Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Februari 24, 2010

muhasabah diri

salam....ermm malam ni umi terasa sedey lak,mendengar luahan seorang sahabat..... luahkan perasaan dan berceriter tentang rumahtangganya ...umi cian dia...sebak..nyer hati ini mendengar luahan hati nyer.. hancurnyer luluh hati seorang perempuan yg bergelar isteri..jika suami yg di sangkanyer terlalu baik...rupanya...bercouple ngen pompuan lain...siap jumpa2 dan tanggung pompuan itu....sabar yer sahabat ku..semoga ALLah memberikan kamu...kekuatan..kuat kan imammu....bersabarlah sesuatu yg terjadi mungkin ader khikmahnyer..................untuk tempuhi segala dugaan itu.... aku sebagai sahabat mu..juga...turut simpati...sama2 lah kita muhasabah diri........ kenali lah ALLAH kerana kepada nyer sahaja tempat kita bergantung harap...tempat kita meluahkan segalanyer....tiada yg kekal di dunia selain dia....

Mengapa Aku Diuji???


Sepanjang saya menyepikan diri ini banyak perkara yang saya lalui, memberikan pengalaman dan nilai tambah kepada saya yang merupakan hamba yang begitu lemah dan hina di sisi ALLAH.

Pengalaman yang saya hadapi bukanlah pengalaman2 yang menggembirakan hati. Lebih banyak kepada bentuk2 peringatan kepada diri saya yang sering alpa. Kematian insan2 yang begitu rapat dalam hidup saya secara mengejut dan berlaku dalam tempoh waktu yang tidak jauh..diuji dengan kepayahan hidup..yang melanda..masalah pembahagian masa dan sebagainya membuatkan saya agak suka menyendiri.
Bermuhasabah dan lebih mendekatkan diri pada Yang Esa. Saya merasakan hari-hari yang saya lalui sepanjang minggu lepas adalah minggu tarbiyah dari ALLAH SWT.
Maha Suci ALLAH!!Saya teringat akan salah satu artikel yang pernah saya baca suatu ketika dahulu berkenaan
'Mengapa Manusia Diuji'

. Saya mencarinya dan ini dia..Saya kongsikan bersama2 anda..Moga2 artikel ini dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Ilahi

.Kenapa Aku Diuji?"



Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." ~Al-Ankabut, Ayat 2-

3Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Idam-Idamkan?

 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

 ~Al-Baqarah, ayat 216 Kenapa Ujian Seberat Ini?"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." ~Al-Baqarah,ayat 186Rasa Frust?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 beriman." 

 ~Ali Imran,ayat 139Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?"Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 


 ~Ali Imran,ayat 200"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk." 

~Al-Baqarah,ayat 45 Apa yang Aku Dapat dari Semua Ini?"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..


" ~At-Taubah,ayat 111 Kepada Siapa Aku Berharap?"Cukupalah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

 ~At-Taubah,ayat 129 Aku Dah Tak Dapat Bertahan Lagi!!! "...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir." 

~Yusuf,ayat 12Dalam artikel yang lain pula, saya turut terbaca bahawa para ulama' bersepakat bahawa hikmah yang boleh disimpulkan dari ujian adalah:

 1. Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada ALLAH SWT.
 2. Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini
. 3. Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.
 4. Bertujuan memperoleh pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi ALLAH SWT.
 5. Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan kesalahan yang dilakukan diri sendiri dan orang lain di masa lampau.
 6. Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada ALLAH SWT
. 7. Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati ALLAH SWT. 
 8. Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.

 9. Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka.

 10. Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada ALLAH SWT

. 11. Ujian juga mampu mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada ALLAH SWT.

 12. Ujian juga mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya. 

 13. Ujian mampu utnuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan ALLAH SWT.



 14. Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga ALLAH SWT..Subhanallah!! Jika kita mengetahui betapa besarnya hikmah yang tersembunyi disebalik sebuah ujian dan dugaan itu..pastinya kita akan sentiasa rasa rindu untuk diuji. Dan pastinya kita akan merasakan diri kita dibiarkan ALLAH jika hidup tidak diuji..Kerana sesungguhnya, ujian itu diturunkan tanda kasih sayangNya

..Dan saya suka untuk berkongsi sepotong ayat dari Firman ALLAH SWT yang bermaksud:"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar, iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun


' (sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepadaNya kami kembali." ~


Al-Baqarah,ayat 155-156.dan juga..."..

.Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan..." 

~Al-Insyirah,ayat 5-6Janji (ayat2)

 inilah yang membuatkan hati saya selalu tenang bila berhadapan dengan ujian2 hidup ini. Sesungguhnya masalah itu adalah kembar hidup. Semua yang hidup, semua ada masalah..Cuma yang membezakan antara kita adalah..cara kita menanggapi masalah itu sebagai 'masalah' atau 'ujian'..dan bagaimana kita menyelesaikan masalah..


Di sinilah kematangan kita diukur..Di sinilah jua keimanan dan ketaqwaan kita dinilai...Wallahu'alam

..

kelebihan Surah Al Mulk

adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti ya
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:"
Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.
Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Diantara kelebihan-kelebihan Surah ini adalah:
1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."
2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."
3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."
4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."
7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."
8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."
9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."
10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."
11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."
12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk

Syukuri Bila Ada, Hargai Bila Bersama...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.... Akibat Terlalu Dekat.
Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil telur dan digenggamnya di dalam tangannya.
"Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?" kata pelanggan itu menunjukkan genggamannya.
"Cuba berikan aku bayangan," pinta penjual telur. "Benda ini bentuknya seperti telur," ujar pelanggan. "Lagi?"
"Warnanya seperti telur."
"Lagi?"
rayu penjual telur lagi.Pelanggang tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya lantas berkata, "Belum cukup lagi?
Baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi bila dipanaskan menjadi pepejal."Penjual telur masih terpinga-pinga. "Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir.""Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!"Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit: "Aku tahu jawapannya! Ia sejenis kuih!"Pelanggan menggeleng-gelengkan kepala. Lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebiji telur....Apalagi?
Pengajaran: Manusia sering menjadi "buta" dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat.

