Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Februari 25, 2010

selamat menyambut maulidul rasul

MENGHADAPI KEGAGALAN

Tidak ramai orang mampu menghadapi kegagalan, menerima kegagalan, sanggup mengambil risiko untuk gagal lebih-lebih lagi pula mampu untuk belajar daripada kegagalan. Majoriti manusia takut kepada kegagalan, hal itu membuatkan mereka berusaha untuk tidak gagal melalui cara yang paling mudah iaitu tidak mencuba. Cara itu adalah salah. Manakala dalam masa yang sama, setiap hari kita semua berhadapan dengan kegagalan demi kegagalan di sana sini. Para pelajar gagal di dalam pelajaran, gagal menyiapkan tugasan, guru gagal mendidik pelajarnya, ibubapa gagal di dalam rumahtangga, anak-anak gagal menjadi anak yang baik, suami gagal menjadi suami yang baik, isteri gagal menjadi isteri yang baik. Di dalam pekerjaan kita kerap kali menemui kegagalan, gagal naik pangkat, gagal di dalam ujian temuduga, gagal di dalam penilaian kerja tahunan, gagal di dalam mencari kerja, gagal mendapatkan projek, gagal mendapat bayaran, gagal menyakinkan pelanggan, gagal menghasilkan produk. Begitu juga bagi insan tertentu mereka yang gagal mendapatkan teman hidup, gagal memiliki isteri, gagal memiliki suami, gagal di dalam pinangan, gagal mendapat isteri kedua… Pendek kata kegagalan ialah sebuah lumrah kehidupan. Bagaimana menerima kegagalan yang betul di sisi Islam ? Sabar ketika menerima berita kegagalan Ramai orang tidak dapat bersabar ketika menerima berita kegagalan buat kali pertama. Ada yang tersungkur, ada yang terjatuh, ada yang pengsan, ada yang terduduk, ada yang tidak dapat mengawal perasaan daripada menitiskan air mata, ada yang tidak dapat mengawal emosi daripada menjadi sebak dan ada pula yang tidak dapat berbicara atau mengeluarkan kata-kata kerana lidah menjadi kelu secara tiba-tiba. Aku Gagal !! Sekelip mata dunia yang bewarna menjadi gelap, suasana bising menjadi sunyi dan hening, dada yang ringan menjadi berat, detik itu berlaku selama beberapa ketika dan di waktu itu bagi mereka yang tidak dapat bersabar maka pelbagai perkara boleh terjadi. Bagi yang lemah maka dia akan bertindak dengan mengeluarkan air mata, menangis, kecewa dan menjadi sebak serta derita. Kegagalan itu baginya ialah sebagai sesuatu yang menyedihkan dan dibenci. Dibenci kegagalan itu dengan cara yang lemah. Manakala bagi sesetengah manusia pula apabila berlalu saat dan detik kesedihan akibat kegagalan itu maka dia akan menukarkan perasaannya kepada marah, geram dan benci lalu mengganas serta menolak kegagalan itu daripada menguasainya dengan caci maki dan cerca hamun kepada subjek kegagalannya itu. Keluarlah kata-kata celupar, kesat dan segala macam usaha dan tindak balas yang menunjukkan dia marah, geram dan memperendahkan subjek kegagalannya itu dan menghina segala macam punca kegagalannya sebagai memuaskan hatinya. Jenis ini biasanya adalah jenis lelaki dunggu yang bodoh. “@#$@$!%#, dicarutnya kepada pegawai peperiksaan yang mengagalkannya” atau kepada pegawai JPJ yang telah bertindak menolak kelulusannya di dalam ujian memandu misalnya. Allah befirman : “Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada tuhan mereka.” (Al-Kahfi : 28). Islam mengajar umatnya untuk bersabar ketika saat pertama menerima kegagalan Dan berdasarkan hadis Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melewati seorang wanita yang sedang menangis di sisi kuburan (dalam riwayat lain menangisi anaknya yang meninggal) Maka baginda berkata kepada wanita itu : "Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah." Maka wanita itu berkata : "Engkau tidak merasakan apa yang kurasakan, karena engkau tidak mengalami musibah seperti musibahku". Anas berkata : "Wanita itu tidak mengetahui bahwa yang menegurnya adalah Nabi". Lalu dikatakan kepadanya. "Yang menegurmu adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam". Maka seperti kematian mengambilnya (wanita itu terkejut), segera dia mendatangi rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan dia tidak mendapatkan penjaga pintu di sisinya. Wanita itu berkata : "Wahai Rasulullah tadi aku tidak mengenalimu". Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda : "Sesungguhnya sabar itu adalah pada pukulan pertama. " (Hadis Riwayat Muslim) Sabar itu bukanlah selepas kita puas mengamuk, mencaci dan mencarut lalu tersedar dan segera mengurut dada lalu berkata : “Aku bersabar.” Juga bukanlah sabar itu setelah kita puas menangisi kesedihan, meratap sayu dan mendendangkan lagu di hati dengan suara-suara pilu, keluh kesah, kesalan, kesedihan yang menyayat hati serta perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat lalu kemudian setelah puas menangis dan letih dengan apa yang dilakukan maka barulah kita pun berkata : “Sekarang aku akan bersabar.” Bukan begitu, tetapi sabar itu ialah sewaktu awal-awal terkena pukulan ujian itu dan mampu menerimanya dengan redha. Hadis Umar ra yang bertanya nabi tentang amal dengan mengatakan : " Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan apakah ianya sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku ? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda : "Sesungguhnya telah pun ditetapkan segala sesuatu pada setiap perkara" maka di balas oleh Umar : "Apakah kita harus menyerah sahaja kalau demikian ? Maka bersabdalah baginda nabi : "Beramallah wahai anak Khattab, segala sesuatu itu sudah dipermudahkan adapun barangsiapa yang tergolong dari ahli kebaikan (syurga) maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan barangsiapa yang tergolong dalam ahli siksa maka dijadikan dia beramal jahat untuk neraka " (Hadith sahih, riwayat Ahmad 29 Jilid 1) Bagaimana mampu menjadi redha ? Allah befirman yang bermaksud : "Kami sungguh akan menguji kalian dengan rasa takut, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berilah khabar gembira bagi orang-orang yang sabar, yakni orang-orang yang bila ditimpa oleh musibah maka mereka berkata : ‘Innalillahi wa inna ilaihi raji’un’ (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada-Nya). Mereka itulah yang berhak mendapatkan salawat (keselamatan) dari Tuhan mereka dan rahmat dan merekalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk." (Al-Baqarah : 155-157) Sedarilah bahawa orang yang selamat itu ialah mereka yang menyedari status mereka sebagai hamba. Allah dan rasul mengajar ucapan ini apabila ditimpa oleh musibah : إنا لله وإنا إليه راجعون “Innalillahiwa’inna ilaihirajiun” yang bermaksud : “sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada-Nya.” (hadis riwayat Muslim) Sungguh hanya mereka yang menyedari mereka milik tuhan mereka sahaja akan menyedari bahawa kita berhak diuji bila-bila masa. Firman Allah swt yang bermaksud : “ Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Thagabun : 11) Redha akan terbit daripada diri kita dan dapat menerima apa sahaja ujian dan kegagalan apabila kita menyakini dan meletakkan diri kita di status hamba. Apabila kita menyedari bahawa segala-galanya sudah ditakdirkan dan kita telah berusaha dengan sehabis baik yang mungkin maka ketika itu apa sahaja yang berlaku ialah takdir dan ketetapan yang tiada dapat diubah. Maka tugas kita ialah beriman, bertawakal dan redha sahaja dengan apa yang berlaku. Lihat sahaja kisah Nabi Allah Ibrahim yang disebut di dalam Al-quran : “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” dia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. (As-Shaffat : 102) Bersabar menangung kesedihan dan kegagalan itu kerana itulah yang diperintahkan. Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah..” (An-Nisa : 125) Terimalah kegagalan dengan senyuman dan redha kepada Allah Swt serta penuh keyakinan dan tawakal kepada-Nya. Bersangka baik dengan kegagalan dan bersikap positif Kegagalan tidak selalunya buruk, seringkali kegagalan itu membawa kebaikan dan manfaat kepada kita kerana secara pasti sebagai hamba kita gagal mengetahui apakah yang terbaik untuk kita. Allah befirman : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah lebih mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” ( Al Baqarah : 216) Sabda baginda salallahualaihiwasalam : “ Janganlah kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnul zon (bersangka baik) dengan Allah swt.” (hadis Sahih riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi). Sikap kita apabila menghadapi kegagalan ialah sentiasa berfikiran positif dan bersikap optimis bahawa kemungkinan kegagalan ini ialah satu peluang untuk diri kita. Ramai terlupa bahawa kegagalan itu seringkali menjadi peluang untuk membolehkan dirinya mencapai sesuatu yang lebih baik. Kegagalan itu berlaku sebagai takdir Allah untuk membolehkan dia diberi pilihan dan peluang untuk berusaha lebih baik untuk membolehkan dia menikmati dan mencapai sesuatu yang lebih baik. Kegagalan ialah peluang Dari riwayat Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya nabi bersabda : “Barangsiapa yang diingini oleh Allah akan kebaikan maka diujinya dengan musibah” (hadith Sahih riwayat Bukhari, Muwatho dan Ahmad). Ramai peniaga yang bijak mengambil kesempatan daripada kegagalan mereka untuk menukar kegagalan itu kepada peluang yang menguntungkan. Apabila mereka menemui kegagalan, mereka tidak menangis teresak-esak seperti kanak-kanak sebaliknya memikirkan di manakah salah dan silap mereka lalu memperbaiki mutu kualiti kerja mereka sehingga kegagalan itu menjadi ujikaji dan latihan yang berguna untuk diri mereka. Ada pula yang mendapati kegagalan mereka tidak dapat diperbaiki maka mereka memperbaiki situasi dan keadaan masyarakat untuk menerima kegagalan mereka itu sebagai suatu perkara yang berjaya. Pendek kata mereka berjaya menukar mentaliti ramai bahawa mereka tidak gagal sebaliknya berjaya walau pada hakikatnya dalam aspek yang praktikel mereka sebenarnya gagal. Maka orang yang beriman sebenarnya lebih-lebih lagi beruntung kerana mereka tidak pernah mengalami kegagalan dan tidak akan gagal sebaliknya akan menjadi beruntung walau dalam keadaan apa jua cara. Disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Suhaib ra yang meriwayatkan baginda bersabda : “Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu jadilah pula musibah itu sebagai kebaikan baginya.” (Hadis sahih riwayat Muslim no. 2999) . Dari Mus’ab bin Said dari bapanya ra berkata : Aku bertanya kepada rasulullah siapakah manusia yang paling dahsyat menerima bala ? Maka dijawab : Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. Tidaklah hilangnya bala itu pada seorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya” (hadis hasan Sahih, riwayat tirmidzi no. 2398, Ibn majah, Ahmad). Mengatur perancangan dan melakukan muhasabah Tindakan yang penting dan vital selepas mengalami kegagalan ialah memastikan ianya tidak berulang di dalam bentuk yang sama serta mengambil pengajaran daripada kegagalan yang berlaku. Nabi salallahualaihiwasalam pernah bersabda : "Orang yang beriman tidak akan disengat dua kali di lubang yang sama." (Hadis riwayat Muslim) Sebagai seorang Muslim menggunakan akal fikiran dan berfikir sebelum melakukan sesuatu adalah merupakan perintah daripada Al-Quran dan As-sunnah. Islam mengajar kita supaya mempertimbangkan di antara baik dan buruk serta agama ini datang dengan membawa konsep menolak Mafsadat (menolak kerosakkan) . Dari Syadad bin Aus ra menyebutkan bahawa dari rasulullah yang bersabda : “Orang yang pandai adalah yang menghisab (memuhasabah) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya serta banyak berangan-angan terhadap Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi) Di dalam hadis yang lain ada menyebutkan bahawa baginda bersabda : "Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan ialah mereka yang sentiasa bertaubat.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah) Penyesalan di atas kesilapan kita yang membawa kepada kegagalan adalah dibolehkan jika ianya dilakukan secara positif dan memberi manfaat kepada agama namun bukanlah bermaksud keluhan dan kesedihan yang tiada berpenghujung serta membuang masa. Meneruskan kembali usaha dengan lebih berkualiti Bagi mereka yang bijak dan memahami agama dengan kefahaman yang sahih, maka mereka akan segera kembali bekerja dan berusaha dengan lebih gigih, lebih berhati-hati dan mempelajari daripada kesilapan mereka untuk menjadi manusia yang lebih baik di masa hadapan. Biarkanlah orang memandang rendah kepada kita di atas kegagalan kita kerana apabila kita benar-benar belajar daripada kesilapan dan kegagalan maka InsyaAllah kita tidak lagi akan menjadi hina dan dipandang rendah paling kurang tidak di sisi Allah swt. Nabi saw pernah bersabda : “Sesungguhnya Allah mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap suatu.” (hadis riwayat Muslim) Bagi mereka yang sedar dan belajar daripada kesilapan akan berusaha dengan lebih gigih dan berkualiti. Mereka belajar daripada kegagalan dan apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada diri mereka. Allah befirman : “Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran? " (Al-Jathiyah: ayat 23) Di dalam hadis yang lain ada menyebutkan bahawa baginda bersabda : "Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan ialah mereka yang sentiasa bertaubat.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah) Marilah kita bermuhasabah dengan sebuah hadis yang menjadi kegemaran isteri saya, Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi ra dalam sunannya akan hadis dari Ibn Abbas, Abdullah ibn Abbas ra yang berkata : “Sesungguhnya aku berada di belakang nabi salallahualaihiwasalam pada suatu hari dan baginda lalu bersabda :“Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu beberapa kalimah (pesanan) iaitu : Peliharalah Allah (pelihara hak-Nya) maka nescaya Allah akan memelihara kamu, Peliharalah Allah (taati perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya) maka nescaya engkau akan mendapati Dia (Allah) akan membantu engkau, jika kamu hendak meminta sesuatu maka mintalah kepada Allah dan jika kamu hendak memohon perlindungan dari sesuatu maka mohonlah perlindungan dari Allah. Ketahuilah jika umat seluruhnya berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu maka tidaklah mereka dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan kepada engkau dan jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkan engkau dengan sesuatu maka tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan buat engkau. Telah terangkat qalam-qalam dan telah kering dakwat (satu perumpamaan yakni telah selesai urusan penyampaian pesanan).” (Hadis sahih riwayat Tirmidzi no. 2516).

