Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Jumaat, April 16, 2010

Bersekedudukan punca gejala sosial

sumber dr blog:

Sejak akhir-akhir ini saban hari masyarakat disajikan dengan segala macam laporan mengenai kebejatan sosial di kalangan anak muda sehingga tercetus pelbagai polemik dan konflik. Penagihan dadah, pergaulan bebas, seks luar nikah, buang bayi dan sebagainya merupakan sebahagian daripada natijah daripada kemusnahan akhlak sebilangan golongan muda ini.

Satu lagi gejala yang semakin menular ialah bersekedudukkan iaitu pasangan kekasih yang tinggal serumah tanpa sebarang ikatan yang sah sehingga melahirkan anak-anak luar nikah.

Gejala-gejala ini seolah-olah menggambarkan masyarakat hari ini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dan batas-batas agama dalam membuat sebarang tindakan.

Ramai yang berasa cemas kerana impak yang ditinggalkan bagaikan suatu kerosakan yang sukar untuk dibaik pulih.

Terbukti apabila Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim baru-baru ini mendedahkan bahawa jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan meningkat kepada 17,303 di seluruh negara sepanjang tahun lalu iaitu purata 47 orang sehari.

Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun 2008 seramai 16,541 manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Angka tersebut meliputi anak-anak yang lahir di luar perkahwinan atau anak luar nikah.

Sebab itu dalam situasi ini Islam memandang berat kesalahan zina sebagai antara dosa besar kerana ia mendatangkan pelbagai keburukan.

Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Angka tersebut juga bagaikan memberi 'isyarat' kepada masyarakat keseluruhan bahawa ia bukan isu yang harus dipandang ringan. .

Gejala sosial adalah suatu gejala yang telah mengakibatkan berlakunya ketidaktentuan sistem kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara.

Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia, Prof Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, tidak menolak bahawa peningkatan angka tersebut hasil daripada gejala bersekedudukkan yang kini semakin berleluasa di kalangan masyarakat terutama golongan muda.

Malah ada antara pasangan melakukan tanpa segan silu seakan tidak takut dengan hukuman atau balasan terhadap perbuatan keji itu.

Namun jelasnya, mereka yang berbuat sedemikian sebenarnya tidak berfikir panjang sebaliknya hanya mahu menikmati keseronokan semata-mata.

Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan duniawi dicapai tanpa memikirkan kesan dan akibat perbuatan tersebut.

Dalam hal ini, golongan tersebut perlu membuat penilaian kesan daripada perbuatan mereka itu.

''Sekiranya melahirkan anak luar nikah, keadaan ini menjadi lebih parah memandangkan status anak yang dilahirkan itu tidak mendapat sah taraf menyebabkan hak anak itu dinafikan,'' ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Katanya lagi, tindakan tersebut akan menyebabkan anak yang dilahirkan akan berasa rendah diri dan sekali gus menjejaskan kehormatan diri anak tersebut.

"Hal ini akan menyebabkan anak berkenaan berasa dirinya dipandang hina oleh masyarakat ekoran kesilapan ibu bapa mereka sedangkan anak itu sendiri tidak bersalah,'' ujarnya lagi.

Menjelaskan lagi isu berkenaan, Dr Harlina memberitahu, pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan ini sebenarnya tidak mampu merasai nikmat sebenarnya bahagia berumah tangga.

''Mungkin pada fizikal mereka nampak bahagia namun hakikatnya mereka tidak boleh menandingi kebahagiaan yang hakiki seperti dalam perkahwinan yang sah.

"Malah wujud perasaan kurang selesa pada diri masing-masing ekoran tindakan salah yang mereka lakukan," katanya.

Katanya, Islam adalah agama yang adil dan memberikan kemudahan kepada penganutnya.

Restu

''Sekiranya mereka tidak boleh berkahwin secara normal kerana sebab tertentu seperti tidak mendapat restu oleh ibu bapa, tidak mencapai had umur yang sewajarnya atau sebagainya, kita mempunyai tempat yang boleh memberi nasihat untuk berkahwin secara sah," katanya.