RENUNGAN BERSAMA

http://haslinamohamad.blogspot.com/ dr blog kawan~~~~ Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: "Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya." Sayidatina Aisyah bertanya, "Mengapa, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW: Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cobaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah Kita hanyalah hamba.. Hari ini... dalam keadaan kesihatan yg kurang memberansangkan.Aku merasa rindu....benar2 rindu.Resah mencari sesuatu yang kurasakan hilang..Namun, inilah kehidupan..Adakala kita berdiri dengan gahAdakala kita tersungkur rebah.....Manusia..Dalam mencari kesempurnaan..Kadang2 jadi lupa diriLupa hakikat yang diri ini hanyalah hamba..Aku rindu saat2 itu.Saat zaman kanak2 ku.Yang tidak pernah kenal erti kepayahan hidup.Yang tidak kenal erti penderitaan.Yang kutahu hanyalah bermain.Aku masih ingat.Dulu, aku tidak pernah menikmati permainan canggih seperti yg dimiliki kanak2 hari ini.Tempat bermainku adalah paya yg kotor.Menangguk ikan2 kecil untuk di bawa pulang.Gemar mencari buah kemunting sebagai kudapan setiap kali mengikut abah ke hutan.Dan sangat gembira bila pulang dengan bekalan buah nipah dan sayur nibung..Aku berasal dari kampung terpencil.Mak abah bukan orang senang.Kami selalu makan apa yg terhidang walaupun tidak seberapa.Aku sangat merasa bahagia walaupun penghidupan kami tidak seperti orang lain.Kerana aku masih kanak2 dan terlalu naif untuk mengerti penghidupan orang2 dewasa.Sewaktu kami menyaksikan orang lain berkereta ke sana ke mari, kami hanya berpuas hati dengan basikal buruk sebagai pengangkutan.Namun itulah bagi kami pengangkutan yg tercanggih selain dua telapak kaki yang kami miliki...Anugerah dari Ilahi..Namun, hari berganti hari..aku semakin dewasa.Dan sewaktu itu aku sudah suka2 untuk mengeluh.Marah dengan keadaan yang tidak seperti orang lain.Aku ingat lagi, aku pernah merajuk berhari2 hanya kerana abah tidak mampu membelikanku barang yang aku idam2kan.Dan kerana itu juga aku nekad untuk bekerja.Emak merajuk.Abah bermasam muka.Melihat aku dengan kedegilanku.Masih bersekolah tapi dalam masa yg sama ingin bekerja.Ingin punya barang sendiri.Barang2 yang sekian lama aku idam2kan.Seperti kawan2 sebayaku.Seperti anak2 orang lain..Aku ingin memiliki semua itu..Tapi kenapa selalunya kehendak aku selalu terbatas.kenapa??Sungguh payah penghidupan ini..Tidak seindah yang aku bayangkan.Tidak seindah dalam cerita2 dongeng yang kubaca.Aku juga masih ingat, bila ke sekolah..aku tidak pernah dibekalkan dengan duit.Bekal makanan juga jauh sekali.Aku biasanya terpaksa menahan lapar dan beralah untuk adik2.Aku tahu mak dan abah selalu tidak cukup duit.Aku juga tahu mereka kadang2 sering rasa bersalah dengan keadaan itu.Tapi aku selalu buat tidak faham.Aku hanya mementingkan gelodak hati dan kehendak diri yg tidak pernah berkesudahanSeharian di sekolah, membuatkan badan sangat letih.Menahan kelaparan sudah cukup menyakitkan kepala.Namun aku gagahi jua untuk mengayuh basikal pulang.Bersama harapan agar adalah rezeki untukku jamah.Setiba dirumah, tudung saji kubuka......Hanya sayur dan ikan masin.."Mak..tak ada lauk lain ke?"Seperti biasa itu soalanku.Dan seperti biasa juga mak diam sahaja.Aku tahu perasaan mak begitu terguris dengan pertanyaan itu.Tapi aku selalunya buat tidak tahu.Terus menyenduk nasi dan makan dengan lahapanya.Cukuplah bekal untuk sehari kerana belum tentu malamnya kami akan makan lagi...Sebab itu kalau dulu, aku rasa sangat pelik bila dengar ada orang perempuan sibuk ber'diet'.Sanggup berhabisan duit beratus malah beribu ringgit untuk langsing.Sedangkan aku adik beradik, tidak pernah terfikir untuk berdiet.Kerana kami sememangnya kurang makan.Kalau ada nasi dan sayur pun itupun sudah dikira bagus kerana selalunya kami hanya makan bihun goreng tidak berencah atau bubur nasi yang sangat cair.Nak makan biskut kering sebulan sekali pun payah..apatah lagi biskut coklat.yang kadang2 hari ini anak kecilku buang2 bila tidak habis..Sedih..mengenang saat itu.Aku sebenarnya belum benar2 bersedia untuk berkongsi cerita ini.Kerana ini adalah penghidupan peribadiku.Jauh sekali untuk meminta simpati.Tapi sebentar tadi aku merasa terpukul, terkilan, sedih..dengan kenyataan seorang hamba Allah yang berniat untuk menukar agamanya.Dan yang menyakitkan hatiku adalah hanya kerana dia berasa hidupnya kini serba payah, tidak bahagia, kesusahan datang silih berganti.Maka dia sanggup mengatakan Allah itu tidak adil.....Nauzubillah..Majalah kegemaranku terasa ingin dilempar..Aku mengertap bibir.Takdir..!!Ada orang mudah menyebutnya.Ada orang pula amat payah untuk mengungkapnya.Namun segala sesuatu itu terlaksana dengan Takdir Allah.."Dan segala sesuatu di sisi Tuhan adalah dengan ketentuan takdir".Surah Ar-Rad ayat 8Hidup ini..realiti kehidupan..Bukan seperti cerita2 dalam novel, bukan seperti dalam drama yg selalu kita harapkan dgn"Happy Ending"..Setiap orang punya banyak cerita..punya banyak pengalaman yang dilalui..ditempuhi..Sedih, gembira...semua itu selalu teriring bersama perjalanan waktu. Dan kita dihantar ke dunia adalah untuk diuji oleh Allah S.W.T Bukannya untuk berseronok, besuka ria sehingga masa yg ada dipersiakan