Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Mei 10, 2010

10 tips positif agar anda dapat menjalaninya dengan tenang

  • sumber dari blog
  • http://faizalyusup.blogspot.com/
  • . Sekali lagi tip-tip ini sesuai diterapkan dalam apa-apa kesakitan sekalipun baik dari aspek zahir, mental, emosi juga rohani.
  • 1. Redhalah
  • Ramai yang mempersoalkan kenapa mereka diuji dengan dugaan yang sedemikian rupa sedangkan dalam diri rasa tak bersalah. Persoalannya apakah yang boleh kita lakukan kalau kita tak redha dengan dugaan tersebut? Kalau kita menangis air mata darah sekalipun penyakit tersebut tak akan hilang. Ia tetap akan berada di situ dan tiada apa yang boleh kita lakukan melainkan berusaha mencari jalan keluar dengan apa cara sekalipun.
  • Sifat redha iaitu menerima Qada dan Kadar Allah dan percaya yang semua ini berlaku atas susunan dan ketentuan Allah merupakan salah satu dari Rukun Iman sebagai seorang Islam. Mempunyai sifat ini merupakan satu petanda keimanan kita kepada Allah Taala.
  • Ramai yang tak redha dan tak dapat menerima dugaan begini yang akhirnya membawa kepada penyakit dan komplikasi yang lain. Sifat tak redha dan tak puas hati dengan dugaan itu seterusnya menyebabkan tekanan yang melampau, stress, tekanan mental, hilusinasi, insomnia tak boleh tidur dan sebagainya. Bermula dengan satu masalah, ia ditokok tambah pula oleh kelemahan diri sendiri yang dimulakan oleh sifat negatif dalam diri.
  • 2. Terimalah yang kita dipilih Allah untuk melaluinya. Kita sebenarnya istimewa.
  • Kalau difikirkan dari segi nisbah berapa ramaikah yang diuji dengan dugaan yang sedemikian rupa? Katalah anda diuji dengan anak yang terencat akal, soalannya dalam dunia ini tak ramai yang diuji sedemikian rupa, oleh itu bersyukurlah sesungguhnya anda dipilih Allah untuk melaluinya dan ini menjadikan diri anda istimewa. Ramai lagi dalam dunia ini yang boleh diuji tetapi Allah mahu anda yang melaluinya. Apapun bersyukurlah.
  • 3. Dugaan penebus dosa.
  • Seterusnya ambillah dugaan kesakitan ini mahupun dugaan yang lainnya sebagai penebus dosa atau kifarah atas dosa-dosa masa yang lalu. Saya pasti sebagai manusia kita pernah melakukan dosa dan kesilapan di masa yang lalu. Tiada manusia yang sempurna. Dalam hal ini ada yang sedar dan tahu lantas mereka menerima dugaan ini dengan hati yang senang, hati yang redha namun demikian ramai juga yang tak begitu. Mereka tak SEDAR yang mereka pernah melakukan pelbagai kesilapan dalam kehidupan lantas menyalahkan pelbagai faktor lain termasuklah secara tak sedar menyalahkan Allah Taala atas dugaan yang melanda.
  • 4. Bersyukurlah dengan dugaan peringatan dari Allah Taala itu.
  • Bersyukurlah kerana anda diduga dengan dugaan kesakitan ini kerana ia sebenarnya merupakan petanda yang Allah Taala ingat pada kita. Para sahabat Nabi SAW dahulu begitu risau bila mereka lama tak mendapat demam contohnya. Mereka takut Allah taala lupa atau tak ingat pada mereka. Jadi dalan hal ini terimalah dugaan kesakitan ini sebagai tanda peringatan dari Allah.
  • 5. Dugaan sebenarnya mendekatkan diri kita kepada Allah Taala.
  • Seterusnya dugaan kesakitan ini juga mendekatkan diri kepada Allah Taala. Dalam hal ini ramai yang bila senang melupakan Allah dan bila diuji dengan ujian kesakitan ini barulah ingatan kepada Allah meningkat seterusnya meningkatkan ibadah lebih-lebih lagi bila kesakitan itu kritikal iaitu bila peluang untuk meneruskan hidup menjadi semakin tipis.
  • 6. Bandingkan dengan orang yang lebih susah.
