Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Jumaat, Februari 26, 2010

Keajaiban Surah Al-Waqiah

Di antara keajaiban al-Qur'an yang paling penulis kagumi ialah surah al-Waqiah. Surah ini sudah menjadi amalan penulis sejak umur belia remaja lagi untuk dibaca setiap hari. Khasiat Surah ini apabila dibaca akan memberikan rezeki yang luas, ketenangan fikiran dan lain-lain. Walau bagaimanapun Surah ini juga memberikan berbagai makna pada penulis hinggalah sekarang ini. Al-Hamdulillah. Sila copy html di bawah jika tuan, puan saudara saudari berminat untuk mendapatkan link istimewa untuk mengongsikan keajaiban surah ini bersama pengunjung blog tuan, puan saudara saudari Keajaiban Surah al-Waqiah  Keajaiban Surah al-Waqiah Tafsirnya: 1. Apabila terjadi hari kiamat, atau terjadi satu kejatuhan. 2. Tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. 3. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain) 4. apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, 5. dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, 6. maka jadilah ia debu yang beterbangan, 7. dan kamu menjadi tiga golongan 8. Yaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. 9. Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu. 10. Dan orang-orang yang beriman paling dahulu, 11. Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah. 12. Berada dalam jannah kenikmatan 13. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, 14. dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian, 15. Mereka berada di atas dipan yang bertahta emas dan permata, 16. seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan, 17. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda, 18. dengan membawa gelas, cerek dan minuman yang diambil dari air yang mengalir, 19. mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk, 20. dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, 21. dan daging burung dari apa yang mereka inginkan, 22. Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, 23. laksana mutiara yang tersimpan baik, 24. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan, 25. Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, 26. akan tetapi mereka mendengar ucapan salam, 27. Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, 28. Berada di antara pohon bidara yang tak berduri, 29. dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), 30. dan naungan yang terbentang luas, 31. dan air yang tercurah, 32. dan buah-buahan yang banyak, 33. yang tidak berhenti (berbuah) dan tidak terlarang mengambilnya, 34. dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk, 35. Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, 36. dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, 37. penuh cinta lagi sebaya umurnya, 38. (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan, 39. (yaitu) segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu 40. dan segolongan besar pula dari orang-orang yang kemudian, 41. Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu? 42. Dalam (siksaan) angin yang amat panas, dan air panas yang mendidih, 43. dan dalam naungan asap yang hitam. 44. Tidak sejuk dan tidak menyenangkan 45. Sesungguhnya mereka sebelum itu hidup bermewahan, 46. Dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar, 47. Dan mereka selalu mengatakan: "Apakah bila kami mati dan menjadi tanah dan tulang belulang, apakah sesungguhnya kami akan benar-benar dibangkitkan kembali? 48. apakah bapak-bapak kami yang terdahulu (juga)?"  1.Jatuhnya NY Twin Tower Dan Thaksin  Sila lihat laman web di bawah:-  http://www.flickr.com/photos/matthewphx/241082906/ http://www.flickr.com/photos/newley/252266944/  Apabila terjadi hari kiamat, atau terjadi satu kejatuhan Mungkin para pembaca sekalian berat untuk mempercayainya kalau penulis katakan bahawa tafsiran surah al-Waqiah yang pertama adalah berkaitan dengan peristiwa jatuhnya Buruj kembar di New York. Tetapi jika dilihat kiasan pada tafsiran yang ada, memang ada serba sedikit kiasan yang menyebutkan tentang jatuh bangunnya bangunan kembar itu dalam ayat-ayat pertama surah al-Waqiah. Sebelum bulan Ramadhan 1427H, ketika itu pada 11 September 2006, penulis melihat bahawa, rakyat Amerika masih mengingati peristiwa 911 tersebut. Perkara ini pada penulis memang ada kaitannya dengan surah al-Waqi`ah. Selepas itu, dalam beberapa hari sebelum menjelangnya Ramadhan, sebuah lagi peristiwa yang amat mengejutkan dunia berlaku. Iaitu peristiwa Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinaratiwat digulingkan dan di ganti dengan pemerintahan tentera. Yang ajaibnya, Raja Thailand pula menyokong tindakan pihak tentera untuk mengambil alih teraju pemerintahan itu dari tangan Thaksin. Bukankah ini juga menceritakan mengenai jatuhnya sebuah benda yang tinggi dan mengenai terjadinya sebuah kejadian yang ajaib. Kedua-dua perkara ini telah diceritakan oleh al-Qur`aan sejak 1400 tahun yang lampau.  