Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Selasa, Mac 02, 2010

BAHULU KUKUS

    BAHAN-BAHAN: 5 butir telur 200gm gula pasir (Rinn guna gula castor) 1 tsp esen vanilla 1/2 sudu besar ovalette 210gm tepung halus/superfine 60ml santan (Rinn guna santan kotak) Kismis secukupnya (Rinn guna buah2an campur utk kek buah) CARA-CARA: 1. Pukul gula castor, ovalette dan telur sehingga pekat dalam 6 minit dengan kelajuan tinggi. 2. Ayak tepung. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar setakat adunan sebati. 3. Masukkan santan dan adun sebati. 4. Perapkan adunan 20 minit. 5. Isikan adunan dalam papercup yang sesuai, 3/4 penuh. 6. Taburkan kismis dan kukus selama 10 minit.

puding roti

Bahan-bahan

4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat 170ml susu cair 8gram serbuk agar2 1/2 cawan gula - bleh kurangkn 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml 2 sudu besar serbuk koko Cara-cara Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

puding roti marble

Bahan-bahan

4 keping roti

2 biji telur

1/2 cawan susu pekat

170ml susu cair

8gram serbuk agar2

1/2 cawan gula - bleh kurangkn

2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)

31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml

2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.

Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.

Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.

Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!

Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Posted by zai@umiaiman at 8:01 PM 0 comments

MUFFIN PANDAN

  Bahan-bahan: 200gm tepung gandum 1 1/2 tsp baking powder 1/2 tsp soda bikabonat 1/2 tsp garam halus 120gm gula castor 200ml santan kelapa (dalam kotak) 100ml minyak jagung 2 biji telur 1 tsp pandan paste & 1/2 tsp pandan essence ( atau boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .) Topping - sedikit coklat chip Cara-cara Penyediaan 1. Panaskan oven pada suhu 180 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). 4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan coklat chip di atasnya. 5. Bakar selama 20minit.

Resepi Potato Bun (guna potato flakes)

Bahan-bahan (untuk 24 biji bun) 1. 350ml air sejuk dari peti ais 2. 1 sudu teh garam halus 3. 60g mentega 4. 1 biji telor 5. 80g potato flakes 6. 600g tepung high protin 7. 2 sudu teh susu tepung 8. 150g gula castor 9. 4 sudu teh yis kering (10g) (kakton bancuh dulu dengan 3 sudu air suam 10. 1 sudu teh bread improver 11. 1 sudu teh bread softener 12. 1 biji kuning telur untuk disapu atas roti (tapi kakton tak sapu pun...terlupa la...) Bahan Instant custard cream 1. 100g instant custard powder 2. 250ml susu segar (guna susu cair pun boleh..kakton guna susu full cream dutch lady) cara2 (guna Bread Maker)

1. masukkan air, yis, telor dalam BM 2. masukan tepung, susu tepung, potato flakes, gula, garam, mentega, bread improver dan bread softener. 3. Onkan BM guna menu dough....tunggu hingga doh siap.

4. Keluarkan doh dah uli sedikit/tumbuk2 untuk keluarkan angin.

5. Bulatkan2 kan doh sebesar bola golf atau lebihkurang 30g setiap satu dan susun dalam dulang pembakar yg telah di gris dengan mentega. Jarakkan lebihkurang 1/2 inci antara doh utuk dapatkan bun yg cun...

6. tutup doh dengan tuala lembab dan rehatkan selama 30-40 minit atau hingga doh naik 2x ganda

7. sementara tu, sediakan custard cream. Bancuh instant custard cream dengan cara menuang susu sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Masukkan dalam piping beg. 8. Sapukan kuning telur yg dibancuh dengan sedikit susu segar atas roti dan pipekan custard cream tadi.

9. Bakar pada suhu 180 C selama 20 min atau hingga bun kekuningan bergantung pada oven.

10. Keluarkan dan sapu mentega diatas bun untuk mendapatkan permukaan roti yg berkilat.

11. selamat mencuba.

BANANA CRUMB MUFFIN

Bahan-bahan : (A)

1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil serbuk penaik 1/2 sudu kecil garam 3 biji pisang ~ dilenyek 3/4 cawan gula pasir 1 biji telur, dipukul sedikit 1/3 cawan mentega, dicairkan (B)

1/3 cawan gula perang 2 sudu besar tepung gandum 1/8 sudu kecil serbuk kayu manis 1 sudu besar mentega Kaedah penyediaan :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 375 F (190 C). Sediakan cawan muffin, serta alaskan dengan cawan kertas.