  • Sebaiknya kalau anda demam bandingkanlah dengan orang yang sakit lebih teruk hingga terpaksa masuk wad, kalau anda patah kaki bandingkan pula dengan orang yang terpaksa dipotong kakinya, kalau anda dipotong kakinya bandingkanlah pula dengan orang yang lumpuh kakinya, kalau anda lumpuh kaki bandingkanlah pula dengan orang yang lumpuh hingga paras tengkuk dan begitu jugalah seterusnya. Dalam keadaan manapun kita pasti ada orang yang lebih susah. Bila kita berbuat demikian maka kita akan merasakan yang sakit yang kita hadapi itu taklah seTERUK yang kita sangka.
  • 7. Bersikap positiflah.
  • Kemudian dalam hal ini ada orang yang sakitnya lebih kurang sama dengan anda tetapi dia rileks, tabah dan sabar. Malah meneruskan kehidupan dengan gelak tawa walaupun berada di atas katil di wad dan lumpuh tak boleh bergerak. Anda pula punyalah teruk sengsara, merengek macam nak mati walhal masih boleh lagi ke sana-kemari. Bersikap positiflah. Pandanglah kepada kebaikan di dalam dugaan yang anda hadapi itu. Pasti ada hikmah di dalamnya untuk kita ambil pelajaran darinya.
  • 8. Allah beri rehat.
  • Mungkin juga dugaan kesakitan yang kita terima itu merupakan peluang untuk anda berehat setelah sekian lama tak berehat. Berehat dari rutin kebiasaan untuk memulihkan tenaga, memulihkan minda, memperbaiki ibadah, untuk berfikir sejenak mengenai perjalanan kehidupan dan mungkin bertemu ruang untuk dibaiki. Jadi, berehatlah.
  • 9. Ia merupakan dugaan bagi orang sekeliling.
  • Dugaan kesakitan yang kita terima juga itu juga bukan hanya ditujukan buat kita tetapi ia juga secara tak langsung ada kena mengena dengan orang yang ada kena mengena dengan kita. Ini kerana kesakitan yang kita alami itu mungkin akan menjejaskan mereka, menyebabkan mereka runsing, menyebabkan mereka terpaksa membantu baik dari segi fizikal, kewangan dan sebagainya. Kita merupakan perantara dugaan pada mereka.
  • 10. Ia menunjukkan yang kita ini kerdil dan tak mampu berbuat apa-apa.
  • Akhir sekali dalam tip ini, kesakitan juga bakal menunjukkan yang kita bukanlah kuat, bukanlah handal mana. Kalaupun kita punya badan yang sasa berketul-ketul bak Mr Universe tetapi kita tetap akan diduga juga. Mr Universe juga bakal menjadi lembik. Ia akan hanya menunjukkan yang sebagai manusia kita sebenarnya tak ada kuasa, tak ada daya upaya, kita sebenarnya kerdil dan lemah.
  • Cukuplah 10 tips ini untuk mereka yang diduga dengan kesakitan. Kalau sejuta tips pun disampaikan namun kalau ia tak menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam diri tak ada gunanya. Saya harap ada diantaranya yang dapat membantu anda memahami perihal kesakitan ini. Lagipun kita dilahirkan lemah sebagai bayi kemudian menjadi semakin kuat di zaman remaja dan dewasa namun demikian kembali lemah dan lembik bila mula sakit bila kita semakin tua menuju alam kematian.
  • Masalahnya badan fizikal dan jasmani kita semakin tua tetapi hati kita masih muda tak setua jasmani kita. Itulah masalahnya. Hati kata larat tapi badan sebenarnya dah tak larat. Dalam hal ini selarikan keadaan fizikal dan keadaan hati kerana pada saya ini lebih baik. InsyaAllah akan saya tulis mengenai bab ini dalam artikel yang lain kelak.
  • Apapun DUGAAN memang tugasnya untuk berkhidmat pada manusia dan ia hanya untuk satu tujuan iaitu sebagai penguji keimanan.
  • DUGAAN MENGUJI KEIMANAN.
  • Persoalannya ialah ;
  • Adakah dugaan akan menyebabkan kita mendekati Allah dengan meningkatkan ibadah dan sebagainya atau adakah dugaan itu akan menjadikan kita KUFUR menyalahkan Allah, berputus asa mahupun membunuh diri?
  • Fikir-fikirkanlah..
  • Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
  • Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
  • Ikhlas dari,
  • Faizal Yusup
  • Pengkaji Isu Sosial