Assabiqunal Awwalun  Dan orang-orang yang beriman paling dahulu. Pada pandangan penulis, gambaran di bawah ini adalah sebahagian kecil kenikmatan yang akan di dapati oleh golongan Assabiqunal Awwalun. Sila lihat laman web di bawah: http://www.flickr.com/search/?q=palace+of+the+golden+horses&page=3 Cuba kita bayangkan jika kita tinggal di sana kekal selama-lamanya, tanpa ada tua, tanpa sakit, tanpa letih, tanpa bau busuk, tanpa lapar, tanpa panas, tanpa bosan dan sebagainya. Sebelum tiba bulan Ramadhan tahun 1427H dan beberapa hari selepas puasa bermula, penulis amat berharap agar kecelakaan yang disebutkan di dalam surah al-Waqiah ditimpakan terhadap orang-orang yang bukan Islam. Kerana pada pendapat awal penulis, sudah tentu orang Islam akan terselamat daripada musibah yang akan melanda ketika itu, kerana ketika itu umat Islam berada di dalam bulan Ramadhan. Namun Allah swt lah yang lebih mengetahui maksud ayat-ayatnya. Kata tuan guru penulis, perpecahan umat kepada tiga bahagian dalam surah al-Waqiah bukanlah terjadi pada umat yang lain, tetapi pada umat Islam sahaja. Kerana dalam surah al-Waqi'ah itu menyatakan perkataan " وكنتم أرواجا ثلاثة " yang bermaksud "kamu menjadi tiga golongan". Selepas umat Islam berpecah diceritakan dalam surah al-Qamar, dalam surah al-Waqiah pula Umat Islam dinyatakan telah terpecah kepada 3 golongan. Perpecahan umat Islam yang mashor semasa zaman sahabat Nabi juga terbahagi kepada 3 golongan. Iaitu golongan Syiah, Khawarij dan golongan yang berkecuali. Di dalam surah al-Waqiah diceritakan siapakah 3 golongan itu. Golongan pertama ialah Golongan Pendahulu Terawal "السابقون الأولون". Pada pendapat penulis "pendahulu terawal" ini bermaksud lebih dalam. Mereka ialah orang yang beriman dan setelah mereka meyakini keesaan Tuhan, menyakini siksa kubur, kewujudan syurga dan neraka, dan merekalah juga orang yang menyedari akan kepayahan-kepayahan yang akan dihadapi oleh manusia di padang Mahsyar nanti. Mereka adalah orang yang tidak ingin lama menunggu giliran untuk dihisab dan tidak ingin lama menunggu giliran untuk masuk syurga. Mereka tidak ingin menunggu walaupun hanya satu jam sahaja di padang Mahsyar. Kerana jika satu hari di dunia sama dengan waktu 1000 tahun di akhirat, maka jika dibahagi 1000 tahun kepada 24, satu jam bererti 41 tahun lebih. Jika 1 hari itu dikira hanya waktu siangnya sahaja, maka 1000 tahun hendaklah dibahagi 12 jam. Jawabnya 83.33 bulan. Mereka juga menyedari kelemahan diri mereka berbanding dengan orang lain. Mereka melihat begitu amat banyak sekali orang-orang yang beriman sehingga berjuta-juta orang, dan begitu banyak sekali orang-orang yang hafaz al-Qur`aan, yang menjadi Imam dan sebagainya. Muslimin dan muslimat yang tinggal di Mekah sahaja barangkali sudah mencapai berbilion-bilion jiwa, jika dihitung sejak dari zaman Rasulullah saw. Sedangkan di Mekah al-Mukarramah, beratus-ratus ribu orang sembahyang fardhu berjama`ah pada setiap waktu. Lalu pada nombor giliran berapakah mereka dan kita ini akan di soal? Dan mereka meminta pada Allah swt dan kemudian berusaha bermati-matian sepenuh hati mereka untuk mencapai ketinggian setinggi tingginya di sisi Allah swt. Lalu dengan rahmat dan perkenan Allah swt, maka termasuklah mereka dalam golongan "Pendahulu Terdahulu" Golongan kedua ialah Golongan Kanan atau "أصحاب اليمين" dan golongan terakhir ialah, Golongan Kiri "أصحاب الشمال". Lalu siapakah ketiga-tiga golongan itu dari kalangan umat Islam pada zaman ini dan di manakah mereka berada. Adakah ia telah betul-betul wujud dinampakkan oleh Allah swt sebelum hari kiamat. Semasa tentera mengambil alih teraju pemerintahan Thailand. Beberapa hari sebelum bulan Ramadhan, penulis ketika itu sedang berada di luar negara kerana sedang menghadiri seminar mengenai undang-undang. Seminar tersebut diadakan disebuah hotel mewah yang bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur. Di sebelah Hotel Mewah itu ada sebuah gedung membeli belah yang sungguh terkenal. Di antara Hotel mewah dan gedung itu, terdapat pula sebuah tasik yang amat