    MERAWAT LUKA DAN DUKA SEBELUM BERPOLIGAMI

    Islam mengajar kita supaya menjadikan Al-Quran dan As-sunnah sebagai panduan dan rujukan di dalam kehidupan. Kedua rujukan ini diperturunkan sebagai wahyu dan pemutus di dalam urusan kehidupan manusia. Malangnya tak semua manusia mampu menguasai pertunjuk yang dibawa oleh kedua-duanya apatah lagi memahami isi kanduangan Al-Quran dan As-sunnah itu kecuali para ulama dan mereka yang berilmu.
    Para ulama Islam membahagikan hukum syarak iaitu apa yang terhasil daripada Al-Quran dan As-sunnah sebagai "Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya."
    Poligami ialah sebuah hukum syarak yang tidak boleh dipertikaikan.
    Allah swt menyebut dengan jelas amalan poligami sebagai sesuatu yang diizinkan di dalam ayat 3 Surah An-Nisa yang bermaksud : “Maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja.” (An-Nisa : 3)
    Poligami ialah sebuah hukum syarak yang wajib diimani dalam erti kata lain diterima dengan hati yang redha, yakin dan percaya kepada pembuat Syarak (Allah SWT) serta tidak mempertikaikannya dan tidak meyimpan rasa tidak berpuas hati kerana yang sedemikian itu boleh membatalkan Iman. Menolak poligami bermakna orang yang menolaknya tidak menghormati Allah SWT selaku pembuat hukum syarak dan mempertikaikannya bermakna mempertikaikan kebijaksanaan dan kekuasaan Allah SWT.
    Firman Allah SWT : “Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir.” (Al-Mukmin : 4)
    “(Iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka. Amat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang.” (Al-Mukmin : 35)
    Menerima poligami dan meredhai-Nya tidaklah bermaksud mesti melaksanakannya serta merta langsung seketika itu jua sebaliknya diterima dan dibenarkan dengan maksud dibuat mengikut kemampuan, kelayakkan dan kemaslahatan yang ditunjuk ajar oleh syarak. Hal ini perlu difahami bahawa beriman dan menerima hukum syarak itu ialah wajib namun hukum melaksanakan kewajipan itu tertakluk pula kepada hukum yang lain mengikut situasi, masa dan keperluan seseorang yang berbeza-beza.
    Seperti solat yang wajib didirikan sekalipun ianya juga tetap tertakluk kepada masuknya waktu solat sekiranya waktu untuk solat belum masuk (baik subuh, zohor, asar,maghrib, Insyak) maka solat belum menjadi wajib sebaliknya sekadar sunat. Manakala jika dibuat pada waktu yang salah dan tempat yang dilarang seperti solat di atas kubur misalnya maka hukumnya berubah menjadi haram.
    Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, An-Nasa'i dari Aisyah bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “Allah mengutuki orang-orang Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur Nabi-Nabi, sebagai masjid.”
    Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abi Mirzad Al-Ghanawi bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “Janganlah kamu solat kepada kubur (menghadap ke kubur) dan janganlah kamu duduk atasnya.” Oleh yang demikian hendaklah kita memahami dengan jelas akan kedudukan sesebuah hukum syarak sebelum dilaksanakan bagi mendapat keredhaan Allah SWT dan mencapai maksud syarak.
    Hukum syarak menurut para fuqaha adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu hukum Taklifi ( التكليفي) dan hukum Wad’ie (الوضعي) dan secara ringkas hukum taklifi bermaksud hukum yang mengandungi tuntutan untuk melaksanakannya atau meninggalkannya atau berbentuk pilihan di antara melakukan atau tidak melakukannya. Manakala Hukum wad’ie ialah hukum yang menjadikan sesuatu itu sebagai sebab, syarat, atau penghalang kepada sesuatu yang lain. Perbahasan berkenaan hukum taklifi (hukum yang dibebankan ke atas mukallaf seperti kita semua) akan menyebabkan kita dapat menyedari bahawa di dalam Islam setiap perintah Allah SWT itu tidaklah bermakna semuanya menjadi wajib atau apa yang dilarang itu berbentuk haram yang membawa dosa sebaliknya boleh jadi ianya menjadi pilihan atau digalakkan untuk ditinggalkan tanpa dibebani perintah dan hukuman.
    Hukum taklifi (perintah Allah yang dibebankan ke atas mukallaf) terbahagi kepada lima bahagian iaitu wajib, sunat, harus, haram dan makruh. Penetapan sesuatu perkara dalam syarak itu apakah wajib, harus, sunat dan haram tidaklah berlaku secara mutlak dan kekal tanpa berubah sebaliknya tertakluk kepada keadaan, masa dan keperluan sesuatu perkara itu kerana syariat Islam ini berbentuk fleksible dan anjal bagi memastikan matlamat utamanya itu tetap tercapai iaitu mengabdikan manusia kepada Allah SWT melalui jalan yang diredhai-Nya.
    Oleh yang demikian, hendaklah difahami bahawa apakah Poligami itu menjadi sunat, harus, wajib, haram dan makruh juga adalah berubah-ubah mengikut situasi, masa serta keperluan seseorang. Tujuan saya menyebutkan hal di atas ialah supaya kita memahami bahawa di dalam Islam keadilan itu bukanlah semestinya sama rata sebaliknya meletakkan sesuatu pada tempatnya.
    Luka dan Duka sebelum berpoligami
    Ramai pasangan suami isteri bergaduh dan bercerai berai sebelum berlakunya poligami. Hal ini berlaku disebabkan hasrat suami untuk berpoligami tidak dapat diterima oleh isteri lalu menyebabkan rumahtangga yang dibina berpuluhan tahun atau bertahun-tahun hancur berkecai.
    Hasil penelitian saya, ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan suami isteri kerana hasrat suami untuk berpoligami.
    Rasa Dikhianati
    Jika melihat kepada pihak isteri, hasrat suami untuk berpoligami akan mendapat halangan dan tentangan kerana ramai isteri merasa dikhianati oleh suami mereka. Kasih sayang selama bertahun-tahun dirasakan sia-sia dan tidak berbekas di hati suami sehingga dia mahu mencari wanita lain.
    Wanita mempunyai pemikiran dan cara berfikir yang tidak sama dengan lelaki justeru itu cara penilaian wanita adalah berbeza dengan lelaki termasuk cara mereka melakukan analisis dan pertimbangan terhadap sesuatu. Mereka memandang perkahwinan sebagai sesuatu yang besar dan perlu dihormati dan padanya ada kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan. Mereka tidak berkira untuk bekorban kerana perkahwinan, bekerja gigih, membuat dan melakukan apa sahaja demi perkahwinan mereka.
    Apa yang dipandang oleh wanita itu ialah pada perkahwinan kepada institusi dan survival rumahtangga.
    Oleh itu apabila pasangan mereka (suami) tidak melaksanakan kewajipan perkahwinan seperti memberi nafkah, gagal menunaikan hak-hak perkahwinan yang pada mereka penting maka mereka akan merasa sedih dan geram serta tidak kurang kadang kala meletup dengan kemarahan sehingga mengundang perceraian.
    Lelaki tidak seperti itu, mereka tidak memandang kepada perkahwinan itu sebagai sesuatu yang besar sebaliknya mereka memandang kepada pasangan itu sendiri. Institusi perkahwinan tidak menjadi perkara pokok bagi lelaki berbanding diri dan peribadi pasangan mereka itu.
    Lelaki jarang membincangkan perkahwinan mereka sebaliknya mereka lebih mudah berbicara mengenai pasangan mereka. Apa yang dipandang oleh lelaki ialah diri wanita itu, isterinya lebih penting daripada perkahwinan.
    Oleh yang demikian, apabila seseorang lelaki berhasrat untuk berpoligami, maka dia berhasrat untuk memiliki seorang lagi wanita yang pada anggapannya menambah lagi cinta dan kasih serta keseronokkan serta kegembiraan di dalam hidupnya tanpa bermaksud memperendahkan apa yang sedia ada.
    Sikapnya takala itu seperti seseorang yang memiliki seorang anak, kemudian berhasrat pula untuk memiliki lagi anak yang baru tanpa bermaksud memperendahkan atau merasa kurang sayang terhadap anak yang sedia ada.
    Dia tetap sayang pada anak-anaknya cuma keinginan fitrahnya mahukan anak yang ramai dan lebih dari apa yang sedia ada. Justeru itu usahanya dianggap tidak salah dan dia bukannya mendera atau mahu / terniat hendak menyakitkan hati anaknya yang sedia ada cuma dia suka jika memiliki seorang lagi anak yang baru.
    Manakala bagi orang perempuan, mereka berpendapat suami mereka itu seperti mahukan perkahwinan yang baru kerana perkahwinan dan kehidupan kekeluargaan yang lama dahulu tidak disukainya atau tidak membahagiakannya.
    Maka lahirlah tanggapan bahawa “suaminya sudah tidak menyayanginya, suaminya sudah tidak menyayangi anak-anak, suaminya sudah tidak menyukai dan tidak menghargai perkahwinan dan kehidupan rumahtangga yang sudah dan pernah dilaluinya bersama-sama sewaktu susah dan senang.”
    Wanita memandang kepada institusi perkahwinan itu yang dianggap akan dikhianati oleh sang suami melalui usahanya berpoligami.
