Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Sabtu, Februari 27, 2010

MANUSIA MACAM KITA

Manusia macam kita Memang pandai bercakap Menyalahkan orang lain Mengutuk orang lainPerlekeh orang lain Merendahkan orang lainOrang macam kitaDimana-manapun adaBila jari telunjuk tunjuk pada orang lainEmpat jari lain tunjuk pada diri sendiri Tengok pada diri sendiri dahuluJangan...Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak bacaAsyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak bacaAsyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak bacaAsyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak bacaAsyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak bacaAsyik berceramah sana sini,! Al-Quran kamu tak bacaAsyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak bacaAsyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak bacaAsyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak bacaAsyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca AAsyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak bacaAsyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak bacaAsyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak bacaAsyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak bacaAsyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak bacaAsyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak bacaAsyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak bacaAsyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak bacaAsyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak bacaAsyik berkepit dengan suami, Al-Quran kamu tak bacaAsyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak bacaAsyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak bacaAsyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak bacaAsyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak bacaKenapa tak baca? Tak sempatBusyTak fahamTak retiMalas dapat surat dari pejabat tanahdalam bahasa melayukamu boleh bacadapat surat lawyerdalam bahasa inggeriskamu boleh bacadapat surat daripada Allahdalam bahasa Arabkamu tak boleh bacaapa nak jadi? Rugi! rugi! rugi!Itu sajalah bekalanUntuk diri sendiri Di belakang hariDan hari ini Al-Quran teman sejatiDi kala kaki tak mampu berdiriDi kala tangan tak mampu mengangkat lagiDi kala lutut lenguh setiap sendiDi kala badan tak mampu ke sana ke mariDi kala telinga tak mampu menangkap bunyiDi kala tekak tak rasa apa lagiRumah kata pergiKubur kata mari siniJuga buat teman di kala sendiriDalam kubur sunyi sepiMenangislah sepuas hatiMulai dari hari iniMenyesali diri Yang jahil dan dhaif sekaliAmbillah inisiatif sendiriUntuk baiki diriJangan hanya duduk sesali diriMelihat Al-Quran menyusup pergihanya tulisan sahaja yang tinggal lagiistilah juga tidak berguna lagikerana ertinya tidak difahamiBacalah Al-Quran hari ini! Posted by abahumiliya at 1:43 PM 0 comments

Wanita dan Seks: Rahim jatuh jejas hubungan kelamin

  Tidak mampu menahan kencing dan masalah batuk yang dihidapi sejak setahun lalu SAYA mempunyai masalah peranakan jatuh (tombong) sejak kelahiran anak sulung secara induce. Begitu juga ketika melahirkan anak kedua. Selepas kelahiran anak sulung, saya batuk selama setahun dan tidak dapat menahan kencing dengan lama. Apabila melahirkan anak ketiga melalui pembedahan, dan ditambah lagi kini saya mengalami batuk yang teruk (selalu rasa tekak kering dan tidak lepas batuk) membuatkan air kencing mudah mengalir walaupun ketika duduk atau mencangkung. Sejak kebelakangan ini saya rasa peranakan saya semakin jatuh akibat batuk yang dipaksa ini. Apa yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini apatah lagi sekarang vagina terasa pedih dan tidak selesa. Dari segi perubatan, adakah ubat yang sesuai selain melalui pembedahan untuk menegangkannya. Adakah pemakanan jamu boleh membantu? ZIELA, melalui e-mel KEDUDUKAN rahim, corong faraj yang juga termasuk bahagian pembukaan faraj, dalam tampungan otot pelvis yang juga dikenali sebagai otot kemut. Jika keadaan otot itu sihat dan langsing, sudah tentu struktur dalam kawalannya juga akan berada dalam keadaan langsing dan tegap. Perkara yang sebaliknya berlaku apabila otot kemut lemah. Kedudukan rahim jatuh dan juga dinding faraj. Jika dinding faraj bahagian atas lemah kedudukan salur kencing dan pundi kencing tergendala dan membuatkan pundi kencing lemah dan otot pembukaan lubang kencing juga lemah. Jika ini berlaku wanita itu akan mengalami masalah kencing tercicir apabila dia terbatuk atau bersin. Jika dinding faraj bahagian belakang lemah wanita itu akan mengalami masalah buang air besar dan akan terasa farajnya tersempal dan hubungan kelamin amat sukar kerana najis dalam usus besar menghalang kemasukan ereksi atau mengganggu perjalanan ereksi. Wanita itu hanya dapat melakukan hubungan seksual selepas membuang air besar! Jika keseluruhan dinding faraj lemah, rahim akan terturun setiap kali wanita itu meneran untuk buang air kecil atau buang air besar. Jika perkara ini dibiarkan lama kelamaan penurunan rahim menjadi ketara dan rahim akan terjojol keluar dari faraj! Ini yang digelar 'tombong'. Perkara ini jarang berlaku. Jika keciciran kencing terus berlaku, keadaan faraj terganggu dan mukosa faraj tertekan. Ini akan mengakibatkan kulit mukosa faraj melecit dan kering atau mengelupas. Hubungan seks akan menjadi tidak selesa. Mustahak untuk wanita yang mengalami keciciran kencing berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan anggota kelamin. Doktor akan lakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti kedudukan anggota sulitnya, sama ada lemah dan melakukan ujian sama ada terdapat keciciran kencing. Jika keseluruhan dinding faraj lemah dan terdapat penurunan rahim, kemungkinan rahim itu terpaksa digantung (dengan menggunakan 'sling') supaya kedudukan rahim stabil dan tidak menghempap dinding faraj dan kedudukan salur kencing selesa dan tiada keciciran air kencing. Jangan teragak-agak untuk jumpa doktor secepat mungkin.

