Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Mac 03, 2010

Tidak Hina Bagi Mereka Yang Merendah Diri

Assalamualaikum..

Sombong, bongkak, angkuh dan takabur atau kibir mempunyai pengertian yang sama. Iaitu salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela/terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, akan menjadi penghalang kepada syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong.”

Firman Allah di dalam surah al-ghafir, ayat 60:

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina dina.”

Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini:

  1. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan dosa, sedangkan kita hampir setiap langkah berbuat dosa.
  2. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
  3. Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.
  4. Jika kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
  5. Jika kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap atau merasa diri mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
  6. Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.

Oleh yang demikian, marilah kita cuba melawan sifat sombong ini dengan bersifat tawadhuk atau merendah diri. Sekiranya kita telah berjaya mengikis sifat sombong maka akan lahirlah sifat tawadhuk dalam diri kita, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.

Sekian. Terima kasih.

Wassalam…

tiPs kuruskan badan

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!
Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.
tip:-
1. Jika korang makan 3 kali sehari, cuba makan makanan dengan kadar yang lebih sedikit dalam 5-6 kali sehari.
2. Jangan makan makanan yang berlemak seperti coklat, ais krim, atau “junk food”.
3. Jangan hingga kita terasa lapar. Jika kita lapar,kita akan merasa penat dan akan lebih lapar lagi.
4. Makan lebih banyak buah dan sayuran. Kalau korang tak suka makan sayur...ala..yang hijau2 tu.. makanja buah yang kita suka.
5. perlu pandai pilih makanan yang bagus khasiatnya,kalau boleh jangan makan makanan yang berat pada waktu malam..
6. Jangan lupa bersenam. Jangan cuma kurangkan makanan2 yang tidak sihat ja, senaman tu penting untuk membantu kurangkan berat badan.
7. Tidur yang cukup. Cuba bangun pagi pada masa yang normal seperti pukul 7, 8, ato 9 pagi..kalau x leh jgak bangun time2 tu. tidur sebelum jam 12 malam kerana tubuh kita perlu tidur sekurang kurangnya 8 jam untuk mempunyai tubuh yang sihat.
8. Kalau kita tak biasa sarapan pagi, sarapan jugak. Sarapan pun boleh mencegah kita untuk makan banyak pada waktu siang.
9. Air masak sangat baik untuk kesihatan. minum sekurang kurangnya 8 gelas sehari. jauhkan drpd minum minuman bergas atau minuman yang banyak gula.
10. tudia 9 tips..kalau dah bwat smua ni tapi bdan d0k lendoq,gemok jgak, cuba hampa gelak kuat2 setiap saat,minit dan jam … hampa tau tak gelak ketawa adalah ubat untuk menangani stress. Kalau hampa stress,mesti hampa makan banyak kan. dan bertambah gemokla korang..

Atasi marah & panas baran ( Cara Islam )

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat. Cara mengatasi marah dalam Islam ialah: 1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: ¿Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.¿ (Riwayat Muslim) 2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: ¿Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk¿ (Hadis Riwayat Abi Daud) . 3. Minum air. 4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati. 5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan. 6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai. 7. Berfikiran positif. 8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang. 9. Bawa bertenang seperti menarik nafas. 10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan. 11. p td0q~

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...