besar. Air tasik itu pula disalirkan sehingga ke gedong membeli belah itu untuk dijadikan sebagai tempat peranginan untuk menaiki sampan. Oleh kerana penulis dihantar oleh kerajaan Brunei Darussalam, maka segala perbelanjaan penulis menghadiri seminar itu adalah ditanggung oleh kerajaan Brunei Darussalam. Termasuklah duit saku yang amat mencukupi. Bersama sama penulis ada 3 orang lagi kawan yang bersama penulis. Dan 2 daripadanya ialah peserta dari Universiti Brunei Darussalam. Dan salah seorang lagi ialah kawan baik penulis di Mahkamah Syarih, Jabatan Kehakiman Negara Brunei Darussalam. Peserta-peserta yang hadir di sana pada pendapat penulis sungguh ramah dan baik hati. Penulis ditegur sapa dengan baik,walaupun pakaian penulis berlainan dari mereka, kerana waktu itu penulis sentiasa memakai serban dan juga baju melayu. Sebelah malam penulis dapat menikmati tidur yang amat selesa. Manakala sebelah paginya pula penulis dan para tetamu hotel yang lain dapat menikmati juadah yang amat banyak. Makanan dan minuman disediakan beranika macam, sehingga lauk pauk sahaja mencapai belasan jenis, buah-buahan bermacam-macam. Minuman belasan jenis, termasuk roti beranika macam, mee dan lain-lain lagi. Tidak kurang dengan keindahan hotel, layanan dihotel itu juga agak memuaskan. Para tetamu dilayan dengan kesopanan, kebersihan dan segala macam yang diinginkan. Tidak kurang pula disediakan sama surau yang boleh memuatkan kira-kira 50 jama`ah dalam satu masa. Semasa seminar dijalankan, para peserta dihidang dengan gula-gula dan air putih. Penyediaan ini dikhususkan agar peserta-peserta tidak mengantuk semasa mendengar seminar. Kemudian waktu rehat pukul 10 pula para peserta seminar disediakan dengan minuman panas dan sedikit roti dan kek. Sebelah tengaharinya disediakan pula juadah tengahari yang juga beranika jenis lauknya. Sebelah petangnya lagi, para peserta dijamu lagi dengan minuman panas serta sedikit roti dan kek. Pada sebelah malam, penulis tidak melepaskan peluang untuk membeli sedikit oleh-oleh untuk dibawa balik ke Brunei. Kemuncak penyertaan pemergian penulis menghadiri seminar itu pada pendapat penulis ialah, di dalam seminar itu sendiri, peserta-peserta seminar disajikan pula dengan 5 dewan yang berbeza. Di setiap dewan ada 15 pembentangan kertas kerja yang berbeza setiap hari. Kesemua 15 kertas kerja itu di bentangkan oleh pensyarah yang berbeza dan bertukar setiap hari. Peserta-peserta seminar pula boleh memilih pembentangan apa dan dewan mana yang mereka suka. Peserta-peserta juga boleh berpindah-pindah sesuka hati bila-bila masa ke dewan dan pembentangan kertaskerja yang lain . Semua pengalaman penulis di Kuala Lumpur itu penulis alami dengan selamba, sehinggalah penulis balik ke Negara Brunei Darussalam, tanpa sedikitpun sedar bahawa penulis telah melihat suatu contoh yang telah diceritakan oleh Allah swt dalam surah al-Waq`iah bagi para Assabiqunal Awwalun. Penulis tidak sedar bahawa pada ketika itu, Allah swt hendak menyatakan kepada penulis keadaan syurga yang akan dinikmati oleh Assabiqunas Sabiqun. Kerana jika dihitung tarikh ketika penulis berada di Kuala Lumpur iaitu pada penghujung Bulan Sya'ban 1427H. Maka waktunya adalah bertepatan dengan kiraan tarikh yang terdapat dalam Surah al-Waqiah itu, iaitu pada Juzuk 27, hizib 54, bahagian ke 2. dalam ayat-ayat yang awal sebelum masuk ke dalam ayat yang menunjukkan Bulan Ramadhan. Dan baru sekarang penulis pula sedar dan berpendapat, bahawa Allah swt menghendaki penulis menceritakan kepada semua orang bagaimana keadaanya Assabiqunal Awwalun itu di syurga nanti seperti mana yang penulis alami di hotel mewah di Kuala Lumpur itu. Cubalah para pembaca bayangkan sedalam-dalamnya, jika setiap hari, bermula dari bangun pagi hingga ke waktu tidur, kita memiliki keindahan yang penulis gambarkan seperti keadaan di hotel tersebut selama-lamanya di syurga. Segala juadah yang kita inginkan tersedia di atas meja dengan banyaknya dan beraneka pula pilihan di dalamnya. Kita boleh pula masuk kesyurga mana yang kita inginkan bila-bila masa kita suka. Dilayani lagi dengan penuh sopan oleh setiap bidadari. Ditegur dengan baik. Diucapkan salam dan dibalas dengan salam. Kemudian bila selesai makan kita berjumpa dengan sahabat handai rakan seperjuangan kita di dunia, mencari ilmu-ilmu baru, ketika itu disediakan pula makanan pengalas perut. Diucapkan lagi dengan salam dan dibalas dengan salam. Di sebelah malamnya kita ke pasar yang di bawahnya ada sungai jernih. Dengan