Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Mac 06, 2010

dapur dr..blog~http://www.nurspecial.blogspot.com/

.: Resipi D' Dapur :.

.: Resipi D\ Kek Coklat Very2 Simple

Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum 1 cawan serbuk koko 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 cawan gula 1 cawan minyak masak 1 cawan air panas 1 cawan susu pekat 1 sudu kecil esen vanilla 4 biji telur

Cara-cara 1. Di dalam mangkuk adunan, campurkan tepung, serbuk koko, gula, soda bikarbonat dan di gaul sebati menggunakan wisk

2. Masukkan minyak masak dan kacau lagi hingga sebati adunan kering dgn minyak tersebut

3. Masukkan pula air panas dan dengan segera kacau hingga adunan sekata dan tidak berketul. Adunan akan menjadi sedikit kaku tapi jangan bimbang kacau je hingga terbentuk tekstur yang sekata

4. Setelah itu, masukkan susu pekat dan kacau lagi. Ketika ini tekstur adunan akan menjadi lebih lembut.

5.Tambahkan esen vanilla dan masukkan telur satu persatu sambil dikacau dengan wisk tersebut. setelah adunan sebati bolehlah di masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan marjerin atau butter

6. Kukus selama lebih kurang 1 jam dengan tudung periuk kukus di lapik dengan kain bagi mengelakkan air wap masuk dalam adunan. boleh juga di bakar dengan oven pada suhu 180 degree selama 1 jam

kantoi..sunggoh

Assalamualaikum...ermm hari ini umi ngen abah pagi2 dah kuar kt..nak cari barang jahit umi...abah lak..nak ke maybank nak ....biasaahhh nak ambik apa ekk kalau kat maybank...fulus...tadi abah nak backin cek...yg insurant bg ...alah cinonet jer...insurans zurich...kelompok..yg kerajaan punya tu....insurant tu ...kedekut...org yg accident hari tuh punyalah....patah sini patah sana...banyak tuh jer dia kasi...kekawan..abah apa lagi..mengamuk sakan beb/...laporan perubatan pun tak lepas..huhuhuhu..nak tahu berapa..hahahaha mencecah..rm 60......ribu ke..ratus ke..hahahahaha hinggit jer lah..kui kui kui...tp takpe ahhh alhamdulillah esok hari tuhan balas..kata abah lah heheeh.
.apa tak kata nyer..laporan perubatan...dah hangus rm 80...lom agi kos selengara(la konon)..kui kui nak gi ambik...masa tuuuu huhuhuhu..tok dan nak fikir..kedekut nyer insuran tu...kuh kuh kuh
abag ipar dan abg ku yg poyo jer....bila abah cakap dah dapat duit insurant tu huhuhu ..siap gelak guling 2 lagi kui kui kui
..abah ngah tunggu kat maybang..punya lahj lama.......snap....lah gambar kasi ....kat insurant tuh....kelakar betoiii

Kelebihan (Fadhilat) Berselawat

  1. Sekali selawat Allah akan membalas 10 kali selawat kepadanya.
  2. Doa yang disertakan dengan selawat akan diperkenankan atau dimakbulkan Allah.
  3. Mendapat syafaat dari Nabi Muhammad SAW.
  4. Allah dan para Malaikat membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
  5. Orang yang beriman ialah orang yang berselawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.
  6. Orang yang berselawat akan mendapat tempat yang dekat dengan Nabi Muhammad SAW.
  7. Allah akan melimpah kurnia kepada orang yang berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
  8. Orang yang berselawat ialah orang yang mewariskan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.
  9. Orang berselawat dapat membersihkan hati, jiwa, roh dan diri yang kotor dengan dosa dan maksiat yang berselaput dalam dada.
  10. Orang yang berselawat dicintai oleh Allah dan membuktikan ia cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
  11. Orang yang berselawat akan dijauhkan dari segala dukacita dunia dan akhirat.
  12. Orang yang berselawat akan dimurahkan segala rezekinya yang tidak dijangka.
  13. Orang yang berselawat akan mendapat keberkatan diri dan keluarganya daripada Allah.
  14. Orang yang berselawat akan diingatkan mereka kembali daripada perkara yang mereka lupa.
  15. Orang yang berselawat akan ditingkatkan timbangan amal kebajikan mereka.
  16. Orang yang berselawat akan disayangi oleh orang-orang mukmin.
  17. Orang yang berselawat akan didekatkan dirinya dengan telaga haudh (telaga Rasulullah) dan dapat meminum airnya.

