Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Ahad, Mac 14, 2010

Poligami: Antara hukum, adat dan emosi

Nuffnang Ads

Seorang ustaz membacakan kitab di masjid memberitahu jemaah, Islam mengharuskan poligami. Justeru, lelaki yang berkemampuan boleh berkahwin lebih daripada satu. Namun, di sebalik itu, media memaparkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama yang berkaitan dengan wanita membantah poligami. Polemik antara hukum agama, adat dan emosi manusia nyata memberi kekeliruan kepada sebahagian umat Islam, apatah lagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Islam. Apakah pantas hukum yang dibenarkan Allah boleh dicantas oleh mulut manusia hanya sekadar mahu membela atau menjaga hak asasi wanita? Apakah buruk sangat poligami sehingga wanita begitu 'jijik' dan meluat apabila ada golongan lelaki menyebut istilah itu? Keharusan poligami jelas terkandung dalam al-Quran tetapi segelintir umat Islam sukar menerimanya sehingga menganggap ia 'jerat kehidupan'. Islam satu-satunya agama di bumi yang membenarkan poligami secara bersistem manakala agama dan fahaman lain tidak, malah masyarakat bukan Islam melihatnya sebagai menindas golongan wanita. Tetapi, hairanlah apabila membabitkan aktiviti persundalan, menyimpan wanita dan gejala sosial, ia seperti satu restu. Poligami adalah perkataan Greek (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy), merujuk kepada perkahwinan seorang lelaki dengan lebih seorang isteri dan dalam Islam, ia dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa. "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3) Pada zaman Jahiliyah, poligami berlaku tanpa batasan dan ketika itu lelaki mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri. "Apabila Ghailan ats-Tsaqafi memeluk Islam, dia mempunyai 10 isteri. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: Pilihlah dari isteri-isterimu itu empat orang saja dan ceraikanlah yang selebihnya itu." Riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abu Syaibah, Daruqutni dan Baihaqi, seperti diterangkan dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam, karya Dr Yusuf al-Qardawi. Pihak yang membantah poligami perlu faham, ia hukum agama. Justeru, apabila berbicara atau memberi pendapat, mereka perlu berhati-hati. Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita. Al-Qardawi dalam kitab terbabit menjelaskan, syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya. "Barangsiapa yang tidak yakin dirinya dapat menunaikan hak-hak itu, haramlah baginya berkahwin lebih dari seorang isteri," katanya. Menurut seorang ulama Amerika Utara, Syeikh Muhammad Nur Abdullah, poligami dibenarkan Islam dan bukannya untuk disalah guna. "Ia hanya dibenarkan kepada sesiapa yang mampu melayani semua isterinya dengan adil dan saksama," katanya melalui laman Islamonline. