Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Khamis, Februari 18, 2010

kelebihan bercium

....

Kelebihan Bercium???Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan... .Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung perminit.* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.lagi... kelebihan berciuman .....1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dankolesterol.7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantumengurangi sakit.Kamu : Cium siapa?
nnnDidik Anak Gemar Makan Buah-Buahan IBU bapa lazim mengeluh apabila anak mereka tidak mahu menjamah makanan yang disediakan. Lebih merisaukan, mereka bukan saja tidak makan, malah kurang minum susu sedangkan pada usia berkenaan mereka sepatutnya mendapat bekalan zat dan protein yang mencukupi bagi menjamin pertumbuhan seimbang. Sebetulnya ada banyak cara untuk membuatkan anak anda tertarik dengan makanan. Anak mungkin tidak berselera jika hanya melihat nasi saja yang perlu mereka hadapi, sebaliknya jika ada ‘aksesori’ tambahan seperti buah atau sayur, tentu mereka juga akan teruja untuk menikmati menu yang disediakan ibu bapa. Pengarang buku Fruitastic dan Vegemania, Mohana Gill, berkata adalah penting mendidik anak mengambil pemakanan sihat sejak kecil kerana ia boleh memberi kesan terhadap tumbesaran mereka. “Penting untuk ibu bapa menanamkan tabiat makan yang sihat dan seimbang terhadap cahaya mata mereka sejak kecil. Bagaimanapun, ibu bapa perlu bersabar melayan kerenah mereka apabila si kecil tidak mahu makan. Dalam hal ini, kanak-kanak tetap berfikiran seperti kanak-kanak. Mereka tidak mungkin boleh menghabiskan buah yang sepatutnya mereka ambil untuk kebaikan kesihatan kerana buah yang mengandungi banyak zat sering menjadi musuh mereka,” katanya. Mohana berkata, kebanyakan ibu bapa tidak menyedari mereka sebenarnya menawarkan makanan yang silap untuk anak tanpa mengetahui kebaikan dan khasiat yang terkandung dalam setiap makanan yang disediakan. “Ibu bapa mungkin tidak terfikir bahawa mereka menyediakan hidangan yang tidak sesuai dengan anak. Mereka juga secara tidak langsung membuka peluang anak menikmati makanan tidak berkhasiat. Keadaan berkenaan berlaku dengan menghadiahkan anak menu yang salah, misalnya menjanjikan makanan ringan untuk kebaikan yang mereka lakukan” katanya lagi. Dalam erti kata lain, ibu bapa tidak boleh terlalu menekankan penyediaan buah-buahan untuk diberikan kepada anak adalah sebagai menu yang sihat dan berkhasiat sebaliknya berfikiran lebih jauh dengan menganggap buah adalah makanan yang enak dan menggembirakan untuk dinikmati. Beliau berkata, buah-buahan mengandungi bahan khusus yang membantu meningkatkan daya ketahanan badan selain membekalkan banyak lagi zat serta nutrien yang tidak mungkin terdapat pada makanan ringan.“Kajian terkini memperlihatkan lima hingga tujuh hidangan buah dan sayuran yang diambil setiap hari boleh menguatkan sistem pertahanan badan daripada penyakit. Ini kerana buah mengandungi antioksidan yang tinggi dan phythonutrien yang bertindak sebagai pelindung badan. Sudah terbukti buah-buahan mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh badan manusia,” katanya. Sehubungan itu, Mohana menyarankan agar ibu bapa wajar menanamkan di dalam minda mengenai kepentingan pengambilan buah-buahan dalam menu setiap hari selain pada masa sama memikirkan bagaimanakah caranya mempelbagaikan penggunaan buah di dalam penyediaan makanan untuk kanak-kanak dengan cara yang mudah dan santai.“Ibu bapa perlu kreatif dalam penyediaan makanan untuk anak dan mereka perlu bijak mengadun resipi bagi menarik perhatian kanak-kanak. Kita tahu kanak-kanak tidak mungkin makan sayur hijau tanpa makanan lain yang menarik perhatian mereka. Jadi campurkan sayur yang berwarna hijau dengan buah-buahan yang berwarna supaya menu berkenaan mampu menarik perhatian anak,” katanya.Beliau mencadangkan ibu bapa menyediakan salad buah yang mudah disediakan dan jus buah-buahan yang boleh disimpan di dalam peti dingin beku untuk memudahkan ia dihidangkan kepada anak ketika mereka baru pulang daripada sekolah atau bermain.
Keajaiban Khasiat Kismis Apabila ditanya apakah snek makanan ringan untuk kanak-kanak, jawapan yang biasa diterima adalah makanan seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk. Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan yang negatif terkandung dalam makanan ringan tersebut terutama penggunaan monosodium glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi, masih ramai ibu bapa tetap mengamalkan diet makanan ini. Apa kata mulai hari ini, anda cuba ubah persepsi terhadap snek makanan iaitu menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih berkhasiat.Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek. Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak. "Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot. Berlainan dengan kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan. Ia juga makanan ringan yang lebih baik daripada gula-gula. Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi kanak-kanak dan tenaga yang diperoleh juga tidak sekata," jelas Ruth lagi.Katanya, kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah. Tambah Ruth, untuk menjadikan kismis sebagai snek ringan kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan. Bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang sudah biasa atau gemar menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan satu masalah lagi kepada ibu bapa. "Bila mereka tengok TV, jangan bagi mereka kuaci atau keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis ketika ke sekolah," katanya. Namun, jika ada yang tidak gemar menikmati kismis dalam bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan lain dengan cara mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam hidangan waktu pagi, petang dan malam. "Mereka mungkin tidak akan memilih kismis, tetapi ibu bapa perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada anak-anak dengan mempelbagaikan masakan. Anda boleh campur kismis ke dalam bubur, sup, atau sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak," kata Ruth yang mengakui ia juga boleh diamalkan dalam diet orang dewasa. Pelbagaikan penggunaan kismis dalam menu anak-anakRuth yang menerima reaksi daripada ibu bapa yang memberi kismis kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang diperoleh amat positif. "Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari. Malah, ada juga anak-anak yang gembira dengan amalan makanan anggur kering itu," jelas Ruth yang turut mengamalkan memakan kismis sejak kecil lagi. Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius. Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya dalam diet mereka. Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi. Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural. Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal. Sementara itu, pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. "Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan. Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda". Katanya, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan. "Saya menafikan memakan kismis akan membuatkan anda gemuk. Ia adalah mitos. Ini kerana, manis yang ada pada kismis adalah manis buah-buahan yang asli. Ia juga mudah untuk dibawa dan boleh dipelbagaikan dalam masakan seisi keluarga," ujar Tan Yen Sing.