Fadhilat (Kelebihan) Orang Membaca & Mendengar Al-Quran

  1. Dapat menghilangkan kekotoran hati dengan banyak berzikir, banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.
  2. Orang yang membaca Al-Quran dan berzikir akan dikunjungi para malaikat dan syaitan tidak akan memasuki rumah yang sentiasa didengari Al-Quran dan berzikir. Ahli keluarga rumah tersebut akan dilindungi dari gangguan syaitan.
  3. Orang yang berzikir atau berzikir di dalam kumpulan dan ikhlas kepada Allah akan dipuji oleh Allah. Mereka juga akan dilimpahi rahmat oleh Allah.
  4. Orang yang membaca, mendengar Al-Quran, berzikir dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, akan dilapangkan dadanya dan ditenteramkan hatinya daripada masalah-masalah dunia.
  5. Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, nescaya Allah akan sentiasa bersamanya dan orang tersebut akan lebih khusyuk beribadah kepada Allah
  6. Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat pengajian atau ibadah dengan ikhlas hatinya, maka dia dapat mendidik nafsunya ke arah jalan kebaikan dan diredhoi Allah.
  7. Memperolehi pahala dan rahmat Allah dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, Dalam masa yang sama Allah akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman orang tersebut. Al-Quran dan berzikir merupakan penawar bagi hati yang paling mustaja

Solat Lima Waktu Tetapi Masih Buat Maksiat

Salam bahagia dan salam mesra dari saya untuk anda semua yang mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini. Saya doakan anda semua berada dalam keadaan sehat dan dibanyakkan rezeki dari Allah. Post atau artikel kali ini adalah untuk menceritakan orang yang solat tetapi main nombor ekor (judi). Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Al-Ankabut : 45). Zaman sekarang ini, ramai orang yang tidak solat dan ramai juga orang Islam yang solat tetapi tidak khusyuk kepada Allah. Sebab itulah solat bagi orang yang tidak khusyuk tidak dapat menyelamatkannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Masih ramai orang Islam yang solat lima waktu, tetapi mereka juga menikam nombor ekor, main judi, arak, tenung nasib, zina dan sebagainya. Manusia di zaman moden ini hanya melakukan solat untuk melepaskan kewajipan sahaja dan tidak menghiraukan perintah solat yang sebenarnya iaitu solat dengan khusyuk. Solat dari segi bahasa adalah doa dan sari segi istilah atau syaraknya ialah perbuatan yang dimulakan dengan katbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat yang tertentu. Dalam solat diibaratkan seolahnya hendak berjumpa dengan Allah dengan rasa lemah diri, rasa hina dan takut akan segala perbuatan dosa yang telah dilakukan. Mengerjakan solat perlu khusyuk dan tawaduk kepada Allah, kerana solat bagi orang yang tidak khusyuk tidak akan diterima dan diibaratkan seperti kain buruk yang tiada gunanya lagi. Sepertimana firman Allah yang bermaksud : “Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu adalah orang yang menindas dan melakukan kezaliman kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada meyempurnakan solatnya (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).” (Al-Ma’un : 1-7). Rumusan dari ayat di atas ini, bahawa celakalah bagi orang yang solat tidak khusyuk dan lalai dalam solat mereka. Tempat bagi orang yang lalai mengerjakan solat adalah neraka wil iaitu satu lembah dalam neraka yang Allah sediakan untuk orang-orang yang lalai dalam solatnya. Dari segala cerita di atas tidak hairanlah kalau orang yang kuat sembahyang kuat mengaji dan pakai jubah atau serban besar melakukan dosa besar, kerana itu semua bukan menjadi ukuran bagi orang Islam. Ukurannya adalah orang yang ikhlas melaksanakan ibadah kepada Allah. Sebab itu dalam Islam ada tiga konsep asas dalam Islam iaitu Akidah (ilmu yang membincangkan keesaan Allah), Fiqh (ilmu yang membincangkan hal-hal yang berkaitan ibadah) dan Ihsan (ilmu ikhlas, tasawuf dan akhlak kita kepada Allah, manusia dan alam). Haram bagi sesiapa yang bermain judi dan perkara ini sangat ditegah dalam Islam melalui firman Allah yang bermaksud : "Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung," (Al-Maidah: 90). “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah : Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir.” (Al-Baqarah : 219) Nasihat kepada diri saya dan semua pengunjung, marilah bermuhasabah diri untuk mencari kebenaran Islam. Adakah solat yang telah dilaksanakan sepertimana yang dituntut oleh Allah? atau mengerjakan solat hanya untuk melepaskan yang wajib sahaja? Cubalah perbetulkan solat dengan segala ilmu yang dimiliki. Berdoalah kepada Allah supaya segala amalan yang dilakukan dapat diterima oleh Allah. Selagimana masih melakukan dosa dan maksiat, maka selagi itulah solat belum sempurna dan diterima Allah. Ingatlah di dunia sahaja untuk melakukan ibadah dan mencari restu ilahi, kerana di akhirat nanti tiada peluang lagi untuk mencari kebaikan dan pahala Allah lagi.