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim) Condong sebelah yang diancam dalam hadis itu ialah disebabkan keremehan terhadap hak isteri-isteri, bukannya kerana kecenderungan hati kepada mereka kerana kecenderungan hati tidak dikategorikan dalam keadilan. Al-Qardawi berkata, di antara lelaki ada yang kuat keinginannya untuk mendapatkan keturunan tetapi dia dikurniakan seorang isteri yang tidak dapat melahirkan anak kerana penyakit atau mandul (tidak dapat melahirkan anak). Justeru, lebih baik si suami berkahwin lagi kepada seorang wanita yang bakal memberikannya zuriat supaya keturunannya kekal tetapi harus mengekalkan akad isteri pertama dan menjamin haknya. "Ada pula lelaki yang kuat keinginan gharizahnya, bergejolak nafsu seksnya, akan tetapi dia dikurniai seorang isteri yang lemah nafsunya atau menghidap penyakit atau datang haid untuk tempoh yang panjang. "Bagaimanapun, suaminya tidak sanggup menanggung nafsu untuk bersama isterinya, apakah tidak wajar dia berkahwin dengan seorang wanita yang halal baginya daripada dia meraba wanita yang jalang dan haram buatnya," katanya. Menurutnya, ada ketika bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, seperti selepas perang dan dari itu timbul maslahat masyarakat dan wanita sendiri agar mereka lebih baik dimadukan daripada hidup tanpa kasih sayang suami. Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata masyarakat Islam jangan menolak keharusan poligami menggunakan emosi kerana ia soal hukum. "Soal hukum tidak perlu dibincangkan dan dipolemikkan apatah lagi membabitkan emosi. "Kita harus membincangkan bagaimana untuk berlaku adil, bukannya hanya pandai mengatakan poligami itu tidak adil," katanya. Bagaimanapun, beliau berpendapat tidak perlu menubuhkan kelab untuk menggalakkan poligami. Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia. Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci. "Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." (Al-Quran, surah al-Maidah:50) Tetapi peraturan suci lagi baik inilah yang ditolak oleh Barat dan konconya, sehingga ia kelihatan janggal untuk bertapak di dalam masyarakat Islam sendiri, manakala norma yang bukan-bukan mendapat tempat pula. Poligami dilarang di sisi undang-undang di sesetengah negara Muslim yang tidak mengamalkan undang-undang Islam dalam peraturan perkahwinan, seperti Azerbaijan, Bosnia, Tunisia dan Turki (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy). Menurut sumber itu, dalam dunia moden Islam, amalan poligami lazimnya diamalkan di negara yang mengamalkan ajaran Islam sejati seperti Arab Saudi, Timur dan Barat Afrika seperti di Sudan yang diberikan galakan oleh presiden kerana tingginya populasi wanita. "Di antara 22 negara ahli Liga Arab, Tunisia melarang poligami. Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui kebanyakan negara Arab yang menerima pengaruh barat dan sekular seperti Syria, Mesir, Morocco dan Lubnan." Menurut Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhamad al-Hanooti, realitinya susah untuk mendapati seorang daripada 10,000 Muslim yang berkahwin lebih daripada seorang isteri. "Dalam masyarakat bukan Islam, lebih daripada 65 peratus lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan dengan lebih dua, tiga dan empat wanita, bahkan 45 peratus wanitanya mengadakan hubungan di luar perkahwinan. "Mereka menerima perzinaan, tetapi tidak menerima alternatif untuk mengangkat martabat manusia melalui poligami." Di Malaysia, menurut portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dalam undang-undang keluarga Islam, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Read more: http://serikasih.blogspot.com/2009/08/poligami-antara-hukum-adat-dan-emosi.html#ixzz0i9iTkj9X