kurma

Buah Keramat BULAN kesembilan dalam kalendar Islam memang dinantikan umat Islam di seluruh dunia. Ramadan atau bulan penuh keberkatan mewajibkan umat Islam menyempurnakan rukun Islam kedua iaitu berpuasa.Sepanjang bulan ini, kurma boleh dilihat di mana-mana kerana menjadi sunnah memakan terlebih dahulu buah itu apabila berbuka puasa. Kurma adalah sejenis tumbuhan palma atau bahasa saintifiknya, Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau mentah.Kurma yang menjadi makanan utama masyarakat di Timur Tengah memang memiliki pelbagai khasiat dari sudut kesihatan. Tidak hairanlah, ia banyak disebut dalam al-Quran, malah menjadi makanan ruji Nabi Muhammad s.a.w.Kurma mengandungi kandungan zat besi dan potasium yang tinggi selain pelbagai vitamin lain. Ia amat sesuai diambil pesakit anemia, masalah penghadaman seperti sembelit dan kelesuan badan. Sebagai buah yang kaya dengan karbohidrat, kurma memberikan sumber tenaga, membantu meningkatkan tenaga dan sesuai dijadikan sebagai snek harian.Malah Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.” (HR Imam Bukhari).Menjadikan pemakanan kurma sebagai amalan sejak dulu lagi, Pengerusi dan pemilik Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, Datuk Yusuf Taiyoob, berkata amalan memakan kurma memang baik untuk kesihatan. Beliau berkata, kurma mampu membekalkan tenaga walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit, malah mampu menahan kelaparan untuk seharian.Bagi yang ingin menjaga kesihatan, kurma mengurangkan berat badan. “Kurma mempunyai banyak khasiat yang membantu memperkuat daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, melancarkan sistem penghadaman serta dapat melindungi badan daripada pengumpulan kolesterol.“Ia memiliki kadar potasium dua kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang dan membantu mencegah pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, demam, cirit-birit, sakit perut dan menjaga penglihatan. Justeru, kurma sesuai dijadikan makanan harian khususnya pada waktu pagi (ketika bersahur) sebelum memulakan tugas harian,” katanya.Sementara itu, kajian Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, mendapati jus kurma membantu mencegah sembelit, lemah otot, sengal badan, lesu dan barah usus besar selain merangsang selera makan serta menguatkan ingatan.Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir, khasiat kurma terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, merawat buah pinggang dan mencuci hati serta membantu mengurangkan pengaliran darah ketika melahirkan anak.Antara khasiat kurma# Kurma adalah buah daripada tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan B serta niasin.# Dari segi saintifik, kurma dapat membantu mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.# Kurma boleh dijadikan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk membantu mengatasi masalah insomnia dan mengurangkan batuk.# Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin.# Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma, sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.# Kurma turut berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak iaitu membantu pembentukan darah dan sum sum tulang.# Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.# Khasiat kurma dapat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda kanak-kanak.# Jus kurma dapat membantu mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta meredakan tekanan darah tinggi.# Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran.# Kurma membantu merendahkan risiko serangan angin ahmar.# Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya membekalkan banyak tenaga.# Kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.# Galian dalam kurma berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot dan mengatur tekanan darah.# Gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang. Justeru, kurma dianggap sebagai buah paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur.Info# Untuk memastikan mutu kurma kekal segar dan tahan lama, ia hendaklah sentiasa disimpan di dalam peti sejuk dan bukannya di dalam suhu bilik.# Buah kurma bertangkai adalah kurma yang paling baik dari segi kualiti dan biasanya, harganya juga mahal berbanding kurma biasa.# Selain kurma asli, kurma kering juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan cara penyimpanannya lebih mudah.