Jom Kongsi Tips Istiqamah Mengerjakan Solat Berjamaah

Salam kepada semua pengunjung blog yang serba daif ini, mudah-mudahan blog ini berfungsi untuk member manfaat kepada semua termasuk diri saya sendiri. Blog ini juga disediakan untuk menyampaikan seruan agama kepada semua pengunjung dan kepada sesiapa yang sentiasa mencari informasi agama sebagai pengisian rohani. Secara tidak langsung saya juga mendapat manfaat dari blog ini untuk mengkaji dan mengulangkaji segala masalah yang telah dipelajari dan belum dipelajari. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan usaha ini demi menyampaikan seruan Islam kepada semua umat. Semoga segala kerja baik ini mendapat taufiq dan hidayah dari Allah. Tips untuk istiqamah dalam mengerjakan solat berjamaah di masjid atau di rumah bersama sanak saudara. Tips ini datang dari pandangan saya sendiri berdasarkan sedikit pengalaman dan sedikit ilmu yang dimiliki. Bagi sesiapa yang mempunyai tips yang tersendiri boleh dikongsikan di ruangan komen di bawah ini. Tips untuk istiqamah dalam mengerjakan solat berjamaah ialah :
  1. Peranan yang paling utama kepada individu untuk mengerjakan solat berjamaah, ialah mesti mempunyai kesedaran pada diri sendiri, kerana kesedaran atau keinsafan diri sendiri ini lebih mendorongkan individu tersebut mengerjakan ibadah tanpa paksaan dan bebanan bagi dirinya.
  2. Perlu mempunyai semangat kemasyarakatan di dalam qariahnya, kerana semangat kemasyarakatan ini selalunya secara tidak langsung akan berkaitan dengan jemaah di masjid. Hal ini terbukti kepada saudara saya, pada asalnya beliau melibatkan diri dengan berbagai aktiviti qariah kampung dan akhirnya beliau dapat mengerjakan solat fadhu di masjid pada setiap waktu. Selalunya jemaah masjid akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti masyarakat seperti majlis kesyukuran, doa selamat, kenduri, marhaban dan sebagainya.
  3. Pihak masjid atau AJK masjid perlu mencari cara dan teknik yang baru untuk menarik minat ahli qariah kampung ke masjid untuk solat berjamaah dan berbagai-bagai aktiviti masjid. Contohnya menyebarkan berbagai risalah yang berkaitan kelebihan orang yang mengerjakan solat berjamaah di masjid. Sediakan sedikit jamuan yang boleh menggalakkan ahli qariah ke masjid kerana perkara ini berkesan di qariah Ustaz saya Masjid Taqwa Bertam Indah Kepala Batas Pulau Pinang, mereka menyediakan jamuan setiap kali mengadakan program-program agama secara tidak langsung dapat menarik minat ahli qariah ke masjid untuk solat berjamaah. AJK masjid boleh juga memulau orang yang tidak mengerjakan solat berjamaah di masjid, kerana perkara ini telah dipraktikkan pada zaman Rasulullah, sesiapa yang tidak datang ke masjid untuk solat berjamaah maka Baginda akan memulau sahabat tersebut, kerana solat berjamaah ini sangat penting. Imam juga boleh memberikan peringatan ringkas sebelum masuknya waktu solat Jumaat mengenai kelebihan menunaikan solat berjamaah.
  4. Ibu bapa perlu mempunyai kesedaran agama dan kesedaran tentang pentingnya solat berjamaah ini. Solat berjamaah ini perlu dijadikan perkara yang lazim dalam rumahtangga sesebuah keluarga, kerana sedikit sebanyak akan membuatkan anak-anak mereka dapat melazimkan diri dalam solat berjamaah. Tips ini paling bagus untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang mulia, kerana setelah solat bapa boleh menegurkan anaknya melalui doa seperti contoh saya berikan “Ya Allah jadikanlah anak-anak aku sebagai anak yang soleh anak yang taat dan anak yang tidak menderhakai perintah kami dan perintahmu”. Boleh juga menegur isteri atau ibu bapa dengan menggunakan doa. Ingatlah doa adalah alat yang mustajab untuk dimakbulkan (diterima) Allah. Selepas solat berjamaah juga si ayah boleh menyampaikan tazkirah ringkas atau pesanan ringkas kepada keluarganya mengenai apa-apa hal yang berbangkit atau sebagainya.
Sebagai permulaan saya rasa sekadar ini dahulu, apa-apa cadangan atau perbincangan bolehlah melalui ruangan komen di bawah ini. Lebih baik hal ini dibincangkan dan dibukakan kepada semua pengunjung yang ada sedikit idea atau pandangan boleh berkongsi untuk memperolehi tips istiqamah dalam mengerjakan solat berjamaah. Saya perlukan pendapat anda semua untuk kebaikan kita semua, kerana ganjaran orang yang sentiasa mencari keredhoaan Allah adalah sangat besar.