dgn mengeluh...menangis, menyalahkan takdir.. kerana dunia.Sungguh hidup ini, ada orang susah yang banyak mengeluh.Ada orang susah yang banyak menangis kerana kesusahannya.Tapi kalau benar miskin itu hina dan menderita, kenapa ada orang kaya yang menghabiskan nyawanya di hujung jambatan?!Mengapa ada orang yang hartanya berlimpah ruah, tapi hidup dalam kesunyian dan menderita.Jiwa mereka tidak tenang?Kenapa??Entahlah..manusia akhir zaman ini memang banyak kerenahnya.Ada orang yang sanggup menjual agama kerana wang, pangkat dan kedudukan.Ada orang pula sanggup bergadai maruah demi mengisi perut.Ada orang sanggup mengkhianati malah berbunuhan sesama sendiri kerana duit dan kesenangan..Namun persoalannya..sampai bila kesenangan itu akan diraih.Sepuluh tahun, dua puluh tahun, 30 tahun..kemudian...??Bolehkah duit itu atau kesenangan itu membeli lagi umur agar dapat dilanjutkan ke 100tahun, 200tahun..atau tidak perlu tua langsung.Atau mungkin tidak akan mati??Bolehkah??Lihat Rasulullah S.A.W yang mulia.Lihat sahabat2nya yang jarang2 merasa kenyang..Lihat mereka.Isteri2 Rasululullah..Siti Khadijah, Syaidatina Aisyah dan ramai lagi.Hidup mereka sangat susah.kadang2 hanya air sejuk sahaja yg mereka ada untuk mengisi perut..Namun,Mereka hamba Allah yang hebat.Tidak mengeluh dengan kesusahan.Dan kesusahan hidup tidak menggetarkan mereka untuk manjadi hamba yang mulia di mata Allah..Kerana Rahmat dan Redha Allah yang diutamakan.Bukan nafsu dan bisikan Syaitan...Namun..Berbeza benar dengan kebanyakan hamba2 Allah hari ini.Mereka tidak perlu dihunus dengan pedang, tidak perlu dilempar dengan batu, tidak perlu orang kafir bersusah payah .Mereka sungguh mudah meninggalkan agama suci ini dan mempermainkannya..Nauzubillah..Dan nafsu sudah menjadi raja dan penakluk jiwa2 sekian banyak manusia hari ini.tak kira yang miskin atau yang kaya...Aku bukan berlagak pandai.Apalagi hendak mengajar orang.Aku cuma merasa sedih dengan keadaan hari ini.Memang dulu aku susah..tapi yang buat aku sedih sekarang bukanlah kerana hidup susah..tapi, kerana aku sewaktu itu aku jauh dengan Allah..Kadang2 bila susah aku ingat tapi kadang2 aku lupa.Kadang2 aku berdoa tapi kadang2 aku tidak solat langsung ...itulah yg sangat2 aku kesalkan..Dan sekarang..aku masih diberi peluang dengan sisa2 masa yg entah berapa hari, bulan, tahun..entahlah..tidak tahu masih sempat atau tidak untuk aku terus sujud, meletakkan dahi di sejadah untuk meng'qada' solat yg tertinggal...Hanya Allah yang tahu.....Hanya Dia tempat aku berserah.....Hanya padaMu Ya Rabb..Kita Hanyalah Hamba..Aku ketika ini sedang selesa duduk di kerusi empuk.Menghadap komputer dan senang melayari internet.Segala maklumat di depan mata.Kadang2 tidak perlu keluar, cuma memesan barang dari komputer ciptaan manusia yang semakin hari semakin canggih..Dan disebalik kenikmatan ini, aku sudah semakin lupa keadaan aku dahulu..Mak...Jika petang2 begini, dia sudah risau memikirkan apa yg perlu di makan untuk hari esok.Sudahnya, selalu kami merayap dalam semak, mencari pucuk paku atau sayur hutan untuk di buat lauk...Ada orang ketika ini, sedang bertarung dengan nyawa demi memberi anak2 makan.Sedangkan aku hari ini, apabila cukup bulan akan pergi berbelanja di pasaraya2 untuk stok sbulan.Sedangkan waktu dulu, jangan katakan untuk sebulan, untuk sehari pun kadang2 kami tidak dapat merasakannya... Bersyukurlah.Rezeki..memang yang namanya rezeki adalah milik Allah.Dialah yang menentukan sebanyak mana yang dikehendaki kepada hamba2Nya.Cuma yang selebihnya, terpulang kepada kita untuk mensyukurinya atau tidak.Tidak penting sebanyak mana rezeki yang kita peroleh, tapi setinggi mana rasa bersyukur kita kepada Allah..kerana hidup ini bukanlah lama.Ibarat berjalan dari satu pohon ke satu pohon.Jadi sangat rugi kalau kita mempersiakan dengan menyesali setiap yg terjadi. Dan sebagai orang Islam, kita juga wajib percaya kepada rukun iman yang ke 5 ini , iaitu percaya kepada Qada dan Qadar..Kerana itu asas yg perlu kita pegang dan fahami.Aku sedar..aku bukanlah orang yang layak bercakap hal ini.Aku hanya bercerita tentang pemahaman aku yg sangat terbatas ini.Wahai insan..Berhentilah mengeluh. Berhentilah menangisi duniakerana ia tidak lain hanyalah keindahan yang sementara..Kelak dikau akan menyesalDan bimbang ketika itu sudah tidak sempat lagi..Satu yg perlu kita ingat, kita ini hanyalah hamba.Dan siapalah kita untuk menentukan hidup sendiri.Kerana kehadiran kita di muka bumi Allah ini juga adalah kerana takdirnya...Manusia..Dalam mencari kesempurnaan seringkali lupa..Seringkali terlena..Dan pabila terhantukinilah masanyaKembalilah.. Sujudlah...Kerana Allah itu sangat luas Rahmat dan PengampunanNya...Walla'hualam.."Dan suatu tanda ( kekuasaan Allah ) untuk mereka itu ialah adanya waktu malam.Kami tanggalkan siang daripadanya, kemudian serta merta mereka dalam kegelapan.dan matahari itu berjalan ditempat peredarannya.Itulah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha mengetahui.juga bulan telah kami tetapkan tempat-tempatnya sampai kembalilah dia sebagai bentuk tandan tua ( melengkung). Tidak sepatutnya matahari mengejar bulan dan malam tidak dapat mendahului siang.Masing2 itu berjalan dalam garis edarannya ".Surah Yassin, ayat 40