    Lelaki akan mengungkapkan bahawa mereka akan “dapat isteri yang baru.”
    Wanita pula akan mengungkapkan bahawa suaminya akan “berkahwin baru.”
    Tidak sama pemikiran masing-masing.
    Si suami hanya membayangkan akan mendapat tubuh badan dan peribadi isteri baru tanpa wujud apa-apa perubahan besar terhadap hidupnya kerana dia adalah ketua keluarga.
    Manakala si isteri pula akan membayangkan si suaminya akan memiliki rumahtangga baru yang akan dihabiskan masa dan sumber yang ada sebelum ini kepada rumahtangga baru sekaligus sumber yang ada itu terpaksa dibahagi dua atau tiga lalu menjadi sedikit dan berkurangan.
    Mereka memandang bahawa suaminya itu akan memiliki sebuah rumahtangga dan kehidupan institusi perkahwinan yang lain yang menjadi saingan dan terbina di atas keruntuhan dan kelemahan institusi perkahwinan diri mereka.
    Rasa tidak dihargai
    Wanita kebanyakkannya merasa tidak dihargai dan dilayani dengan sewajarnya oleh suami mereka apabila sang suami meluahkan hasrat untuk berpoligami. Masakan tidak setelah berpuluhan tahun bersama sebagai suami isteri tiba-tiba suami menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi.
    Disamping perasaan dikhianati, muncul perasaan geram dan sedih apabila suami tidak menghargai jasa baik isteri yang selama ini sudah terlalu banyak bekorban dan bersusah payah demi suami.
    Faktor jantina yang berfikiran berbeza kerapkali menyumbang kepada salah faham yang berterusan apabila kaum wanita memandang bahawa si suami menyukai wanita lain atau mahu berpoligami kerana lupa dan tidak mengenang jasa serta budi baik mereka.
    Sedangkan kaum lelaki tidak berfikiran begitu. Semakin baik dan berjasa isterinya itu maka semakin yakin dan percayalah mereka bahawa si isteri akan dapat menerima poligami dan akan menjadi penyokong mereka.
    Lelaki kerapkali menganggap wanita yang baik dan berbakti terhadap mereka akan berkongsi rasa serta memahami mereka sehingga tidak kurang yang menganggap isterinya itu adalah dirinya dan dirinya itu adalah isterinya (merasa sebahagian daripada hidupnya) lalu menganggap akan mendapat sokongan bagi berpoligami kerana si isteri akan bergembira dapat membantu dirinya.
    Rupanya mereka tersilap sangka.
    Wanita tidak begitu kerana kebanyakkan wanita melakukan kebaikan ialah untuk diri mereka sendiri untuk memenuhi kehendak dan tuntutan hati mereka. Kaum wanita melakukan kebaikan dan budi adalah didorong kerana mengelakkan daripada rasa bersalah, rasa takut dan rasa hal itu dapat menenteramkan hati mereka.
    Ini ialah suatu hal yang berbentuk umum dan merujuk kepada ramai wanita. Mereka lebih suka melakukan kebaikan kepada suami dengan hasrat supaya dapat disayangi dan dapat memiliki hati suami mereka sekaligus boleh mendapatkan apa yang mereka hajati. Kaum wanita setelah melakukan kebaikan kepada sang suami akan merasa sedih apabila si suami tidak membalas kembali dengan memberikan apa yang mereka hajati seperti barangan atau apa pun jua.
    Sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka hajati, maka mereka akan berusaha cuba menenteramkan hati mereka dengan alasan bahawa hal semacam itu ialah sebuah pengorbanan untuk perkahwinan mereka agar ianya berterusan.
    Namun bila suami ingin berpoligami maka segala pengorbanan itu akan menjadi sia-sia dan bertukar menjadi penderitaan yang tiada gunanya kerana akhirnya suami mereka tetap ingin berkahwin lagi.
    Takut untuk menghadapi hari mendatang
    Ramai orang menolak poligami khasnya kaum wanita kerana takut menghadapi hari-hari yang akan datang apabila bergelar madu atau mempunyai madu. Mereka takut menghadapi kata-kata dan cakap orang di sisi dan di sana sini yang berbisik-bisik berkenaan kelemahan diri mereka, takut dan tidak mahu orang berkata bahawa suami mereka sudah tidak menyayangi mereka dan takut untuk menghadapi cakap-cakap orang.
    Allah SWT befirman menaggapi hal ini :
    “Dan wanita-wanita di kota berkata: "Isteri Al Aziz menggoda pembantunya untuk menundukkan dirinya (kepadanya), sesungguhnya cintanya kepada pembantunya itu adalah sangat mendalam.
    Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata." Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan), kemudian dia berkata (kepada Yusuf): "Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka."
    Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa) nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: "Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia." Wanita itu berkata: "Itulah dia orang yang kamu cela aku kerana (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina." (Yusof : 30-32)
    Kaum wanita terkenal dengan fitrahnya yang mudah mengikuti kehendak ramai orang dan hal yang semacam itu dapat terlihat oleh kita betapa merekalah yang menjadi pelanggan kepada produk-produk media massa dan mudah mengikut fesyen, iklan dan pengaruh ramai.
    Ketakutan ini berpunca apabila hidup mereka selama ini dianggap bahagia dan sempurna dan mereka berbangga serta bergembira dengan status dan keadaan rumahtangga mereka serta perkahwinan mereka yang menjadi kebanggaan. Namun semuanya itu bakal berakhir dengan hasrat suami yang mahu mendirikan poligami.
    Poligami dianggap seperti virus yang mengubah hidup dan kebahagiaan rumahtangga mereka, kehadiran orang baru dianggap menambah seribu satu beban dan cabaran kepada rumahtangga mereka.
    Satu hal yang pelik berkenaan poligami ialah ianya menambah bukan mengurang. Ianya menambah orang baru dan bukannya mengurangkan orang seperti kematian yang mengurangkan jumlah ahli keluarga. Namun ada sesetengah wanita lebih rela mati daripada berpoligami.
    Kegagalan suami untuk berkomunikasi dengan baik
    Suami perlu bijak menangani komunikasi dengan isteri supaya dapat menyampaikan maksud dan hasrat dengan baik dan mendapat sokongan serta persetujuan isteri.
    Dimaksudkan komunikasi yang berkesan dan baik ialah apabila suami berjaya membuatkan isteri memahami keperluan suami, menyetujui hasrat suami dan bersedia menyokong dan menanggung beban poligami bersama-sama suami di dalam menempuh kehidupan berumahtangga bersama-sama.
    Bukan hanya suami berpoligami tetapi isterinya turut berpoligami bersama dengan menerima seorang madu.
    Suami yang mampu berkomunikasi yang baik sebegini sangatlah jarang disebabkan itu kita sering melihat ramai orang yang berpoligami namun hanya di pihak suami sedangkan isteri-isterinya itu tidak pula bermadu sebaliknya mereka mencuka seorang diri dengan kehidupan dan anak-anak masing-masing.
    Tips Merawat Luka Sebelum Berpoligami
    Luka poligami dapat dielakkan sejak awal lagi jika sang suami dapat menjadi seorang suami yang mithali kepada isteri dan anak-anak. Suami yang mithali bermaksud suami yang soleh dan dapat menjadi contoh serta teladan kepada isteri dan anak-anak sehingga di dalam rumahtangga dia mampu berperanan sebagai guru, sebagai murabbi (pendidik) dan sebagai ketua keluarga yang berwibawa.
    “Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi :
    dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja.” (An-Nisa : 4) Keadilan dari sudut bahasa bermaksud kebenaran atau kelurusan di dalam perbuatan tanpa ada penyelewengan (Lihat Qamus Al-Muhith hal. 1331)
    Manakala daripada maksud syarak, keadilan merujuk kepada kemampuan untuk menegakkan hukum Allah SWT (Hukum Syarak) dan melaksanakannya dengan lurus tanpa ada penyelewengan sehingga terlaksana amanah dan terpenuh segala tuntutan agama.
    Berkata Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, “Allah SWT mengutuskan rasul dan menurunkan kitab-Nya untuk ditegakkan kepada manusia dengan lurus (saksama) dan itulah keadilan yang dengannya tertegak bumi dan langit.”
    Inilah syarat asas poligami iaitu adil yang bermaksud mampu menegakkan Al-Quran dan As-sunnah terhadap keluarga.
    Al-quran dan As-sunnah itulah keadilan.
    Duit bukanlah syarat utama poligami sebaliknya keilmuan dan kemampuan memimpin dan mentadbir keluarga itulah yang paling utama. Perkahwinan bukanlah ibarat membeli barangan sebaliknya ia seumpama menanam tanaman yang memerlukan kepada kemahiran, pengetahuan, kesabaran dan kesungguhan untuk memastikan tanaman mengeluarkan hasil yang lumayan sehingga boleh dinikmati buahnya.
    Suami yang gagal mendidik isterinya tidak layak berpoligami Allah SWT befirman yang bermaksud :
    “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (At-Tahrim : Ayat 6)