renungan untuk semua

RENUNGAN UNTUK KITA SEMUA..INFO YG BERGUNA UMI COPY PASTE DR BLOG
http://ustaznoramin.blogspot.com

Ustaz Beri Pandangan Isu Musibah Besar Melanda Dunia Tahun 2012

Salam kepada semua muslimin dan muslimat semoga anda berada dibawah naungan iman, saya sentiasa berdoa semoga anda berada dalam keadaan sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Saya menerima email dari kawan dan meminta saya kaji dan memberikan pandangan perkara ini di dalam blog saya. Dengan rasa tanggungjawab dan berbekalkan sedikit ilmu, saya cuba memberikan pandangan sekadar mampu saya. Kalau kawan-kawan semua ada pandangan boleh berikan komen di bawah artikel ini. Saya mengharapkan komen anda semua untuk kebaikan umat.
Ini isi email kawan saya :
"Cuba kira... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan k ita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj .(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas dekat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu........ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut..."
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari ping ita nnya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa.. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah te lin ga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
Komen saya :
Hasil pertanyaan saya kepada sahabat saya Musa Muhammad, beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah palsu. Tetapi di sini saya hanya nak menyentuh secara umum sahaja kerana saya takut pandangan yang akan diberikan ini silap. Berdasarkan isu yang menjadi hangat di seluruh dunia, iaitu akan berlaku musibah yang sangat dahsyat pada tahun 2012 nanti. Di sini saya ingin mengatakan bahawa setiap perkara yang telah berlaku dan akan berlaku adalah dari kehendak Allah, sepertimana firman Allah yang bermaksud : "Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka jadilah ia" (Surah Yassin : 72).
Jika dilihat dalam ilmu tauhid, sifat harus bagi Allah ialah "kunfayakun" yang bermaksud jika Allah berkehendak maka jadilah perkara itu tanpa ada sekatan dan halangan. Pesanan saya, kita dijadikan di dunia ini adalah hanya semata-mata menghambakan diri kepada Allah. Marilah kita mencari bekalan akhirat dengan sebanyak yang mungkin untuk melayakkan kita masuk ke syurga Allah dan terlepas dari siksaan api neraka Allah. Banyakkan memohon ampun kepada Allah akan segala dosa yang telah dilakukan. Sesiapa yang solat lewat pada waktunya, segeralah mengerjakan solat tepat pada waktunya, sesiapa yang tidak bertudung kembalilah bertudung sepertimana yang telah disyariatkan Allah, Sesiapa yang bertudung pendek dan menampakkan dadanya maka labuhkanlah tudungnya, sesiapa yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapanya, Sesiapa yang banyak melakukan dosa, segeralah ia memohon ampun kepada Allah dengan sebenar taubat. Bersedialah sebagai hamba Allah yang sentiasa menanti waktu untuk bertemu Allah dengan keadaan yang bersih sepertimana kain putih yang bersih.
Awas !!! jangan sesekali melaksanakan amalan kepada Allah berdasarkan takut akan berlakunya musibah yang besar pada tahun 2012. Saya takut hal ini menjadi permainan pihak musuh Islam untuk memusnahkan umat Islam dengan cara menggunakan Islam, sepertimana berlaku di Aceh dan negara-negara Islam sebelum ini. Jangan sesekali kita abaikan pekerjaan kita semata-mata beribadah sehingga abaikan tanggungjawab kita membangunkan negara. Ingatlah kerja juga merupakan ibadah jika pekerjaan yang dilakukan kerana Allah.
Sebagai umat Islam, selagimana para ulamak tidak mengeluarkan fatwa mengenai perkara ini atau perkara-perkara lain, janganlah takut dan gentar, takutlah kepada Allah sahaja sesungguhnya siksaan Allah amat dahsyat dari itu. Bersedialah mencari sebanyak yang mungkin pahala dan amalan kebaikan untuk bekalan dihari kelak nanti.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...