beraneka jenis jualan yang cantik-cantik. Dengan duit saku yang mencukupi untuk membeli kesemua yang kita inginkan di sana. Dan pengalaman yang penulis ceritakan itu hanya baru kehidupan dunia. Apatah lagi di akhirat nanti. Semua yang kita inginkan pasti ada di sana. Tidakkah kita ingin merebut peluang yang terbentang luas itu? Tidakkah kita merasa ingin berlumba lumba mendapatkannya. Sebelum tiba bulan Ramadhan suasana orang-orang Islam telah bertukar. Ada yang gembira kerana tibanya bulan Ramadhan ada pula yang susah hati dan ada pula yang biasa-biasa saja seperti tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Golongan yang gembira menyambut bulan Ramadhan telah diriwayatkan dalam Hadis Rasulullah saw sebagai ahli syurga. Dan kenyataan ini telah disokong dalam surah al-Waqi`ah yang menyebutkan bahawa golongan assabiqun itu berucap salam tahniah sesama mereka apabila tiba bulan Ramadhan. Semasa duduk-duduk menunggu waktu maghrib di dalam hotel, penulis telah menyaksikan siaran TV dan melihat rancangan dakwah. Ketika itu penceramahnya sibok dengan ulasannya bagaimana kumpulannya menyediakan diri menghadapi bulan Ramadhan. Di samping itu ia juga mengulas mengenai penghinaan Pope Benedict terhadap umat Islam. Penulis juga banyak mendengar ia mengucapkan beberapa kali ucapan tahniah kepada seluruh umat Islam tanah air kerana menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang mubarak. Di samping itu perkara yang ajaibnya juga ialah. Penceramah tersebut adalah seorang Muallaf berbangsa India. Alangkah beruntungnya penceramah itu kerana pada pendapat penulis berkemungkinan besar ia ditaqdirkan termasuk dalam Assabiqunal Awwalun, dan alangkah adilnya Allah swt kerana mengurniakah hidayah tidak khusus melalui keturunan sahaja. Oleh itu penulis berdoa sepenuh hati dan sedalam-dalamnya agar penceramah yang penulis dengar itu, saudara pembaca semua dan termasuk penulis sendiri dimasukkan oleh Allah swt dalam golongan Assabiqunal Awwalun. Amin Ya Rabbal A'lamin. . Di hotel inilah penulis berada pada masa itu. Sila lihat laman web di bawah:. http://www.flickr.com/search/?q=palace+of+the+golden+horses&page=3 Juzuk ke 27 bermula pada hizib ke 53. Oleh itu hizib ke 54 akan mempunyai 6 bulan terakhir tahun 1427. Bermula dari bulan Rejab hingga Zulhijjah. Bahagian pertama dan bahagian kedua hizib 54 pula akan memberikan petunjuk bahawa ketika itu kita berada di bulan Rejab hingga Ramadhan. Manakala perantaraan di antara bahagian pertama dan bahagian kedua hizib 54, ataupun selepas berakhirnya surah ar-Rahman dan sebelum masuk surah al-Waqiah, tanda tersebut menunjukkan kita berada betul-betul tepat di pertengahan bulan Sya'ban. Oleh itu apabila kita kira jumlah harinya, bermula dari pertengahan bulan Sya'ban hingga akhir bulan Ramadhan, maka dengan mudahnya kita akan mendapat jumlah sebanyak 45 atau 44 hari. Maka jumlah 45 hari ini hendaklah dibahagi dengan jumlah ayat yang terkandung dalam bahagian pertama dan kedua hizib 54. Kemudian ayat dari awal bahagian kedua hizib 54 bermula dari permulaan surah al-Waqiah dan berakhir pada ayat 74. Oleh itu jumlahnya adalah 74 ayat. Oleh itu 45 hendaklah dibahagikan kepada 74. Jumlahnya ialah 0.60811. Manakala ayat assabiqun al-awwalun itu berucap salam ialah pada ayat ke 26 dari ayat pertama sehingga ayat 74, dalam hizib 54, bahagian kedua, juzuk ke 27 tersebut. Maka hendaklah 0.60811 di dharab dengan 26, lalu jumlahnya ialah 15.81086. dan baki darinya ialah sebanyak 29.19. Angka 15 menunjukkan bulan Sya'ban dari waktu kiraan pertengahannya telah berakhir. Manakala angka 29 pula menunjukkan bulan Ramadhan sebulan penuh. Oleh itu maka bermaknalah juga bahawa ayat ini boleh ditafsirkan secara kiasannya akan terjadi pada setiap awal bulan Ramadhan setiap tahun. Terutamanya pada tahun yang mempunyai angka 27 Hijriah pada hujungnya. Umat Islam yang kuat imannya ketika itu akan berucap tahniah dan salam di antara mereka,i kerana mereka gembira dengan sepenu hhati diberikan oleh Allah swt kesempatan sekali lagi menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkah. Ada pula yang gembira sampai mengeluarkan air mata. Penulis berdoa, mudah-mudahan Allah swt mengekalkan keimanan di dada mereka selama-lamanya. Dan mudah-mudahan Allah swt juga mengurniakan penulis dan pembaca hakikat keimanan seperti itu dari hari ini sehingga sampai nyawa dihujung jasad. Amin! Ashabul Yamin Yaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu

MUNGKIN SUDAH SURATAN

assalamualaikum..