PERANAKAN TURUN TANDA LANTAI PELVIK LEMAH

Sistosele atau Cystocele adalah situasi prolaps dasar pundi kencing pada wanita. Ia biasanya berlaku akibat kelemahan lantai pelvis selepas bersalin dan menyebabkan pengembungan dinding anterior vagina apabila meneran. Sistosele juga boleh berlaku daripada rengangan berlebihan seperti melahirkan anak, sembelit kronik dan mengangkat barang berat. Biasanya keadaan ini berlaku selepas menopaus iaitu apabila estrogen berkurangan. Wanita berusia dan wanita yang melahirkan ramai anak lebih mudah untuk mengalami sistosele. Bagi sistosele ringan dan sederhana, penjagaan sendiri atau rawatan tanpa pembedahan adalah lebih berkesan. Dalam kes sistosele teruk, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan vagina dan organ-organ pelvik dalam kedudukan yang sepatutnya. Tanda-tanda dan simptom-simptom sistosele. Dalam kes ringan, adalah tidak mustahil untuk individu itu merasai sebarang kebonjolan. Apabila simptom-simptom sistosele muncul, ini termasuklah: Rasa penuh atau tekanan pada pelvik dan vagina terutamanya apabila berdiri dalam tempoh masa yang lama. Rasa tidak selesa yang semakin meningkat apabila merengang, batuk, tunduk atau bangun. Tisu yang membengkak. Dalam kes teruk, menonjol keluar melalui pembukaan vagina. Rasa tidak puas untuk membuang air kecil walaupun selepas anda melakukannya. Hilang kawalan terhadap urinari atau air kencing apabila terbatuk, ketawa atau mungkin tidak boleh mengawal pembuangan air kencing langsung. Jangkitan pundi kencing yang berulang. Sakit atau kebocoran urinary sewaktu melakukan hubungan kelamin. Penyebab Sistosele. Dasar pelvik wanita mengandungi lapisan otot-otot dan ligamen yang menyokong pundi kencing, rahim, kolon dan usus kecil. Jika tisu penyokong ini merengang atau lemah, beberapa organ dalaman anda boleh jatuh ke bahagian bawah tubuh atau prolaps. Kehamilan dan melahirkan bayi adalah punca biasa sistosele. Namun begitu tidak semua wanita akan mengalami sistosele. Ada wanita yang mempunyai ligamen yang kuat dan tidak mengalami masalah ini. Wanita yang bersalin kaedah Caesarean biasanya tidak mengalami prolaps. Penyebab-penyebab prolaps lain mungkin juga disebabkan oleh perengangan lantai pelvik akibat; Berat badan berlebihan atau obese. Mengangkat barang berat berulang-ulang. Perengangan dengan pergerakan usus perut. Batuk kronik atau bronkitis. Faktor-faktor risiko sistosele. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita untuk mengalami sistosele: Melahirkan bayi. Penuaan. Melakukan histerektomi. Genetik. Pilihan rawatan yang sesuai. Rawatan sistosele bergantung pada keterukan keadaan masalah itu. Bagi kes ringan mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan atau hanya memerlukan penjagaan sendiri yang mudah seperti senaman khas untuk menguatkan otot dasar pelvik. Jika penjagaan sendiri ini tidak berkesan, rawatan yang boleh dilakukan termasuklah: Pesari. Persari adalah satu plastik atau logam berbentuk cincin yang dimasukkan ke dalam vagina untuk menyokong pundi kencing dengan cara menolak ia naik semula ke atas. Bagi kes-kes tertentu, doktor mungkin mencadangkan penggunaan tampon yang besar atau diafragma vagina daripada pesari. Terapi Estrogen. Doktor anda mungkin mencadangkan penggunaan estrogen sama ada dalam bentuk dimakan atau krim sapu vagina jika anda sudah mengalami menopause. Ini adalah kerana estrogen, yang membantu kekuatan otot pelvik berkurangan selepas menopause. Perlukah pembedahan atau tidak? Keterukan atau kes sistosele yang tidak selesa mungkin memerlukan pembedahan. Pembedahan ini adalah elektif dan direka untuk melegakan simptom-simptom berkaitan dengan sistosele. Dalam kebanyakkan kes, pembedahan mengandungi pembetulan vagina. Dalam prosedur ini, doktor bedah menaikkan prolaps semula ke tempatnya dan mengetatkan otot-otot dan ligamen lantai pelvik. Prosedur ini mungkin memerlukan pembuangan beberapa tisu yang telah merengang. Walaupun kebaikan pembedahan jenis ini boleh bertahan lama, namun begitu terdapat juga risiko pengulangan. Ini adalah kerana disebabkan otot pelvik dan saraf akan kembali semula lemah seiring dengan usia yang meningkat. Jika sistosele berulang, anda mungkin memerlukan pembedahan semula. Dalam beberapa kes, terutamanya apabila tisu yang istimewa diperlukan untuk membantu menebalkan tisu vagina dan meningkatkan sokongan. Jika sistosele ini berkaitan dengan rahim yang jatuh, doktor mungkin mencadangkan pembuangan rahim (histerektomi) bagi membantu membetulkan masalah dan mencegah pengulangan. Jika boleh, elakkan pembedahan jika anda mempunyai sistosele besar sehinggalah anda sudah tidak mahu melahirkan anak lagi. Jika prolaps itu tidak memberi keselesaan dan anda perlukan pembetulan vagina, sebenarnya anda masih boleh mempunyai anak kerana melahirkan anak melalui pembedahan Caesarean boleh dipertimbangkan.

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) & Kesuburan Wanita

         Polycystic ovary syndrome atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut. Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ‘polycystic ovary’. Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary? 1) Tidak Subur atau mandul - Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak. 2) Haid tidak teratur - Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. 3) Gemuk - Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. 4) Darah haid sikit atau/dan berpanjangan - Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti. 5) Tumbuh rambut - Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary. Bagaimana Ia terjadi Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut. Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCOS. Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini. *Saalm perkenalan, harap ia dapat membantu awak tentang nie.... Dah pegi jumpa gynea ker?

