quran surah Muhammad ayat 1 hingga 2) Kemudian tanda-tanda orang munafiq iaitu sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu mengingkari, apabila ia diberi amanah ia khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Jika tanda-tanda ini terdapat pada seseorang maka mereka tergolong orang munafiq ataupun orang kafir, namun janganlah menuduh orang Islam sebagai kafir atau munafiq di hadapannya, kerana perkara ini dapat mengguris hati mereka. Namun ajaklah mereka ke jalan yang benar dan diredhai Allah. Rasulullah SAW tidak pernah menuduh seseorang itu munafiq dihadapnnya walaupun baginda sendiri mengetahui bahawa orang itu tergolong orang munafiq.(Sila rujuk kisah Abdullah Bin Ubay)

Dajjal

penjelasan tentang DAJJAL?

Yatim, Johor
Jawapan: Al Masih Dajjal maksudnya menyesatkan. Ketika dunia hampir dengan kiamat yang datang nanti adalah Dajjal yang menyesatkan manusia ataupun mengkafirkannya. Dajjal banyak menipu manusia dan yang paling teruk sekali dia mendakwa dirinya sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Setelah beberapa tahun lamanya Dajjal hidup di dunia dan manusia sudah hampir semuanya menjadi kafir, barulah Nabi Isa as. diperintahkan turun ke dunia untuk membunuh Dajjal itu.

Dajjal memang banyak membawa fitnah dan keburukan, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Tidak ada fitnah (bencana) yang paling buruk semenjak Nabi Adam sampai hari kiamat, selain daripada fitnah yang dibawa al masih Dajjal". (Riwayat Hakim) Mengenai asal Dajjal ini para ulama berbeza pendapat. Menurut satu pendapat, Dajjal dari golongan jin iaitu termasuk cucu iblis. Menurut pendapat yang lain pula Dajjal adalah dari jenis manusia iaitu cucu Adam as.. Pendapat yang lain mengatakan ayahnya manusia sedangkan ibunya adalah jin. Sebenarnya Dajjal adalah syaitan, samada ia dari jenis manusia, dari jin ataupun campuran dari keduanya. Dajjal akan turun di akhir zaman, tidak pasti apakah Dajjal itu sudah lama wujud atau hanya akan lahir di akhir zaman yang dijanjikan tersebut.

Tipu Daya Dajjal

Untuk mengetahui ciri-ciri Dajjal secara lebih terperinci maka Rasulullah SAW telah menerangkannya dalam khutbah baginda sebagai berikut: "Sesungguhnya tidak ada fitnah atau kerosakan di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah Nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi angkatan kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kewafatanku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. " "Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Disini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya. " "Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah tidak ada lagi nabi sesudahku. Setelah itu nanti ia mengaku sebagai tuhan. Ingatlah Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca mahupun buta huruf. " "Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang diseksanya dengan nerakanya hendaklah ia meminta pertolngan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. " "Diantara tipu dayanya juga dia berkata kepada orang Arab: 'Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagau tuhanmu ?'. Orang Arab itu akan berkata: "Tentu". Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya, sifat-sifatnya dan suaranya sama. Kemudian ibu bapanya berkata kepadanya: 'Wahai anakku, ikutilah dia sesungguhnya dialah tuhanmu'. " " Tipu daya Dajjal yang lain iaitu ia bunuh seseorang kemudian dibelah dua. Setelah dia katakan kepada orang ramai: 'Lihatlah apa yang akan aku lakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan ku hidupkan dia semula.' Dengan izin Allah, orang mati tadi hidup semula. Kemudian Dajjal itu bertanya: 'Siapa tuhanmu?'. Orang yang dibunuh itu kebetulan orang beriman menjawab: 'Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah'. Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga. " Sabda Rasulullah SAW lagi: "Diantara tipu daya Dajjal juga, apabila disuruh langit menurunkan hujan, tiba-tiba hujanpun turun. Dia suruh bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya, tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling hebat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan demikian tanaman-tanaman mereka semuanya musnah. " " Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak di datangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kita Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah. " Dalam hadis yang lain disebutkan: "Dari Anas bin Malik katanya Rasulullah SAW bersabda: 'Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta yang dipercayai dan orang jujur yang tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai '. Wallahu A'lam.

Jangan sakiti Rasulullah

SESIAPAPUN akan merasa sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapanya disebut-sebut di hadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada di antara seseorang itu dengan ibu bapa kandungnya.

Keburukan apakah yang lebih besar daripada kekufuran dan kekufuran siapakah yang lebih jelas daripada Abu Lahab sehingga celaan Allah SWT terhadapnya terakam jelas di dalam al-Quran. Tetapi apabila sampai ke telinga Nabi SAW bahawa ada sahabat yang mengungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab di hadapan anak perempuannya yang Muslim, Nabi SAW telah melarang dan menegur perbuatan itu dengan sabdanya, "Jangan engkau mencerca mereka yang mati, lalu engkau menyakiti mereka yang hidup." (Riwayat al-Tirmizi).

