Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Mac 10, 2010

apam pisang coklat

apam pisang yg menyelerakan................ermm dr blog kekawan umi yg baik hati
Salam..ermm kelmarin umi gi jalan2 di hujung jari jer...ermm singgah kat blog kak anisdiary ni..ermmmm~~`http://anissdairy.blogspot.com/ teruja lak umi bila masuk blog ni..apa taknyer rajin sungguh akak kita sorang ni...ermm
"umi pandai salin resep[i jer" abah cakap....kuih tetap beli yg tunjuk gak...ermmm umi tak der bakat lah abah buat2 kuih ni.....bakat umi tang lain kua kua kua
macam best kan resepi apam ni..hari tuh umi dh try..apam coklat....mula2 naik nyer tinggi..bila masak je menjunam turun..tp..tp tetap di puji deq,,puteri dan suami huhuhuhu..di sebabkan umi jarang222 buat kuih...sesekali umi buat mesti,,,suami dan anak,,,,suker kan kan kan..
.
.
.
.
Bahan-bahannya:
Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
secubit garam halus
Bahan B:
1 cawan pisang emas(pembetulan )) dilenyek
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula perang
2 biji telur ( dipukul sedikit )
Cara-caranya:
1. Campurkan bahan-bahan A dan ayak bersama. Ketepikan.
2. Pukul sedikit telur, tambahkan dengan bahan-bahan B yang lain. Kacau sebati.
3. Masukkan bahan A ke dalam adunan B dan gaul sebati.
4. Panaskan kukusan. Masukkan adunan apam tadi ke dalam bekas-bekas kecil dan kukus 10 hingga 15 minit.
Selamat mencuba Umiliya....

Suami yang terbaik dan romantik boleh beralih arah

iblog ini utk renungan bersama.Catatan Norlaila tentang hidupnya .

Awal tahun 2008 genap perkahwinanku selama 14 tahun.. yang penuh bahagia yang
tidak pernah aku terduga akan akan badai derita melanda dalam perkahwinan ini.. Aku mengenali suamiku
sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, kami satu kampung malah satu kelas. Hati ini telah diikat dengan cintanya
dari zaman persekolah sehinggalah ke zaman remaja dan akhirnya ke alam perkahwinan yang teramat bahagia.Kami dikurniakan 3 orang cahaya mata yang teramat kami sayangi yang kami didik
dengan ilmu dunia dan akhirat bagi bekalan anak-anak menghadapi cabaran hidup di masa akan datang. Aku fikir
kebahagiaan ini akan berkekalan kerana aku masih setia seperti bertahun-tahun sebelum perkahwinan ini terjadi
dan selepas perkahwinan ini terjadi juga.. aku fikir suamiku juga akan setia sehingga akhir hayatnya seperti
ku.Malang bagi diriku..di umur menghampiri 40 ini, suamiku berubah sekelip mata, berubah menjadi
seperti remaja di alam persekolah..dia akhirnya berjumpa dengan pelajar universiti untuk dijadikan teman bercinta..
budak mentah yang baru berumur 21 tahun yang masih belum mengerti perit hidup berumah tangga. Yang dia
tahu hanya keseronokan kerana suamiku melimpahinya dengan kemewahan wang ringgit dan hadiah. Suamimu
memikatnya dengan kebendaan kerana dia tahu itu kelemahan wanita yang sedang di alam sekolah
seperti perempuan itu.Tambahan pula suami terlalu murah hati membelanja makan perempuan itu setiap
malam. Kerana waktu itu dia outstation di bandar perempuan itu belajar. Aku tidak pernah buruk sangka kepada
suamiku kerana aku mahu jadi isteri yang taat pada suami, aku tidak mahu berdosa berburuk sangka dengan
suami. Walaupun kadang-kadang aku hairan kenapa suami ku tidak mahu berulang saja dari daerah tersebut ke
rumah kami tapi aku tidak pernah menyoalnya kerana memahami suami ku terlalu penat untuk memandu jauh setiap hari sedangkan daerah tersebut hanya memakan masa satu jam dari rumah kami. AKhirnya terbongkar penipuan suami yang paling aku sanjungi selama ini, suami yang menjadi kebanggaan ku selama ini.. Dia adalah suami yang
paling penyayang sebelum ini,suami yang terbaik dan romantik boleh beralih arah setelah 14 tahun berkahwin..
cintanya padaku telah hilang