Lelaki dan Ketidaksuburan

    Ketidaksuburan berlaku pada lebih kurang satu dalam 10 pasangan. Sekiranya masalah berlaku pada pasangan lelaki ia dipanggil ‘male infertility’. Ia terjadi 40% dalam keseluruhan masalah kesuburan. Segelintir daripada masalah kesuburan di kalangan kaum lelaki diketahui sebabnya seperti hypospadias dimana penis tidak terbentuk secara normal, testis yang tidak turun (undescended testicles) dan kegagalan ereksi tetapi kebanyakkan daripada agak sukar dijelaskan sebabnya. Punca Ia selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, hidup sperma yang terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi. Sebab kenapa ketidaknormalan ini berlaku mungkin kerana: Terdapat radang pada testis Terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis Testis yang tidak membentuk dengan normal Sebab kenapa sperma terlalu sedikit atau tiada sperma langsung mungkin berkaitan dengan masalah berikut: Terdapat unsur genetik tidak normal Kegunaan alkohol, rokok dan dadah Pernah mengidap penyakit beguk Hormon yang tidak normal Terdedah kepada bahan kimia beracun Terdedah pada radiasi yang berlebihan Salur testis tersumbat disebabkan jangkitan kuman Memakai seluar yang terlalu ketat Masalah ini juga mungkin boleh berlaku sekiranya lelaki ada masalah dengan ejakulasi yang menghalang sperma kedalam faraj wanita: Ejakulasi tidak matang – keadaan dimana ejakulasi berlaku terlalu cepat Ejakulasi terbalik – keadaan dimana air mani termasuk balik kedalam pundi kencing Masalah ereksi Komplikasi dari surgeri atau radiasi Bagaimana diagnosa dibuat? Mereka yang didiagnosakan mengalami ‘male infertiliti’ doktor selalu akan membuat pertanyaan berhubung dengan sejarah perubatan yang mungkin ada kaitan ketidaksuburan ini. Ujian-ujian yang mungkin dilakukan termasuklah: Ujian analisa air mani Ujian darah untuk melihat tanda jangkitan dan masalah hormon Kultur cecar dari penis untuk melihat sebarang unsure infeksi Analisa air mani Analisa air mani adalah satu ujian yang sangat mudah dan dibuat untuk memastikan keadaan sperma. Untuk membuat analisa ini, sampel yang baru, kurang dari setengah jam selepas ejakulasi akan diuji dan dianalisa di makmal. Mereka yang tidak selesa untuk membuat koleksi di klinik boleh memilih untuk menjalani koleksi tersebut dirumah, dengan syarat, rumah mereka dekat dengan klinik tersebut. Untuk mempastikan yang sampel tersebut optimal untuk ujian yang tepat, pasangan perlu: Menghindari dari seks selama 3-5 hari jangan kurang atau lebih dari itu. Gunakan alat kontainer yang bersih Jangan biarkan ia bocor atau melimpah Jangan gunakan alat pelincir yang boleh membunuh sperma Simpan pada suhu bilik Kaedah dan analisa Apabila sampel sampai ke makmal, ia akan di analisa untuk beberapa faktor: Jumlah air mani: Jumlah Air mani yang normal adalah dalam lingkungan 2-6ml dan sekiranya ia tidak normal samada terlalu sedikit atau terlalu banyak, berkemungkinan ada masalah dengan kelenjar vesicle atau prostat. Terlalu sedikit akan menyebabkan sperma sukar untuk memasuki rahim, terlalu banyak pula akan menyebab ia menjadi cair dan mengurangkan kepekatan sperma. Kelikatan: Ini merujuk kepada kebolehan Air Mani untuk kembali dalam bentuk cecair sebaik sahaja ovulasi. Sekiranya air mani tidak cair atau menjadi terlalu pekat, kemungkinan terdapat jangkitan kuman pada kelenjar vesicle dan prostat. PH yang seimbang : Air Mani seharusnya mempunyai pH beralkali untuk memastikan sperma dilindungi semasa melalui ruang faraj yang berasid. Sekiranya Air mani didapati lebih berasid, kemungkinan kelenjar vesicle menghadapi masalah Frukrose: ia adalah komponen penting Air mani kerana ia memberikan tenaga kepada sperma. Ketiadaan unsure ini menunjukkan yang terdapat sumbatan disepanjang salur peranakan lelaki. Analisa sperma Semasa pemeriksaan, sperma akan dianalisa tentang jumlah, pergerakkan, bentuk dan kehadiran klumping. Bilangan sperma: Jumlah bilangan sperma yang ada dalam air mani sangat penting kerana sekiranya ia terlalu sedikit, akan member kesukaran untuk hamil. Seorang lelaki dikatakan mempunyai sperma yang sedikit sekiranya dia mempunyai jumlah bilangan sperma yang kurang dari 20 juta/ml. Sekiranya ia jatuh dibawah 10juta/ml dia dikatakan mempunyai sperma yang sangat kurang. Lelaki yang tidak mempunyai sperma langsung dikatakan mempunyai Azoospermia. Pergerakan sperma : Ujian ini akan menilai berapa baik sperma anda berenang. Lebih kuat ia berenang lebih baik peluang untuk sperma sampai ke rahim dan ke salur fallopio. Sperma dinilai dengan mengunakan sistem 4 tahap: Grade 4: sperma mempunayi pergerakkan yang progressif bermakna ia kuat dan bergerak pantas ke depan dengan lurus Grade 3: Sperma bergerak ke depan tetapi berenang dalam keadaan benkang- bengkok. Grade 2 : Sperma bergerak dengan lembab dan tidak progresif kerana hanya ekornya sahaja yang bergerak. Grade 1 : Sperma tidak bergerak langsung. Sperma yang bagus sepatutnya mempunyai kualiti grade 3 dan 4 Ideal sperm kerana cuma sperma yang aktif sahaja yang akan bersenyawa dengan telur. Bentuk sperma: sperma yang bermutu bukan saja cergas malahan mempunyai bentuk yang normal. Secara ideal, kepala sperma yang normal berbentuk bujur dan bersambung dengan ekor yang panjang dan lurus. Sekirayan bentuk kepala tidak normal amat sukar untuk sperma bersenyawa dengan telur. Clumping: sekiranya sperma melekat-lekat sesame sendiri agak sukar bagi mereka bergerak dengan baik. Sel darah putih: kehadiran sel darah putih yang sedikit selalunya normal, tetapi jika terlalu banyak, ia mungkin menunjukkan tanda jangkitan kuman. Rawatan Bergantung kepada sebab sebenar ketidaksuburan pada lelaki, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh disarankan : Rawatan dengan ubat Setakat ini rawatan ubat tidak memberikan hasil yang memuaskan. Intrauterine Insemination(IUI) IUI adalah prosedur dimana air mani diproses untuk mendapatkan kepekatan sperma yang tinggi dan dimasukkan kedalam rahim melalui cerviks semasa ovulasi berlaku. Dalam masa yang sama, wanita diberikan ubat untuk member stimulasi kepada ovari supaya membuat telur lebih dari satu supaya peluang persenyawaan menjadi tinggi. Bagi lelaki yang mempunyai masalah kesuburan, kadar kejayaan adalah dalam lingkungan 7-8% berbanding dengan 2-3% tanpa rawatan langsung. Intracytoplasmic Insemination(ICSI) ICSI adalah satu prosedur tabung uji dimana satu sperma akan disuntik terus kedalam telur untuk mensenyawakannya. Ia sesuai kepada mereka yang mempunyai sperma yang sangat kurang. Bagi mereka yang tiada sperma langsung, doktor akan mengambil sedikit tisu dari testis untuk mendapatkan sperma. ICSI adalah sangat mahal dan mempunyai kadar kejayaan 15-20% sahaja.

Perkara Yang Perlu Dielakkan

   

Perkara yang perlu dielakkan sepanjang kehamilan: Penjagaan sepanjang awal kehamilan sehingga hari kelahiran yang ditunggu-tunggu adalah sangat penting bagi menjamin tahap kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat. Jadi banyak perkara yang bakal ibu terutamanya perlu tahu perkara-perkara yang patut dan perlu dielakkan. Diantara perkara yang perlu dielak mengambilnya ketika hamil... Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan. Rokok - asap rokok bukan sahaja mengandungi nikotindan tar, tetapi juga karbon monoksida, ammonium, racun sianida dan campuran bahan kimia lain yang menjadi penyebab barah. Ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan. Hentikan kegiatan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan. X-Ray - ibu hamil tidak digalakkan mendapat rawatan secara x-ray sepanjang tempoh kehamilan.