2. Di dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum (A), soda bikarbonat, serbuk penaik dan garam.

3. Di dalam mangkuk yang lain, campurkan pisang, gula, telur dan mentega cair. Kacau sebentar

. 4. Tuangkan adunan pisang ke dalam bahan-bahan kering dan kacau hingga bersatu. Sudukan ke dalam cawan muffin yang telah disediakan tadi.

5. Di dalam mangkuk yang kecil, satukan gula perang, tepung gandum dan serbuk kayu manis. Kacau sebati dan masukan mentega. Gaulkan mengguna hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Taburkan di atas adunan yang telah disudukan ke dalam cawan muffin.

6. Bakar selama 18 hingga 20 minit atau sehingga masak.

Puding Roti Pandan Kukus

Resepi dari CT Bahan-bahan:

12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)

15 helai daun pandan

1 biji kelapa parut (CT guna santan kotak 100 ml)

5 cawan air

2 biji telur (dipukul ringan)

1 cawan gula pasir (sukatan manis ikut selera masing2)

1/2 sudu teh esen vanila

sedikit pewarna hijau

sedikit garam Cara-cara:

1. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2 dan blend dengan kelapa parut dan air. Tapis untuk mendapatkan santan yang kini berperisa pandan.

2. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula pasir, santan dan sedikit garam tersebut. Kacau sekejap untuk melarutkan gula.

3. Masukkan esen vanila dan sedikit pewarna hijau, kacau lagi hingga rata.

4. Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dalam loyang. Buat sampai habis dan tuang sedikit lebihan santan atas roti tadi. (CT letak plastik dalam loyang supaya mudah untuk dikeluarkan nanti).

5. Kukus roti tadi selama 15 - 20 minit. Sejukkan dahulu baru di potong. Selamat mencuba ....

kamiblogger biggest contest

Tarikh tutup pendaftaran ialah 20 mac 2010

http://www.fcucommunity.net/2010/01/pendaftaran.html

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada semua blogger-blogger Malaysia.
2. Peserta wajib mengikuti setiap step penyertaan yang diterangkan di bawah
3. Peserta dilarang menjatuhkan mana-mana pihak lain.
4. Pihak penganjur mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan contest
5. Penaja bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hadiah-hadiah yang ditawarkan.
6. Keputusan adalah muktamad.
CARA MENYERTAI
Cara untuk menyertai amat mudah. Pastikan anda melakukan STEP BY STEP perkara di bawah. STEP 1
Anda wajib menulis satu entry khas mengenai contest ini di blog anda. Entry anda mestilah bertajuk "KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST". Peserta yang menulis entry contest paling kreatif akan memenangi hadiah khas tajaan FCUMIRACLE bernilai RM75. STEP 2
Anda wajib paparkan BANNER CONTEST di blog anda. Sila copy code di bawah ini dan paste di sidebar blog anda. Kedudukan banner tersebut akan berada di penjuru blog. Anda boleh memilih kedudukan penjuru yang anda mahu. kanan ataupun kiri. STEP 3 Ini adalah step terakhir untuk melengkapkan anda sebagai peserta. Anda hanya perlu isikan maklumat anda pada borang di bawah. Pastikan anda memasukkan detail yang betul. Seperti yang anda lihat, pada borang tersebut memerlukan anda memasukkan Entry Link. Entry Link bermaksud link entry contest yang anda buat STEP 1 tadi. Maka anda perlu pastikan anda siapkan dahulu Entry contest sebelum mengisi borang ini.

STEP 1Anda wajib menulis satu entry khas mengenai contest ini di blog anda

STEP 2Anda wajib paparkan BANNER CONTEST di blog anda.