    Ramai orang yang berpoligami gagal mendidik isteri-isteri mereka sedangkan tanggungjawab mereka terhadap isteri itu ialah mendidik dan menjadi pakaian yang melindungi serta ketua yang memandu isteri menuju Allah SWT.
    Memberi nafkah batin dan zahir sahaja tidaklah mencukupi dan tidak akan mencapai maksud sebenar perkahwinan kerana ianya mempunyai maksud yang lebih daripada itu seperti pendidikan anak-anak, kebajikan dan agama isteri, peranan rumahtangga dan sumbangannya terhadap Islam.
    Suami yang dihormati isteri, berstatus guru dan pendidik kepada isteri sahaja layak berpoligami manakala suami yang mengharapkan isteri-isterinya mencari ilmu di luar, terkial-kial mendidik dan membentuk anak-anak dan lebih teruk lagi terpaksa mengharapkan isterinya di dalam menjaga kebajikan dan maslahat anak-anak maka suami seperti ini tidak layak berpoligami. Suami yang telah hilang kewibawaan dan sudah tawar aura kehebatannya perlu memperbaiki dirinya dan membina imej serta peribadi yang unggul terlebih dahulu di hadapan isteri untuk mendapatkan penghormatan dan kekuatan sebagai ketua keluarga.
    Carilah terlebih dahulu harga diri dan kekuatan sebagai suami sebelum terjun ke dunia poligami. Sekiranya pergaduhan telah tercetus selepas hasrat poligami diungkapkan Pergaduhan yang tercetus di antara suami isteri kerana hasrat suami hendak berpoligami biasanya terjadi kerana si isteri tidak di dedahkan dengan hasrat poligami dan tidak diberi info dan masa yang mencukupi untuk isteri-isteri itu dapat menerima dan menghadam kenyataan tersebut.
    Wanita memerlukan masa untuk apa jua.
    Sang suami yang bijak pasti akan menyiapkan isterinya terlebih dahulu dengan poligami sebelum meluahkan hasrat untuk berkahwin lagi. Persiapan mentaliti dan minda si isteri seharusnya bermula sekurang-kurangnya setahun atau lebih bagi membiasakan emosi dan menguatkan ketabahan hati isteri mendepani cabaran-cabaran perasaan dan emosi seorang wanita.
    Antara cara dan tips yang boleh dilakukan ialah seperti berikut :
    Mendedahkan isteri dengan kuliah dan info berkenaan poligami tanpa menimbulkan syak isteri Membawa isteri melihat keluarga yang berpoligami secara kebetulan dan tanpa menimbulkan syak isteri
    Berbincang dengan isteri daripada masa ke masa berkenaan topik poligami tanpa menimbulkan syak isteri
    Elakkan berdebat dan berbeza pendapat dengan isteri sewaktu berbicara berkenaan poligami sebaliknya jawab hujah isteri dan cuba mengetengahkan pendapat yang pro poligami dengan secara tidak langsung pada waktu yang berbeza.
    Dekatkan isteri dengan agama dan terapkan taqwa dan tingkatkan ibadah dalam keluarga. Pemerhatian secara umum menunjukkan poligami dapat utuh dan bertahan di dalam keluarga yang kuat beragama ini disebabkan amalan agama dan ibadah yang kukuh dapat menjadi benteng keluarga mendepani pelbagai cabaran dan krisis rumahtangga.
    Matlamat berpoligami
    Ramai lelaki tersungkur di pintu gerbang poligami apabila mereka gagal menyakinkan para isteri mengapa mereka perlu berpoligami. Alasan demi alasan diberikan namun tiada satu pun yang lekat dan valid di sisi isteri untuk mengizinkan suami berpoligami.
    Bahkan satu demi satu macam halangan demi halangan akan menimpa si suami untuk menyebabkan mereka akhirnya tersungkur dan gagal berpoligami sehingga lebih teruk ada yang kehilangan isteri yang sedia ada kerana kegagalan mereka memperbaiki kembali situasi dan keadaan rumahtangga mereka akibat luka oleh hasrat poligami.
    Antara alasan yang paling popular dipergunakan oleh kaum lelaki ialah untuk membantu janda dan wanita-wanita yang masih membujang (andartu) dan memberikan perlindungan dan membantu kehidupan mereka.
    Alasan ini sudah cukup lapuk di kalangan isteri dan mereka akan bertanya kembali dengan berkata kenapa mesti berkahwin ?
    Apakah tidak cukup jika dengan memberikan wang ehsan dan derma serta sedekah setiap bulan ?
    Kenapa awak baik sangat ?
    Sejak bila awak mengambil berat persoalan orang lain ?
    Kenapa tiba-tiba nak menjadi pembela kaum wanita dan janda ?
    Sudah tentu isteri tidak boleh menerima alasan tersebut.
    Seorang lelaki yang tidak pernah tahu tarikh peperiksaan sekolah anak-anak, tidak mengingati di kelas manakah anak-anaknya berada, siapakah nama guru sekolah anaknya dan dengan siapakah anaknya berkawan tiba-tiba mahu menjadi pembela kaum wanita dan janda ?
    Seorang lelaki yang selama ini tidak pernah memberikan klimaks dan kepuasan kepada isterinya di atas katil, gagal memberikan nafkah dan menghargai isteri dengan membawanya makan di luar sebulan sekali kini hendak menjadi seorang dermawan dan lelaki mulia yang menyelamatkan wanita andartu dan janda ?
    Siapakah yang tidak marah ?
    Apa yang ada jarang disyukuri dan amanah sedia ada pun belum terpenuhi inikan pula mahu ditambah beban dan bala menambah seorang lagi isteri ?
    خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي
    Nabi SAW bersabda : “Sebaik-baik orang dikalangan kamu ialah orang yang paling baik terhadap keluarganya dan akulah yang paling baik terhadap keluargaku.”
    (Hadis riwayat Tirmidzi)
    Beban tiada, batu digalas
    Ramai orang tidak mengerti dan melihat dengan mata kasar yang dibutakan oleh nafsu di hati apabila melihat keindahan poligami dan keseronokkan mempunyai ramai isteri. Mereka terlupa bebanan dan kewajipan besar yang sarat terkandung di dalam perkahwinan tersebut dan bagaimana terbebannya seorang suami yang terpaksa mengorbankan kepentingan dirinya untuk semua isteri-isteri dan anak-anak.
    Bukan persoalan gaji yang berbelas ribu dan harta yang melimpah ruah sebaliknya berkait masalah pembahagian masa, kewajipan mendidik dan keperluan untuk membentuk anak-anak dan isteri-isteri yang kini menjadi lebih genting apabila rumahtangga semakin membesar dan cabaran semakin meningkat.
    Setiap hari masa tetap 24 jam dan setiap minggu bilangan hari tetap 7 hari lalu bagaimanakah seorang suami yang sebelum ini dengan waktu yang diberikan itu pun sudah termengah-mengah menguruskan anak dan isteri serta gagal menyempurnakan banyak kewajipan ditambah dengan seorang lagi isteri yang menyebabkan masa untuk setiap pasangan menjadi berkurangan. Usaha perlu digandakan, work smart bukan work hard perlu dilaksanakan bagi memastikan masa yang optimum dapat dipergunakan bagi menunaikan segala kewajipan dan tanggungjawab. Betulkan dahulu matlamat anda berpoligami
    Matlamat berpoligami dengan tujuan untuk melayani keperluan nafsu yang ekstrim, menampung kekurangan isteri yang tidak mampu menghasilkan zuriat, menambah umat dan memperbanyakkan keturunan atau apa jua alasan yang ada pada diri yang difikirkan valid seharusnya dikaji semula dan disusun mengikut kesesuaian waktu, masa dan keadaan serta keperluan.
    Lihatlah realiti dan hati lalu buatlah percaturan dan pemerhatian apakah ini masa yang sesuai untuk berpoligami ?
    Apabila seorang suami memiliki kekukuhan matlamat untuk berpoligami maka sokongan isteri dan persetujuannya InsyaAllah tidak akan menjadi masalah.
    Tiada isteri solehah yang akan menolak hasrat suaminya untuk berpoligami jika benar matlamat dan tujuannya.
    Nabi SAW bersabda : “Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (hadis riwayat Muslim)