salam maulidul rasul...semperna bulan yg mulia ini..ingin sekali ..ku mengucapkan....selamat menyambut maulidul rasul sempena hari yg mulia ..mari lah kita sama memperingati..junjungan nabi kira SAW,
Mungkin sudah suratan....tajuk ni begitu sinonim pada yg kecewa...putus cinta...putus harapan ..dan banyak lagi lah.....,
kalau ....di kaitkan bila ader kesedihan...mungkin satu suratan berpisah...atau sudah suratan...dia pergi,
tp di sini..ku terasa akan..sudah suratan terjadi sesuatu ke atas ku...."a Allah berikanlah kekuatan ...ketabahan untuk ku teruskan kehidupan................."
.......................
sesuatu yg terjadi pasti ader khikmahnyer...mungkin tiada sesiapa yg mengetahui....hanya dia???
aku sentiasa di sampingmu Ya Allah tiada tempat di dunia ini tempat aku mengadu..hanya pada mu....Ya Allah.DAn
semoga kekawan dapat memberi kata semangat kepada diriku yg terlalu lemah ini amin.........

SALAH SIAPA ?.....

info dr...blog kekawan...
http://yaneyms.blogspot.com/ Hanya manusia yang tiada sifat perikemanusiaan saja mampu melakukan perbuatan kejam membuang bayi. Apa yang tidak kena dengan masyarakat kita apabila bayi dibuang sesuka hati dan ia kian menjadi-jadi? Kes demi kes membabitkan insan tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa ini seolah-olah memberi gambaran masyarakat kita yang kononnya berbudaya, bertatasusila dan berbudi bahasa sebenar kejam serta tidak berperikemanusiaan.Bagi masyarakat luar, tanggapan itu pasti terlekat diminda mereka apabila membaca kisah-kisah tragis membabitkan bayi yang baru lahir di negara ini. Malah perbuatan kejam dan gila itu mudah sangat dilakukan. Bayi boleh dibuang di mana-mana. Dalam tandas sekolah, longkang, tong sampah dan depan masjid dan surau. Apa yang ditinggal mati dengan penuh siksa kerana kelaparan atau digigit haiwan dan serangga. Ada pula yang dibunuh sebelum dibuang. Malah ada yang dibakar.Semua ini memberi gambaran betapa kejamnya segelintir rakyat Malaysia. Tetapi siapa yang harus dipersalahkan? Ke mana jari hendak dituding?Adakah beban kesalahan ini perlu ditanggung oleh kerajaan semata-mata?Hakikatnya gejala ini sukar dibendung. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Anak sesiapa sahaja boleh terlibat dengan perbuatan keji ini. Membaca kenyataan itu mungkin ada yang 'singsing lengan' kurang setuju.Jawapannya, tidak mustahil. Umum mengetahui seks bebas bukan lagi eksklusif kepada pekerja seks dan bohsia sahaja."Pelajar sekolah tanpa segan silu mengakui berpasangan. Bermula dengan pegang tangan, 'ringan-ringan' seterusnya bercium." Bagi mereka tidak ada dara bukan satu masalah sebab semua orang melakukannya, " kata Pengarah Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal.Jadi, tidak hairan majoriti gadis-gadis remaja seawal usia 13 tahun sudah melakukan seks kasual dengan pasangan mereka.Lebih mengejutkan, ada yang mengakui pernah tidur dengan empat lelaki walaupun baru melangkah ke Tingkatan Satu. Jumlah itu meningkat kepada 20 lelaki walaupun gadis terbabit belum pun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Menurut Rosmawati, rata-rata gadis remaja terlalu bergantung harap pada lelaki. Si lelaki pula menabur cinta demi mendapat habuan seks.Bagi gadis itu pula, mereka menyerahkan segalanya atas dasar cinta sejati."Bila ditanya, dia enggan berkahwin dengan teman wanita yang hamil itu. Tidak kurang juga lelaki yang gembira teman wanita itu hamil kerana dapat kahwin percuma," katanya.Antara punca gejala itu kata Rosmawati, mangsa terlalu mentah untuk memahami erti cinta yang sebenar dan risiko 'pengorbanan' mereka.Mangsa kebodohan sendiriPerkara ini diakui sendiri oleh mangsa bahawa mereka terperangkap kerana kebodohan sendiri. Mudah termakan pujuk rayu lelaki, sama ada dikenali atau tidak.Pengakuan ini didedahkan melalui kompilasi kisah benar terbitan JIMedia keluaran dua tahun lalu. Ia membongkar pengalaman mangsa-mangsa hamil luar nikah yang menjalani pemulihan di Raudhatus Sakinah. Pusat ini dikendalikan oleh Biro Wanita Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM).Menerusi antologi bertajuk Ku Temui Jalan Pulang itu, ramai antara mangsa merupakan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). Ada yang daripada jurusan perubatan, undang-undang, ekonomi malah syariah. Lebih menyedihkan ada kalangan mangsa merupakan anak solehah yang tidak aktif bersosial apatah lagi bergaul bebas dengan lelaki, jauh sekali terbabit zina."Anak boleh menjadi malaikat di depan ibu bapa, tetapi bertukar corak apabila berada di luar. Seks bebas tidak semestinya melibatkan remaja rosak akhlak saja," katanya.Dalam fikiran mereka hanyalah kebebasan yang selalunya diberikan oleh ibu bapa sendiri akibat beranggapan anak sudah besar dan pandai menjaga diri.Mangsa juga tidak mempunyai pengetahuan mengenai hubungan seksual dan risiko yang bakal dihadapi seperti hamil. Sebab itu tidak ada langkah pencegahan ketika melakukan hubungan seks. Apabila seks sudah jadi 'keperluan' sudah tentu terlalu sukar untuk ditinggal.Pendekatan holistikDisebabkan terlalu banyak faktor yang boleh menjurus kepada kerosakan akhlak, maka kesalahan tidak boleh