Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Mei 06, 2010

asslamualaikum

assalamualaikum...
alhamdulillah ...ermm dah selesai kemas barang tunggu jap agi nak bertolak aaaahh...tadi g beli kopok...gotel nak bawak balik kb....
kekawan doa kan umi dan family selamat dalam perjalan pergi dan balik..dan semua2 lah selamat ya..
aminnnnnnnn
.
.
.
.
.
semoga kepulangan membaca keceriaan lagi
.
.
insyallah

KENTANG PUTAR

jhgAssa

Assalamualaikum...ermm best nyer dah lama umi duk cari2 resepi ni....tadi gi jalan2 umah kekawan blog..tercium bau.....masakan dr blog kekawan umi ni...
terima kasih ya mas sudi kongsi resepi ni...
...he..he...suka kita
Bahan - bahan sos :
  1. 650 ml air
  2. 5 sudu besar stok ayam maggi, kiub atau stok pekat dalam botol
  3. 1 biji bawang besar - cincang
  4. 1 batang saderi - cincang
  5. 40 gm mentega
  6. 20 gm tepung gandum
  7. 1 sudu besar sos tomato
  8. 1 sudu besar sos tiram
  9. sedikit serbuk lada hitam
  10. kicap pekat
Cara - cara membuat sos :
  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
Untuk kentang putar :
Rebus kentang hingga betul2 lembut dan empuk. Lenyek hingga halus, masukkan sedilit susu segar dan mentega. Kacau sebati dan bentukkan bulat, tuang sos atas kentang.

17 Cara Tambat Hati Suami

  • Kongsi
  • Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mahukan hati suami begitu dekat dengan dirinya. Pelbagai cara sanggup dilakukan oleh si isteri agar mampu menambat hati suami kerana inilah sebenarnya cara untuk mengikat kesetiaan lelaki. Apakah cara yang boleh dilakukan untuk menambat hati suami? Berikut adalah 17 cara yang boleh dipraktikkan oleh isteri di luar sana.
  • 1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum melakukan kerja-kerja lain.
  • 2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara
  • khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari. Namun terlebih dahulu lihat mood suami. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
  • 3. Luangkan masa yang betul-betul berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dengan suami.
  • 4. Tanya keluarga suami terutama ibu mertua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
  • 5. Sekali-sekala cuba hidangkan resepi ibu mertua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.
  • 6. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.
  • 7. Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap.
  • 8. Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.
  • 9. Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.
  • 10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
  • 11. Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.
  • 12. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
  • 13. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
  • 14. Apabila meminta bantuan suami, terangkan
  • kepadanya dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
  • 15. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  • 16. Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.
  • 17. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut suami dari semasa ke semasa.
  • zahra
    1. 1.Sentiasa dekat dgn pasangan waktu susah dan senang
    2. -kongsi waktu hebat-solat berjemaah
    3. -makan brsama
    4. -doa bersama
    5. 2.Wujudkan K.K (Komunikasi Kasih)
    6. -chatting bila online internet
    7. -JANGAN herdik dan malukan pasangan
    8. -pandang muka pasangan bila bercakap
    9. 3.JANGAN buka aib pasangan didalam alam siber.
    10. eg:facebook,tweeter,blog
    11. -jgn bawa cerita 'rumahtangga'
    12. -jadikan kawan pasangan yg sama jantina dgn anda sebagai kawan anda
    13. sebaliknya jadikan utempat untuk luahkan kata2 cinta anda...
    14. 4.Jumpa kaunselor yg bertauliah apbla ada mslh dan selesaikan dgn cara yg baik
    15. -elakkan dari mendengar masalah dari rakan yg berlainan jantina kerana ia akan melahirkan perasaan simpati,seterusnya akan berasa empati,dan akhir sekali adalah jatuh hati antara satu sama lain. inilah penyebab kemusnahan satu2 hubungan
    16. 5.Mengetahui dan sentiasa ingat status diri iaitu sedah berpunya dan milik kepada seseorang.
    17. --jadikan kawan pasangan anda sebagai kawan anda
    18. oleh itu jaga batas2 pergaulan dengan rakan berlainan jenis
    19. 6.Selalu bagi hadiah walaupun bukan hari istimewa.
    20. 7.Meluangkan masa bersama2 pasangan
    21. -bercuti,menghabiskan masa hujung minggu bersama
    22. 8.Jangan lupa berdoa untuk kebahagiaan bersama
    23. -surah Al-Hasri-ayat21
    24. -surah Al-Imran-ayat31
    25. 9.Jangan sesekali membuka ruang diri sendiri dan pasangan untuk curang kerana kita akan sesal tak sudah
    26. -melebih2 dgn org lain

perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Tentang PerempuanKongsi

  • Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  • 1.Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  • 2.Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  • 3.Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  • 4.Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  • 5.Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  • 6.Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  • 7.Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  • 8.Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  • 9.Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang
  • paling dalam dan tulus.
  • 10.Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya!.
  • “Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Bagaimana Memperoleh Kepercayaan Pasangan?