Yang penting tegasnya, mestilah berkahwin secara sah dan berdaftar.

Tegasnya lagi, Allah SWT menjadikan kehidupan manusia di dunia ini berpasangan lelaki dan perempuan bermula daripada Nabi Adam dan Hawa lagi.

''Undang-undang yang tertua sekali bagi manusia adalah undang-undang perkahwinan dan kekeluargaan. Undang-undang ini berkembang. Ia memberi dasar yang mesti dipatuhi oleh setiap individu dalam sesebuah masyarakat,'' katanya.

Menjelaskan lagi, Dr. Harlina berkata, dalam perkahwinan ada tiga perkara penting yang harus dititik beratkan iaitu kasih sayang, hubungan suami isteri dan juga komitmen.

Pasangan yang tinggal bersama tanpa sebarang ikatan yang sah sebenarnya mahukan keseronokan semata-mata tanpa mahu memikul tanggungjawab serta komitmen.

Beliau memberitahu, dalam al-Quran sendiri telah menjelaskan umatnya yang berkahwin akan dibukakan pintu rezeki terhadapnya.

Malah jiwa akan menjadi lebih tenang daripada hanya berlakon menjadi suami isteri.

Sementara itu, Kaunselor di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas, Noraniza Mohd. Noor berkata, jika gadis atau wanita tersebut bertegas demi maruah dirinya permasalahan ini mampu diatasi.

''Biarpun wanita dilahirkan lemah namun tidak seharusnya mereka mengikut segala kehendak dan telunjuk lelaki demi membuktikan rasa cinta dan kasih terhadap seseorang,'' tegasnya.

Bagaimanapun beliau yang juga pensyarah di institusi tersebut memberitahu, tindakan yang tidak bermaruah dengan bersekedudukkan bersama seorang bukan muhrim itu hanyalah merugikan masa sahaja.

''Bukan sekadar merugikan masa tetapi hidup juga tidak diredai oleh Allah, malah dosa pasangan bersekedudukkan turut ditanggung ibu bapa mereka termasuk masyarakat jika membiarkan perbuatan terkutuk itu terus berlaku," katanya.

Sementara itu pengamal perubatan cara Islam, Datuk Dr. Amran Kasimin pula, menjelaskan, punca utama yang menyebabkan seseorang itu terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral adalah kerana tidak ada didikan agama.

Apabila hal seperti itu berlaku, seseorang tidak akan takut kepada balasan Allah.

''Faktor utama yang boleh menyekat seseorang daripada melakukan kejahatan ialah iman yang membolehkan seseorang itu takutkan Allah.

''Dengan iman, seseorang itu akan sentiasa dalam kawalan Allah, menyebabkan segala tindak-tanduknya mempunyai sempadan yang tidak boleh dilangkaui,'' katanya.

Katanya, tabiat manusia apabila dia bernafas hendak melakukan sesuatu dia akan berusaha seberapa boleh untuk melaksanakan hasratnya.

Dia boleh mengawal dirinya ketika diperhatikan, dikurung dan sebagainya.

Walaupun demikian apabila terlepas daripada kawalan, kerana lalai, ia akan bertindak lebih cepat daripada orang yang mengawal tadi.

Sebaliknya, orang yang beriman kepada Allah SWT merasakan dirinya sentiasa dalam kawalan Allah sama ada di tempat terang ataupun dalam kepekatan malam.

''Anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama lumrahnya lahir daripada keluarga yang tidak mementingkan agama. Ini terjadi kerana keluarga itu sendiri tidak memahami keperluan agama.

''Keadaan menjadi lebih buruk apabila ketua keluarga lebih menumpukan perhatian dan menghabiskan tenaga untuk mencari nafkah. Akibat daripada sikap ibu bapa seperti ini, anak-anak akan lebih cenderung dipengaruhi oleh orang sekeliling seperti teman-teman sebaya dan sebagainya,'' tegasnya lagi.