selamat menyambut hari ibu

buat ibu ku yang tercinta
Assalamualaikum....selamat hari ibu.....
masih tak terlambat agi nak ucapkan untuk ibu ku yg tersayang serta emak mertua ku..semalam dah call mak mertua....
dan semalam..kami satu satu family..meraikan.....malam yg bahagia bersama ibu...
ermmm
adik belanja makan kat seri budi...eeeee
bestnyer..
.
.
.
kul 6 ptg adik lelaki umi..call...
..
..
katanya malam ni..ader4 program tak???
ooo ingat nak lepak2 kat pantai..nak ajak bonda sekali aaahh
.
.
.
ok katanya....cancell
;;;
kita kuar makan ramai2..kat seri budi
yessssssssss
tq..
semoga...di murahkan lagi rezeki..untuk adik ku..
aminn
.
.
.
.
kul 8 mlm kami pun kuar lah/.....bestnyer dapat makan2 sama2 yerr
.
.
.
.
ermmm
romantik gitu....candle light kui kui kui
.
[
.
.
HARGAILAH IBU BAPA
ANDA SELAGI HAYATNYA MASIH
Seburuk-buruk anak, itulah darah daging kite dan begitu juga, seburuk-buruk ibu bapa, itulah darah daging kite.. janganla sesekali memutuskan hubungan ini kerana setiap apa yang kite lakukan pasti ada balasannya kelak wlau sebsar zarah skali pun. Sorang
ibu
tu sanggup wat ape saje demi kebaikan dan kebahagiaan anak-anaknye wlau tepakse begadai nyawa skali pun
TAPI
sorang anak, bole tak wat cmtu?? Terutama yang dah berumahtangga, sanggup kah anak itu mendahulukan ibunye dalam ape jua keadaan?? Sorang ibu tu x sanggup melihat anak-anaknye dlm kesusahan, kesedihan ape tah lagi kelaparan dan sanggup mengikat perut atau x mkn demi anak-anaknye
TAPI
sorang anak tu, bile dah besar nnt, sanggupkah die berbuat sedemikian rupe tuk ibunye??
Sorang ibu tu boleh jage 2 orang, 3 orang, 4 orang, 5 orang, 10 orang ataupun 12 orang anak TAPI
sorang anak tu sanggup tak jage ibu die yang hanya sorang tu??
Sorang ibu tu sanggup menerima anaknye wlaupun anaknye tu seorg penagih dadah atau pelacur atau perogol,
TETAPI
sorang ank, snggupkah die menerima ibunye dlm keadaan sedemikian???
Inilah persoalannya.. Sebnarnye, wlau anak tu kaya mcm mane skalipun, jawatan hebat-hebat, harta melimpah ruah, blajar tinggi2
TAPI
kalo x tawu menhormati sorang ibu mahupun menghargainye, takkan kemanalah anak tu..
PERCAYALAh....
Dan knp Syurga tu di bwh tapak kaki ibu???
Ibulah yang banyak berkorban demi anak-anaknya sejak dari kandungan.
Mengandung tu bukan senang, dengan morning sicknessnyer, sakit pinggang, pening kepale, alahan dan macam2 lagi.. dalam mase 9 bulan anak tu dalam kandungan, macam2 perkara sorang ibu tu kena tempuh.
ibu ku yang tercinta
Kemudian, bersalin kan anak tersebut. Sakit nak bersalin adelah sakit kedua selepas mati okay. Dpt imagine x cmne skt die?? (bkn cm period pain) sakit tu senang ckp, mmg skt and tak boleh nk digambarkan.
Lepas bersalin, dlm keadaan ibu tu msh lemah pn kne jge anak tersebut. Jage anak tu dari jaundis, breasfeed, campak, and mcm2 pnyakitla.. tu blum kire kalo bangun mlm lagi.. sorang ibu tu, takkan tdo slagi anaknye blom tdo..
Dan seterusnye sampaila anak tu besar dari x pandai bejalan sampai dah boleh berlari, masuk sekolah, masuk universiti, bekerja, dah berumahtangga dan sampai dah ade anak.. kalo nak list smua, konpem tak cukup page.. Jadi, same-samela kita mengambil iktibar dari cerite di atas, yang sebenarnye, jasa ibu tu takkan terbalas sampai bile2.. wlau kite limpahkan wang ringgit pada ibu kite, percayala.. bahawa ianya tak cukop dengan ape yang die dah wat pade kite selama ini.
HARGAILAH IBU BAPA ANDA SELAGI HAYATNYA MASIH
ADA.. biarlah wlau kite terpakse bersusah skali pun asalkan, jangan mak ayah kite berkecil hati.. kalo ade trkecilkn hati mereka, cepat2 g mntak maaf and
JGN
sampai memutuskan ikatan ibu bapa dengan anak okay!!
* for me, if my kids smue dh besar, bkn wang ringgit yg d inginkan tetapi ckpla kalo anak-anak ni tawu menghargai ibunya, tu pun dah syukur
Alhamdulillah..
and rasenyer, smua ibu-ibu kat luar sne pun mempunyai keinginan yg same. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat berkongsi ngan kalian sambil mengingatkan diri sendri..

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...