  • Kongsi
  • Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun begitu, bukan mudah untuk membina kepercayaan dalam sebuah hubungan.
  • Justeru tidak hairanlah masih ada pasangan yang belum saling percaya meskipun sudah lama mengenali di antara satu sama lain. Apatah lagi bagi mereka yang baru berkenalan, perasaan sangsi sentiasa merajai hati masing-masing.
  • Sebenarnya, ada cara mudah yang boleh dipraktikkan dalam membina kepercayaan antara pasangan. Mungkin ia bukanlah perkara yang terlintas di fikiran anda tetapi realitinya cara tersebut amat diperlukan bagi memastikan perhubungan yang terjalin tidak terlerai di tengah jalan.
  • Untuk wanita yang masih lagi buntu memikirkan cara, langkah-langkah di bawah boleh dipraktikkan untuk memperbaiki hubungan, khususnya untuk mempertingkatkan tahap kepercayaan dalam diri masing-masing.
  • 1. Anda perlu menjadi individu yang boleh diramal kerana percintaan atau ikatan perkahwinan sebenarnya tidak memerlukan sesuatu yang 'thrill' untuk membuatkan ia bernyawa. Namun, itu bukan bermakna anda tidak boleh melakukan kejutan buat pasangan sekali-sekala tetapi pastikan ia dilakukan dengan tenang dan konsisten. Ini kerana sikap yang sentiasa konsisten banyak membantu dalam membina sebuah kepercayaan.
  • 2. Seterusnya anda perlu mempercayai kebolehan dan kecekapan pasangan anda. Dalam apa jua perkara atau situasi anda perlu mempercayai kemampuan si dia, dalam memahami apa yang terjadi di sekeliling anda. Tidak perlu terlalu melulu atau bergantung sepenuhnya kepada pasangan tetapi cukup sekadar dalam beberapa hal dan situasi kerana perasaan itu akan membolehkan anda melangkah setapak ke hadapan dalam usaha membina kepercayaan dalam ikatan kalian.
  • 3. Berlaku jujurlah dalam apa sahaja situasi kerana rahsia yang terpendam hanya akan membinasakan hubungan yang terjalin antara anda dan pasangan. Percayalah, dengan bersikap jujur anda bukan hanya akan memperoleh kepercayaan daripada pasangan sebaliknya anda juga akan lebih dihargai.
  • 4. Cubalah untuk bersikap matang dalam menjalinkan hubungan. Sikap matang dalam menangani sebarang masalah terutama tidak cemburu membabi buta akan membuatkan si dia lebih menghormati anda. Sikap tersebut juga menunjukkan bahawa anda mempunyai kepercayaan terhadap dirinya. Ini secara tidak langsung akan membuatkan si dia turut menaruh kepercayaan terhadap diri anda.
  • 5. Jangan melakukan sesuatu yang boleh meragut kepercayaan pasangan terhadap anda. Sekali anda melakukan kesalahan, dia pasti akan menaruh syak wasangka seandainya berlaku sesuatu di masa akan datang. Walaupun lelaki mungkin akan melupakan apa yang berlaku dengan mudah berbanding wanita namun tidak mustahil, si dia akan mengingatinya apabila perkara yang sama berulang lagi.
  • 6. Bahasa tubuh turut memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan di antara pasangan. Oleh itu, pastikan bahasa tubuh yang disampaikan bersesuaian dengan tutur kata yang dilontarkan memandangkan bahasa tubuh lebih mudah tersemat dalam ingatan berbanding kata-kata yang diucapkan. Namun begitu, nada suara juga perlu dititikberatkan kerana ia mewakili perasaan dan emosi anda. Dan jika anda berjaya melakukannya dengan sempurna, si dia akan turut belajar mempercayai kata-kata anda.