Perkara wanita tidak tahu mengenai lelaki

Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.

1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, ‘Awak langsung tidak menghormati saya’. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6. Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya). Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7. Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

9. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

Petua Tradisi Mengharumkan Air Mani Isteri

Bahan:-

- seketul gula batu
- limau nipis saiz biasa 1 biji
- air suam setinggi seruas jari (disukat dlm gelas biasa)

Cara penyediaannya:-

- tumbuk gula batu hingga lumat
- masukkan kedalam gelas air suam
- perah limau nipis ke dalam gelas ramuan tadi
- kacau hingga sebati
- selawat 3 x sambil niat moga ramuan ini menjadi ubat yg mujarab dengan izin Yang Maha Esa
- minum hingga abis

Ianya boleh diminum sama ada pagi atau malam ikut kesesuaian.

Petua ini juga boleh melangsingkan badan isteri .

Selamat Mencuba!

Isteri Perlu Sentuhan Suami Mahu Luahan

Dalam kehidupan sehari-hari, kita tak boleh lari dpd seks. Samada memberi atau menerima itu sudah menjadi tuntutan batianiah yg mesti dipenuhi oleh sepasang suami isteri. Dalam erti kata lain, seks adalah sebahagian dpd kehidupan manusia.

Dalam zaman moden ini, ramai wanita Barat berasa kecewa dgn cara lelaki berfungsi dlm konteks hubungan seksual suami isteri. Ramai wanita mengadu tiadk puas apabila berjima’ dgn suaminya.

Perbezaan antara lelaki bukan sahaja dari sudut fizikalnya malah dari sudut kejiwaan. Allan Pease dlm buku Body Languange mengatakan bahawa wanita lebih bijak dan lebih tepat dpd lelaki dalam hal menyelami hati. Hal ini juga dicatat oleh ramai sarjana psikologi. Wanita byk menggunakan otak sebelah kanan yg tidak begitu berpegang pada fakta-fakta tetapi perasaan dan anggapan yg menyebabkan mereka lebih bijak menyelami hati. Namun begitu, ramai wanita mengaku sukar memahami lelaki, sebagaimana lelaki sukar memahami wanita.

Apabila berkahwin, ramai wanita menganggap bahawa hubungan seksual adalah hak lelaki (suami) dan wanita (isteri) pakaian suami. Wanita patut menyedari bahawa nafkah batin itu adalah hubungan seksual yg merupakan hak isteri dan suami adalah pakaian isteri.

Bila wanita menganggap dirinya adalah alat bagi memuaskan nafsu shahwat suaminya, dia dgn sendirinya akan hilang mood dan dingin terhadap seks. Secara tidak langsung dia sukar untuk menerima dan memberi bila suami meminta. Kenikmatan yg sepatutnya dinikmati bersama akan hilang apatah lagi menikmati kepuasan.

Kenikmatan akan timbul hasil penghargaan. Kebahgian itu hasil dari penghayatan. Penghayatan adalah hasil penerimaan yg ikhlas. Rontaan nafsu syahwat lelaki adalah cepat dan tidak bergantung pada rangsangan badani semata-mata. Ini berbeza dgn wanita, yg biasanya memerlukan rangsangan-rangsangan pendengaran, sentuhan, belaian dan ciuman utk membangkitkan rasa ghairah utk berjima’. Bagi lelaki terutama yg masih muda, kebangkitan nafsunya adalah automatik. Sekiranya umur lelaki semakin meningkat, dia perlukana lebih byk sentuhan-sentuhan badani bagi membangkitkan syahwatnya.
Wanitalah yg perlu memainkan peranan membantu suaminya, bukan berdiam diri. Perlu diingat yg pandai menjaga suaminya adalah wanita yg bijak melayani suaminya dlm hal nafkah batin. Ahli psikologi berpendapat bahawa dlm jiwa wanita penuh dgn cinta berahi. Wanita mendambakan cinta dan memberi cinta, tetapi wanita memberinya dalam bentuk yg sukar utk difahami oleh suaminya, contohnya memasak utk suami. Sukar ditafsirkan oleh lelaki sebagai manefestasi cinta, apatah lagi apabila sifat lelaki yg lemah dalam menyelam hati budi wanita.

Dalam hal seks lelaki lebih suka kpd perlakuan yg mana luahan perasannya diminimakan dan perasaan isterinya dimaksimakan ketika melakukan hubunga kelamin. Wanita pula lebih suka kpd pujuk rayu, belaian, cumbuan, icuman dan rabaan di mana dari situ dia dapat merasakan kasih sayang seorang suami!

Walaupun lelaki biasanya dianggap oleh wanita sebagai kuat, pada hakikatnya lelaki belum tentu kuat segala-galanya. Dalam aspek berjima’ para isteri perlu memahami bahawa lelaki itu tidaklah sekuat mana. Ilmu kelamin tradisi menyatakan bahawa sebenarnya wanitalah yg lebih kuat dan tahan jima’ berbanding dgn lelaki, justeru itu para isteri perlu memainkan peranan bagi membantu suami.

Apabila suami mahu berjima’ dgn isterinya ini bermakna dia sayang kpd isterinya dan keduanya kerana nikmat kelazatan lelaki tertumpu kpd alat kelaminnya dan ketiga ia adalah jalan sebaik-baiknya utk menjauhi zina!