. STEP 3Anda hanya perlu isikan maklumat anda pada borang

saya  Umiliya tuan punya BLOG  suka berblog mencari KAWAN  Contest menarik di  kak ngah nyer BLOG

jom sama-sama kita MERIAHKAN

naik bas kene BERDIRI

nak duduk tak ada tempat LAGI

jeling kanan JELING KIRI

Kalau rasa nak  HADIAH jom bercontest LAGI   

Itu lah  Pantun empat Kerat Dari Saya.. Mudah Sahaja, Anda Hanya Perlu

 

“Rahsia Buah Kurma”

    mungkin elok kalau saya kongsikan artikel berkenaan dengan Buah Kurma (Tamar). Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering. Antara khasiat buah kurma ialah ; 1-Kaya dengan protein 2-Kaya dengan gula 3-Kaya dengan serat 4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C 5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium. Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud : “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW. Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ; 1-Protein (1.8~2.0%) 2-Serat (2.0~4.0%) 3-Glukosa(50.0~57.0%) Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi, maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa. Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa. Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga. Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya. Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya. Ini kerana buah kurma kaya dengan serat. Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus. Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita. Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita. Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya. *Ada pelbagai cara untuk menikmati buah kurma. Di sini saya akan ceritakan satu resipi buah kurma yang anda patut cuba. Resipi ringkas ini diberikan nama ‘air kurma susu’. Cara buatnya amat mudah ; 1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan biji nya dan segelas susu segar ke dalam blender 2-’Blender’ buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati 3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam 4-Setelah betul-betul sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum Resipi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah. *Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.

Bahagiakah Rumahtangga Anda?

    * Maklumat dalam post ini sebenarnya saya dah emailkan kepada semua pembaca setia blog ini. Namun, kepada mereka yang masih belum download ebook percuma “Bahagiakah Rumahtangga Anda?” ini, bolehlah downloadnya sekarang. Ia adalah 100% percuma. * Ini ada sedikit info ringkas dari saya. Semalam sewaktu saya “merayau-rayau” di alam siber, saya terjumpa satu ebook PERCUMA yang cukup bagus untuk dibaca. Ebook ini diberi tajuk “Bahagiakah Rumah Tangga Anda?”. Ia adalah hasil susunan Encik Shuib b. Sulaiman (Soid b. Sulaiman). Ia mempunyai ketebalan 204 mukasurat. Ia mempunyai tiga pra-tajuk dan tigabelas (13) pecahan bab utama seperti berikut:

• Bahagia Dengan Tuhan • Perkahwinan Ibarat Membangunkan Masjid • Hidup Bersama Tuhan • Semua Manusia Perlukan Kasih Sayang • Ego Menghancurkan Keharmonian • Selesaikan Masalah dengan Taqwa • Akibat Tidak Bertaqwa • Cukuplah Mati Sebagai Penasihat • Mengenal Manusia • Tersilap Dalam Memberi Kasih Sayang • Suami Berwibawa • Persiapan Taqwa • Kes-Kes Contoh Banyak sekali aspek yang disentuh oleh penulis. Dan penulis berjaya membawa saya berfikir jauh dan menilai di mana kekuatan dan kelemahan diri. Terasa diri ini kecil sangat-sangat di sisi-Nya. Andaikata penulis ebook ini meletakkan harga sekalipun, saya sanggup membelinya. Tapi tidak, penulis tidak mengenakan sebarang bayaran. Ia adalah untuk edaran percuma.

Sebab dan punca wanita ditinggalkan…

Tolong jangan tinggalkan saya bang... Berikut adalah beberapa sebab atau punca mengapa seseorang lelaki meninggalkan seseorang wanita atau hilang terhadap seseorang wanita.

1. Wanita tu cuba untuk ubah perangai/cara hidup lelaki Setiap orang ada personaliti, perangai dan cara hidup mereka yang tersendiri. Personaliti atau perangai ini berbeza-beza mengikut latar belakang, asuhan mak bapa masa kecil, keadaan keluarga, genetik, persekitaran tempat membesar, proses pembelajaran dan pengalaman. Perangai atau personaliti seseorang adalah AMAT SUKAR sekali untuk diubah. Malah ia boleh dikatakan hampir mustahil untuk diubah. Kalau boleh ubah pun, mungkin ia memakan masa bertahun-tahun lamanya. Jadi, jangan sekali-kali mendesak teman lelaki atau kekasih anda untuk berubah. Walaupun mungkin dia mempunyai banyak kelemahan, cubalah terima kelemahan dan keburukannya tu. Jangan sekali-kali desak dan paksa dia buat perubahan. Bagi dia masa. Hormati dia. Jangan ungkit-ungkit dan perbesarkan kelemahan yang dia ada.