Cemburu keterlaluan boleh bawa padah

  • KATA orang, cemburu itu tandanya sayang. Namun, sedar atau tidak, perasaan cemburu itu ada kalanya boleh menjadi musuh yang membawa kepada kehancuran sesebuah rumah tangga.
  • Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.
  • Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Suradi Salim, berkata masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran.
  • Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak.
  • “Jika masalah itu berpunca daripada aspek dalaman, psikologi seseorang itu mungkin terganggu dan sering kali menimbulkan perasaan bimbang, resah, gelisah dan syak wasangka terhadap pasangan. Sebaliknya, jika pasangan mempamerkan tindakan negatif antaranya mengecam dan memberontak, mereka dikatakan menunjukkan sifat cemburu itu dari aspek luaran.
  • “Dari situ kita boleh nilai sama ada cemburu yang ada itu mendatangkan masalah atau tidak. Faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini tidak banyak kaitannya dengan keegoan suami. Sebaliknya, kurangnya keyakinan, dan kepercayaan kepada pasangan menyumbang kepada masalah ini. Ini lebih berkaitan dengan psikologi seorang itu,” katanya.
  • Beliau berkata, kurang persefahaman dan interaksi kedua-dua belah pihak membuatkan masalah itu semakin meruncing. Kesan positif dan negatif boleh timbul daripada sifat cemburu ini.
  • Positif jika perasaan berkenaan dapat menghalang seseorang itu daripada berlaku curang terhadap pasangannya. Namun, kesan negatif daripada sifat itu tidak boleh dipandang enteng.
  • Perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul, mendera dan membunuh isteri jika hilang pertimbangan.
  • Dalam hubungan ini, Prof Suradi berkata, apabila seseorang itu sudah berkahwin perlu menanamkan sifat kesetiaan kepada pasangannya. Keyakinan, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan serba sedikit mengurangkan perasaan cemburu suami.
  • Tingkah laku sebagai isteri atau suami dan batas pergaulan dengan bukan mahram perlu dijaga dan diawasi setiap masa.
  • “Ikatan perkahwinan perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Oleh itu, sebelum seseorang berkahwin, terlebih dulu kita digalakkan mengenali pasangan yang bakal dikahwini. Ini serba sedikit membantu wanita supaya tidak mengalami pelbagai masalah selepas berkahwin kelak.
  • “Jika bakal suami anda menunjukkan sikap cemburu keterlaluan, elok wanita itu berfikir panjang jika ingin membina hubungan yang lebih serius kerana bimbang banyak perkara buruk boleh berlaku selepas mereka berkahwin.
  • “Suami juga tidak boleh ambil sikap lepas tangan dan hanya menyalahkan wanita semata-mata. Mereka seharusnya bertindak menyiasat dulu perkara yang menjadi punca kepada perasaan cemburu itu.
  • “Sewajarnya, suami tidak boleh bertindak melulu tanpa sebarang bukti kerana ini akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang terhadap hubungan perkahwinan,” katanya.
  • Beliau berkata, dari aspek psikologi psikologi seseorang yang bersikap sebegitu biasanya kurang yakin kepada diri sendiri dan sering kali berprasangka buruk serta was-was kepada pasangannya.
  • Selain itu, seseorang yang mempunyai pengalaman masa lampau yang buruk akan sentiasa menganggap pasangannya tidak boleh dipercayai. Faktor keistimewaan yang dimiliki isteri antaranya berpendidikan tinggi dan mempunyai daya tarikan fizikal menarik juga menjadi punca kepada masalah ini.
  • “Dalam Islam, suami perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri. Begitu juga isteri. Namun, ia perlu berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta hubungan suami isteri.
  • “Kedua-dua pihak harus menjaga hubungan dengan sebaiknya untuk mengelak masalah cemburu ini,” katanya.
  • Panduan elak pasangan cemburu
  • 1. Memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian supaya suami tidak syak wasangka.
  • 2. Mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua belah pihak.
  • 3. Jika hubungan jarak jauh, sering kali berhubung menggunakan telefon, sistem pesanan ringkas (sms), atau e-mel untuk mengeratkan kasih sayang
  • 4. Bercerita apa saja yang berlaku sama ada di tempat kerja atau dengan rakan.
  • 5. Elak melakukan perkara yang membawa kepada cemburu pasangan.
  • 6. Kenalkan rakan pejabat dan kenalan rapat anda kepada pasangan.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...