Kerja Partime Tambah Pendapatan

TUNJUK AJAR KU SIFU..ERMM ERMMM...
cikgu ku nanti....
cikgu yan.
sesajer jer nak pomot blog yan ni heheheh
MENJANA PENDAPATAN SEBAGAI JURUTAIP SAMBILAN PELUANG MENAMBAHKAN PENDAPATAN DARI RUMAH SEBAGAI JURUTAIP MEMPROSES DATA PENGIKLANAN
(RM300.00 - RM800.00 SEMINGGU)
.
nak sohih agi..klip jer kat sini....sebab umi nyer takder kerjer..ermmm klip jer lah kijer heheh
.
.
.
Mahukah anda menjana pendapatan RM300 ~ RM800 seminggu dirumah, pejabat, kolej, cybercafe atau dimana sahaja dengan membina kerjaya anda sendiri melalui internet? Jangan takut kerana ini bukan satu penipuan tetapi adalah satu cabang perniagaan internet zaman sekarang.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera dari kami di Work At Home Enterprise Sepanjang tahun 2010 ini, kami mencari seberapa banyak individu yang berminat untuk menambahkan pendapatan dari rumah sebagai JuruProses Data Maklumat (Home Based Ads Data Entry / Typist Personel) di Malaysia. Kami merupakan konsultan secara online yang memperkenalkan sesuatu teknik untuk membina kerjaya melalui internet dan idea-idea untuk membina kerjaya sendiri. Kami menawarkan servis dan teknik membina kerjaya melalui online (internet) yang mudah serta berkesan. Oleh kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan, kami mencari individu yang bertanggungjawab memproses data pengiklanan; pada masa dan dalam keselesaan rumah sendiri.
Perhatian!!
Ini BUKAN merupakan sistem multi-level marketing atau skim cepat kaya. Kami tidak menawarkan pekerjaan TETAPI memperkenalkan teknik untuk bekerja di rumah secara sambilan dengan memproses data pengiklanan melalui panduan 'Latihan Komprehensif Work At Home Enterprise' yang berkesan dan unik. Anda perlu berusaha untuk mendapatkan bayaran. Sila klik Bidang Kerja untuk maklumat lanjut