    Wanita Tidak Boleh Meminta cerai kerana Suaminya Ingin Berkahwin lagi

    Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir r.a yang menyebutkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda,
    “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya. Orang bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia.
    Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’ Lalu Iblis menjawab, ‘Engkau belum melakukan apa-apa lagi yang besar.”Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam melanjutkan,
    “Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, “Aku mengikuti manusia sehingga aku tidak meninggalkan mereka melainkan aku telah berhasil memisahkan seorang suami dan isterinya.’’ Lalu iblis memanggilnya agar dia dijadikan dekat dengan Iblis dan berkata, “Sebaik-baik fitnah adalah usaha yang telah engkau lakukan.”
    (Hadis Sahih riwayat Muslim no. 2813)Seorang ulama’ ahlul sunnah pernah menyebutkan bahawa tidaklah ada perkahwinan melainkan seorang wanita itu pasti pernah meminta cerai daripada suaminya lantaran didesak oleh Syaitan.Sabda Nabi bermaksud: "Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak." Dan lagi: "Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak." (Riwayat Abu Dawud)
    Apakah Seorang isteri boleh meminta cerai daripada suaminya kerana suaminya hendak berpoligami ?
    Hukumnya ialah haram dan termasuk dosa apabila tidak menerima poligami kerana enggan tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt bahawa kaum lelaki dibolehkan untuk berpoligami.
    Menolak untuk dimadukan adalah haram apabila tiada alasan yang munasabah dan dapat diterima oleh syarak.Ini disebabkan oleh hadis yang menyebutkan :
    "Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga."
    (Hadis riwayat Abu Daud)Perbuatan mana-mana wanita termasuk isteri seorang artis atau ustaz yang meminta cerai kerana tidak rela dimadukan suaminya adalah salah dan tidak boleh dicontohi atau diberikan galakan.
    Perlu diketahui bahawa isteri yang meminta-minta cerai dari suaminya adalah dicela menurut hukum Islam.Dan terdapat beberapa hadis lagi menyebutkan hal ini selain yang di atas seperti :
    "Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa mempunyai sebab yang diterima Islam, maka diharamkan baginya untuk mencium bau syurga."
    (Riwayat al-Hakim, 2/200, hadis yang sahih)Hendaklah kaum wanita bermuhasabah dan mengambil Al-quran dan As-sunnah sebagai panduan mereka bukanlah menurut hawa nafsu dan perasaan.Kaum perempuan itu kerap sekali mensyirikkan Allah dengan nafsu dan perasaan mereka.
    Ini pernah disebutkan di dalam sebuah hadis yang menyebutkan : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya:
    Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu.
    Wanita itu bertanya lagi:
    Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal.
    Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.”
    (Hadis Sahih riwayat Muslim)Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj, melihat ramai ahli neraka adalah daripada kalangan golongan wanita. Sahabat di kalangan wanita bertanya kenapa? Lalu Baginda SAW menjawab: “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.
    Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya salah seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka ini ialah wanita yang menggunakan lidah mereka menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Hadis riwayat Muslim)Wallahualam.
    Bagaimanakah Hukum Suami yang mengabaikan isteri apabila hendak berpoligami atau mengabaikan tanggungjawab mendidik dan mentarbiyah keluarga kerana sibuk dengan kerjaya atau pelbagai sebab lain ?InsyaAllah kita akan bincang di dalam penulisan yang seterusnya berkenaan tanggungjawab suami dan larangan Islam terhadap pengabaian isteri dan anak-anak.
    Segala puji hanyalah bagi Allah swtYa Allah kerana kejahilan dan kezaliman hamba-hamba-Mu terhadap syariat Islam mengakibatkan syariat Islam ditinggalkan dan diabaikan.
    komen dr pembaca: Jue said...
    assalamualaikum....sy nak tnya ustaz...bagaimana jika hendak mendapatkan restu istri ptama utk bpoligami...kerna si istri sudah sedia beritahu pd suami nya, jika die ingin berkahwin lg, pilih 1 antara dua...die tidak sggup utk bermadu...salahkah seorg wanita bujang ingin berkawan dgn suami org...yg ingin menikahi nya..knpa org memandang serong pd wanita yg btemu jodoh dgn suami org...sdgkan wanita tu sndiri x mau jodohnya begitu...tp jika itu yg ditulis allah,maka wanita itu trima dgn ikhlas... sila ustaz hilang kan kekusutan ini.. trima kasih....
    Ustaz Emran said Tidak salah berkahwin dengan suami orang kerana isteri pertama itu tidak wajar dan tidak patut mengakui suaminya milik persendirian.Sebaliknya suaminya itu milik Allah dan Allah mengizinkan kepada wanita lain untuk turut sama memiliki seorang lelaki selama lelaki itu menjalankan kewajipannya dengan adil dan saksama.
    Dalam Islam, Suami berhak berpoligami walau tanpa keizinan isterinya.Walau bagaimanapun masyarakat kita masih jauh daripada kefahaman Islam yang sejati dan seringkali mengutamakan perasaan daripada Al-quran dan as-sunnahHendak mendapatkan restu isteri pertama dan menyakinkan dia adalah susah kecuali dia benar2 faham dan beriman kepada Allah dan kitab Al-quran dan as-sunnah. Malangnya masyarakat kita tak peduli apa kata al-quran dan as-sunnah...tetapi apa kata hati...selalu orang kita berpandukan hati dan bukan al-quran dan as-sunnah.
    Are'Ja_(",) said... salam ustaz..pekabor? hehe kerekk ustaz cakap sal poligami skrg..Alhamdulillah..saya ade soalan gak ni ustaz,bagaimana kalau si isteri tu meminta cerai kerana si suami tidak mampu untuk berlaku adil atau tidak mampu menanggung tanggungjawab zahir, sedangkan si suami tahu dia tidak mampu tapi ingin juga berkawen lebih dari satu? maka isteri buatlah pilihan sama ada ceraikan nya atau tidak diizinkan kawen seorg lagi..adakah dikira berdosa ustaz? sila jawab kemushkilan saya ni ustaz..terima kasih :) Ustaz Emran said... Alhamdulillah...berkenaan soalan saudari, jika suami tidak mampu berpoligami maka hukum berpoligami tetap sah namun si suami berdosa kerana tidak berlaku adil jika poligami sudah berlaku.Jika belum berlaku poligami...suami baru ada ura2 nak poligami..maka Isteri minta cerai kerana suami tidak mampu berpoligami..
    1) Kemampuan zahir
    2) kemampuan batin
    3) kemampuan untuk berlaku adilsekiranya terbukti suami memang tidak layak berpoligami isteri berhak menegur suaminya dan dibolehkan menuntut cerai jika terbukti berlaku kezaliman dan penderaan terhadap isteri.Jika tidak maka hukumnya masih berdosa. Isteri tidak boleh menuntut cerai selagi kejadian zalim itu belum berlaku.Mungkin sebelum poligami suami belum mampu tetapi setelah berpoligami dengan izin Allah suami diberi kemampuan rezeki dan pertolongan Allah lalu suami jadi mampu pula ?Oleh itu tidak boleh menuntut cerai sehingga terbukti wujud kezaliman dan ketidak adilan yang sudah berlaku."Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka-sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari sangka-sangka itu dosa." (Al-hujurat : 12)Bukan hanya berdasarkan sangkaan atau pendapat sahaja.Wallahualam. Are'Ja_(",) said... salam, thanks ustaz jawab soalan saya..satu lagi kemushkilan saya yang memang berlaku di depan mata saya.(saudara saya sendiri)berdosa tak ustaz kalau si isteri minta cerai kepada suaminya? sebab meminta cerai adalah kerana takut tidak taat kepada suami, tidak dpat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri solehah walaupun si isteri mengizinkan suaminya berpoligami. Kerana tidak TAAT kepada suami adalah berdosa. Hidup menjadi tidak bahagia, tidak jujur pada diri si isteri dan tidak ikhlas walaupun rezeki makin bertambah dan suami tidak menzalimi si isteri, cuma isteri tidak mampu lagi untuk berkongsi 'kasih sayang'...boleh ke macam ni ustaz?Terima Kasih Ustaz sudi jawab kemushkilan saya ni skal lagi.. :)wassalam. Ustaz Emran said... dibolehkan isteri meminta cerai sekiranya ada sebab2 yg munasabah. Walaubagaimanapun, rumahtangga sebegini tiada matlamat dan tujuan di dalam pembinaannya melainkan tempat mencari kasih dan memadu asmara.Di dlm Islam rumahtangga ada matlamat yg besar iaitu mengabdikan diri kepada Allah, membina peribadi muslim, mentarbiyah (sekolah) kepada anak-anak di dalam matapelajaran "kehidupan dan agama"Maka sebuah sekolah memerlukan ramai tenaga pengajar (jadi poligami sepatutnya menjadi rahmat apabila isteri2 ini ada tujuan dan faham matlamat mereka namun kalau isteri2 tiada matlamat..rumahtangga hanya untuk menikmati manis dan bahagia akan berebutlah..dan jadilah perselisihan.tetapi sekiranya rumahtangga memikul tugas dakwah...barulah nikmatnya akan terasa..wallahualam Are'Ja_(",) said... wallahualam..thanks ustaz jawab kemushkilan saya..Insyaallah.. :)Apa2 pun semua dugaan yang dtg dari NYA.. Fazreen said...
    Assalamualaikum ustaz,5 tahun dahulu, saya bertemu dgn suami orang yang tinggal seorang diri di sini. Dia tidak pernah berahsia mengenai status dirinya yang sudah beristeri dan isterinya menetap di negeri lain dan enggan berpindah bersamanya ke sini.. 2 tahun lalu, kami mula bercinta dan skarang ingin berkahwin. Dia telah meminta meminta kebenaran isteri pertama. Isteri mana yg izinkan.. jadi ustaz dapat bayangkan lah keadaan huru hara yang telah ditimbulkan isterinya. Saya pernah berbual di telefon dgn isterinya. Saya telah memberitahu yang saya bukan nak menghancurkan rumah tangganya tetapi hanya ingin menumpang kasih. Saya sedar diri saya ustaz. Saya tau kedudukan saya.. jadi, saya byk bersabar, mengalah dan berdiam diri dan membiarkan dia menyelesaikan masalah dgn isterinya sendiri. Masalah tersebut masih belum selesai. Dia tak mahu menceraikan isterinya kerana anak2 tapi isterinya meminta dia memilih antara saya dan isterinya. Isterinya sering mengsms saya dan menelefon saya dan memanggil saya perempuan jalang, perampas, dan macam2 perkataan lucah dilempar terhadap saya. saya amat tertekan. Dia juga sering berkata, "kau tanggunglah dosa-dosa yang kau dah buat pada aku. aku x akan memaafkan kau sampai aku mati.."ustaz, adakah saya berdosa terhadap isterinya ?
    Ustaz Emran said...
    Wa'alaikumusalam... 1) Tidak berdosa menjadi isteri kedua, ketiga dan ke-empat kepada lelaki yang berhak dan halal untuk bernikah dengan saudari. 2) Sikap isteri pertama adalah salah dan berdosa kerana menghalang suaminya bernikah lagi kerana suami bukan milik isteri secara mutlak tetapi pinjaman untuk digunakan ke jalan Allah SWT .3) Kebahagiaan di dunia ialah sementara dan tujuan kita lahir ke dunia ialah untuk mengumpulkan bekalan amal kebaikan untuk menuju ke akhirat yang kekal abadi.Kebahagiaan abadi ialah di akhirat.Kebahagiaan di dunia ialah fatamorgana yang dihasilkan oleh Iblis, syaitan dan hawa nafsu bagi melalaikan kita sehingga leka dan alpa dengan nikmat dunia lalu terlupa untuk beramal bagi mengumpul bekal akhirat. 4) Sikap tamak dan dengki para wanita yang tidak mahu berkongsi kasih ialah berpunca daripada mengikut perasaan dan hawa nafsu.Mereka tidak bersyukur kepada Allah SWT.Mereka lupa suami mereka itu boleh diambil kembali oleh Allah, milik Allah dan boleh dicabut nyawa bila bila masa.Kelakian suami (kejantanan) suami juga boleh ditarik, kesihatan suami boleh ditarik, kepuasan dan kebahagiaan yang selama ini dinikmati boleh ditarik, keseronokkan, kecantikan semuanya milik Allah dan boleh diambil kembali oleh Allah SWT.Semua yang ada pada kita hanyalah pinjaman dan diberikan kepada kita sebagai amanah untuk digunakan ke jalan Allah SWT.Wang ialah amanah, isteri, suami, anak-anak, masa, kecantikan, kesihatan, keperempuanan, faraj, zakar, nafsu, perasaan semuanya ialah amanah yang diberikan oleh Allah SWT untuk dipergunakan ke jalan yang halal dan ke jalan yang membawa manfaat kepada agama.kerana kita dilahirkan pun ke dunia ini sebagai memberi peluang untuk mengumpul bekal bagi menghadapi akhirat.Dunia ini tidak kekal dan akan hancur. 5) Saudari beruntung kerana hanya mendapat halangan isteri pertama.Suami perlu bersikap lelaki dan jangan dayus. Dia perlu menasihati isterinya dan meminta agar isteri menerima hukum Allah (poligami) sebagai salah satu ketentuan dan hal yang diberikan oleh Allah SWT kepada kaum lelaki.menolak poligami kerana perasaan dan hati bermaksud menolak hukum Allah dan seolah-olah menafikan kebesaran Alllah SWT.Itulah perangkap syaitan kepada wanita.Saya juga ingin berpoligami, isteri saya sangat menyokong poligami dan berusaha mencarikan gadis yang sanggup menjadi madunya dan berkahwin dengan saya.namun kami gagal kerana tidak ramai gadis yang sanggup berpoligami. Majoriti berpunca daripada sebab keluarga dan perasaan rendah diri kerana saya seorang ustaz dan isteri saya seorang ustazah. Maka saudari patut bersyukur.Cadangan saya saudari boleh sahaja bernikah dengan pasangan secara sembunyi tanpa perlu mendapat restu isteri pertama.Boleh sahaja nikah di Malaysia atau di Siam bagi mengelakkan masalah dan pergaduhan dengan isteri pertama.Syarat Sah nikah tidak memerlukan keizinan isteri pertama. Sepatutnya pasangan saudari lebih bijak dan tidak perlu memberitahu isterinya jika diketahui isterinya tidak boleh menerima poligami.Nikahlah secepat mungkin dan elakkan bercinta tanpa nikah kerana ianya haram 6) Cinta hanyalah halal dan dibolehkan selepas akad nikah, sebelum nikah maka cinta ialah berdosa dan hanyalah membawa derita dan kecewa.Cinta tanpa nikah adalah tidak diberkati dan dimurkai.ianya dikira maksiat. 7) Setiap muslim haruslah memaafkan muslim yang lain dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan sebaliknya membalas kejahatan dengan kebaikan.Orang Muslim ialah orang yang berakhlak dan Islam mengajarkan umatnya supaya memaafkan kesalahan orang lain.Tidak rugi apa yang menimpa kita...jika bersabar maka kita akan mendapat pahala.Salam Eid Fitri,selamat hari rayataqabalallahuminna waminkum Fazreen said... Assalamualaikum,Terima kasih ustaz..saya hargai pendapat dan ilmu yang ustaz kongsi dengan saya.Selamat hari raya buat ustaz dan keluarga. Nelisya Hannie said... Assalamualaikum ustaz,saya nak tanye, mcm mana pulak hukum kalau seorang isteri nak mintak cerai dr suami sbb rasa dah tak sehaluan sependapat..boleh dikatakan selang sehari bergaduh.macam2 punca yg boleh digaduhkan