Anak-anak seperti ini merasakan bahawa diri mereka ada suatu kekosongan yang mesti dipenuhi, yang wujud pada diri setiap orang, iaitu kasih sayang.

Bagaimanapun tegasnya lagi, kes-kes keruntuhan moral yang melibatkan bersekedudukkan ini ialah kerana keberanian pasangan perempuan menerima ajakan temannya tidur bersama.

''Apabila seorang perempuan itu berani dibawa balik ke rumah lelaki di tengah malam, atau ke hotel, sama ada dengan paksaan, separuh paksa atau mungkin dengan kerelaan diri, perempuan tersebut seumpama terjebak dalam perangkap.

"Malah, mereka yang terlibat sering tunduk dengan pujuk rayu terutamanya janji-janji untuk berkahwin.

''Cara menawan pasangan perempuan melalui pujuk rayu, tipu helah dan janji-janji manis seperti inilah yang paling banyak berlaku, yang berakhir dengan persetubuhan haram ataupun zina," katanya


Read more: http://serikasih.blogspot.com/2010/04/bersekedudukan-punca-gejala-sosial.html#Komen#ixzz0lGrL80fJ



Ilmu tak cukup nak poligami

salam..kekawan..ermmm duk saja2 sambil jengguk kawan umi..terbaca info ni..kat blog http://serikasih.blogspot.com/...terim kasih ya info yg berguna ni..umi copy n paste kat sini ya..sebagai panduan dan ahan bacaan untuk semua

Sebelum berkahwin dahulu khususnya kepada kaum wanita, pernah tak anda terfikir atau bercadang untuk berkahwin dengan suami orang, rela bermadu dan berkongsi kasih. Tentu tidak pernah kan? Sekali pun tidak terlintas di fikiran anda.

''Begitu juga saya! Tak pernah terfikir apa lagi bercita-cita untuk berpoligami. Malah saya memang tak suka rebut suami. Saya fikir saya masih muda dan boleh cari lelaki yang bujang sebagai suami, lagi pun saya bekerja tentu peluang saya lebih cerah,'' Demikian cerita Shazlina ketika kami berbual di telefon beberapa kali, setelah menerima emel dan nombor telefon yang disertakannya.

''Tetapi jodoh, rezeki dan mati ini semua kuasa Allah walaupun saya elakkan kalau nak terjadi dan sudah jodoh kita takkan ke mana. Saya bukan baru kenal dengan abang Jo... Saya tahu dia dah berumah tangga dan anak-anak dah besar yang sulung sudah pun berkahwin. Tetapi dia tetap melamar saya jadi isterinya. Namun saya tolak.

''Tetapi dia tidak pernah putus asa, tidak lama kemudian dia ke Mekah mengerjakan haji bersama isterinya. Saya fikir lepas ini tentulah dia lupakan saya. Kerana katanya dia nak buat keputusan muktamad tentang hasratnya untuk berpoligami.

''Malangnya walaupun selepas beberapa tahun balik dari Mekah, dia tetap telefon ajak saya kahwin.

''Faktor utama membuat saya menolaknya, kerana beza usia kami lebih 20 tahun. Akhirnya saya setuju.

''Sebelum kahwin Jo memang bebas ke mana sahaja, katanya isterinya tak pernah larang. Hinggakan kalau nak minum air di rumah pun dia kena buat sendiri, gosok baju sendiri, tak makan kat rumah pun tak jadi masalah. Isterinya sibuk dengan tugasnya, sementara anak-anak yang semakin dewasa sibuk dengan urusan sendiri. Dia bebas.

''Sebelum buat keputusan saya tanya ibu dan ayah, mereka tak halang berpoligami, kerana poligami halal di sisi Islam. Majlis pertunangan dan majlis meraikan perkahwinan hanya buat di rumah kami. Cuma kami nikah di Siam, sebab di sini banyak masalahnya.