mimpi itu benar.............

assalamualaikum.......
salam larut malam...lepas menjamu selera ngen santapan rohani....umi tetiba jer takut nak lelapkan mata..TAKUT bertemu lagi..mimpi2...itu.......mimpI....yg selama ini..menghntui aku..ruper2nyer telah terjadi pada ku......
salam selamat malam..semoga tido kita.....di berkati ALLAH AMIN....

POLIGAMI

Poligami antara tanggungjawab sosial, keinginan lelaki dan keresahan wanita. Poligami sebenarnya merupakan punca keresahan kepada isteri pertama lebih daripada merupakan masalah wanita keseluruhannya. Dari kenyataannya, wanita secara umum perlukan kepada poligami sebagaimana lelaki namun sebab sahaja yang berbeza. Suami yang berkeinginan kuat, memerlukan lebih dari seorang isteri. Wanita yang lemah memerlukan perlindungan – bilangan mereka ini ramai – perlukan kepada suami. Tidak semua keadaan atau bukanlah keadilan mutlak kalau kita berpegang kepada kaedah ‘satu lelaki untuk satu perempuan’. Sebaliknya ia akan menyebabkan kepincangan dalam masyarakat. “Ustaz tolong cakap kepada suami saya…”.
Begitulah bunyinya seorang isteri memulakan luahannya apabila suami ingin ‘pasang cawangan’. “Dia tidak mampu, apa yang saya tahu –saya isterinya – dia tidak boleh berlaku adil. Bukan saya tidak setuju….”, luahnya lagi.Beginilah detik-detik kehidupan seorang isteri yang ingin dimadukan. Perasaan sedih, kecewa, celaru bercampur-baur, mengakibatkan bak kata pepatah, “mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang” seolah-olah seluruh dunia memusuhinya. Sebaliknya pula pengakuan suami. “Saya bahagia dengan isteri saya, kami tidak ada masalah, cuma saya rasa nakkan satu lagi.”Saya percaya saya boleh beri keadilan kepada isteri saya kalau saya berpoligami. Isteri saya InsyaAllah boleh terima keadaan ini”.
Bukan kerana cantik. Kalau nak lihat pada kecantikan isteri saya yang pertama pun lagi cun…”.Keinginan yang melonjak-lonjak sukar ditafsirkan. Tetapi itulah hakikatnya. Ucapan suami yang berkobar-kobar dan keresahan isteri yang berdebar-debar Punca Apa yang perlu dikaji ialah, apakah punca kepada keresahan isteri pertama itu sebenarnya? Dari pengamatan penulis ada beberapa punca yang menyebabkan perkara itu berlaku:
1. Ia kadangkala berpunca daripada sikap wanita itu sendiri yang pentingkan diri sendiri( isteri pertama), sukar untuk bertolak ansur, dan sukar menerima hakikat ia sudah berkongsi tongkat.
Kadang-kadang berpunca dari sikap lelaki yang bersikap ‘habis madu sepah dibuang’ dan senang melihat penderitaan isteri yang dimadukan.
Kadang kala berpunca daripada masyarakat yang memandang serong kepada poligami, sehingga menganggap isteri tua tidak pandai menjaga suami dan sebagainya.
Serta tidak kurang juga masalah datang daripada isteri kedua yang tamak dan tidak sedarkan diri. Setelah mengambil suami orang dia berusaha merampasnya terus.
Keempat-empat punca ini, adalah penafsiran sebenar kepada keresahan untuk menerima hakikat bermadu oleh isteri pertama. Ia bukan disebabkan oleh poligami itu sendiri. Poligami membawa kebaikan kepada masyarakat dan keluarga jika ia dilaksanakan dengan menepati kehendak hukum Islam. Sistem Islam yang amat adil ini dicemari oleh perbuatan manusia sehingga poligami dilihat negatif oleh banyak kelompok masyarakat. Jika sekiranya manusia lelaki dan wanita bersikap adil (adil bukan hanya sifat lelaki) poligami akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang sedang dihadapi oleh manusia kini. Kesedaran Sosial Penulis ingin mengajak isteri-isteri untuk merenung nasib kaum sejenis dengannya.
Siapakah yang lebih halus perasaannya untuk merasa belas kasihan kepada kaum wanita yang tidak bernasib baik, kalau isteri pertama hanya mementingkan diri dan mengatakan jangan kacau suami saya, maka siapa yang akan selamatkan mereka? Kalau begitu wanita adalah mereka yang paling tidak sensitif dengan isu wanita dan amat mementingkan diri sendiri. ” Kalau nak kawin dengan anak dara tua oklah juga atau selamatkan janda yang tidak terbela…..ini tidak, nak cari anak dara, berkelulusan tinggi ada profesion dan kadang kala tidak pentingkan agama….ada potensi boleh didik dakwanya. Mana tanggungjawab sosial di sini? Saya nampak tak ada lain kecuali nafsu”.Ya, kenyataan itu ada benarnya, namun tanggungjawab sosial tidak terhenti kepada masalah yang disebutkan. Mengelakkan berlaku perzinaan dan hubungan sumbang juga adalah suatu tanggung jawab sosial.