kerana seluruh cintanya kini bertumpu kepada perempuan itu. Kini walaupun kata
suamiku dia telah memutuskan hubungan dengan perempuan itu, aku benar-benar tidak percaya kerana dia telah
menipu sebanyak 2 kali dalam perkara yang sama. Kepercayaan ku padanya telah hilang. Yang tinggal kini hanyalah sisa-sisa bahagia yang telah hilang. Sirna hidup ku hanya tingga
kenangan.

Hatiku menderita di atas janjinya yang telah dimungkiri selama ini.Aku amat
berharap Allah mengambil kembali cinta ini dari hatiku supaya aku tidak lagi mempunyai perasaan kepadanya kerana…perasaan itulah yang membuat aku tersiksa. Biarlah aku tidak punya apa-apa rasa
lagi supaya hatiku tidak menderita lagi di atas perbuatannya.

luahan hati seorang suami

Suke sgt emel ni. Luahan Hati Seorang Suami

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. ‘Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan’, kata isteriku. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi…?!’ Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah. Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let’s say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb. Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.

Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.

Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran … semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu … Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan … Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi ‘barang’ dia lak malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh … terkenang juga zaman ‘miskin’ dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak. Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu … Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari… hari minggu pun kena cari duit … nak tengok bola pun tak dapat …ape lagi pergi memancing….. haram…. Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha … kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.

Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.

Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I …… lagi haru … Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu …. Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.

Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.

Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.

Wallahualam.

Lawak jenaka..ptg2 hari heheheh

she eat sixty six sticky stick of satay stick…

*****************************************************

peter piper pick a pack of pickle paper a pack of pickle paper peter piper pick if peter piper pick a pack of pickle paper where’s a pack of pickle paper peter piper pick?

Siapa Diluar? Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar. “Siapa di luar?” teriak orang tua itu dengan ketakutan. “Saya Malaikat Maut!” “Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!”

Diam Ketika Makan Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : “Ayah, di…” Ayah : “Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!” Setelah selesai makan… Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?” Anak : “Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!”

Janda Yang Dahaga Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kema tian suami…. Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kema tian suaminya akibat kema langan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kema tian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya… Walaupun…. hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam … Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu… Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi…. beliau bangun dari katilnya… badannya terasa panas…. tekaknya terasa haus…. beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.. sampai di dapur… beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk…. beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya… Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula… Sekian terimakasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga……….. Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Ha…haa…haaa….

Lupa jalan pulang Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan. “Tapi sayer ader masalah besar nih….” katanyer. “Apa masalah awak?” DOKTOR bertanyer….. “Macam mana saya nak balik doktor, skang nie,….saya berada 480km dari umah……..

Dipecat Majikan : Kamu di pecat! Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!! Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat…

Mr Brown Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown. Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown? Penerima : Oh, ini Mr. Black. Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

Kesian Makcik nie… “Satu pagi di stesen keretapi… Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter. Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa?? Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana?? Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan… ? Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye…

Interview dalam English

Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : “Daud…”

Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…

Daud : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : “Yes .. sir … “

Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “

Daud : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”

Mana Satu

“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

“Maaf dik… tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”

Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya…

“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..

“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”

“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu….

“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti snda seorang sarjana ya?” tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”

Salah Paham
Dollah saorang pemuda dari dusun mencari pekerjaan di-akhbar. Esokan nya dia pergi temuramah dan berjaya mendapat jawatan sabagai “Production Operator” di-sebuah kilang elektronik Amerika. Bos nya seorang mat salleh yang tak pandai berbahasa melayu.

Satelah dua hari bekerja, bos nya bangsa mat salleh bertanya pada Dollah dalam bahasa Inggeris, “Good morning Dollah! How do you find this job? ( Bos nya tanya bagaimana tentang kerja nya disitu)

Lalu Dollah menjawab “Oh I found this job in the news paper” ( Saya jumpa kerja ini dalam surat kabar )

Bos nya terpinga pinga jawapan dari Dollah.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...