''Nak jadikan cerita ketika itu saya bekerja di selatan dia di KL, lepas kahwin saya memohon bertukar ke KL dan diluluskan.

''Lepas berkahwin adalah dua bulan hidup kami aman damai. Tetapi masuk bulan ketiga hidup saya mula kucar kacir, rahsia perkahwinan kami sudah terbongkar, isteri Jo dapat tahu dia berkahwin lagi, apalagi berlakulah perang besar. Sejak itu jadual hidup Jo tidak bebas lagi seperti sebelumnya, semuanya dikawal rapi.

''Walaupun kami berkahwin secara halal sejak 10 tahun lalu, tetapi Jo tidak pernah bermalam di rumah saya. Kalaupun ada dua kali, itu pun untuk selama dua hingga tiga jam sahaja. Jo pulang ke rumah saya waktu siang secara curi-curi. Namun kerana kami sama-sama subur masuk bulan keempat saya hamil.

''Sejak hamil semua urusan sakit pening, jumpa doktor dan sebagainya, saya urus sendiri, saya tak boleh harapkan Jo kerana dia tak berani pulang ke rumah saya. Keadaan ini berterusan hinggalah saya melahirkan anak sulung perempuan kini berusia lebih 8 tahun.

Bercerai

''Kini pada usia 43 tahun ibu kepada anak perempuan berusia 5 dan 8 tahun saya mula memikirkan apakah nasib mereka bila dewasa nanti. Ditakdirkan dia kahwin satu hari nanti siapa akan walikan? Lebih sedih anak saya yang sulung mendakwa kami sudah bercerai. Kerana sejak setahun kebelakangan ini Jo langsung tidak pernah menelefon mereka apa lagi untuk datang jengok mereka seperti dulu.

''Saya tak sangka sebagai ayah Jo langsung tidak ada perasaan terhadap anak-anaknya yang masih kecil. Sedangkan dalam waktu yang sama dia boleh pergi mengerjakan umrah bersama isterinya. Dan mereka pergi melangcong ke luar negara bersama anak cucunya, sedangkan kami langsung dia tidak bertanya khabar.

''Si kakak tanya saya benarkah kami dah bercerai? Terkedu saya, namun saya nafikan.Pernah saya cuba menghubunginya tetapi biasanya jawapannya sibuk, meeting dan dia cepat-cepat tutup telefon.

''Kadang-kadang saya sedih dengan nasib anak-anak saya, mereka tidak pernah duduk semeja dengan ayah mereka untuk bertanya dan menunjuk ajar mereka tentang pelajaran sekolah macam orang lain. Mereka juga tak pernah berhari raya bersama dengan ayahnya walaupun setahun sekali, apa lagi pergi bercuti dengan ayah.

''Biasanya sayalah yang bawa mereka berkelah ke sungai ataupun di pantai, pergi bercuti ataupun balik ke kampung bila cuti sekolah ataupun hari raya.

''Namun saya tak salahkan isterinya sahaja, Jo lebih bersalah, kerana kalau dia suami yang bertanggungjawab dan tegas dia pasti boleh mengurus dua keluarga dengan baik. Kalau tidak masakan dia takut bermalam di rumah saya walaupun untuk semalam sahaja sepanjang 10 tahun kami berkahwin? Bayangkan!

''Kata orang bomoh isterinya kuat, tetapi kalau Jo seriang duduk di tikar sembahyang, mengaji dan selalu ke masjid, pasti semuanya boleh dihapuskan. Dan Jo sendiri mesti ada kekuatan diri, barulah dia boleh mengurus keluarganya dengan baik dan adil.