diletakkan pada bahu anak-anak remaja ini sahaja.Pengerusi Raudhatus Sakinah Selangor, Yusnani Abdul Hamid mendedahkan, apabila mengetahui anak gadis mereka hamil ibu bapa dengan mudah menyalahkan sekolah atau IPT.Pihak sekolah dan IPT pula akan menuduh ibu bapa terlalu liberal sehingga tidak menyedari perubahan fizikal anak sendiri. Wanita JIM berpandangan, pendekatan lebih pragmatik, serius dan holistik harus segera dilaksanakan dalam menangani isu seks bebas atau seks luar nikah yang menjurus kepada pembuangan bayi.Justeru, pihaknya menekankan aspek pencegahan dan rawatan secara serentak. Semua pihak perlu terlibat dan memainkan peranan dalam proses ini bermula dengan ahli keluarga. Di awal peringkat pemulihan Raudhatus Sakinah, ibu bapa si gadis dan teman lelaki (jika dapat dikenal pasti) akan dibawa masuk dalam sesi interaksi dan soal jawab agar semua jelas dengan permasalahan sebenar.Ini membolehkan punca kejadian dikenal pasti. Sama ada bermula dari rumah atau sebaliknya sehingga mendorong remaja terbabit membelakangi keluarga dan sanggup mengorbankan masa depan sendiri.Melalui cara itu, program pencegahan dirangka untuk memastikan remaja terbabit tidak lagi terjerumus dengan zina dan mampu kembali menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. "Tetapi ramai takut untuk menyertai masyarakat semula kerana bimbang tidak akan diterima disebabkan latar belakang hitam mereka." Hal ini melibatkan pula peranan masyarakat setempat yang tidak lagi boleh menghakimi atau melabel remaja rosak akhlak sebagai 'tidak berguna'," ujarnya. Dicatat oleh MOHD

ANDAKAH LELAKI DAYUS?

Bila aku terbaca artikel ini baru aku benar-benar faham tentang apa itu "LELAKI DAYUS". Jadi janganlah kita pandang ringan perkara ini yang kita tak sedari atau sedari menyebabkan kita dilaknati oleh Allah SWT. Terima kasih kepada saudara Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman kerana selama ini rupanya aku juga dikeliling oleh ramai lelaki dayus yang aku tak sedari dan kali ini aku akan menasihati mereka dan bertindak bukan menjadi "hero" tetapi kerana menjadi tanggungjawabku. Bacalah wahai Kaum LELAKI!. Jika selama ini anda berbangga dengan anak atau isteri anda menjadi penyanyi terkenal ataupun telah membiar anak anda dengan teman lelakinya disebabkan anda buta dengan kejahilan anda. Maka jangan jadi lelaki dayus lagi.. selepas membaca artikel ini.
---------------------------------------------------------------------- Suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga. Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat
: Si penderhaka kepada ibu bapa,
si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS"
( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 ) Dalam sebuah hadith lain pula :
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad ) Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini.
Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?
ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1) Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya :
Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata :
" Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata :
Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) -
( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat) Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 ) Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357) Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 ) Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 ) Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali. Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ) Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 ) Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 ) Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )
Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah
Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Nabi SAW bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertaubat.
'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus.
Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a :
"Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku",
maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond
: "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? ,
Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim ) Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelakiapa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain)semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati
:- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini
. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

TIP UNTUK MEMILIH BAKAL SUAMI

Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan yang teliti. Tetapi ada satu ayat yang pernah aku baca berbunyi begini "Suami yang baik akan memperolehi isteri yang baik juga akhirnya". Ciri-ciri suami yang perlu dipilih.
1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemuda;
barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.
"Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan kerana ada ketika suami2 ini terlalai.
4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga.