Suami ada sebab tersendiri yang diterima syariat untuk melepaskan keghairahannya dengan cara berpoligami. Kepada isteri kedua hendaklah berterima kasih kepada isteri pertama. Hormatilah mereka sebagaimana sepatutnya. “….Dulu saya yang carikan untuknya isteri, sampai hati dia sanggup meninggalkan saya” .Jagalah lidah daripada ucapan menghasut, dan usaha untuk control suami. ” Saya tidak suka dengan perempuan gila tu..tak tahu jaga laki !!!”Islam melarang isteri yang bermadu bertindak demikian. Hadapilah sikap mementingkan diri sendiri dengan mujahadah. Sebaliknya berilah dorongan kepada suami agar bersegera ke rumah isteri pertama. “Abang kalau balik sana , kirim salam pada kakak ya!” Kekang keinginan dengan perasaan tanggungjawab.
“Masa mula-mula kahwin dulu dia balik setiap dua hari tetapi sekarang ada saja alasannya”.“Kalau yang sana tu telefon cepat-cepat dia balik, kadang-kadang nak minum air bersama anak-anak pun tak sempat”.Selepas beberapa bulan dari berpoligami kenyataan perit bermula. Perahu kini sudah tidak berkemudi lagi. Lajak sudah tidak boleh diundur dan nasib isteri pertama sukar diramalkan. Rasa tanggungjawab mula nipis dan ikrar keadilan mula dilupakan. Suami mula menghadapi dunia baru yang tidak dijangka sebelum ini. “Macam mana selepas buka cawangan..”?“Perempuan, perempuan juga. Kalau belum mula tu…. tak payahlah”.Oleh kerana menyedari akan ragam manusia ini Islam meletakkan panduan yang lengkap yang perlu di ikuti oleh pasangan yang ingin berpoligami. Naluri keinginan lelaki seharusnya dihalakan untuk memenuhi tuntutan sosial seperti berikut; 1. Kemandulan: Isteri tidak mampu melahirkan zuriat untuk si suami. Islam mengharuskan suami untuk berpoligami sebagai satu usaha untuk memperolehi zuriat sendiri.
Penyakit: Isteri mengidap penyakit yang menghalang si suami untuk menikmati kehidupan rumahtangga secara sempurna, kerana isteri gagal memberi layanan yang sewajarnya kepada suami, Islam mengizinkan suami untuk berpoligami sebagai satu ganjaran terhadap kesabaran suami yang sanggup menjaga dan menanggung isteri yang berpenyakit. Nafsu: Suami memiliki keupayaan seksual yang luarbiasa dan tidak mampu ditampung oleh seorang isteri, apatah lagi sekiranya si isteri berada dalam haid dan nifas. Islam mengharuskan suami berpoligami untuk memelihara kesucian agama dari terjebak ke lembah maksiat. Pertambahan bilangan janda, balu dan andartu: Bertambah bilangan kumpulan di atas secara tidak langsung menambahkan bebanan sosial dan mempengaruhi kerosakan akhlak di kalangan masyarakat. Keadaan ini mendorong sesiapa yang berjiwa mulia untuk berpoligami dengan niat memelihara kehormatan dan kemulian kaum wanita.
Musafir: Para suami yang banyak bermusafir keluar negara dalam tempoh yang agak lama diatas urusan tertentu juga adalah antara faktor yang membolehkan lelaki untuk berpoligami. Kerana dengan itu ia dapat mengelak dari terjebak kepada dosa dan zina. Pertambahan bilangan perempuan: Perkara ini berlaku disebabkan kematian ramai kaum lelaki. Keadaan ini juga adalah antara sebab sosial yang mengharuskan poligami.
Syarat-syarat poligami
Ada beberapa syarat yang ditetapkan kepada lelaki yang ingin berpoligami. Antaranya ialah:
Ada keinginan daripada pihak lelaki
Tidak boleh melebihi empat orang. Islam menghadkan poligami hanya kepada empat orang sahaja.
Mampu berlaku adil. Keadilan meliputi perkara-perkara berkaitan tempat tinggal, nafkah, makan pakai dan tidak termasuk hal-hal yang berkaitan dengan hati dan kecenderungan perasaan. Jika keadilan gagal dipenuhi Islam tidak mengizinkan lelaki berkahwin lebih daripada satu.
Hukum berpoligami.
Wajib apabila dibimbangi membawa kepada zina dan maksiat Harus, bila suami berkemampuan dan berkeinginan untuk berpoligami Haram, apabila tidak mampu menunaikan hak yang sepatutnya kepada isteri-isterinya. Makruh, apabila suami gagal menunaikan bebarapa hak isterinya dan dengan keredaan isteri Apakah poligami harus digalak atau harus dihindari terserahlah kepada penilaian suami yang bijaksana.

PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM

PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM
LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
Mandi setelah makan.
Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
Berada dalam keadaan terlalu lapar.
Berjaga malam selain dari qiamullail.
Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
Memakan daging.
Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
Memakan makanan yang agak manis.
FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
Bercakap banyak.
Tidur banyak.
Makan banyak.
Banyak jimak.
4 FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
Banyak jimak.
Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
Banyak memakan makanan yang serba masam.
SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk(masak). 2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.
BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
Tinggalkan dari bercakap kosong.
Sentiasa bersugi.
Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ia tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
Melihat pekara-pekara yang haram.
Melancap.
Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
Tidak membaca Al-Quran.
Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
Mengumpat dan mengata.
Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam
. SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :
Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
Selepas berjimak.
selepas makan atau sebelumnya.
Ketika sedang makan.
Selepas memakan buah-buahan.
Selepas keluar dari bilik mandi.
Ketika terjaga dari tidur.
CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
Selepas masuk waktu Asar.
Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
Merosakkan warna kulit.
Melemahkan jantung.
Menambahkan tekanan perasaan yang meluap
. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
Melemahkan kecerdasaan akal.
CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
Hindarkan dari tidur lewat malam.
Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam
. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.
PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
Banyak melakukan jimak.
Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
Banyak minum air di waktu pagi.
Banyak memakan atau meminum yang seba masam.
SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
Merokok yang berterusan.
Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
Kurang tidur.
Sentiasa mandi di tengah malam.
Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
Melakukan kerja secara berterusan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
Melihat kepada benda-benda kotor.
Melihat kepada palang +/salib.
melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
Duduk dengan membelakangkan kiblat.
Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
Banyak menangis.
ilmu kongsian bersama...
ilalliqa'

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...