Wanita Dan Kesuburan

    Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita? Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita? Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun. Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran. Faktor penting berlakunya proses kehamilan : Waktu subur yakni wanita mengeluarkan ovum atau benih supaya dapat dipersenyawakan oleh benih lelaki iaitu sperma. Suami mempunyai sprema yang cukup dan sihat untuk proses persenyawaan. Saluran fallopio isteri mestilah berfungsi dengan baik atau tidak tersumbat. Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil. Apakah Petunjuk Waktu Subur Wanita? Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan ovum atau benihnya (proses ovulasi). Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja. Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period. 1. Pusingan haid (menstruasi): Kitaran haid seseorang wanita adalah satu fenomena yang kompleks. Kitaran haid ini berbeza untuk setiap wanita. Ia boleh berubah dengan bertambahnya umur. Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur. Satu pusingan haid - ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari. Dalam proses tersebut setiap wanita akan melalui satu lagi proses atau fasa iaitu proses ovulasi (fasa luteum) iaitu proses pengeluaran telur dari follikel yang telah matang), follikel akan membentuk corpus luteum. Corpus luteum inilah yang mengeluarkan hormon progesterone. Keadaan ini selalunya berpanjangan sehingga 12 - 13 hari kecuali dalam keadaan mengandung. Sekiranya tidak mengandung, corpus luteum akan berhenti membuat progesterone dan haid akan datang dalam masa sehari atau dua selepas itu. Bagi kebanyakan perempuan, fasa luteum ini adalah 14 hari. Ada wanita yang tidak subur yang mengalami fasa ini dengan lebih singkat. Untuk tujuan pengiraan sekiranya anda tidak tahu, fasa luteum ini diambil sebagai 14 hari. Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat. 2. Catatan suhu badan (Basal Body Tempreture atau BBT): Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer". Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil. 3. Pemeriksaan bendalir pada pangkal rahim: Semasa subur, bendalir serviks menyerupai putih telur yang mentah akan dihasilkan (jernih atau tanpa warna). Ia dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Setelah ovulasi selesa, bendalir serviks ini menjadi semakin pekat, kental, berwarna keputihan dan kuantitinya semakin berkurangan. Jadi kita boleh memeriksa bendalir serviks ini yang biasanya melekat pada seluar dalam atau kawasan faraj kita. 4. Pemeriksaan posisi pangkal rahim: Kita boleh menyentuh serviks sendiri dengan memasukkan satu jari secara perlahan-lahan ke dalam faraj. Sewaktu kita subur, serviks dikatakan terletak tinggi di dalam faraj dan terasa lembut. Bagi seseorang wanita yang mengalami masalah gangguan haid tidak teratur atau kesukaran untuk hamil maka anda digalakkan menemui Dr. Sakit puan dan kemungkinan akan menjalani ujian-ujian berikut: Ujian Darah: Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Manakala bagi wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah menyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin. Ujian D & C:
Ujian D & C selalunya dilakukan oleh doktor kepada wanita yang mengalami masalah kurang subur. Ia merupakan tatacara pembedahan kecil di mana saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan. Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga membantu doktor mengeluarkan tisu yang tidak normal untuk membolehkan kehamilan berlaku. Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut. Prosedur ini secara tidak langsung juga dapat membantu doktor mengenalpasti samada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih ataupun tidak. Pemeriksaan Fizikal: Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklah: Buah dada Kilang tiroid pada leher Sistem peranakan Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih. Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan. Pemeriksaan sistem peranakan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sistem peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.
Pemeriksaan Laparoskopi:
Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi. Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak. Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih. Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari. Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray) Ia merupakan ujian yangn dilakukan pada seseorang wanita yang dikesan saluran peranakannya tersumbat. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray. Semoga tulisan bulan ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada anda berhubung dengan anda dan kesuburan. Pemeriksaan menggunakan alat Clear Plan:
Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap hormon LH di dalam air kencing . Hormon LH dari kalenjar pituitary akan meningkat naik sekali dalam sebulan pada tubuh wanita yang subur. Hormon LH ini akan bertindak ke atas ovari seolah-olah memberitahu ovari bahawa masa ovulasi telah tiba. Kaedah ini hanya digunakan dengan nasihat dan khidmat doktor Jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. Sila klik di sini untuk me-war-warkannya.

Bagi suami isteri - elakkan dari memakan bahan-bahan berikut:

  a) Ajinomoto & seangkatan dengannya b) cili @ tomato sos - kandungan ada angkatan ajinomoto c) tomato d) taugeh e) peria yg beli kat pasar - tanam sendiri ok f) kobis g) makanan laut - kerang, sotong, ikan bakar h) makanan yang dibakar terus (direct) dengan api - ikan bakar, satay Amalkan amalan berikut, selepas solat atau bila-bila masa & ketika dimana jua:

a) Istigfar b) Subhanallah c) Alhamdulillah d) Allah hu Akbar e) Selawat keatas Nabi Muhammad SAW Ketika mandi:

a) jirus tepat diatas kepala (bukan diubun-ubun) dengan niat mohon supaya dikeluarkan segala penyakit, angin & darah kotor, hati busuk, disihatkan tubuh badan & hati & dll. - iring sekali dengan selawat keatas Nabi Muhammad SAW (dalam hati)

b) cuci pusat dengan diiringi selawat keatas Nabi Muhammad SAW (dalam hati) MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA

Assalamualaikum Warahmatullah. Ada yang meminta saya menulis artikel tentang waktu kesuburan wanita. Saya tahu ada yang dah sangat mahir.. kalau tak mahir takkan ada 6 orang askar kat rumah kan... hehe. Tapi yang baru-baru nak mencuba tuh tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.

Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA? Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat

2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat. Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal. FAHAMI KITARAN HAID Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari. Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini. Hari 1-4 Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan. Hari 5-13 Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang. Hari 14 Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim. Hari 15-28 Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1. BILAKAH WAKTU SUBUR? Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya. Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula. ** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period) Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya. Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur. CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur. MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula. Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14. Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda. MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar. Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan. Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain. Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri. Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama. Selamat Mencuba! Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan. Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup. Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung. Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya. Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya. Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung. Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung. Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung. Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?” “Memang kegemaran saya” jawab wanita ini. “Sudah berkahwin?” saya menambah. “Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin. “Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya. Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin. Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut: Elakkan:

Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas

Makan junk food

Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai

Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza

Makan burger dan nugget

Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini.

Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ; Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir). Tips Dan Petua Untuk Mudah Mengandung

  Kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, saya ada menerima 1 email dari salah seorang pembaca setia blog pakarhowto ini. Dalam email nya kepada saya, beliau telah berkongsi tentang tips dan petua bagaimana untuk mudah mengandung. Beliau menulis berdasarkan pengalaman sebenar beliau. Jadi saya rasa, adalah sangat wajar jika saya dapat berkongsi apa yang beliau kongsikan ini dengan anda semua. Bilelah kita nak dapat anak ni???

huhu Semoga apa yang dikongsikan ini, dapat sikit sebanyak memberikan panduan kepada mereka yang sedang berusaha untuk mendapat anak. Berikut adalah kandungan email yang saya terima dari beliau. Disini saya ingin juga berkongsi pengalaman berkaitan tips @ petua utk senang hamil walaupun saya masih belum hamil lg tp saya masih mencuba lagi ni.. Saya sudah berkajwin selama hampir 3 thn..Macam2 petua & tips telah saya amalkan tp mmg belum ada rezeki lagi tuhan nak bg..tidak mengapa..saya akan bersabar & berusaha sehingga dapat..insyallah.. Saya pernah mendapatkan rawatan doktor pakar..Saya pernah pergi utk membuat rawatan di LPPKN tp masih belum ‘melekat’ lg….tahun ini saya berjumpa dengan doktor pakar dan beliau ada mengatakan saya mengalami ‘Polycystic Ovary’/Ovari bengkak..itu adalah punca mengapa saya tidak mengandung sampai sekarang. Beliau menyuruh saya utk diet & turunkan berat bdn kepada berat badan ideal..Skg berat bdn saya 75kg dgn ketinggian 166 cm. doktor menyarankan utk saya menurunkan berat sehinnga 60kg iaitu kpd berat bdn ideal..Doktor mengatakan berat bdn yg berlebihan menyebabkan ovari saya bengkak..Doktor memberikan saya ubat subur & perlu dimakan selama 2 bln tetapi masih tidak mendatangkan hasil..Akhirnya doktor menyarankan saya utk membuat IUI..tp saya belum bersedia ke arah itu..biarlah saya terus mencuba..dan mencuba.. Tahun lepas saya ada mencuba produk ‘biodex’..ramai yg bercerita mengenai prduk tersebut & ramai yg telah menggunakannya mendapat anak…saya pun teringin mencuba..tp mmg bkn rezeki saya…xmenjadi juga..saya rasa ini disebabkan kerana saya tidak mengikut peraturannya..kadang2 saya mkn..kadang2 tidak..ini kerana kosnya yg begitu tinggi..xmampu utk saya meneruskannya… Cuma saya mendapat tips drp pakar drp biodex mengenai mkn yg tidak boleh dimakn & dielakkan..saya tidak digalakkan utk memakan ‘fast food’ contohnya KFC, PIZZAHUT, MC DONALD, A&W dan sebagainya..Jika saya ambil ini akan menambahkan hormon lelaki (prostegen) dlm bdn kite sekaligus melambatkan lg proses utk mendapatkan anak..saya jugak tidak digalakkan utk memakn benda2 yg tajam & berangin contohnya nenas, ubi kayu, limau & sebagainya. Diharap dgn hasil karangan saya ini dapatlah diguna pakai oleh org2 yg ingin mendapatkan anak..ada lagi tips2 utk mendapatkan anak ini tapi biarlah dulu..Akan saya karangkan kemudian. Sekian, terima kasih