2. Wanita tu terlalu meminta-minta. Terlalu materialistik. High maintenance. Saya rasa yang ni saya tak payah nak ulas panjang. Sebab semua orang faham kot. Pendek kata, perempuan yang suka demand lebih-lebih, tak sedar diri, sangatlah memeningkan kepala lelaki. Sikap perempuan yang suka meminta-minta ni hanya akan membebankan fikiran lelaki yang memang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab lain. Jangan sekali-sekali anda kusutkan hati dan perasaannya dengan meminta-minta apa yang dia tak mampu. Jangan sekali-kali anda mempertikaikan kredibilitinya kalau dia tak mampu untuk tunaikan hajat dan keinginan anda.

3. Wanita tu suka eksyen, ego dan besar diri. Walaupun mungkin anda lebih berpendidikan dan mempunyai kerja yang lebih bagus dari teman lelaki anda, jangan sekali-kali eksyen, sombong, ego dan besar diri. Ini pantang besar bagi lelaki. Lelaki sangat tak boleh terima jika ada wanita yang cuba untuk berlagak hebat dan tunjuk ego lebih daripada dirinya. Memang itu fitrah lelaki. Ego dia mesti lebih tinggi dari ego perempuan. Kalau ada wanita yang cuba tunjuk eksyen, maka tak lama memang kena tinggal la perempuan tu. Tak caya? Cubalah…huhu

Haaa begitulah 3 punca atau sebab yang sempat saya fikir dan catatkan. Saya tulis ni berdasarkan pendapat dan pandangan saya sebagai seorang lelaki. Ia mungkin betul bagi sesetengah orang tetapi tak betul bagi sesetengah orang yang lain. Apa pendapat anda?

KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN

�Sekali-kali TIDAK ! Janganlah kamu patuh kepadanya (jalan kejahatan), dan SUJUDlah serta dekatkanlah dirimu (kepada Allah)." - (Al-Alaq - wahyu pertama : 19) Bukan kah ketika sujud bahagian yang paling rendah iaitu prefrontal cortex (ubun-ubun), bahagian itulah menjadi paling rendah, menjadi dahi yang mencecah bumi? Dengan kedudukan jantung yang lebih tinggi bukankah itu memaksa darah ke bahagian tersebut lantas membaiki, mengaktifkan bahagian tersebut? Hasilnya mukmin boleh membuat keputusan yang lebih bijak, boleh berfikir mana yang baik dan buruk, boleh mencegah dari kemungkaran. Segala puji bagi Allah yang menurunkan al-Quran, tiada sedikitpun keraguan walau satu perkataan sekalipun, nescaya akan ada mukjizat buat manusia.

Surah Al-Kautsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih m ani s daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang ter ani aya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

_________________ PaHit AkaN MaNiS aKhirNya.....

RESEPI BARU UTK KECANTIKAN DIRI DAN KEBAHAGIAN UMAH TANGGA 1. Selepas solat Isyak

2. Ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali

3. Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

4. Tiup dalam air dan minum.

5. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah

Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

Sungai Dalam Laut

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53) Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara. Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran." Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan. Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

coret2 pagi umiliya

RUMAH KU SYURGAKU..AMIN

assalamualaikum

salam..hari ini selasa..ermm umi cam biasa ngen tugas seorang suri rumah tander tangga ponggg huhuhu..pagi2 kemas 2 umah ..jap2 agi nak masuk kijer ahhh.....kerja asasi ahh...seorang tukang jahit yg...banyak ruang mase depan..pc kui kui kui

abah kerje siang alya lak sekolah...umi keboringan lah jugek..sebab tu gatai2 tangan ni..coret2 lah kat blog kesayangan ku ini...

kelmarin dah siap satu pasang baju anak sedara ...siap ngen jahit labuci..agi....jap2 agi nak kene jahit sepasang agi..untuk..kawan nyer anak sedara....ermm ...

kerjer tertangguh pun masih banyak..kelmarin kak pah hantar lagi sarung kusyen lain lak...

yg tu..umi tak usik sebab abah..dah janji nak tolong buat..abah lg xcited jahit2 bender gitu..rumit lagi mencabar konon lah ...