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu krana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Ramai yang berkata kerja ini sepatutnya diatas bahu isteri dan tidak patut sama sekali dibuat oleh suami sekiranya isteri2 ini senantiasa mengingatkan diri bahawa segala kerja2 dibuat utk mendapatkan keredhaan Allah SWT maka buatlah seikhlasnya dan jangan sekali2 mengungkit setiap apa yang telah dilakukan olehnya.
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri. Jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami. kerana syaitan itu amat mengemari dan senantiasamenghampirkan diri kepada mereka yang berada didalam keadaan syak wasangka untuk menjayakan niat jahatnya.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.
7. Mudah memaafkan.
Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.
8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah.
Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup. Oleh itu buatlah pilihan dengan tepat dan seadil-adilnya kerana ianya akan menjamin masa hadapan yang bahagia

PANDUAN MENJADI SUAMI DAN ISTERI YANG BAIK

Dalam setiap perkahwinan, pasangan yang mendirikan rumahtangga mempunyai impian untuk mendapat suami atau isteri yang baik seperti sifat Rasulullah SAW atau Siti Khadijah.
Walaupun kata perpatah melayu "Lidah lagikan tergigit". Itu adalah asam garam kehidupan yang perlu ditempuhi sepanjang hidup di alam berumahtangga.
Hidup berumahtangga bukan hanyalah untuk menikmati sex sahaja, disamping naluri sex adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum.
Sehubungan dengan itu nafsu kelamin itu tidak perlu dibasmikan atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan secara teratur dengan sebaik-baiknya.
Justru itu perkahwinan itu adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin dikalangan manusia.Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya dia telah memelihara sebahagian daripada agamanya"Untuk memimpin sebuah keluarga yang baru, si suami atau si isteri mestilah belajar bagaimana hendak membentuk keluarganya menjadi keluarga yang bahagia yang dikehendaki supaya kekal ke akhir hayatnya.
Ciri-ciri yang perlu diikuti oleh setiap pasangan suami-isteri berugama Islam adalah seperti berikut:
-CIRI-CIRI SUAMI YANG TERBAIK
1. Memegang peranan sebagai ketua keluarga.
2. Menunaikan kewajipan sebagai suami mengikut ikatan janji.
3. Isteri adalah dianggap sebagai jiwanya dalam menempuh kehidupan.
4. Cinta kasih terhadap isteri mestilah dibina dengan penuh kasih
sayang,
ikhlas,
jujur serta dijelmakan di dalam sikap dan perbuatannya
.5. Setiap perkara hendaklah dibincang bersama terutama soal-soal urusan rumahtangga.
6. Jangan bertindak kasar, berilah kesempatan untuk memperbaiki kesilapan.
7. Membantu meringankan beban isteri, baik secara langsung atau tidak langsung.
8. Berlaku jujur dan ingatlah bahawa Allah SWT Maha Mengetahui.
9. Memahami kedudukan sebagai isteri seorang wanita yang tidak sama tarafnya.
10. Selesai segala sengketa dengan bijaksana, buang nafsu amarah dengan segera, ingat ajaran Allah SWT dan Rasullullah SAW
.11. Tidak takut menyatakan kesalahan, segera memaafkan jika terdapat kesilapan.
12. Ingatlah bahawa isteri dan anak adalah amanat Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kelak.
13. Mempunyai prinsip dan pedoman bahawa perkahwinan mempunyai nilai yang mulia dan tinggi.
14. Mempunyai akhlak yang terpuji mengikut ajaran Islam
.CIRI-CIRI ISTERI YANG BAIK
1. Isteri yang patuh pada ajaran agama.
2. Menjaga amanat dan pesanan suami dengan sebaik-baiknya.
3. Menjaga kesihatan diri, lahir dan batin.
4. Memelihara kehormatan diri dan suami.
5. Menjaga rahsia suami
.6. Menjaga perasaan suami tanpa melebihkan diri sendiri.
7. Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
8. Hormat dan sopan terhadap suami.
9. Cinta dan kasih kepada suami dibuktikan dengan perbuatan.
10. Jangan bertindak sendiri tanpa pengetahuan suami.
11. Berbincang dan berunding dalam segala urusan rumahtangga.
12. Jujur dan ikhlas.
13. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik sekalipun ditengah kesibukan kerja-kerja lain
.14. Mengasuh dan mendidik anak-anaknya seperti yang dianjurkan oleh Islam
.Semuga rumahtangga dirahmati Allah SWT hendaknya dan kekal ke akhir hayat kita.

SUAMI YANG LAYAK DITAATI OLEH ISTERI

Ada orang bertanya,
mengapa Rasulullah tidak menyatakan secara jelas ciri-ciri lelaki yang seharusnya dipilih oleh bakal isteri.
Hadis secara jelas hanya menyebut ciri-ciri wanita yang lazimnya dicari oleh lelaki iaitu yang beragama selain tiga lagi jika perlu.
Kalau lelaki diberi panduan untuk memilih wanita yang baik, mengapa tidak ada panduan untuk wanita bagi mencari suami.
