sumber ni..dr blog kekawan umi..yg rajin2 sesangat ni ha
Apam Pisang

Apam pisang yang telah di potong. Ada sedikit kecacatan kerana tertitis air kukusan semasa mengangkat tutup kukusan. Saya menggunakan pisang Awak.

Bahan-bahannya untuk membuat apam pisang:
7/8 biji pisang emas(lebih kurang secawan pisang setelah di lenyetkan)
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh Bikarbonat
2 cawan santan pekat(pati)
secubit garam
cara membuat apam pisang:
Pertamanya hendaklah panaskan kukusan anda sebelum anda menyediakan/mengadun bahan-bahan untuk membuat apam pisang di atas.
Untuk membuat apam pisang hendaklah menggunakan pisang yang betul-betul masak dan sebaik-baiknya pisang emas. Jumlah pengunaan pisang bergantung kepada besarnya pisang. Pisang yang lebih besar seperti pisang embun atau montel boleh di gunakan dengan mengurangkan quantitinya iaitu menggunakan lebih sedikit dalam 3 atau empat biji sahaja. Pisang hendaklah dilenyekkan sehingga sekata. Sebaiknya tiada ketulan pisang. Masukkan gula dan secubit garam dan gaulkan bersama pisang yang telah dilenyekkan tadi.
Tepung gandum, tepung naik sendiri dan bikarbonat hendaklah di ayak dan masukkan ke dalam pisang dan gaulkan hingga sebati bersama dengan santan. Masukkan bahan-bahan yang telah di sediakan tadi di dalam bekas yang bersesuai untuk di kukus selama lebih kurang 1 jam atau 45 minit.
Apam pisangUntuk menghasilkan apam pisang yang cantik jangan terlalu kerap menbuka kukusan tersebut. Ia boleh menyebabkan apam pisang tidak naik dengan cantiknya. Hanya selepas 1 jam anda boleh membuku tutup tersebut dan gunakanlah lidi atau bahagian hujung pisau untuk memastikan apam pisang anda betul-betul masak. Masukkan lidi atau pisau tersebut dan cucukkan ke dalam apam pisangtersebut hingga ke bahagian bawahnya. Jika tiada lekatan tepung pada lidi atau pisau tersebut maka ia telah pun masak. Tutup api dan biarkan ia sejuk. Jangan di angkat terlalu cepat dari kukusan tersebut dan jangan terlalu cepat di buka bahagian penutup kukusan(renggankan sedikit sahaja) tersebut. Ia juga boleh menyebabkan apam pisang tidak menjadi. Lebih kurang 1/2 jam selepas anda menutup api barulah di angkat keluar dan di buka bahagian penutup kukusan tersebut.
*********************