umi juge jer jahit yg..ader labuci2 yg render gituh..keh keh keh

..........kalau ader rezeki minggu depan...abg ipar nak mintak umi jahit kan..langsir untuk umah mak dia nak...pakai bulan untuk kenduri adik..ermm insyallah...bisa di atur..jika di izinkan Allah

AYAT-AYAT AL- QURAN UNTUK DIAMALKAN

ingat2 sokmo......petua2 ermmmm
http://resepirahsiaku.blogspot.com/
1. Supaya Elak Suami Tak Kahwin Lain. Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil 2. Untuk Elak Suami/Isteri Dan Anak-anak Tidak Bergaduh.  Surah Al Baqarah - Ayat 102 3. Supaya Anak-anak Pandai Dalam Pelajaran. Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 4. Supaya Anak-anak Lembut Hati Dan Elak Panas Baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24 5. Supaya Anak-anak Tidak Malas Ke Sekolah. Surah Toha ayat 1-5 6. Ayat Pendinding Diri. Ayat akhir Surah At Taubah 7. Supaya Anak-anak Yang Suka Keluar Malam. Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x 8. Untuk Jadi Pendinding Rumah (Pagar Rumah). Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air, dan semburkan keliling rumah. * Baca Ayat-ayat dalam angka ganjil 3,5,7 kali. Kemudian Tiupkan di ubun anak-anak, suami atau isteri. Tawakal kepada Allah SWT semuga permintaan kita dimakbul oleh Allah SWT. SATU MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH Langkah 1: Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih: 1. SUBHANA'LLAH 2. ALHAMDULI'LLAH 3. LAA I LAAHA ILLA'LLAH 4. ALLAHU AKBAR 5. ASTAGHFIRU'LLAH 6. LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH 7. ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHIWA SAHBIHI AJMA'EEN Langkah 2: Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkata

air asam menyengat..ngak nagk

tetiba kecur jer air liur ku huhuhu

http://mynurkasih.blogspot.com/

  Bahan-bahan ( 6 orang ) * asam jawa (anggaran sekepal) + air

* *BAHAN UNTUK DIHIRIS NIPIS

* 1 biji bawang besar

* 2 biji bawang merah

* 1 biji tomato

* 1 biji cili merah

* 1 biji cili hijau

* 3 biji cili padi

* *BAHAN UNTUK DITUMBUK

* 1 biji cili merah

* 2 biji cili padi

* 1/2 inci belacan bakar

* garam * gula * *BAHAN UNTUK DIPERAH * 1 biji limau nipis

* 1/4 biji lemon

Cara-cara 1. Ambil asam jawa dan campurkan sedikit air panas. Tapis air asam jawa untuk mendapatkan jusnya sahaja. Ulangi langkah ini sebanyak 2 kali. Jangan terlalu cair.

2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis ke dalam air asam jawa.

3. Tumbuk bahan-bahan tumbuk dan masukkan ke dalam campuran air asam jawa.

4. Perah limau nipis dan lemon untuk memasamkan lagi air asam.

5. Untuk menjadikan air asam lebih menyengat, hiriskan kulit limau nipis dan lemon dan masukkan ke dalam air asam... Pasti sedap.

lograt ganu dehhh..pahanggggg dokkk

ni gambar2 lama sajer jer nak ingat kembali saat tu...masa ni tahun 2008..lama doh tu...alya baru masa ni baru jer darjah satu...masa ni..gi umah abg dol..umah abang no 2..ptg tu dia ajak kami mandi pantai..kebetulan ombak..masa tu..besar gakk aahh..tp sebab xcited nok mandi...maka mandi gok aahh dok hirau dohhh......macam best jer kan kan kan

gambar kat atas tu..gambar alya ngen arwah kucing dia...nama dia comel..sekarang kucing tu dah hilang..tpp dia tukar kucing baru..bg nama comel gak....ermmm serasilah nama tu...warna pun sama ..comel ermmmm

takdok citer wehhhh..citer pasal kucing pulokk,,,keh keh keh

ni sesssiiii...maratah..nnnn  membesar kan pori2 perok ker..ermmm masa ni..tak hinggat dunia wehhhh..leka sgt....ni baru sadar wehhh..jgn makangg banyok ngakkk

umi dokleh masok gambar dok muat etekkk..bahana makanggg banyok etekkkkk....loni..tokser makangggg banyok doh .....diet ekkk..insyallah

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...