Jika itulah sikap Nabi SAW dalam kes Abu Lahab, bagaimanakah pula jika ibu dan ayah Nabi SAW sendiri yang disebut dan diungkit sebagai kufur dan berada dalam neraka? Adakah Nabi SAW tidak terguris hati atau merasa disakiti, tanpa mengira apa pun niat si penyebut? Lebih buruk lagi keadaannya jika diinsafi bahawa pandangan yang ibu dan ayah Nabi itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama umat ini. Maka kenyataan tersebut turut merupakan suatu pendustaan dalam isu yang begitu dekat dengan kekasih Allah SWT dan makhluk-Nya yang paling mulia.

Malangnya, akhir-akhir ini, telah beberapa kali dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW itu kufur dan berada dalam neraka di ketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh para pendakwah yang popular dan dikenali ramai. Dalam keadaan begitu, tidak mustahil akan ramai ahli masyarakat yang tidak berkeahlian akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulangi kalimah yang pastinya menyakiti Nabi SAW itu. Mahukah kita jika umat Islam di Malaysia sampai terhitung sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti Nabi SAW? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan Rasul-Nya?

Isu Yang Tak Patut Ditimbulkan

Jika diteliti secara insaf, sebenarnya tidak terdapat satu sebab pun yang munasabah untuk isu status ibu dan bapa Nabi SAW kita ungkit dan ditimbulkan di tengah-tengah masyarakat kita. Jika tidak ditimbulkan isu ini, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia terhadap ibu dan bapa Nabi SAW. Sikap ini adalah sikap yang lebih tepat dan berasas, seperti yang akan kita huraikan. Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini adalah suatu sikap yang bercanggah dengan hadis, apakah isu ini menepati keutamaan yang begitu tinggi dan mendesak sehingga perlu ditimbulkan. Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi SAW telah begitu merugikan dan memundurkan Islam dan umatnya di Malaysia?

Selain kerana tiada keperluan jelas untuk ditimbulkan, isu ini juga tidak patut ditimbulkan secara terbuka kerana untuk benar-benar menganggapnya secara adil menuntut kajian dan penelitian ilmiah khusus. Kenapalah kita perlu menyibukkan masyarakat awam dengan persoalan-persoalan yang tidak mudah atau tidak mampu untuk mereka sikapi dengan adil?

Sebenarnya, isu ini ada persamaan dengan beberapa isu-isu agama yang sifatnya kompleks dan boleh mengelirukan yang suka ditimbulkan oleh segelintir penceramah akhir-akhir ini. Walaupun kita sangat keberatan membahaskannya, tetapi apabila sudah ada yang menimbulkannya secara terbuka maka wajiblah pula penjelasan dibuat agar masyarakat tidak keliru dan tersalah faham. Pendek kata ia sudah menjadi suatu kemungkaran dan kezaliman ilmiah yang wajib dicegah dan dibetulkan.

Fahaman Yang Lebih Sejahtera

Pandangan yang mendakwa ibu dan bapa Nabi SAW adalah kufur dan berada dalam neraka sebenarnya berpunca daripada dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dalam salah satunya, Nabi SAW bersabda bahawa Baginda tidak diizinkan oleh Allah memohon keampunan bagi ibu Baginda tetapi diizinkan menziarahi kuburnya. Dalam hadis kedua, Nabi SAW diriwayatkan menjawab pertanyaan seorang lelaki tentang nasib bapanya dengan menjawab bahawa ayah lelaki tersebut dan ayah Baginda sendiri berada dalam neraka. Walaupun sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa teks hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ia adalah suatu yang biasa berlaku dalam kita berinteraksi dengan hadis. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadis. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadis itu sendiri yang perlu dipatuhi.

Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami teks hadis, hadis-hadis di atas sebenarnya tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadis-hadis ini tidak boleh dipegang kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis lain. Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi SAW adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219, surah al-Syu'ara' yang bermaksud, "dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud". Ibnu 'Abbas r.a, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi SAW telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi di kalangan nenek moyang yang sujud dan beriman. Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi SAW pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya, sedangkan adalah tidak wajar Nabi SAW melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur.

Maksud zahir hadis-hadis ini juga bertentangan dengan nas-nas al-Quran berkenaan kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan para rasul-Nya untuk menyampaikan agama yang benar (al-Israa':15, al-An'aam:131, al-Syu'araa', al-Nisaa':165). Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad SAW sebelum kebangkitan Baginda (Saba':44, al-Qasas:46). Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi SAW sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul, menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.