Masalah keputihan wanita August 5, 2009 | By shuk | In keputihan wanita, penyakit keputihan Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid. Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka. Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit. Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal. Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan. Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak. Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal: >> Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia >> jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal >> Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau >> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah >> Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk Antara contoh penyebab keputihan wanita lain: >> Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen >> Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen >> Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina. Antara perkara yang perlu untuk diketahui : 1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita 2. Tidak menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar 3. Menjauhi tekanan yang berlebihan 4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil 5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan

nak kongsi sket kelebihan & khasiat limau nipis.

KHASIAT LIMAU NIPIS

Limau nipis memiliki seribu satu rahsia alam yang penuh dengan 'kebaikan dan khasiatnya yang tersendiri. Terdapat pelbagai produk makanan dan minuman yang dihasilkan daripada limau nipis. Selain itu, limau nipis juga dapat digunakan untuk menguruskan badan. Buah limau nipis yang masam ini juga sering digunakan sebagai pelengkap ramuan di dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah kesihatan seperti batuk, kesukaran membuang air kecil, nafas dan badan berbau, terseliuh, jerawat dan cirit-birit. Anda jangan ingat pokok limau nipis kat umah anda tu tak memberi per manfaat... di sini aku nak kongsi satu rahsia limau nipis ni.. dan rahsia ini aku dah kongsi dengan ramai orang termasuk anak didik ku di politeknik semasa aku menjalani latihan mengajar di politeknik sabak bernam.. kelebihan limau nipis ini aku perolehi semasa aku di alam persekolahan lagi... nak tau tak aper kelebihannyer... ia boleh memutihkab baju anda yang putih menjadi kekuningan akibat air liat.. bagaimana cara nyer? basahkan baju anda yang putih kekuningan tadi dan hamparkan.. n perah limau nipis tadi di kesemua bahagian pakaian anda... pastu gumpalkan baju anda n perap selama beberapa jam (2-3 jam). kemudian bilas baju anda tadi dengan air bersih... NESCAYA baju anda yang kekuningan tadi putih berseri.. percayalah.. sebab aku dah buat selalu maser sekolah dulu... xpayah nak guna clorox bleach or vanish... guna jer sumber asli yang ada disekeliling anda...

 

MEWANGIKAN RAMBUT Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala. KILATKAN CERMIN MATA Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama. JEMPUT-JEMPUT MENJADI LEMBUT Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda. ELAKKAN KELEMUMUR Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas. MENCUCI BARANGAN PERAK Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat. SEGARKAN TAUGEH Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari. LIMAU NIPIS CANTIKKAN BADAN Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu. MENGHILANGKAN KESAN BAU PAPAN PEMOTONG Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pd permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pd papan pemotong akan hilang HILANGKAN BAU KAKI Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Utk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang. HAPUSKAN KESAN KARAT PADA PAKAIAN Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis & larutkan bersama air rendaman pakaian & biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa. Selamat Mencuba!!

sempoiman writes "Limau nipis bukan buah yang asing bagi kita. Dulu, ketika masih kanak-kanak, kita mungkin biasa minum perahan limau nipis yang dicampur dengan kicap dan sedikit garam untuk menyembuhkan batuk. Memang rasanya masam tapi batuk beransur-ansur sembuh bukan? Atau jika hari panas, air limau nipis sejuk menjadi penawar dahaga. Air limau nipis kononnya dapat mengseimbangkan makanan berlemak. Sebenarnya masih banyak kegunaan buah limau nipis ini, dari menghilangkan sembelit hingga menghindarkan kedut-kedut pada wajah. Limau nipis atau nama botaninya citrus aurantifolia. Kalau di barat dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenali sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya limah. Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari 'saudara'nya limau purut. Buahnya berbentuk bulat sebesar bola ping pong dengan kulit luar berwarna hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya pun berukuran kecil-kecil berwarna putih. Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa. Kadang-kadang proses pembuangan toksin diikuti dengan keluarnya gejala seperti kulit kering atau sakit kepala. Gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan ini adalah wajar. Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksin ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda. Tingkat daya tahan tubuh Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di dalamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf. Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu antioksidan. Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Ada pun pospor memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap di atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya. Mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di kedai-kedai ubat Cina. Demam Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit. Batuk Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan selesema. Menghentikan kebiasaan merokok Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut. Bau ketiak yang tak sedap Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang. slamat mencuba... org dah cuba tuk ubat batuk tuh.. mmg berkesan.. lagi satu ia mmg melegakan tekak yang perit.. agtal dan sebagai nyer... tapi ingat.. jgn guna kicap masin.... hehe.. x larat nak telan nnti... hehehehe.. yaaaaaiitt!!!!"

aku buat ape ni??

hua hua hua...hilang semuayerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr kenaper yerr jadi camni...virus ker???

habis blog kuuuuuuu...jadi cengini.,..cianyer umi................tangan ni gatal....habis semua....nyer hilangggg..nak wak camna..nak balik..semua...kat blog umi..ermmmmmmmmmmmm sedeyyy nyerr

ISTERI TAK HORMAT SUAMI.

Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga, maka wajar sekali dia dihormati. Malah Islam sendiri mewajibkan seorang isteri menghormati dan mendahului suami dalam segala hal, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Namun begitu, tatkala ini, telah banyak perkara yang sebaliknya pula berlaku, iaitu isteri hilang rasa hormat pada suami. Jika isteri dahulu tunduk kepada segala kata-kata suami, kini sudah ramai isteri yang besar kepala, malah berani pula melawan kata-kata suami, ibarat lupa bahawa syurga seorang isteri itu bila suaminya redha kepadanya. Tidak dinafikan terdapat isteri yang secara terang-terangan menunjukkan sikap tidak hormat pada suami. Mengapakah perkara sebegini berlaku? Mari kita lihat punca-punca yang boleh dikaitkan kepada permasalahan ini. 1. Tingkah laku suami Antaranya rasa hormat terhadap pasangan sebenarnya boleh hilang gara-gara tingkah laku suami tidak sesuai dengan keinginan isteri. Mungkin kerana isteri menganggap suami telah melanggar prinsip-prinsip yang selama ini dipegang teguh. Ia mungkin boleh jadi hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja, namun kerana telah melanggar prinsip, maka rasa hormat makin kurang terutama jika ia dilakukan berkali-kali. Sebagai contoh, suami sering kali tidak menepati janji ataupun terlalu kerap berbohong. Tindakan yang sama dan asyik diulang-ulang akan menyebabkan seorang isteri hilang kesabaran dan benih-benih tidak hormat mula terbit dalam hatinya. Ditambah pula dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memporak-perandakan perhubungan suami isteri, isteri mula termakan hasutan syaitan. 2. Standard tidak realistik Penyebab lain lunturnya sikap hormat terhadap suami adalah kerana kecenderungan isteri menilai suami pada standard yang tidak realistik. Sebagai contoh, si isteri membandingkan suaminya dengan tokoh lelaki yang dihormatinya. Mereka mengharapkan si suami berkelakuan seperti tokoh ataupun idolanya tanpa menyedari bahawa suaminya adalah seorang insan yang cukup berbeza daripada apa yang diharapkannya. Inilah yang boleh menyebabkan punca berlakunya pertengkaran. Mereka bertengkar kerana suami tidak berkelakuan seperti yang diharapkan. 3. Tidak menghargai isteri Selain itu, sikap suami yang tidak menghargai isteri juga boleh menjadi punca isteri hilang rasa hormat. Sebagai contoh, suami tidak menghargai susah payah isteri bekerja mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Malah suami memandang remeh tentang kerja yang dilakukan oleh isterinya. Keadaan sebegini lama kelamaan boleh menyimpan rasa sakit hati kerana suami tidak menghargai apa yang dilakukan oleh isteri. Perasaan marah dan sakit hati akan menciptakan suasana yang sangat tidak menyenangkan dalam perkahwinan. Apa yang dilakukan oleh suami akan dilihat tidak bererti lagi. Pada tahap ini, sikap saling menghargai sudah mula luntur dengan cepat sehingga membahayakan semua struktur perkahwinan. Apa Petandanya: Ada beberapa petanda yang boleh memberi petunjuk bahawa rasa hormat terhadap pasangan sudah mula pudar. Petunjuk itu antaranya adalah : Seorang isteri mula memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana itulah tanda awal yang paling mudah dikenali. Sering berjenaka atau mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami. Mula bersikap kasar terhadap suami, seriring dengan yang mulai hilang, isteri juga jadi malas untuk bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami. Cara isteri mendengar cerita dan keluh kesah suami mula berubah. Ada empat tahap mendengar iaitu mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu tinggi. Menilai diri Jika suami merasakan isteri sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami, maka sudah tiba masanya anda menilai akauntabiliti sebagai pemimpin rumahtangga yang layak dihormati. Mungkin anda tidak menunaikan hak-hak isteri, maka sudah tentulah rasa hormat itu akan kikis sedikit demi sedikit. Jika isteri pula sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami dalam diri, maka sebaiknya anda patut mula mengamati apakah penyebabnya. Mungkin ia kerana suami anda memang ego, sombong mahupun tidak matang. Namun begitu, anda sendiri sebagai isteri, seharusnya mula menilai diri. Antaranya dengan bertanyakan pada diri anda sendiri persoalan “adakah anda menghargai diri anda sendiri?” Jika anda tidak menghargai diri anda sendiri, bagaimana anda mahu menghargai orang lain? Kedua, tanyakan apakah anda bersungguh-sungguh tidak menghargai suami? Dan akhir sekali, tanyakan pada diri anda, dapatkah hati anda menerima hakikat bahawa suami anda tidak menghormati anda? Sekiranya rasa hormat sudah semakin hilang, maka untuk membangunkannya kembali memang bukan sesuatu yang mudah. Boleh jadi sikap tidak menghargai pasangan ini sudah tertanam sejak kecil lagi kerana menuruti sikap orang tua yang suka mengkritik dan tidak menghargai pasangan. Apa yang dilihat sekian lama akan diikuti bila anak sudah berumahtangga. Sebenarnya jika anda sukar menghargai suami, ada kemungkinan anda memang tidak mampu menghargai orang lain yang ada di persekitaran anda. Perasaan terluka atau sakit hati kerana sikap suami membutakan mata dan hati anda sehingga tidak dapat melihat perkara yang baik atau positif yang dilakukan oleh suami dan wajar dihargai. Bila hilang rasa hormat sudah mencapai tahap ini, maka sering kali yang terlintas di fikiran anda adalah perpisahan atau cerai. Kalau ini yang sedang bermain dalam fikiran anda, maka fikir dulu sedalam-dalamnya. Anda masih punya peluang untuk memperbaiki hubungan dengan suami. Mulakannya dengan membincangkan masalah ini dengannya. Kalau perlu, buat satu senarai yang seharusnya anda lakukan dan perkara yang perlu anda hindarkan. Memang diakui, membicarakan masalah sebegini dengan pasangan agak sukar, tetapi jika anda masih sayangkan suami dan rumahtangga yang anda bina, maka ungkapkanlah segalanya dengan perasaan jujur dan lembut. Jauhkan dari sindiran atau ucapan sinis kerana ia boleh membuat suasana semakin tegang. Renung-renungkan…

ISTERI TAK HORMAT SUAMI.

Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga, maka wajar sekali dia dihormati. Malah Islam sendiri mewajibkan seorang isteri menghormati dan mendahului suami dalam segala hal, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Namun begitu, tatkala ini, telah banyak perkara yang sebaliknya pula berlaku, iaitu isteri hilang rasa hormat pada suami. Jika isteri dahulu tunduk kepada segala kata-kata suami, kini sudah ramai isteri yang besar kepala, malah berani pula melawan kata-kata suami, ibarat lupa bahawa syurga seorang isteri itu bila suaminya redha kepadanya. Tidak dinafikan terdapat isteri yang secara terang-terangan menunjukkan sikap tidak hormat pada suami. Mengapakah perkara sebegini berlaku? Mari kita lihat punca-punca yang boleh dikaitkan kepada permasalahan ini. 1. Tingkah laku suami Antaranya rasa hormat terhadap pasangan sebenarnya boleh hilang gara-gara tingkah laku suami tidak sesuai dengan keinginan isteri. Mungkin kerana isteri menganggap suami telah melanggar prinsip-prinsip yang selama ini dipegang teguh. Ia mungkin boleh jadi hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja, namun kerana telah melanggar prinsip, maka rasa hormat makin kurang terutama jika ia dilakukan berkali-kali. Sebagai contoh, suami sering kali tidak menepati janji ataupun terlalu kerap berbohong. Tindakan yang sama dan asyik diulang-ulang akan menyebabkan seorang isteri hilang kesabaran dan benih-benih tidak hormat mula terbit dalam hatinya. Ditambah pula dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memporak-perandakan perhubungan suami isteri, isteri mula termakan hasutan syaitan. 2. Standard tidak realistik Penyebab lain lunturnya sikap hormat terhadap suami adalah kerana kecenderungan isteri menilai suami pada standard yang tidak realistik. Sebagai contoh, si isteri membandingkan suaminya dengan tokoh lelaki yang dihormatinya. Mereka mengharapkan si suami berkelakuan seperti tokoh ataupun idolanya tanpa menyedari bahawa suaminya adalah seorang insan yang cukup berbeza daripada apa yang diharapkannya. Inilah yang boleh menyebabkan punca berlakunya pertengkaran. Mereka bertengkar kerana suami tidak berkelakuan seperti yang diharapkan. 3. Tidak menghargai isteri Selain itu, sikap suami yang tidak menghargai isteri juga boleh menjadi punca isteri hilang rasa hormat. Sebagai contoh, suami tidak menghargai susah payah isteri bekerja mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Malah suami memandang remeh tentang kerja yang dilakukan oleh isterinya. Keadaan sebegini lama kelamaan boleh menyimpan rasa sakit hati kerana suami tidak menghargai apa yang dilakukan oleh isteri. Perasaan marah dan sakit hati akan menciptakan suasana yang sangat tidak menyenangkan dalam perkahwinan. Apa yang dilakukan oleh suami akan dilihat tidak bererti lagi. Pada tahap ini, sikap saling menghargai sudah mula luntur dengan cepat sehingga membahayakan semua struktur perkahwinan. Apa Petandanya: Ada beberapa petanda yang boleh memberi petunjuk bahawa rasa hormat terhadap pasangan sudah mula pudar. Petunjuk itu antaranya adalah : Seorang isteri mula memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana itulah tanda awal yang paling mudah dikenali. Sering berjenaka atau mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami. Mula bersikap kasar terhadap suami, seriring dengan yang mulai hilang, isteri juga jadi malas untuk bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami. Cara isteri mendengar cerita dan keluh kesah suami mula berubah. Ada empat tahap mendengar iaitu mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu tinggi. Menilai diri Jika suami merasakan isteri sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami, maka sudah tiba masanya anda menilai akauntabiliti sebagai pemimpin rumahtangga yang layak dihormati. Mungkin anda tidak menunaikan hak-hak isteri, maka sudah tentulah rasa hormat itu akan kikis sedikit demi sedikit. Jika isteri pula sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami dalam diri, maka sebaiknya anda patut mula mengamati apakah penyebabnya. Mungkin ia kerana suami anda memang ego, sombong mahupun tidak matang. Namun begitu, anda sendiri sebagai isteri, seharusnya mula menilai diri. Antaranya dengan bertanyakan pada diri anda sendiri persoalan “adakah anda menghargai diri anda sendiri?” Jika anda tidak menghargai diri anda sendiri, bagaimana anda mahu menghargai orang lain? Kedua, tanyakan apakah anda bersungguh-sungguh tidak menghargai suami? Dan akhir sekali, tanyakan pada diri anda, dapatkah hati anda menerima hakikat bahawa suami anda tidak menghormati anda? Sekiranya rasa hormat sudah semakin hilang, maka untuk membangunkannya kembali memang bukan sesuatu yang mudah. Boleh jadi sikap tidak menghargai pasangan ini sudah tertanam sejak kecil lagi kerana menuruti sikap orang tua yang suka mengkritik dan tidak menghargai pasangan. Apa yang dilihat sekian lama akan diikuti bila anak sudah berumahtangga. Sebenarnya jika anda sukar menghargai suami, ada kemungkinan anda memang tidak mampu menghargai orang lain yang ada di persekitaran anda. Perasaan terluka atau sakit hati kerana sikap suami membutakan mata dan hati anda sehingga tidak dapat melihat perkara yang baik atau positif yang dilakukan oleh suami dan wajar dihargai. Bila hilang rasa hormat sudah mencapai tahap ini, maka sering kali yang terlintas di fikiran anda adalah perpisahan atau cerai. Kalau ini yang sedang bermain dalam fikiran anda, maka fikir dulu sedalam-dalamnya. Anda masih punya peluang untuk memperbaiki hubungan dengan suami. Mulakannya dengan membincangkan masalah ini dengannya. Kalau perlu, buat satu senarai yang seharusnya anda lakukan dan perkara yang perlu anda hindarkan. Memang diakui, membicarakan masalah sebegini dengan pasangan agak sukar, tetapi jika anda masih sayangkan suami dan rumahtangga yang anda bina, maka ungkapkanlah segalanya dengan perasaan jujur dan lembut. Jauhkan dari sindiran atau ucapan sinis kerana ia boleh membuat suasana semakin tegang. Renung-renungkan…

RENUNGAN UNTUK SUAMI/ISTERI

  WAHAI PARA SUAMI Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!! Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?!! Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!! Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?!! Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?!! Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandungi pembohong yang dibolehkan?! ! Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!! Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah "Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun". Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah". Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya". * Ucapan baik adalah sedekah dan Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah. * Mengucapkan salam mengandungi beberapa kebaikan. * Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa. * Berhubungan badan mendapatkan pahala. (Rujukan kitab: "Fiqhul Ta'aamul Baina Zawjain" karangan:Mushtofa 'Adawi) B) KETAHUILAH WAHAI WANITA 1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun. 2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah. 3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah. 4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid. 5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin. 6. Sekiranya anda memElihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka. 7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah. 8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu. (Petikan dari 'Mutiara perjalanan hidup)

