Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Februari 22, 2010

RESEPI IKAN KEMBUNG PERCIK ALA KELANTAN

IKAN KEMBUNG PERCIK ALA KELANTAN
Bahan-bahan: 8 Ikan kembung 1 biji Bawang besar 5 biji Bawang merah 2 ulasBawang putih 1 btg Serai 3 hiris Lengkuas 1 mangkuk Santan pekat 1 sudu besar Serbuk kunyit 1 sudu besar tepung beras 5 tangkai cili kering, direndam 1 asam keping Garam & gula secukup rasa * Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted accor din g to my tastebud. Cara-cara: 1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan dilumur dengan sedikit garam. Ketepikan. 2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas. 3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api.. Masukkan kesemua bahan kisar dan yang lelainnya. 4. Masak dan perasakan dengan garam & gula. 5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat. 6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.

3 PERKARA KABULKAN DOA

Ketika Hajjaj Ibnu Yusuf As Saqafi pergi ke kota Basrah,berita kedatangannya telah diketahui oleh penduduk Basrah.Lalu mereka pergi mengadap Imam Hassan Al Basri untuk mengadu.Dan mereka juga mengajak Imam Hassan Al Basri untuk membunuhnya.Dengan tenang Imam Hassan AlBasri berkata:"Anggaplah kamu semua menang dan berhasil membunuhnya.Tetapi ketahuilah di bumi ALLAH ini tidak sedikit orang-orang seperti Hajjaj,bahkan tidak mustahil akan lahir orang yg.lebih kejam dan lebih buruk daripadanya".Mendengar ucapan Imam Hassan AlBasri tersebut,mereka berkata:"Kalau begitu apa yang harus kami lakukan?""Pulanglah kamu semua!Bersihkan hartamu dari yang haram.Dan kembalikan kepada yang berhak.Bila kalian tidak tahu siapa pemiliknya,bawalah ke masjid untuk bersedekah kpd.orang-orang fakir dan miskin.Dan barang siapa yang memelihara isteri yang haram(perempuan simpanan),hendaklah ia melepaskannya.Tapi barang siapa yang mampu menjadikannya isteri yang sah,lakukanlah.Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH Azza Wa Jalla.Banyak-banyak ber'iktikaf di masjid,beribadah dan membaca Qur'an sehingga ALLAH membuka kesusahanmu."Pulanglah penduduk Basrah setelah mereka mendengar nasihat Imam Hassan Al Basri.Mereka segera melaksanakan pesanan dan nasihat tersebut.Tidak lama kemudian,datanglah berita bahawa Hajjaj telah pulang."Aku tahu ia akan segera pulang!",ucap Imam Hassan Al Basri setelah mendengar berita kepulangan Hajjaj. "Bagaimana tuan guru boleh mengetahuinya?",tanya mereka."Seorang hamba ALLAH jika melaksanakan 3 perkara yang telah aku sarankan,nescaya ALLAH akan memperkenankan doanya".3 syarat doa terkabul ialah :1.Bersihkan harta dari yang haram.2.Jauhkan diri dan jangan menghampiri ZINA.3.Bertaubat selalu..