hamil luar rahim

Hamil Luar Rahim Ancam Nyawa Kandungan luar rahim atau istilah perubatannya kehamilan ektopik merupakan satu proses patologi yang amat jarang berlaku. Ia terjadi apabila fetus membesar di luar kawasan rahim atau uterus. Kandungan seumpama ini merupakan ancaman kepada nyawa si ibu kerana ia berisiko menyebabkan pendarahan yang banyak serta koyakan tisu. Kes seperti ini berlaku apabila telur yang subur dantelah bersenyawa tidak tertanam di dalam rahim. Sebaliknya dalam kebanyakan kes kandungan di luar rahim, telur tersebut tertanam di dalam tiub fallopio atau ovari. Kadangkala terdapat juga keadaan di mana telur tersebut melekat dalam ruang abdomen. Kehamilan jenis ini merupakan keadaan perbidanan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan segera. Jika telur yang akan berkembang menjadi embrio tertanam di luar kawasan uterus, maka secara logiknya ia tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk membesar. Bukan itu sahaja, embrio tersebut juga tidak mendapat khasiat yang mencukupi untuk tumbesaran serta pembangunannya. Tiub fallopio terlalu sempit untuk fetus yang membesar dengan pesat, jadi besar kemungkinan boleh terjadi kerosakan serta koyakan pada tisu di kawasan tersebut. Bila itu terjadi maka pendarahan akan berlaku dan mengancam nyawa wanita tersebut. Penyebab kandungan luar rahim Wanita yang pernah mengambil rawatan kesuburan dan stimulasi proses ovulasi mempunyai risiko lebih tinggi untuk terjadinya kandungan luar rahim. Sejarah pernah menghidapi penyakit radang pelvis juga meningkatkan risiko kandungan luar rahim kerana kesan penyakit tersebut menyempitkan saluran fallopio. Keadaan itu menyebabkan telur yang subur terhalang untuk menerusi saluran fallopio dan terus ke uterus. Apa saja pembedahan yang pernah berlaku di kawasan fallopio meningkatkan risiko kandungan luar rahim. Endometriosis juga adalah salah satu punca risiko kandungan luar rahim. Simptom kandungan luar rahim Sebenarnya susah untuk tentukan kandungan berada di luar rahim terutama ketika usia kandungan masih awal. Rasa sakit yang dialami oleh wanita seperti dicucuk pada bahagian abdomen atau pelvis, merupakan tanda pertama kandungan luar rahim. Simptom lain ialah tekanan luar rahim, rasa loya, mual atau pitam. Pendarahan pada vagina juga merupakan simptom biasa kandungan luar rahim. Jika anda mengalami satu atau lebih simptom seperti yang dinyatakan, anda patut segera menghubungi doktor kerana kemungkinan boleh berlaku pendarahan dalaman. Koyakan pada tiub fallopio biasanya diikuti dengan simptom pendarahan, kesakitan yang ketara dan parut pada formasi tisu. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan reproduktif wanita dan mendatangkan komplikasi jika ingin hamil pada masa hadapan. Diagnosis kandungan luar rahim Kandungan luar rahim biasanya didiagnosis pada minggu kelapan hingga 10 kandungan. Pada hari pertama kejadian uri akan terhasil hormon yang menyekat ovari dari menghasilkan telur seterusnya, sekali gus menghalang proses untuk mengandung kali kedua. Biasanya kandungan luar rahim akan dapat dikesan menerusi sejenis hormon yang dipanggil krionik dan progesteron yang terkandung dalam darah. Jika berlaku kandungan di luar rahim biasanya hormon krionik dalam darah akan menurun. Ujian ultrasonografi di bahagian pelvis akan memberitahu kedudukan sebenar fetus dan tentukan sama ada kandungan berlaku di luar rahim. Ujian laparoskopi juga membantu untuk menentukan lokasi kandungan sebenar. Jika kandungan ektopik tidak berakhir dengan keguguran, doktor akan memberikan ubat untuk mengeluarkan uri. Ubat tersebut hanya akan diberikan pada kandungan luar rahim yang telah dikesan di peringkat awal. Manakala pembedahan pula akan dilakukan sekiranya kandungan sudah agak lama. Sumber : Utusan Malaysia

