Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Mac 16, 2010

ubah bilik anak dara

Assalamualaikum..hari ni abah ..off ..alya lak cuti sekolah...ermmm hari ni opereasi kemas bilik liya er,,mmmmm..kemas sambil ubah...bilik biar lagi selesa...
dah alang2 kemas dan punggah segala...mainan dan pakain liya....umi pun asing2 mainan,..dan pakaian liya yg...dah nampak...keseksian nyer itu....taruk stu plastik..ermmm apa lagi....
terbeliak...alya tenggok umi dah asing mainan..dia taruk dalam plastik..nak di buang huhuhuhu.
alya dah besar....tu jer abah cakap....alya tokleh nok kata apa ..
hehhehe umi pun dah naik...serabut tenggok mainan2 dia..yg menimbun tu huhuhuhu
.
.
.
petang ni duk fikir nak wak apam pisang ke..pancake ermmmm
.
.
. cari2 resepi kat myresepi ermmm
terjumpa lah..resepi ni nak try ahh
.

alhamdulillah...kuih dah siap ..umi masak separuh dulu...

sambil2 masak pancake..tu ...tenggok dah tinggal 4 biji....mana ni ekkk pancake umi yg 4 biji agi...ermmm

sapa lagi..kalau tak anak dara umi/.....siap makan depan tv agi ekkk..yg tak syokk nyer....krim dia takder mkn gitu jer...test ting2...tu pong bahan2 nyer tak cukop ponggggg,,,,ejeh ejeh,,,jer lah..sampai jadi..best gakkkk

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g Butter
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam

Tazkirah: Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup

Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah: 1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat) 2. Waktu hujan mula turun...(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa) 3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat , taubat) 4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu) 5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh) 6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa . 7. Waktu sakit (jangan mengeluh...masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita...) Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa.... Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini 1. Banyakkan Istighfar 2. Amalkan doa nabi Yunus 3. Solat taubat setiap malam 4. Berdoa dengan nama2 Allah...asmaulhusna...
Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia, dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu, dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.

mak mertua

Korang yang dah kahwin, mesti ada mak mertua kan. Lain la kalau kahwin dengan anak yatim. Memang sah-sah selamat tak de mak mertua..he..he

So, macam mana mak mertua korang? Ada best? Ngam dengan korang? Ada kacau hidup korang sekeluarga? *Cerita ni cuma bagi yang tinggal berasingan dengan mak mertua okeh… yang duduk sama-sama tu eden tak leh kato apo la…he..he*

Me rasa, me memang bertuah sebab ada mak mertua yang silent mode. Silent mode lah sebab lepas kahwin takde nak sibuk-sibuk ambik kisah hal kami suami isteri. Tak de nak paksa-paksa anak dia menurut perintah dia setiap masa. Tak de bising-bising walaupun kami jarang-jarang balik rumah dia *ala..rumah pun dekat je pun…he..he*

Ada sorang kawan perempuan ni… asal weekend je dia risau… lagi-lagi kalau weekend bersambung dengan public holiday dan menjadi cuti yang panjang… berkali-ganda la dia risau.

Kita kalau weekend atau cuti panjang seronok habis. Sebab boleh lepak kat rumah.. golek-golek dengan anak… guling-guling dengan suami kan. Tak pun boleh ‘beli tingkap’ kat shopping complex *window shopping daaaa*… tak pun cuti-cuti malaysia. Lagi seronok kalau adagathering dengan mommy bloggers se malaya…ha..ha..ha

Tapi dia tak. Hari Khamis atau Jumaat je mula muka tak senang duduk. Resah memanjang!

Sebabnya, mak mertua dia lah! Kephochi dengan hidup suami dia tak habis-habis. Dah 10 tahun kahwin pun, mak mertua dia masih tak nak terima hakikat yang anak lelaki dia ni dah ada keluarga sendiri.

Bayangkan, dalam sebulan..sekurang-kurangnya 2 kali weekend mesti nak datang rumah kawan saya ni. Kadang-kadang tu setiap weekend mak mertua tu datang lepak rumah dia. Sebab tu la dia tak suka weekend!

Okeh la.. mak mertua datang tak kisah lah. Tapi kalau datang malam Jumaat, balik malam Ahad…siapa yang tak hot. Sekali sekali tak pe la… ni berkali-kali.

Tak paham-paham ke, yang kawan me tu ada anak 2 orang.. seorang tu dah sekolah darjah 4. Dia ni kan kerja so weekend tu je la masa yang ada untuk buat kerja-kerja macam basuh baju, gosok baju, golek-golek dengan anak, guling-guling dengan suami dan jalan-jalan.

Habis tu, kalau mak mertua yang jenis muka tembok datang selalu kat rumah, bila masa nak buat semua tu. Nak tak nak, kena sengkang mata tak tidur sampai pagi nak settle semua kerja rumah.

Datang weekend atau time cuti panjang satu hal. Lepak lama-lama pun satu hal.

Cerewet lagi satu hal. Mak mertua kawan me ni memang cerewet tahap gaban. Rumah kalau boleh tak nak ada habuk walau sebesar kuman. Toilet kena berkilat-kilat macam toilet hotel. Cadar kena tukar selalu. Dapur kena sparkling. Sepah-sepah tidak boleh sama sekali.

I mean, hello? Kawan ni kan anak dua… memang la rumah macam tongkang pecah. Dah kemas pun memang jadi kapal pecah balik la.