    http://mietazkirah.blogspot.com/

    • Hadis 1: Ibnu Abbas menceritakan :"Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya.Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah.Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?”Jawab bagindaMudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” (Bukhari)Hadis 2:Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabdaTidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)Hadis 3:Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?”Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Riwayat Bukhari Dan Muslim)Hadis 4:Dari Asma’ r.a katanya:"Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemuiAisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya,”Mengapakah orang banyak mengerjakan solat?” Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, “Ayat? (tanda kebesaran Allah?)” JawabAisyah, “Ya! Tanda kebesaran Allah!”Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening). Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku.Kata ‘Asma selanjutnya,”Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah.Sesudah itu baginda bersabda, antara lain:”Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah kusaksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajjal.
    • Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,:”Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?”Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,:”Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi.”Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur.Katanya,:”Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak.” Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,:”Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu kuucapkan pula.” (Muslim)Hadis 5:Dari Zainab ats-Thaqafiy r.a katanya:"Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isyaberjamaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu.” (Muslim)Hadis 6:Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan.” (Muslim)Hadis 7:Musaddad menyampaikan kepada kami, dari Abdul Aziz bin Mukhtar, dari Khalid al-Hazza’, dari Akramah katanya: ”Abdullah bin Abbas berkata kepada aku dan anaknya Ali:”Kamu berdua dengarlah hadith (daripadanya). Maka kami berdua pun pergi dan ketika itu Abu Said sedang membersihkan halaman.
    • Ia mengambil selendangnya lalu duduk.Selepas itu ia mula menyampaikan hadith hingga sampai kepada membicarakan binaan masjid. Beliau berkata:”Kami membawa batu-bata sekeping demi sekeping dan Ammar pula membawa dua batu bata (sekaligus), maka nabi s.a.w melihatnya lalu baginda mengibas-ngibas tanah daripadanya sambil bersabda:”Kasihan Ammar, puak pelampau ingin membunuhnya sedangkan ia menyeru mereka kapada syurga dan mereka menyerunya kepada neraka. Abu Said berkata, Ammar menjawab:”Aku berlindung dengan Allah daripada segala fitnah.” (Bukhari)Hadis 8:Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.” (Muslim) Martabat Nafsu oleh Nur Anwar Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah: "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya" Hadis Qudsi,firmanNya: "Sesungguhnya manusia itu rahsiaKu dan Akulah yang menjadi rahsianya.Dan rahsia itu sifatKu dan sifatKu tiada lain, Aku lah jua" Mengenai soal makrifat pula Allah berfirman dalam hadis Qudsi: "Akulah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku ingin supaya dikenali(dimakrifat i), maka Aku jadikan alam ini,maka mereka makrifat kepadaKu" FirmanNya lagi: "Sesungguhnya Allah memrintahkan kamu (manusia) memulangkan amanah kepada yang berhak (Allah)" Jadi taraf kemuliaan sesorang hamba Allah itu adalah bergantung sejauh mana taraf makrifatnya kepada Allah. Sekiranya kita berjaya mencapai tahap sebenar-benar makrifat jadilah kita sebaik-baik makhluk sebagaimana firmanNya: "Sesungguhnya yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik baik makhluk" Tapi sebaliknya sekiranya kita gagal untuk mengembalikan amanah untuk makrifat maka jadilah kita sebagai mana yang di firmankan olehNya: "Kemudian Kami kembalikan dia di tempat yang serendah-rendahnya" Dan firmanNya lagi: "Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk" Baik buruknya manusia adalah bergantung kepada tahap-tahap kesucian batinnya atau nafsunya.Nafsu mempunyai dua pengertian: 1. Suatu pengertian yang meliputi segala tabiat-tabiat: spt. marah, nafsu berahi dan syahwat serta semua yang keji seperti hasad dengki, riak, dendam, sum'ah dan sebagainya. Nafsu ini ada juga pada binatang. Tapi tiada sama sekali pada malaikat. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau" 2. Makna yang kedua adalah berkaitan kejadian "latifah rabbaniyyah' iaitu sesuatu yang batin yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebaliknya ia adalah melibatkan soal-soal kerohanian. Jenis-jenis nafsu yang saya huraikan adalah: 1. Amarah 2. Lawammah 3. Mulhammah 4. Mutmainah 5. Radhiah 6. Mardhiah 7. Kamaliah 1. AMARAH Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburuka n). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit. Firman Allah: • "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya" • "Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji(mungkar) " • "Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus)" Dalam kehidupan seharian segala hukum hakam, halal-haram, perintah dan larangan tidak pernah di ambil peduli. Malah buat kejahatan itu sudah sebati. Tidak ada penyesalan, malah kadang-kadang bangga buat jahat. Contohnya dia berbangga dapat merosakkan anak dara orang, bangga dengan kehidupan songsang, minum, berjudi, pergaulan bebas malah jadi barat lebih dari orang barat.Bagi mereka pada peringkat nafsu ini, konsep hidupnya adalah sekali, jadi masa mudalah untuk seronok sepuas-puasnya tanpa mengenal batas-batas. Baik jahat adalah sama sahaja di sisinya tanpa ada perasaan untuk menyesal. Malah kadang-kadang bila boleh buat jahat seolah-olah terdapat perasaan lega dan puas. Itulah sebabnya kadang-kadang ada yang dapat nak mengawalnya dari melakukan sesuatu yang jahat. Dah jadi hobi. Hatinya telah dikunci oleh Allah sebagaimana firmanNya: "Tidaklah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya (amarah) menjadi Tuhan dan dia disesatkan oleh Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu Allah mengunci mati pendengarannya (telinga batin) dan hatinya dan penglihatannya (mata hatinya) diletak penutup." Manusia pada peringakat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat tetapi berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan. Firman Allah: "Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia,nescaya mereka gembira dengan rahmat itu.Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa." Jelasnya pada peringkat ini segala tindak tanduknya adalah menuju dan mengikut apa kehendak syaitan yang mana telah dikuasai sepenuhnya olehnya(Syaitan) . Rupa sahaja manusia, tapi hati dikuasai syaitan. Pada peringkat ini, manusia itu tak makan nasihat. Tegurlah macam manapun. Dia tetap tak akan berubah kecuali diberi hidayah olehNya. Mereka tidak pernah takut pada Allah dan hari pembalasan. Malah meremehkan lagi ada. Mengejek dan mencemuh. Mereka tidak pernah peduli dengan ancaman Allah seperti: "Akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam dari golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memrhati,mempunyai mata tidak melihat,mempunyai telinga tidak mendengar.Mereka itu adalah binatang malah lebih hina dari binatang kerana mereak termasuk di dalam golongan yang lalai". Mereka suka mencela orang lain, memperbodohkan kelemahan orang lain dan melihat dirinya sendiri serba sempurna. Mereka tidak pernah menyandarkan hasil usahanya kepada Allah. Mereka fikir apa sahaja kejayaan mereka adalah hasil titik peluh diri sendiri. Jiwa mereka pada tahap ini adalah kosong dan hubungan dirinya dengan Allah boleh dikatakan tidak wujud. Dalam konteks penerimaan ilmu, orang yang bernafsu amarah hanya berupaya menerima ilmu diperingkat ilmu Qalam. Terutamanya yang mementingkan soal-soal lahiriah dunia sahaja. Tak ada minat kepada pelajaran agama dan hari akhirat. Pada peringkat tidak ada peluang sama sekali untuk menerima ghaib dan ilmu syahadah selagi hatinya kotor dan tidak disucikan dengan pembersihan zikrillah yang mempunyai wasilah bai'ah dengan Rasulullah s.a.w.Untuk membebaskan diri dari cengkaman nafsu ini hendaklah menemukan jalan wasilah ilmu Rasulullah s.a.w dengan menerima tunjuk ajar dari ahli zakir iaitu guru mursyid yang dapat memberikan petua-petua penyucian diri dan penyucian jiwa yang mempunyai mata rantai dengan Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w: "Tiap sesuatu ada alat penyucinya dan yang menyuci hati ialah zikir kepada Allah " Pada tahap amarah ini kalau berzikirpun hanya dibibir sahaja tanpa meresap ke dalam jiwa. Amarah tidak mengenal sesiapa, malah ahli kitab sekalipun walaupun ada kelulusan Azhar, walupun berserban dan berjubah. Amarah tidak pernah takut dengan itu semua malah lagi senang ia menyerang. Yang ia takut hanyalah zikrillah. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya syaitan itu telah menaruh belalainya pada hati manusia, maka apabila manusia itu berzikir kepada Allah , maka mundurlah syaitan dan apabila ia lupa, maka syaitan itu menelan hatinya" 2. NAFSU LAWWAMAH Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah.Bisikan hati seseorang akan melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah Rasulullah atas keterlanjurannya. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus. Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya sendiri" "Barangsiapa yang hatinya menjadi penasihat baginya, maka Allah akan menjadi pelinding ke atasnya." Tapi bila seseorang itu meningkat ke martabat nafsu lawwamah tapi tidak mematuhi isyarat lawwamah yang memancar di hatinya, maka lama-kelamaan isyarat ini akan padam dan malap. Hingga jatuhlah kembali pada tahap nafsu amarah kembali. Sebab itu kadang-kadang kita tengok sekejap orang tu baik, sekejap berubah jahat kembali. Kemudian berubah balik. Inilah bolakan hati yang di sebabkan oleh keadaan nafsunya yang berubah-ubah. Firman Allah: "Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti (suruhan jahat) mereka setelah datang ilmu (isyarat lawwa-mah) kepadamu, sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim" "Sesungguhnya petunjuk Allah ialah petunjuk yang sebenarnya.Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan (jahat dan keji) mereka , setelah ilmu diperolehi (datang kepadamu) maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu". Pada tahap lawwamah ini masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah tapi jumlahnya mulai berkurang sedikit. Keinsafan memancar. Sekiranya dia terus mematuhi isyarat lawwamah yang ada, sedikit demi sedikit sifat-sifat keji dapat dihapuskan. Pada peringkat ini dia banyak meneliti diri sendiri dan merenung segala kesilapan yang lampau. Bila perasaan menyesal datang, orang-orang pada peringkat sangat mudah mengeluarkan air mata penyesalan. Kerap menangis dalam solat, atau bila sendirian, sewaktu berzikir, bersolawat.Air matanya bukanlah disengajakan tetapi berlaku secara spontan. Inilah dikatakan sebagai tangisan diri. Pada peringkat ini mula banyak mengkaji dan meneliti alam dan kejadian. Malah sentiasa membandingkan sesuatu dengan dirinya. Mereka juga menjadi gila untuk beribadat dan cenderung kepada perbincangan berkaitan soal mengenal diri dan mula jemu dengan persoalan yang tidak berkaitan dengan agama. Perubahan ini boleh jadi mendadak sekiranya kita terjun ke alam tasauf. Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya orang-orang mukmin itu perhatiannya pada solat, puasa dan ibadat dan orang munafik itu perhatiannya lebih kepada makanan dan minuman seperti halnya binatang" "Sedikit taufik adalah lebih baik dari banyak berfikir dan berfikir perkara duniawi itu mendaruratkan dan sebaliknya berfikir perkara agama pasti mendatangkan kegembiraan" Pada tahap ini sudah mementingkan akhirat dari dunia. Namun begitu walau nak dibandingkan dengan amarah ia lebih tinggi sedikit, namun sekali-sekala ia tidak terlepas juga dari jatuh kedalam jurang dosa dan kejahatan.Imannya masih belum kuat.Namun ia cepat sedar dan cepat beristigfar minta ampun kepada Allah. Firman Allah: "Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah" Sebagai contoh kalau tertinggal sembahyang terdapat perasaan kecut hati dan cepat menyesal sehingga terus pergi kadha. Antara sifat nafsu lawwamah adalah: 1. Mencela diri sendiri 2. Bertafakur dan berfikir 3. Membuat kebajikan kerana ria 4. Kagim pada diri sendiri yakni 'ujub 5. Membuat sesuatu dengan sum'ah -agar dipuji 6. Takjub pada diri sendiri Sesiapa yang merasa berdegup di hati sifat seperti di atas masih lagi berada pada tahap nafsu lawwamah. Ianya adalah terdapat pada kebanyakan orang awam . Harus kuat berzikir lagi untuk menembus dan menyucikan sisa-sisa karat hati. Zikir pada peringakat nafsu ini masih lagi dibibir tetapi kadang-kadang sudah mulai meresap masuk ke lubuk hati tapi dalam keadaan yang tidak istiqamah. Pada peringkat ini memang sudah timbul gila beribadat sehingga kadang-kadang merasa dirinya ringan dan melayang, kadang-kadang macam hilang dirinya. Rasa semacam semut berderau diseluruh tubuhnya terutama pada bahagian tulang belakang dan tangannya. Keadaan beginilah menimbulkan keasyikan yang menyeronokkan dengan amalan zikir dan ibadat lain. Pada peringkat ini sudah boleh menerima sedikit ilham hasil dari zauk dan kadang-kadang mengalami mimpi yang perlu ditafsir kembali oleh guru. Bila berterusan dengan petua dan amalan yang diberi oleh guru InsyaAllah nafsunya lawwa-mah ini akan meningkat kepada tahap seterusnya. 3. MULHAMAH Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwa-mah.Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah. Firman Allah: "Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucinya (nafsu) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya( nafsu) Makam nafsu ini juga dikenali dengan nafsu samiah. Pada pringkat ini amalan baiknya sudah mengatasi amalan kejahatannya. Sifat mazmumah telah diganti dengan mahmudah. Sikap beibadat telah tebal dan amalan guru terus diamalkan dengan lebih tekun lagi. Pada penyesalan pada peringakat lawwamah tadi terus bersebati di dalam jiwa. Isyarat lawwamah sentiasa subur. Sesungguhnya taubat orang peringkat mulhamah ini adalah "taubatan nasuha". Bukan sahaja di mulut tetapi hakiki. Dalam kehidupan sudah terbina satu skap yang baik,tabah menghadapi dugaan, bila terlintas sesuatu yang ke arah maksiat cuba-cuba memohon kepada perlindungan dari Allah. Firman Allah: "Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.Sesunggu hnya orang-orang yang bertaqwa , bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketiak itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan ." Sabda Rasulullah S..a.w: "Barangsiapa yang merasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah (gelisah) dengan kejahatan yang dilakukan, maka itu orang-orang mukmin" Zikir pada tahap ini telah menyerap kedalam lubuk hatinya bukan sekadar berlewa-lewa dibir sahaja lagi. Malah sudah menerima hakikat nikmat zikir dan zauk. Bila disebur nama Allah rindunya sangat besar, berderau darahnya dan gementar tubuhnya tanpa disengajakan. Firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, bagi mereka apabila sahaja disebut nama Allah, nescaya gementarlah seluruh hati mereka" Perasaan ini terus menjalar sehingga bertemu kekasihnya. Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah: 1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa. 2. Tak sayangkan harta 3. Qanaah. 4. Berilmu laduni 5. Merendah diri/ tawwadu' 6. Taubat hakiki 7. Sabar hakiki 8. Tahan ujian dan menanggung kesusahan Mereka pada tahap ini mulai masuk ke sempadan maqam wali yakni kerapkali mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat (syuhud) tetapi belum teguh dan kemungkinan untuk kembali kepada sifat yang tidak baik masih ada. Kebanyakan orang cepat terhijab pada masa ini kerana terlalu asyik dengan anugerah Allah padahal itu hanyalah ujian semata-mata. . Dalam konteks ilmu pula mereka bukan sahaja menguasai ilmu qalam malah sudah dapat menguasai ilmu ghaib menerusi tiga cara laduni iaitu nur, cara tajalli dan cara laduni di peringakat sir. Yang dimaksudkan dengan laduni peringkat sir ialah menerusi telinga batin yang terletak ditengah-tengah kepala yang biasanya dipanggil bahagian tanaffas. Suara yang diterima amat jelas sekali. Tak ubah seperti mendengar suara telefon. Pada masa yang sama pendengaran zahir tetap tidak terganggu walaupun masa menerima laduni sir itu ada kawan berbual. Biasanya suara ghaib itu adalah waliyulah atau ambia yang merupaka guru-guru ghaib yang bertugas mengajar ilmu ghaib pada mereka yang diperingkat mulhamah. Tapi perlu ingat guru murysid zahir kita tetap guru. Malah Guru mursyid kita sebenarnya telah berkomunikasi terlebih dahulu dengan guru-guru ghaib ini. Sebab tu kalau tak ada murysid kita akan terpedaya dengan syaitan dan jin yang menyamar. Pembukaan telinga batin ini pada awalnya berlaku seakan suatu bisikan suara yang dapat dibahagian dalam anak telinga, dimana pada permulaannya merasa berdesing. Kemudian barulah dapat dengar jelas. Zikir tetap meningkat. Pada peringkat inilah Allah berfirman: "Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir kepada Allah.Ingatlah hanya dengan berzikir kepada Allah sahajalah hati menjadi tenteram". 4. NAFSU MUTMAINAH Inilah peringkat/ martabat nafsu yang pertama yang benar-benar direhai Allah seperti yang saudara kita nyatakan di atas. Yang layak masuk syurga Allah. Maknanya siapa sampai pada maqam ini bererti syurga tetap terjamin, InsyaAllah. Hakikat inilah yang difirmankan Allah: "Wahai orang yang berjiwa / bernafsu mutmainnah,pulangla h kepangkuan Tuhanmu dalam keadaan redhai meredhai olehNya dan masuklah ke dalam golongan HAMBAKU dan masuklah ke dalam syurgaKU". Pada peringkat ini jiwa mutmainnah merasakan ketenagan hidup yang hakiki yang bukan dibuat-buat. Tidak ada lagi perasaan gelisah. Semuanya lahir dari tauhidnya yang tinggi dan mendalam. Tauhid yang sejati dan hakiki. Tidak ada lagi perbezaan senang dengan susah baginya sama sahaja. Pada maqam inilah permulaan mendapat darjat wali kecil. Antara sifat-sifat maqam ini adalah: 1. Taqwa yang benar. 