''Lebih menyakitkan hati Jo pernah berpesan kepada kawannya untuk sampaikan kepada saya supaya bersabar sementara dia menyelesaikan masalah keluarganya. Ini yang tak betul, kenapa dia tak boleh telefon saya sendiri suruh bersabar? Demikian cerita Shazlin panjang lebar tentang masalah hidup bermadu.

Kata Shazlin, sebelum kahwin lelaki boleh buat 1001 macam janji, lepas kahwin dia jadi penakutkan isteri. Itu tandanya ilmu berkahwin dan ilmu berpoligami tak cukuk di dada. Bukan mudah berpoligami, silap langkah boleh memakan diri.


Sesuatu yg terjai pasti ade khikmahnya



Salam Jumaat yang mulia saya terbaca kisah baby Hannah ini di blog kak Azlina http://azlinadeco.blogspot.com/ sayunya hati mengenangkan penderitaan yg di tanggung dengan usianya yang masih terlalu mentah....

Perasaan kedua ibu-bapanya hanya Allah sahaja yang tahu...sama-samalah kita berdoa untuk kesembuhannya...berdoalah seiklas mungkin...semuga Allah makbulkan doa kita semua sesungguhnya Allah itu maha berkuasa dan maha mengetahui atas setiap segala kejadian.

Please...she's only a baby...pray and...then hope for a miracle!

COPIED FROM BLOG KAK AZLINA

The least i could do...is to pray and prolong the sad story of our friend...Rohaiza to you friends who read this posting...

May Allah bless her and baby Hana...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.


Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAHagar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada sayarozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

* Marilah kita bersama-sama memanjat doa kehadratNya...Agar penderitaan yang ditanggung oleh keluarga ini akan berkurangan hendaknya...INGSAALLAH.



kenangan kelmarin dan hari ini

Hey .... thanks, day Friday, yesterday was the feast umah mother SALT tahlil and prayers and wishes to apply security to the spirit of my late father may his father in the right place at org2 I believe ..
and brother-in-law to apply security to prospective pet's eye, 7 months pregnant ..

 May Allah give security for these young mothers ... simplified delivery and safe way to return to Sabah pd 19 4 ni.

aufi di kelilingi semua sepupu2nyer yg pompuan...ermm geramnyer tenggok adik aufi..jgn kasar2 ya


Another prayer to Umi's uncle is sick .. may God speed up his father recovered and Umi to continue life as usual aminn
.........
pak sedara yg sedang sakit

harness work yesterday .... I start kijer 24 hours .. so kemalrin Umi go umah own mother to my bike ... ngen 8:30 UNIT LPS alya to school .. continue to Umi no umah mother .. I siap2 apa2 memorabilia for cooking .
kak ip duk basuh ayam
jiran n adik ipar tengah potong sayur ni

da
lively jugak ... although not many sisters and abang2 come .. it's .. like mother was the feast day of Friday to come .... many are well-tp SALT caused other problems had gaklah tion 2ader Thursday .... their business. .. SALT I teach and work in the afternoon so the new mother to return umah alhamdulillah .. thanks all ... to run smoothly even if the weather is hot .. hot ... cold to my mother Duk umah .... sambil2 was kijer idle while joking ngen sisters Umi ...
anak2 sedaraku yg...meningkat remaja....
inilak yg masih kanak2..ermmm anak2 sedara yang nakal2 duk main ngen baby aufi...yg masih sakit tu...

love sgt2

I remember our brothers and sisters together we will never forget to bila2

....................
alya back school yesterday .... UNIT 4 pm ... cian he usually .. when turunya van school .. should he jump .. tp .. depressed yesterday .... to my surprise when gak Umi .. hold him .. . .... hot body Shares
uper-upernya his fever ..

8.00 UNIT harness securely fastened to ... come back .. take father Umi no prayers could not wish sama2, takpelah ...
LPS selesai9 all .. Umi continue siap2 to go back .....

................