Sebab tu kalau mak mertua dia confirm nak datang je, kawan me ni memang bad mood. Dia kena bersihkan rumah, cuci toilet, mop lantai dan simpan semua baju tak berlipat *setinggi gunung*. Semua ni kena buat sebelum mak mertua dia datang. Dan sebab dia kerja, so kena la buat benda ni semua malam hari. Kadang-kadang sampai 2-3 pagi tak tidur gara-gara mak mertua cerewet nak datang.

Pasal makan pun cerewet. Tak boleh makan itu. Ini pun tak boleh. Waaaahhh, tabik spring la kawan ni sebab masih bertahan sejak 10 tahun yang lalu.

Satu lagi, kalau mertua sahaja yang datang lepak masih boleh diterima lah. Tapi mak mertua dia ni, kalau datang mesti dia ajak adik ipar dan biras-biras semua datang melepak sama rumah dia! Jadik port lepak-melepak pulak rumah dia. No privacy at all!

Even kalau kawan ni dah plan nak makan angin dengan family ke mana-mana, mesti mak mertua pun nak ikut. Bukan sekali-sekali tau.. tapi every time diaorang plan nak jalan-jalan, mesti mak mertua nak involve. I mean, come on lah!! Jangan la menyibuk dengan hal rumah tangga anak setiap masa. Diaorang pun nak juga private time bersama family sendiri jugak.

Fine lah kalau mak mertua nak ikut, tapi yang dia pergi ajak segala adik ipar dan biras sekali join the holiday tu macam mana? Tu bukan nak bercuti lagi namanya… dah jadik family day pulak tu.

Kawan me kata.. okeh fine la kalau semua nak ikut. Tapi nak ikut pandai, tapi semua expense dan makan minum, husband dia yang kena tanggung. They all buat muka seposen. She means, everthing tau! Lari segala budget.

Oh.. me memang sungguh kasihan dengan my friend. Seksa jiwa dan raga melayan kerenah mak mertua dia ni.

*Weekend ni mak mertua dia nak datang lagi, walaupun the kawan sudah bagitau yang anak dia sekolah ganti sabtu ini. Tensen tahap gaban the friend you know! *

Sabar Menghadapi Ujian Hidup

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13

Intisari ayat Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.

Huraian ayat Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untukmenguji keimananseseorang hambaNya.

Kedua:

Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang berimanmenerima ujian tersebut dengansabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia. Ketiga:
Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.
Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155
Keempat: Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinyadaripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.
Firman Allah, maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3. Kelima:
Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh apa-apa yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya "sabar" menjadi salah satu daripada nama-nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan kesalahan dengan segera.
Keenam: Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah: i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. ii. Sabar melawan nafsu. iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..

i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan. ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T. iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya. Bentuk ujian keatas manusia. a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya. c. Ujian ke atas orang perseorangan d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah. e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T. Kepentingan sabar a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T. b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita. c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah. d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T. e. Selamat dari gangguan mental dan emosi. Fakta2 Penting a. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia. c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya. d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa. e. Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam Dipetik dari laman web Ustaz Yusof Embong

Saat-saat Ketika Seorang Insan Menghadapi Mati

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah daripada Allah SWT maka malaikat maut pun cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut mencabut ruh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah mata, tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka mata berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat-Ku, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada ruh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh tersebut dari arah mulut orang mukmin dengan tenang.

Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar r.a:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya sehingga sampai hari kiamat."

Telah bersabda Rasulullah saw:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

3. Orang yang berpuasa dihari Arafah."

Doa yang sangat mujarab

sumber dr...blog ilmuan
http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

Bulan puasa ialah bulan di mana semua doa dimakbulkan. Khasnya bagi sesiapa yang telah menunaikan segala perintah Allah swt. dan menjauhi segala larangannya. Untuk lebih meningkatkan doa agar dimakbulkan, mari kita amalkan doa-doa yang ma'tsur, doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw dan doa-doa yang diajarkan oleh ulama-ulama yang mengamalkannya. Antara doa-doa tersebut ialah seperti di bawah ini: اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ. Terjemah: Ya Allah, Sesungguhnya daku adalah hambaMu dan anak hamba lelakiMu dan anak hamba perempuanMu,
Ubun-ubunku ditanganMu (Dikau boleh mematikan daku bila-bila masa),
Berlaku padaku hukum-hukumMu (semua tidak dapat daku elakkan),
Adil padaku keputusanMu (kerana dikau Maha Adil),
Daku memohon dengan segala nama yang Dikau miliki yang Dikau namakan dengannya pada Dirimu sendiri atau nama-nama yang Dikau turunkan dalam kitabMu atau nama-nama yang Dikau ajarkan pada sesiapapun makhlukMu,
Agar dapat Dikau jadikan al-Qur'an itu sebagai musim bunga hatiku (Penenteram hati, dan sentiasa diingat dan dibaca )
Dan cahya dadaku ( sentiasa menyedarkan sanubari untuk berbuat baik dan menjauhkan dari perkara mungkar )
Dan pelenyap kesedihanku ( ampunkan daku dengan bacaan al-Quran setelah daku melakukan dosa yang nista) dan kedukaanku ( pada segala mala petaka dunia yang membimbangkan dan bencana akhirat yang amat merunsingkan)

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...