Ya allah mintak.2 buaaahh tangan itu sampai jugak nanti

ermm bukan nak nunjuk2 ni hehehehhe...cian lak..pada kekawan umi yg lom sampai...agi...buaaaaaaaaaaaah tgn dr ganuni..ermm pada kekawan blog umi yg..pernah jengguk ..walapun jarang2 comen..tp..insyallah..lain kali..umi ader masa..ader luang umi send jugak...buah tangan dr terengganu..insyallah..semoga di murahkan rezeki,,heheh umi jugakkalian aminnnn
sedihlak...ermm patutlah...qis ngen zuhana lom...sampai upernyer buaaaaaaaaaaaaaah tangan yg ummi send kat diorang ..dah 10 hari dah,,,ermmm..kalau pos laju leh gak..cek..ni pos biasa ermmm camna erkkkkk
mintak2 sampailah..biar lambat pun..harap2..si twin..dan pasangan lomatik gituh sabar ekkk..ermm malu lak umi ni......dah war2 kan..tp lom sampaikan..ermmmmm
ermm ni lah alamat kekawan yg umi copy paste kat emeil
.
walaupun tak mahal harganyer..tp itu satu.....kenangan dr umiliya..erm sabar yer...isyallah aderv rezeki sampailah ekk..mama qis..nge zuhana yer
yang ni untuk zuhana..emmmm
yg inilak untuk baby twin mama qis
ermm umi hanya..copy paste jer alamat 2 kekawan yg send kat email umi..cuma kak nza jer umi tulis tangan..ermmm tapi kak nza nyer..buaaaaaaaaaaaaah tangan dah sampai...11 hb 2 ermm makna nyer 3 hari jer proses pos tu..ni dah masuk 10 hari..ermm memang lah,,cuti rayer cina..mintak..hari ni atau esok lah ekk sampai..insyallah

yg eryn punyer dah sampai..dah..ermm eryn nyer fm...fridge magnet...mintak2 eryn suker....pemberian umi tu yekk.... walaupun tak seberapa..tq kerana menghargai,,pemberian,,yg tak seberapa....hheheh happy nyer

ini lak kak nza dan anak2 nyer buaaaaaaaaaah tangan...harapan umi kak nza gembira...sampai buaaaah tangan tu ekk eheheh tq kak nza...menghargainyer walaupun tak seberapa
untuk....mama nisa...dan annur.serta nica..puteri yg comel loter tu...terima kasih gak kerana mnghargi,,pemberian yg tak seberapa....tqqq