I bawak ni Aliya to the clinic yesterday ... I could go see him .. ok .... a little hot today I saw father continued to send Liya clinic .... worry .. gak kene pm will harness the operation goes to the valley Bidong ... forest fire in 3 days two nights gak .. 

kul 4 pt abah ke balai bomba dan kul 5 berolak ke lLlah ya ...salam..dr isterimu..

worried father .. I live in a state child mucuknya unhealthy tu
... Takpalah alhamdulillah mintak2 all safe ............






dosa-dosa besar


Sumber dr blog ilmuan:::



Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - 
Bersumpah palsu dan bohong 
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - 
Homosek (seagama/sejenis) 
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - 
Melakukan kezaliman 
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - 
Menyebut-nyebut pemberian 
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - 
Mengutuk orang islam 
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 -
 Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - 
Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat 
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - 
Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - 
Tidak mendengar cakap ibu bapa 
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

DOSA-DOSA BESAR DAN YANG PALING BESAR 

Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara dosa-dosa besar ialah seorang lelaki mencerca kedua orang tuanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun kedua orang tuanya? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki yang memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.

Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina


Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata pals.

Hadis Abu Bakrah r.a katanya:

Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut Hadis tersebut.


Aku bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau menjadikan iaitu menganggap ada yang sebanding dengan Allah sedangkan Dialah yang menciptakanmu. Aku berkata: Sesungguhnya dosa demikian memang besar. Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Kemudian engkau membunuh anakmu kerana bimbang dia makan bersamamu iaitu makananmu. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Rasulullah s.a.w bersabda: Jika engkau berzina dengan isteri jiranmu.

DI BULAN YANG BAIK INI YA ALLAH SWT AMPUNILAH HAMBA-HAMBA MU YANG TELAH MELAKUKAN DOSA-DOSA BESAR INI, SEDAR ATAU TIDAK DAN JAUHILAH AKU MENGULANGI MELAKUKAN DOSA-DOSA INI LAGI. AMIN. 



Hey .... thanks, day Friday, yesterday was the feast umah mother SALT tahlil and prayers and wishes to apply security to the spirit of my late father may his father in the right place at org2 I believe ..
and brother-in-law to apply security to prospective pet's eye, 7 months pregnant .. May Allah give security for these young mothers ... simplified delivery and safe way to return to Sabah pd 19 4 ni.


Another prayer to Umi's uncle is sick .. may God speed up his father recovered and Umi to continue life as usual aminn
.........


harness work yesterday .... I start kijer 24 hours .. so kemalrin Umi go umah own mother to my bike ... ngen 8:30 UNIT LPS alya to school .. continue to Umi no umah mother .. I siap2 apa2 memorabilia for cooking .


lively jugak ... although not many sisters and abang2 come .. it's .. like mother was the feast day of Friday to come .... many are well-tp SALT caused other problems had gaklah tion 2ader Thursday .... their business. .. SALT I teach and work in the afternoon so the new mother to return umah alhamdulillah .. thanks all ... to run smoothly even if the weather is hot .. hot ... cold to my mother Duk umah .... sambil2 was kijer idle while joking ngen sisters Umi ...


love sgt2


I remember our brothers and sisters together we will never forget to bila2


....................
alya back school yesterday .... UNIT 4 pm ... cian he usually .. when turunya van school .. should he jump .. tp .. depressed yesterday .... to my surprise when gak Umi .. hold him .. . .... hot body Shares
uper-upernya his fever ..


8.00 UNIT harness securely fastened to ... come back .. take father Umi no prayers could not wish sama2, takpelah ...
LPS selesai9 all .. Umi continue siap2 to go back .....


................


I bawak ni Aliya to the clinic yesterday ... I could go see him .. ok .... a little hot today I saw father continued to send Liya clinic .... worry .. gak kene pm will harness the operation goes to the valley Bidong ... forest fire in 3 days two nights gak .. worried father .. I live in a state child mucuknya unhealthy tu
... Takpalah alhamdulillah mintak2 all safe ............






Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...