Lelaki idamanku

Dari bancian penduduk Malaysia 2009 golongan wanita melebihi lelaki dengan nisbah 5:1. Jadi banyaknya wanita dari lelaki di negara ini. Peratus wanita yang belum berkahwin juga meningkat kerana sibuk mengejar kerjaya sehingga terlupa memikirkan untuk mendirikan rumahtangga.
Dari segi ekonomi banyak wanita menyertai perniagaan berbanding lelaki. Di pusat pengajian tinggi pun ramai penuntut wanita berbanding lelaki. Jika kita ambil contoh di sekolah berbanding guru lelaki dan wanita, yang banyaknya guru wanita. Di sekolah tempat isteriku mengajar, banyak andartu yang masih belum berkahwin. Mungkin tiada jodoh lagi ke? atau terlalu memilih calon suami kerana ingin mendapat lelaki pilihan. Takut-takut umur mencecah 50 tahun baru nak bertemu jodoh.
Mungkin lelaki akan pupus atau kurang jumlah jika di hospital bersalin di seluruh Malaysia, banyak bayi perempuan dilahirkan berbanding bayi lelaki. Di akhir zaman nanti golongan wanita melebihi lelaki. Walaupun jumlah wanita melebihi jumlah lelaki, golongan wanita bukan jenis tangkap muat dalam memilih lelaki sebagai teman hidup. Ada kalanya ibubapa pening kepala dengan anak-anaknya dalam soal memilih jodoh. Terlalu memilih. Ada saja yang tak berkenan
dihati. Lelaki yang sempurna terlalu kurang, Jika penampilannya kacak sangat pun risau juga golongan wanita nak buat suami. Takut-takut dapat suami “Romeo”. Makan tak habis, merana diri dengan lelaki begini. Tapi carilah lelaki yang sederhana kacaknya dan bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga, pada anak-anak dan yang penting sekali cari yang lelaki beriman dengan Allah SWT. Ciri-ciri lelaki idaman anda adakah yang begini mengikut pilihan anda! Semuga anda bertemu dengan lelaki pihan anda.
Lelaki idaman saya adalah… Seorang lelaki yang beriman…Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…Yang sentiasa haus dengan ilmu…Yang sentiasa dahaga akan pahala…Yang solatnya adalah maruah dirinya…Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…
Lelaki idaman saya adalah… Lelaki yang menjaga tuturkatanya…Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…
Lelaki idaman saya adalah… Lelaki yang menghormati ibunya…Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…
Lelaki idaman saya… Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…Yang menjaga matanya dari berbelanja…Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…
Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…Matanya kepenatan kerana penat membaca…Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…Bangunnya subuh penuh kecergasan…Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan… Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian… Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…Kerana dia mengimpikan syurga…Di situlah rumah idamannya…Dan dia ingin membawa saya bersama…Dialah lelaki idaman saya…

BERSANTAI ........DI TEPI PANTAI mlm2 minggu

Assalamualaikum....ermm nak citer pasal...mlm minggu...family umi ni ermmmm.....jumaat malam... dan sabtu malam..ermm berturut2 duk bersantai di pantai...seronok sgt2....
mknan simple jer..umi goreng nasi....
cian fiqah lapar tuuuuuuuuuu
anak sepupu umi....yang pemalu..sesangat....sesapa yg ader anak2 dare ke..nak kenalan leh aahh singgle minggle agi tu keh keh keh
alya dah kesunyiaann...ima n fiqah dahhhhhhh boooooooooooooooooooooooom..bateri low huhuhuhuhuhu
disebabkan budak2..org2 tua pun lapar ..ermm licin..kui kui kui
kanak2 tak sabar..tunggu nak makan ciannnnyerrr
bestnyer duk tepi laut...sambil unggun api....sejuk gilerrr........
umi ngen alya....abah duk snap gambar2 ni
alya duk main apa tu?
abg ipar ku..yg suker sangat memancing
? ???

joint kutu pertama..rm26 hinggit sebulan

assalamualaikum...ermm salam..banyaknyer....citer umi ni ekkk...happy pun ader sebab??
dah dapat turn pertama..kutu tuperware..
sepuluh org..raound pertaMA
start 21hb 2 2010...
rm 26 hinggit sebulan...selama 10 bulan...erm
PENGHANTARAN PERCUMA...TERUS DARI STOKIS TUPERWARE TERENGGANU KE....UMAH ANDA HEHEHE RAUND KE..DUA.............................01 HB 3 2010
ermmm berbelanja...dgn set tuperware...cantiknyer................ermmmm sesapa yg berkenan leh aahhh .....bagitau umi yekkkk

.
.
.
ni nak cari 7 org lagi untuk turn kedua..cepat sesapa yg berminat mesej umi ya...
.
.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...