Kata mereka, kalau ada panduan sudah pasti isteri tidak tersalah memilih suami pada masa hadapan.
Memang secara jelasnya Rasulullah tidak sebut kerana lazimnya lelaki sahaja yang mencari wanita.
Tetapi sebenar kalau wanita benar-benar hendak mencari bakal suami, mereka boleh ikut sepertimana Khadijah memilih suaminya, Rasulullah.
Pada peringkat awalnya Khadijah menghantar perisik untuk melihat peribadinya secara lebih dekat. Perisik yang adil sudah pasti akan membuat laporan yang betul mengenai apa yang dirisikkan itu. Hasilnya dia berjaya berkahwin Muhammad dan ternyata pilihan itu terbaik.
Antara ciri-ciri yang dapat dikesan pada diri Muhammad pada waktu itu ialah:
1. Jujur lalu tidak mengambil kesempatan
2. Amanah dengan tugas
3. Pemalu dengan wanita
4. Beragama lalu takut kepada Allah
5. Boleh menjadi pemimpin.
Percayalah jika suami mempunyai ciri-ciri ini, pasti disenangi oleh isteri, malah saling hormat menghormati sampai bila-bila masa sekalipun pada usia tua.
Suami dalam keadaan itu tidak akan melakukan dosa baik sesama manusia apatah lagi dengan Allah SWT.
Walau bagaimanapun, suami yang mempunyai ciri di atas perlu juga mencari wanita yang beragama bagi membentuk rumah tangga yang damai bahagia.
Gabungan inilah yang dikatakan serasi ataupun kufu.Persoalan sekarang, wujudkah lelaki yang memiliki ciri-ciri di atas pada zaman ini?
Bolehkah ditemui lelaki sebegini di tepi jalan, di kebun bunga, di pasar dan seumpamanya? Hanya wanita yang agamanya kurang akan bertemu jodoh di tempat-tempat berkenaan dan yang pastinya lelaki itu juga tidak menepati ciri-ciri di atas.
Inilah realiti yang berlaku pada hari ini, pasangan yang berkahwin dalam keadaan itu, bahagianya pada awalnya sahaja tetapi bermasalah pada pertengahan jalan.
Malah beberapa kes yang ditemui, pasangan itu tidak pandai atau tidak mahu melakukan solat.
Jelas di sini, selain lelaki yang perlu mencari isteri yang beragama dan beriman selain kecantikan,
berharta dan berketurunan baik, wanita juga perlu pandai memilih bakal suami berdasarkan ciri-ciri di atas. Untuk itu, pihak wanita juga perlu ada kumpulan perisik seperti yang dilakukan oleh Khadijah.Apabila suami isteri sudah mengikut ciri-ciri di atas mereka perlu mengekalkan kedudukan itu sehingga ke akhir hayat. Selain itu suami isteri boleh mengekalkan kebahagiaan yang dicapai dengan berpandukan hadis berikut:Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila dia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya” (Hadis Riwayat Muslim).Isteri yang baik menurut hadis di atas ialah dia mesti bersedia mempamerkan persembahan yang terbaik untuk suaminya sewaktu di dalam rumah.
Maksudnya, apabila suami pulang rumah disambut oleh isteri dengan senyum mesra. Dia menyediakan air minuman kerana kemungkinan suami dahaga. Suami dalam keadaan itu akan senang hati walaupun mungkin terdapat masalah yang dihadapi sebelumnya. Masalah berat yang ditanggungnya dapat hilang apabila dilayan sedemikian rupa.
Selain itu isteri terus memberi ketaatan kepada suami dalam semua keadaan terutama apabila diminta oleh suami.
Isteri itu juga tidak akan membantah kehendak suami selagi perkara yang disuruh itu tidak melanggar syariat.
Sungguhpun begitu, perkara yang penting dalam hal ini ialah isteri tidak membuatkan sesuatu yang tidak disukai oleh suami.
Jadi, semua yang hendak dilakukan isteri, dia akan meminta restu dan pandangan suaminya terlebih dahulu.Tiga perkara asas ini perlu dijaga oleh isteri dalam berhadapan dengan suami sama ada suami yang memenuhi ciri-ciri di atas atau tidak.
Mungkin tidak timbul masalah bila berhadapan dengan suami yang baik, tetapi menjadi cabaran besar bila berhadapan dengan suami sebaliknya.
Namun jika isteri dapat mendisiplinkan suaminya, itulah kejayaan yang besar buatnya.Sebagai contoh, suami melarang isterinya solat atau menutup aurat, dia boleh membantah dengan cara baik. Dia tetap solat dan tetap menutup aurat dengan alasan perintah Allah.
Lambat laun suami itu akan faham dan dia juga akan turut melakukan solat secara istiqamah selepas itu.
Jadi, bagi mereka yang baru berkahwin dicadangkan supaya mereka saling menyenaraikan apa yang disukai oleh suami dan isteri, juga apa yang tidak disukai kedua-duanya. Dengan cari ini mereka akan berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yang tidak disukai pasangannya.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...