2.. Arif 3. Syukur yang benar 4. Tawakkal yang hakiki 5. Kuat beribadat 6. Redha dengan ketentuan Allah 7. Murah hati dan seronok bersedekah. 8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat. Pada maqam ini biasanya(walaupun tidak semestinya), akan adanya keramat-keramat yang luar biasa serta mendapat ilmu dengan tak payah belajar sebab sudah dapat mengesan rahsia-rahsia dari LohMahfuz. Adanya sifat lidah masin. Apa yang keluar dari mulut bukan sembarangan lagi bahkan menerusi yang dipanggil sebagai 'inkisaf'. Mereka sudah menguasai ilmu peringkat nur, tajalli, sir dan juga sirussir, iaitu lebih tinggi dari maqam mulhamah. Yang dikatakan menerusi sirussir ialah cara penerimaan dengan telinga dan mata batin. Kalau mulhammah tadi baru terbuka dengan telinga batin tanpa mata batin. Dengan mata batin inilah dia berupaya melihat sesuatu yang ghaib yang tak mampu dilihat oleh mata biasa kita. Malah dapat melihat sesuatu yang akan berlaku pada masa akan datang. Betul-betul macam melihat TV. Malah siap boleh rewind lagi.Kalau guru kita nak lihat sejarah hidup kita yang lalu biasanya dia akan memrhati rakaman hidup kita dan mengesan dimana kesilapan kita dan memberi petua untuk membetulkannya. Kalau mencuri disuruhnya kita memulangkan kembali serta minta halal dan maaf, dan sebagainya lagi. Namun begitu dia tetap akan menjaga aib muridnya kepada orang lain. Perlu dingat pada peringkat ini dia tidak terganggu penglihatan dan pendengaran zahirnya pada masa sama melihat dan mendengar yang batin walaupun duduk di kedai kopi bersama-sama orang lain. Melalui penerimaan sirussir ini dia berupaya melihat alam barzakh, menjelajahi alam alam malakut. Keyakinan mereka sudah pada tahap ainul yakin dan haqqul yakin. Fana juga boleh berlaku yang dikenali sebagai "fana qalbi" iaitu merupakan penafian diri ataupun menafikan maujud dirinya dan diisbatkan kepada wujudnya Allah semata-mata. Inilah peringkat yang kita bincangkan dulu mengenai LAA MAUJUD ILLALLAH. Keadaan inilah yang digambarkan Allah: "Semua yang ada adalah fana (tiada wujud hakikinya).Dan yang kekal(baqa) itu adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan" Namun fana qalbi ini tidaklah kekal. 5. NAFSU RADHIAHMaqam ini dinamakan radhiah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun dah tak perlu kepada ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dengan tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil , malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya. Firman Allah: "Sesungguhnya wali-wali Allah itu tak rasa ketakutan dan tak pernah rasa kerungsingan di atas mereka". Ini kerana nur syhuhud sudah sebati dalam jiwa mereka. Alam sekeliling seperti cermin yang boleh mereka melihat Allah setiap ketika. Ini adalah maqam musyahadah tahap ihsan seperti hadis Rasulullah s.a.w: "Hendaklah kamu menyembah Allah sebagaimana kamu melihatNya.. ." Ini adalah maqam wali dalam martabat khawas. Pada masa inilah apa yang diisyaratkan oleh rasulullah s.a.w: "Takutilah akan firasat orang mukmin, bahawasanya orang-orang mukmin itu melihat dengan Nur Allah". Pada tahap radhiah ini ,ia melihat melalui basyirahnya, merenung dengan kasyafnya , bertindak melalui perintah ilmu laduninya.Mulutnya dan doanya sangat mustajab..'Barang dipinta barang jadi" Orang dimaqam ini kadang-kadang perbuatannya menyalahi syariat.Percakapan kadang-kadang menyinggung orang biasa yang tak faham tapi dikeluarkan tanpa sengaja.Masih lagi mengalami fana qalbi.tapi tidak menentu.Hidupnya ibarat dilambung gelora cinta seolah terapung bersama-sama Allah.Hanya memandang dan menyaksikan sesuatu bahawa tiada suatu yang wujud di dunia ini melainkan wajah Allah semata-mata: Firman Allah: "Di mana saja kamu menghadap, maka disitulah wajah Allah Itu yang terjadi pada Al Junaid:Tiada apa dalam jubahku, melainkan Allah. Mereka sudah memandang yang banyak kepada satu.Keadaan inilah boleh menimbulkan fitnah, malah kadang-kadang orang akan anggap gila. Inilah maqam Ana'al Haq-Mansur Al-Hallaj. Zikir pada peringkat ini adalah secara 'khafi' yang telah meliputi seluruh anggota zahir dan batinnya. Pada peringkat inilah kulit berzikir, daging berzikir, tulang berzikir, malah semuanya berzikir. Tu yang jadi darah Al-Hallaj membentuk tulisan Allah lalu keluar zikir, malah kematian wali-wali seperti Tok Ku Paloh, masih lagi terdengar zikir di badannya.Kadang-kadang mereka dijemput menjelajah alam ghaib kubra yang diluar akal manusia. Malah mereka di ajar ilmu tinggi yang lebih canggih dari manusia biasa yang boleh dicapai oleh zaman moden ini. Mereka boleh buat perhubungan secara langsung dengan para rasul, nabi, ambia dan waliyullah yang lain. Mereka menuntut ilmu dengan aulia macam berbincang dengan kawan melalui handphone, malah boleh berinteraksi beramai-ramai walaupun masing-masing berada di berbeza tempat. Sifat-sifatnya: 1. Ikhlas 2. Warak 3. Zahid 4. Dan lain-lain lagi yang baik yang ada pada maqam sebelum ini 6. NAFSU MARDIAH Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa.. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi" , maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri.Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata. Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri. Inilah dinyatakan sebagai Abu Yazib Bistami: "Subha Inni.." "Pandanglah yang satu pada yang banyak" Peringkat ini sudah tenggelam dalam fana baqabillah. Pada peringkat inilah suka mengasingkan diri,tidak suka bergaul lagi dengan makhluk. Namun begitu ia mmepunyai kesedaran dua alam sekaligus. Zahir dan batin. Dan ia akan kembali normal seperti biasa. Kalau peringkat sebelum ini mungkin sampai tak terurus. Konsep perjalanannya lebih kurang dengan radhiah.mereka berpegang kepada konsep: Firman Allah: "Apa yang di sisi kamu itu pasti lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal". Perkataan syatahah sudah hilang.Mereka suka hidup nafsu nafsi. Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang , maka dekatilah ia.Sesungguhnya dia akan mengajar kamu hikmah" Menyentuh tentang zikirnya, zikirnya adalah zikir rahsia, tidak lagi ada lafaz dengan lidah mahupun hati, tapi seluruh anggota zahir dan batin mengucapkan dengan zikir rahsia yang didengar oleh telinga batin di maqam tanaffas. Zikirnya tidak pernah terganggu dengan alam zahir walaupun dia tengah bercakap atau buat apa sahajapun.Firman Allah: "Orang-orang berzikir kepada Allah sambil berdiri, sambil duduk dan dalam keadaan berbaring... " Bagi mereka di maqam ini setiap perbuatan, perkataan, penglihatan dan apa sahaja adalah zikir. Pada tahap ini mempunyai kekeramatan yang amat luar biasan. Namun biasanya jarang sekali menzahirkannya kelebihannya itu. Dari segi ilmu, mereka sudah memperolehi ilmu semua peringkat sebelum ini iaitu nur, tajalli, sir, sirussir malah ditambah lagi dengan cara tawasul/yaitu secara jaga dengan ambia dan waliyullah. Kehadiran wali-wali kepada orang maqam mardiah ini lebih merupakan penghormatan dan ziarah sahaja. sambil berbincang-bincang.Mereka berpeluang menjelajah seluruh alam alam maya dan alam ghaib termasuk syurga, neraka dan sebagainya. Mereka berupaya melawat bermacam-macam tempat samada dengan pecahan diri batinnya atau dengan jasad sekali. Malah dalam satu masa boleh menjelma di pelbagai tempat. Ini dipanggil "Khawa Fulkhawaf". Ianya berlaku tanpa sengaja dan tanpa dapat dikawal Sifat-sifatnya: 1. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah 2. Lemah lembut pergaulannya 3. Elok dan tingginya budi 4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini. 7. KAMALIAHMaqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.Ilmu mereka adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazali, ilham dan ilmu mukasyafah yang diterima nya tidak bukan adalah sama dengan istilah wahyu semuanya datang terus dari Allah. Cuma kalau Rasul dan Nabi di panggil Wahyu dan manusia biasa yang kamil di panggil Ilham. Saya rasa sekadar ini lah yang termampu oleh saya. Mungkin ada kelemahan dan ketinggalan dalam istilah atau pengertian. Wahai Tuan -tuan sila perbetulkan dan tambah lagi mana-mana yang kurang.Mengenai kaedah zikir pada maqam-maqam saya rasa ada saudara yang akan menghuraikanya berpandukan kaedah tariqat masing-masing. InsyaAllah. Semoga Allah mengampun saya atas segala kesilapan. Dan harap memberi manafaat pada semua. Sumber rujukan: Al-Hikam Ihya Ulumudin Rahsia Mengenal Diri Mengenal Diri Dan Wali Allah Awarif al Ma'arif Mengenal Ilmu Tasauf Siapa Wali Risalatul Qusyairiah Sirrul Asrar Perkembangan Tasauf dari Abab ke Abab Al-Quran dan Al Hadis Dan lain-lain Serta pengalaman bersama dan tunjuk ajar Yang Amat Mulia Mursyid

    Kami di ijabkabulkan~~

    ......

    .....

    Daisypath - Personal picture

    Daisypath Anniversary tickers

    Puteri ku sayang

    Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...