Ada juga pandangan ulama yang mentakwilkan makna 'abi' dalam hadis kedua yang zahirnya bermaksud 'ayah' kepada Abu Talib atau Abu Lahab, bapa-bapa saudara Nabi SAW dan bukannya Abdullah, bapa Baginda SAW.

Penggunaan panggilan sebegini memang berlaku dalam bahasa Arab dan dalam al-Quran sendiri dalam kes Nabi Ibrahim AS (al-An'aam : 74). Ada juga pandangan ulama bahawa kedua-dua hadis Riwayat Muslim itu memang perlu ditakwilkan kerana makna zahirnya bercanggah. Jika ibu Nabi SAW benar-benar kafir, Nabi SAW tidak akan diizinkan Allah SWT untuk menziarahi kuburnya.

Kita juga telah menyentuh bagaimana mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW berada di dalam neraka akan menyakiti Nabi SAW. Menyakiti Nabi dengan apa cara sekalipun adalah jelas diancam di dalam al-Quran dengan laknat Allah SWT di dunia dan akhirat serta dijanjikan dengan siksa yang pedih dan hina (al-Tawbah:61 dan al-Ahzab:57). Melihat betapa besarnya kesalahan ini, tidak hairanlah Saidina Umar bin Abdul Aziz dilaporkan telah mengancam seorang pegawainya yang mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW musyrik dengan hukuman dipotong lidahnya, dipotong tangan dan kakinya dan dipancung kepalanya. Lalu pegawai itu dilarang memegang apa-apa jawatan sepanjang khilafahnya.(Tarikh Ibn 'Asakir). Imam al-Alusi (m.1127H) pula dalam Tafsir Ruh al-Maaninya ada memberi amaran keras, "Aku bimbangkan kekufuran terhadap seseorang yang menuduh ibu dan ayah Nabi SAW (kufur) (Jilid 11, ms.207).

Perincian dan huraian lanjut tentang pandangan para ulama yang membela ibu dan bapa Nabi SAW boleh didapati dalam beberapa kitab termasuk kitab-kitab khusus karangan Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Masalik al-Hunafa dan al-Ta'dzim wal Minnah, kitab al-Hujaj al-Wadhihaat karya ulama' Makkah, Al-'Allamah Sayyid Ishaq Azzuz, kitab Sadad al-Din oleh Imam al-Barzanji, kitab Hadyu al-Nairain karya al-Allamah Prof.Dr.Judah al-Mahdi dari Universiti al-Azhar Mesir dan fatwa Mufti Mesir, Al-Syeikh Dr.Ali Jum'ah dalam koleksi fatwanya, al-Bayan. Insya-Allah dalam masa terdekat, kami akan mengeluarkan terjemahan dan sedutan daripada kitab-kitab ini dalam bahasa Melayu.

Jelas daripada perbahasan ringkas kita ini bahawa, jika kita mahu, ruang untuk kita mempertahankan keimanan dan terselamatnya ibu dan bapa Nabi SAW yang mulia adalah luas terbentang. Kalaulah bersangka baik itu terpuji, maka apakah lagi situasi yang lebih utama untuk kita bersangka baik selain dalam isu ini yang membabitkan hak kekasih dan makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah SWT. Ia juga sebenarnya adalah sangka baik kita terhadap Allah SWT sendiri yang Maha Kaya lagi Berkuasa untuk meletakkan zuriat kekasih-Nya dalam rantaian keturunan hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Di sebalik episod yang sangat mengguris hati ini, mungkin ada beberapa hikmah dan pengajaran yang perlu diambil. Para penceramah yang giat mengisi ruang dakwah di tengah masyarakat mestilah sangat berhati-hati dalam memilih kandungan dan mesej dakwah mereka. Ini kerana, bersama populariti dan kemasyhuran itu datangnya amanah yang dipertanggungjawabkan. Bagi masyarakat pula, di zaman ledakan informasi ini yang turut menyaksikan informasi agama turut tersebar tanpa kawalan, mereka perlulah lebih berhati-hati dalam mempercayai apa yang mereka baca dan dengar. Maklumat agama yang keluar di akhbar, terdengar di radio, tersiar di TV dan popular di internet tidaklah semestinya dijamin betul dan benar. Dalam bab agama, janganlah kita malas mengkaji dan mempastikan kerana akhirat kitalah yang jadi pertaruhannya. Isu ini juga adalah satu contoh jelas bagaimana sikap terlalu merujuk kepada Sunnah tanpa berpandukan kaedah dan panduan para ulama muktabar adalah sikap yang silap dan merbahaya. Janganlah kita mudah terbawa-bawa dengan sesetengah aliran yang mendakwa sebagai menjuarai Sunnah sedangkan hakikatnya mereka sering menzalimi Sunnah dan yang empunya Sunnah SAW. Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan mereka yang sentiasa menggembirakan dan mempertahankan kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Penulis ialah Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...