semoga jdoh mereka di pertemukan

assalamualaikum..ermm nak citer pasal kelmarin 17hb 2 2010..rabu,,,ermmm kelmarin...dah duk fikir2 nak ajak,,,caper2 joint tuperware ni hehehe tetiba terdetik lah kat hati ni..nk buat kutu..kalu bayar cash..mesti takder yg nak pongg..mahal loh....banyak dah lor.....buat apa lor.....lain kali lor...hohoho bayar lah lo hahahhaha
starter kit yg permulaan tu..ermm harga skali ngen yuran ahli..rm 392...lps potongan...ermm 260..tambah han agi 3 biji..bekas cte mute ermmm
.
.
umi ke kt ngen abah liya heheheh...abah setuju gak cadangan umi...buat kutu...terus masuk ahli..beli starter kit...berharga rm 392..sekali ngen harga ahli....dapat potongan.....rm 260 jer..tak ambik untung apa2 ok,,just nak ajak masuk ahli jer..nah penuhi kota...10 org heheheh...rm26 hinggit jer sebulan,,,,kene ikut giliranlah,,sebab barang2 tu dah umi confirm ngen stokist nak ambik sampai bulan 10 insyallah semoga berjalan lancar.....
ermm kul 1.30 g kt..panas..sesangat n..sampai jer terus solat kat surau depan pasar..payang..ermm semetara tunggu abah solat ...umi dah selesai,sempat agi....kenal2 nge si awek twin...baru jer berumur 21 tahun heheheh buat adik angkat konon.nak rekemen kat adik ku itu eheheheh..mintak no tepon..nak ngejah,,lps tu sampai umah bonda umi pun...mesej kat awek tu nama nyer rohana,,ermmm kakak nyer dah nak kahwin bulan 3 ni hehehe sempat gi dia jawab dalam gurau2 kelmarin
"na..takdok agi ,,,,heheheh "
umi,,citer pada adik..ermmm....adik macam nak kenal jer...maklum aah adik tu duda,,,di tinggal isteri.....umi tahu dia dah serik ngen perempuan..tapi nak tunggu sampai bila kan kan kan...umi try2 aah ejah nampak ..budak pompuan ni lembut n baik jer..mintak2 dia pun berkenan gaklah ngen adik umi tu heheheeh
.bab bap seterusnyer..
awek tu bekerjer kat butik...pakaia di batu 6..kat ganu gak..ermm jai dekat jer lah..ui mintak no tepon dia..hehehe konon2 nak i beli tudung ke ..baju ke...heheh balik umah mesek ngen ana..tanya dia leh tak adik umi nak kenaln...heheh..mungkin dia mmalu2 gituh...lps dah bg kebenaran..umi kasi lah no..fhone tu,,,ka adik..lps tu..ikut dia aahhhh nak ejah camna..ermm semoga murah rezeki,,,diertemukan jodoh dgn insan yg solehah amin....
umi ngen family pun..turut berbagi..jika dia bahagia..ermm sayu jer hati..bila,,,tenggok dia kan kan kan...
walaupun nampak di luaran...dia gembira ..jauh di sudut hatinyer mesti dia...berduka...ermm walaupun...di seksa batin...tetapi Allah maha adil...
susah - susah dahulu,,,,senang kemuadian,,,,,insyallah..
buat,,,,adikku, tabahkan hati mu,,,,kuat kan semanga mu....berjasa kepada ibu..banyak budinyer..sekarang adik duk ngen ibu....umi selalu gi umah ibu...kerana ader dia heheheh...susah senang kami adik beradik...
.
sesuatu yang terjadi pasti ader khikmahnyer.............banyak pengajaran dr kisah hidup adik ku mengajar kami...mengenal eri kehidupan.....subhanalah...
..
alhamulillah kelmarin..khabar berita...ader projek baru..ermm..dia dapat kontrak kabinet kat..chalet pulau redang..dia mintak kami doakan kejayaan...keputusan hari ni,,,banayk tuh..jumla nyer ermmmm rm 30 ribu..insyallah semoga berjaya...good luck..cepat2dapat jodoh murah rzeki....dan satui agi...terus kan usaha mu dalam perjuangan yg hakii..doa dari kakak mu..
insyallah
berkat kejayaan dan ketabahan nyer dapat gak mersa apa ygdi impikan,,,amin..kami tumpang gembira hehehe
suker nyer dalam hati...ermmmm
,,semoga..maju jaya..

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...