BERMADU

  Bermadu, perkataan yang manis di mulut namun pedih di hati. Hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja tahu kesukaran yang perlu dihadapi. Ditanya pada setiap wanita pasti tidak mahu dan seboleh-bolehnya mengelak daripada berada dalam situasi tersebut. Tidak kira sama ada menjadi isteri tua mahupun isteri muda. Kedua-duanya pasti akan merasai pahit dan maungnya bermadu. Namun sebagai makhluk Tuhan, siapalah kita untuk menolak takdir Maha Pencipta, menepis qada dan qadar yang telah tertulis. Walaupun cuba dielak dan ditepis, jika itulah takdirnya maka harus didepani dengan reda. Mungkin setiap yang berlaku pasti ada sebab dan musabab yang terselindung oleh-Nya kepada kita. Menurut Perunding Motivasi Kaunseling, Hushim Salleh, wanita bermadu perlu mempunyai kekuatan yang tersendiri terutama bagi yang bergelar isteri muda. “Wanita yang mengambil keputusan untuk menjadi isteri muda perlu mempunyai jati diri yang kuat serta sabar dalam menangani dugaan hidup. “Hal ini penting dalam menangani suasana kehidupan yang normal seperti orang lain,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini. Bagaimanapun, semua tohmahan dan cemuhan itu tidak akan berlaku sekiranya suami boleh mengatasi permasalahan ini dengan aman tanpa menyakitkan hati di kedua-dua belah pihak. Tegasnya, bagi mewujudkan perkahwinan yang bahagia biarpun hidup berpoligami, setiap isteri perlulah saling faham memahami dan hormat menghormati di antara satu sama lain. “Bagi isteri tua, dia perlu bersabar biarpun hatinya remuk ekoran suaminya memiliki insan lain. Kesabaran adalah penting meneruskan hubungan rumah tangga. “Sementara isteri muda pula perlu kuat dalam menghadapi dugaan hidup selepas memilih untuk meneruskan hubungan walaupun mengetahui lelaki tersebut sudah beristeri,” katanya. Selain itu katanya, sebagai isteri kedua, perlulah membuatkan hati sentiasa sibuk. Jika ia dibiarkan kosong nanti yang duduk di dalamnya adalah iblis. Sebenarnya, wanita kini sukakan lelaki yang matang dan sudah pasti ciri-ciri itu hanya ada pada lelaki yang berusia dan berpengalaman dalam rumah tangga. Namun, faktor utama mengapa wanita sanggup menjadi isteri kedua adalah kerana kesunyian, kesepian dan juga faktor usia yang semakin matang. Akuinya lagi, tidak salah bergelar isteri muda asalkan pandai membawa diri. Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan dalam firmannya yang bermaksud: ‘Kahwinlah kamu dengan perempuan baik bagi kamu, dua, tiga atau empat. Sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (terhadap mereka) cukuplah satu sahaja’- Surah al-Nisa’:3. Berdasarkan pengertian ayat ini menunjukkan bahawa amalan bermadu merupakan satu cara hidup berumah tangga berasaskan landasan syariat yang menghendaki agar sentiasa wujud keharmonian hidup dalam keluarga. Namun harus diingatkan, biarpun bergelar isteri kedua atau ketiga dan keempat, hak sebagai isteri tetap sama. “Islam tidak membezakan isteri pertama, kedua atau sebagainya. Selagi dia bernikah secara sah, hak kesemua isteri adalah sama. “Tidak ada bezanya, hak mereka juga sama. Cuma yang berbeza adalah status seseorang wanita itu selepas diijabkabulkan. “Jika anak dara haknya lain manakala seorang janda haknya juga berbeza. Bagaimanapun hak di sini bermakna bilangan hari selepas diijabkabul. Jika yang dikahwini itu adalah seorang dara maka bilangan hari bersama suami adalah tujuh hari berbanding pula status janda bilangan hari bersama suami adalah tiga hari,” jelasnya. Namun dari segi tanggungjawab dan sebagainya, kata Hushim, hak isteri tetap sama . Dalam mengamalkan permasalahan poligami, suami pula harus memainkan peranan seadil-adilnya terhadap kedua-dua isteri. “Kecacatan poligami sebenarnya bukan dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaan yang menyimpang daripada syariat . “Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu mempunyai masalah rumah tangga adalah kaum Hawa, ini secara langsung membuktikan bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian kaum Adam,” jelasnya lagi. Secara fitrah dan nalurinya, emosi isteri pertama sudah tentu akan terganggu akibat daripada berbahagi kasih. “Oleh itu, peranan suami amat penting dalam membahagikan kasih sayang dan juga menjalankan tanggungjawab,” katanya serius. Jelasnya, dalam menjalani cabaran kehidupan wanita yang bergelar isteri muda haruslah tabah mengharunginya. “Lupakan kesedihan dengan banyak mengingati anugerah Allah yang dikurniakan kepada diri,” ujarnya. Dalam pada itu, beliau memberitahu, nikmat Allah bukan sekadar harta semata-mata tetapi juga kebahagiaan dalam kehidupan seharian. “Atasilah masalah hati dengan membuat aktiviti-aktiviti supaya sentiasa sibuk. “Jika hati disakiti, carilah tempat selamat. Sibukkan diri dengan memanfaatkan setiap detik yang berlalu agar ia membuahkan pahala,” terangnya lagi. Bagaimanapun jelasnya lagi, kebahagiaan rumah tangga itu bermula daripada hati dan juga tubuh badan yang sihat.“Jika hati sakit pastinya boleh menjejaskan kesihatan jasmani juga, hiduplah dengan dengan aktiviti yang bermanfaat . “Selain itu, tanamkan azam di dalam diri untuk atasi segala dugaan dan bersyukur apa yang ada, malah jalan yang paling penting mohon pada Yang Maha Esa supaya merestui perkahwinan itu ke jalan bahagia,” katanya.

kenangan itu masih segar dalam ingatan

ermmm tak silap umi...date kat gambar kat atas tu salah aahh..masa ni liya baru jer 6 bulan...jadi tahun 2002 lah ni ermm silap date ermm
teringat waktu ni masih duk kl..agi ...alya nangis bila taruk topi tuh atas kepala dia....

CARA UTK MENJAUHKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN

Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, sila lakukan seperti berikut:-

1. Sediakan air dalam satu bekas. 2. Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali. Setiap 3 kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam air. 3. Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, siramkan air itu ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-

• Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan. • Dari depan ke kiri. • Dari kiri ke belakang. • Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu. Apabila anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, Insyaallah anda tidak akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah. Perhatian: perkara yang di sebutkan di atas hanya perlu dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.

panduan

wanita 2 Allah berfirman:“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.”
p/s: Lihatlah.. Betapa Allah sangat mengasihi dan menyayangi setiap wanita yang diciptakanNya. Dan betapa tingginya darjat seorang wanita di sisi Allah. Menjadi wanita itu indah bukan.. lagi indah jika kita mampu menjadi wanita yang solehah.. wanita yang mithali bagi ibubapanya, suaminya dan anak-anaknya..Kita mungkin tidak dapat menjadi wanita yang sempurna, tetapi, kita sentiasa ada ruang untuk mencuba, kan? Dan sekalipun kita tidak mampu juga untuk menjadi setanding dengan 'wanita' sebenar, cukuplah jika kita hanya cuba untuk menghargai wanita-wanita yang lebih hebat di sekeliling kita.
Sebagai anak, seharusnya kita menghargai ibu kita yang telah bersusah payah membawa kandungan, melahirkan, menjaga, membesarkan dan mendidik kita sehingga menjadi insan yang berguna pada hari ini. Sebagai adik atau abang atau kakak, alangkah bahagianya instutusi kekeluargaan itu sekiranya kita saling menghargai antara satu sama lain, dan memberikan sedikit perhatian lebih buat sang wanita atau perempuan. Bukankah lelaki itu diciptakan untuk melindungi wanita? Sebagai suami pula, rasa kasih dan cinta itu biarlah hanya untuk isteri tercinta agar dia tahu betapa suaminya itu menghargai kehadirannya dalam hidupmu.Lelaki dan wanita itu sebenarnya saling melengkapi kan.. Lelaki diciptakan untuk wanita dan wanita juga diciptakan untuk lelaki.. Lelaki hadir untuk melindungi wanita, manakala wanita perlu hadir untuk menenangkan hati lelaki. Kedua-duanya juga punya kelebihan masing-masing..NOTA : Wahai wanita, sedarkah sudah di mana tempat kita di sisi Allah? Tapi, pernahkan pula kita terfikir, di mana pula tempat Allah kita letakkan?psstt: I'm not a girl, not yet a woman.. but you can count on me, i'm working on it. it will somehow comes naturally.. men = complicated
10 perkara membuktikan lelaki itu rumit
1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.Jika dia yang lebih pintar, dia terasa dirinya hebat.
5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya. .
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukaruntuk dijaga hati.
10. Jika kamu mengirimkan ini pada mereka yg bernama lelaki, mereka pasti bersumpah semuaini tidak benar..
Apa kata lelaki?
p/s: had a longggg talk with luke last night kat ym.. best! we've been too buzy for 'gossips' lately.. last night was superb! luke got BIG NEW EXCITING GOOD NEWS tau! and me? adelaa.. few sweet stories jgk. ape2pn,congrats beb! so, any update, please make sure i am the first one to know k! cant wait for that! best friend forever dear!
(sy terharu dgn kamu jugak sebagaimana kamu terharu dgn sy

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...