KeANeHan PeREMpuAn...

Tertariklak...dengan info ni...huhuhuhu ,umi copy paste dr blog~~~

♫ ♬
Pinggang ramping segar bagai kerengga
Nampak ada bunga di atas kepala
Macam kenal macam pernah aku jumpa
Di wayang gambar atau pun di mana-mana
♬ ♫ ♪
Pergh, teringat nostalgia lama2 masa nyanyi lagu Def Gab C ni..hahaha...kalo lagu2 lama dulu, mesti selit unsur2 yg sentuh figura 'wanita impian'...contohnya lirik kat atas tu...citer psl pompuan yg pinggang ramping ala2 kerengga, kiranya mcm zaman Saloma la lagaknya...hehe
Tapi zaman dah berubah, dunia dah maju...sepertimana pompuan yg tak pndg rupa paras lelaki sahaja semata2 (agaknya, sbb ni kan ayat standard dlm sokabo skrg ni..), lelaki pun mcm tu(yea yea..!!)... Jadi, bagi aku, kalo kena dgn caranya, tak perlu la pompuan ni bersusah-payah nk tarik perhatian lelaki..apatah lg kalo sampai menyeksa diri..sbb kdg2, ia tak menjamin pun akan dapat apa yg diingini...
Sbb tu, baru2 ni, aku mmg agak terkejut la...masa aku gi kafe nk beli lunch, aku terserempak la dgn sorg minah yg aku kenal ni (kwn skelas sbnrnya, hahahaha) tgh pilih2 mknn utk bungkus...spt yg aku ckp dlm entri aku sblm ni, aku ni mmg jenis yg suka memerhati dan mneganalisis apa yg 'pelik' pd pndgn aku....so, mari kita lihat apa kesimpulan yg aku dpt drp pilihan mknn dia...
seketul ayam madu (saiz sderhana)
+
2 hiris Tomato
+
nasi yang sedikit (lagi skit drp dlm mangkuk kecik ni)
menghasilkan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bentuk badan macam nih!!!
(percaya lar, ia tidak indah di mata lelaki kami!!)
jadi, apakah kesimpulan yg diperoleh drp apa yg dilihat ni??
1) pompuan mmg snggup menyeksa demi utk kelihatan 'konon2' menonjol di mata lelaki, tp lelaki lebih gemar pompuan yg terima dia sbg cool drp over-do
2) bg pompuan, lagi kurus lagi cantik tp bagi lelaki; ntah...lain org lain citarasa
3) jgn sesekali membandingkan apa yg pompuan makan dgn lelaki mkn, kerana kami mkn utk tenaga tp pompuan mkn utk...em,ntah la...ec ms lapang kot
"Cantik itu apabila di mata kita menghargai, dan orang yg kita cintai menyatakan kita cantik dalam apa jua yg kita lakukan...."

tips-tips kuruskan badan

1.Lakukannya secara perlahan-lahan namun lakukannya sekarang
2.Cari alternatif yang sihat ketika membeli-belah (i.e. susu rendah lemak)
3. Berfikiran Positif (Anda mampu melakukannya)
4. Tetapkan Matlamat dan tuliskan ia
-Contohnya,aku mahu kurangkan 10kg dan tulis di atas kertas dan ditampal di dinding)
5.Banyakkan minum air
6.Bersenam enam kali seminggu dan sejam setiap kali
7.Jauhkan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin
8.Dapatkan rehat yang mencukupi
P/s : Tahun ini aku benar-benar mahu kurangkan berat badan selepas ayahku beberapa kali masuk hospital /salah satu sebab kurang menjaga kesihatan.
P/s/s : Doa-doakan lah aku yer.Semoga berjaya kali ini dan tidak lagi seperti hangat-hangat tahi ayam.Kalau aku cakap dulu aku pelari jarak jauh dan antara atlet sekolah mesti ramai yg tak percayakan?
P/s/s/s :Jagalah kesihatan kita sebelum penyakit melanda.Beringat sebelum kena.Mencegah lebih baik daripada mengubati.Action is better than word.Aku akan buktikan yang aku mampu melakukannya
Anda mungkin juga meminati:

gout

Ni ada beberapa pantang yang tak boleh dimakan ketika gout. Ia adalah terdiri daripada makanan yang mempunyai kandungan protein tinggi. 1. Daging merah 2. Organ dalaman - hati, limpa, paru-paru, pedal, perut 3. Telur - Telur ayam, telur itik, telur puyuh, telur ikan 4. Makanan laut - udang, ketam, sotong, ikan bilis (ikan biasa terkecuali) 5. Kacang-kacang - kacang tanah, kacang panjang, kacang dhal, kacang buncis. 6. Minuman Beralkohol Kandungan protein yang tinggi di dalam makanan yang saya senaraikan di atas ditukarkan ke satu bahan di dalam badan dipanggil "Purine" dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil Uric Acid. Uric Acid yang tinggi kemudiannya membentuk kristal dan melekat di kawasan sendi-sendi dan menyebabkan kesakitan. Kesakitan akibat gout terjadi disebabkan oleh 1. lekatan uric acid itu sendiri di sendi2 yang terlibat dan 2. Inflamasi atau radang di sekeliling kawasan yang terlibat yang menyebabkan kemerah-merahan, bengkak dan sedikit panas. Kesakitan akibat gout sangat teruk sehinggakan sehelai kertas tisu sekiranya diletakkan di atas kaki yang terkena gout menyebabkan pesakit menjerit kesakitan. Lebih daripada 70% pesakit gout menghidapinya di kawasan berhampiran ibu jari pada kali pertama, tetapi gout boleh berlaku di mana mana kawasan sendi seperti lutut, siku dan tumit. Gout yang teruk boleh menyebabkan masalah sendi dan ketumbuhan sejenis bahan keras seperti tulang dipanggil "tophi" - (sebutan tofai). Bonjolan ini boleh tumbuh dimana mana termasuk siku dan telinga. Uric acid yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah batu karang dan kerosakan buah pinggang yang akhirnya menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.
Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang.
Dari segi ubat-ubatan, ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau voltaren (Diclofenac) boleh mengurangkan kadar kesakitan dan mengurangkan inflamasi. Ia biasanya diambil bersama colchicine.
Colchicine perlu diambil setiap 3 jam sehingga sakit berkurang atau pesakit timbul rasa cirit birit. Ketika itu baru kesannya dapat dilihat. Allopurinol (zyloric) adalah sejenis ubat untuk mengurangkan kadar uric acid di dalam badan. Ia mengurangkan kadar penukaran purine kepada uric acid dan seklaigus mengurangkan risiko untuk terkena gout. Walaubagaimanapun, Allopurinol tidak boleh diambil ketika mengalami serangan gout. Sekiranya diambil ketika serangan maka kesakitan boleh menjadi bertambah teruk. Sekiranya anda terkena serangan gout, maka makan ubat tahan sakit dan colchicine, selepas tidak lagi sakit, maka anda boleh memulakan semula ubat allopurinol. Anda juga dinasihatkan membuat pemeriksaan darah untuk uric acid dan juga buah pinggang.

MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA

Assalamualaikum Warahmatullah.
Ada yang meminta saya menulis artikel tentang waktu kesuburan wanita. Saya tahu ada yang dah sangat mahir.. kalau tak mahir takkan ada 6 orang askar kat rumah kan... hehe. Tapi yang baru-baru nak mencuba tuh tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.
Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sabda Rasulullah s.a.w *"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana* *sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal* *dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas* *pemikirannya."* *Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin* Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.Puan janganlah risau kerana takut

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...